Tips & Trick Mengatasi Masalah Susu Ibu Merundum

Mindset ibu-ibu yang merasakan mereka tidak mempunyai susu yang mencukupi adalah antara punca utama kegagalan penyusuan susu ibu. Ibu perlu ketahui asas penyusuan seperti teori permintaan dan bekalan, tanda bayi mendapat cukup susu ibu dan juga perlu mengetahui sebab-sebab kekurangan susu ibu sebelum ibu memutuskan untuk memberikan susu formula kepada bayi anda.

Ketahuilah bahawa susu ibu adalah yang terbaik untuk anak-anak. Selagi mampu, usahakanlah, don’t gibab mommies. 😀

Tips Atasi Masalah Susu Ibu Merundum dengan Set Ibu Menyusu Shaklee

Jom kita lihat apa tips & trick untuk mengatasi masalah susu ibu yang merundum. Namun, sebelum itu, ibu perlu tahu tanda bayi mendapat cukup susu ibu sebelum mengatakan yang anda mempunyai masalah susu merundum dan saya juga kongsikan tips mengatasi masalah ini buat ibu 😀

Tanda Bayi Mendapat Cukup Susu Ibu

  1. Bayi kelihatan kenyang dan tenang selepas menyusu. Biasanya bayi akan tertidur dan melepaskan sendiri payudara ibu.
  2. Kulit bayi tegang dan lembap.
  3. Berat bayi bertambah mengikut umur iaitu 0-4 bulan purata kenaikan 170 gram, 4-6 bulan 130 gram, dan 6 hingga setahun adalah 60-110 gram.
  4. Kekerapan kencing dan membuang air besar mencukupi seperti rajah di bawah.

    kekerapan bayi kencing dan membuang air besar

    Ibu boleh merujuk gambarajah ini untuk memastikan bayi anda mendapat susu yang cukup dan juga mengenali saiz perut bayi.

  5. Payudara ibu penuh menjadi lembik apabila bayi selesai menyusu.
  6. Ibu berasa haus dan berpeluh selepas sesi penyusuan susu ibu.

Tips Menghasilkan Lebih Banyak Susu

  1. Perhatikan cara penyusuan. Betulkan posisi dan lekapan sekiranya bayi tidak melekap dengan betul. Posisi dan lekapan yang betul akan mengembalikan aliran susu ibu.
  2. Menyusukan bayi dengan lebih kerap. Penyusuan lebih kerap terutamanya pada hari-hari terawal kelahiran akan membantu penghasilan lebih banyak susu ibu.
  3. Pastikan bayi disusukan setiap dua hingga tiga jam dan mengikut yang dikehendaki oleh bayi.
  4. Pada waktu malam pula, pastikan jarak menyusu tidak melebihi empat hingga lima jam.
  5. Semakin kerap bayi disusukan bermakna lebih isyarat yang dihantar kepada badan untuk menghasilkan lebih banyak susu.
  6. Mengosongkan payudara antara sesi penyusuan amat penting agar protein perencat susu ibu tidak terkumpul di dalam payudara dan menyebabkan susu berkurangan.
  7. Mengosongkan payudara selepas sesi penyusuan adalah salah satu cara yang sangat berkesan bagi meningkatkan penghasilan susu ibu.
  8. Memerah selepas sesi penyusuan memang memberikan hasil yang tidak banyak, namun, badan mendapat syarat bahawa lebih banyak susu yang diperlukan.
  9. Untuk mengumpul stok susu yang banyak, perahlah selepas sejam sesi penyusuan.
  10. Mengurut payudara dapat memberikan stimulasi yang hebat kepada payudara untuk menghasilkan susu.
  11. Ransangan pada puting ibu dapat menggalakkan refleks ejeksi susu (let down reflex) dan lebih banyak susu dapat dikeluarkan daripada payudara.

Selain daripada tips & trick di atas, ibu juga perlu makan makanan seimbang, minum air mencukupi iaitu sekurang-kurangnya 8 gelas sehari dan boleh mengambil makanan, suplemen dan ubatan penggalak susu.

Antara makanan penggalak susu yang boleh diamalkan adalah lobak putih, sup betik, kurma, soya, sayur-sayuran hijau, longan kering, herba seperti fenugreek, milk thistle, alfalfa dan macam-macam lagi. Walaupun tidak banyak kajian saintifik yang dijalankan, tetapi ia sudah diamalkan secara turun temurun. Bagi ubat-ubatan pula, antaranya adalah Metoclopromide (Reglan) dan Domperidone (Motilium).

Saya nak kongsi makanan tambahan yang saya dan ramai ibu-ibu bekerjaya di luar sana amalkan. Cara makan yang mudah, berkesan serta selamat untuk bayi menyebabkan ramai ibu-ibu memilih Set Ibu Menyusu Shaklee ni. Jom kita baca apa kata mereka 😀

tips banyakkan susu ibu dengan set ibu menyusu shaklee

#1 – Testimonial Set Ibu Menyusu Shaklee

“Assalam, ni just nak share tentang Set Berpantang & Set Ibu Menyusu Shaklee. Selama ni just baca orang punya, hihihi… saya start makan alfalfa baru 1 week. Pagi tadi pukul 5.30am after susukan baby, saya gi pump balance susu untuk buat stock, then after selesai, saya ambil 1 cawan esp dan alfalfa. After 1 hour, saya dapat rasa miss B start to fulfil. So..so..so.. amazing”

cara mengatasi masalah susu merundum dengan set ibu menyusu shaklee

#2 – Testimonial Set Ibu Menyusu Shaklee

“Salam semua, Hari ni rasa nak senyum-senyum kambing je. Kenapa? sebab tadi suami cakap ‘eh betullah kan, muka baby macam dah nampak vibrant (berseri-seri) dan makin cerah.. kesan baby ambil vitamin shaklee la tu…

Hehehe.. saya baru sebulan guna… ambil Set Ibu Menyusu 3M dan Vitamin E. Sejak ambil Set Ibu Menyusu ni dah boleh simpan stok EBM.. kalau dulu, kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Tak dapat pun simpan stok, dan lagi, bonus la ni kulit makin ada perubahan. Hihi..

Tak sabar nak tunggu 3 bulan. Macamana nanti perubahannya” 

vitamin banyakkan susu ibu set ibu menyusu shaklee

#3 – Testimonial Set Ibu Menyusu Shaklee

“Stok EBM untuk Saffiys sebelum masuk kerja hari ini. Sekadar berkongsi untuk beri semangat kepada ibu-ibu menyusu. Dengan mengamalkan Set Ibu Menyusu 3M, Lecithin, Omega, Zinc dan Vitamin E”

cara hasilkan susu ibu selepas melahirkan bayi dengan bantuan set menyusu shaklee

#4 – Testimonial Set Ibu Menyusu Shaklee

“Assalamualaikum.. saya nak share pengalaman sendiri. Alhamdulillah rezeki untuk anak. Mula-mula biasalah selepas bersalin susu tak keluar, dan pelbagai usahanya antaranya pengambilan Set Ibu Menyusu Shaklee semasa pantang sehingga sekarang yang membantu saya dalam penghasilan susu. Before this pakai pump manual, dari 6oz sekarang 18oz dengan bantuan pam elektrik snow bear juga dapat buatkan breast jadi kosong.

Betul kata orang, makan B-Complex juga boleh tambah kepekatan susu ibu. Saya pernah cuba. Mudah-mudahan saya dapat menyusukan anak sehingga 2 tahun. Wish me luck”

testimonial set ibu menyusu shaklee

#5 – Testimonial Set Ibu Menyusu Shaklee

“Salam, teringin nak share testimonial sendiri. Saya bermula dengan ESP, mula-mula rasa tak yakin, just nak try je. Bila nampak kesan baru la jatuh cinta dengan Shaklee. Mula-mula minum ESP stretch mark kat perut dah nampak pudar, seronok sangat, badan pun rasa ringan, lagi-lagi bila opismate puji “patutlah akak slim, makan shaklee rupanya…”, bangga pun ada. Lepas tu saya try Set Ibu Menyusu dengan tujuan nak bagi susu banyak nutrisi.

Alhamdulillah, sampai sekarang masih lagi breastfeeding (anak dah 7 bulan lebih, compate anak 1st 3 bulan lebih dah campur Formula Milk). Syukur sangat-sangat, suami pun puji “sayang best la sekarang ni”, saya pun senyum je lah. Sekarang tengah try Ostematrix pula. Setakat ni alhamdulillah, rasa sengal-sengal badan dah kurang. InsyaAllahh akan terus setia dengan Shaklee. TQ Shaklee”

Memperkenalkan Set Ibu Menyusu Shaklee

Apa yang istimewanya Set Ibu Menyusu Shaklee ni?

  1. Vitalea merupakan Multivitamin dan Multimineral yang membekalkan nutrisi kepada ibu dan juga bayi.
  2. Vitamin C untuk meningkatkan sistem imun ibu dan bayi, ia juga penting untuk pembentukan tulang dan gigi bayi. Vitamin C memang sangat membantu ketika bayi selesema. Dengan hanya menelan double dosage Vitamin C, selesema bayi saya boleh sembuh tanpa ubat.
  3. B-Complex memberi ketenangan kepada ibu, elakkan stress dan kemurungan. Stress dan kemurungan juga mempengaruhi penghasilan susu ibu. Semakin stress, semakin merundumlah susu ibu.
  4. ESP sebagai Energy Booster agar ibu kekal bertenaga, memudarkan stretch mark, memekatkan susu ibu dan memberi rasa kenyang yang lama kepada ibu sekaligus mengurangkan nafsu makan.
  5. Alfalfa yang merupakan herba turun menurun untuk Milk Booster dan juga penting untuk memelihara “dalaman” ibu, kalau nak mengembalikan hubungan suami isteri selepas bersalin, memang sangat digalakkan untuk mengambil Alfalfa ni 😀
Set Ibu Menyusu Shaklee

Set Ibu Menyusu Shaklee terdapat dalam Set Lengkap dan Set Budget. Kalau nak tahu mana satu yang sesuai boleh hubungi saya ya 😀

Walaupun ibu mengambil Set Ibu Menyusu ni dan apa jua makanan, herba, suplemen atau ubat yang untuk membanyakkan susu ibu, perlu ditekankan bahawa ia bukanlah “ubat ajaib” yang memberi kesan serta merta. Konsep supply & demand perlu dipatuhi. Apa jua yang ibu makan tidak akan memberi kesan sekiranya ibu tidak menyusu dan mengosongkan payudara dengan lebih kerap dan efektif. Diharap tips dan info ini membantu ibu untuk menjayakan penyusuan susu ibu.

Jika ibu berminat nak ikhtiarkan dengan Set Ibu Menyusu Shaklee ni, saya menyediakan Set Lengkap dan Set Budget mengikut keperluan dan budget ibu. Hubungi nombor yang tertera di bawah ya. 😀

Pssttt… kalau ada ibu menyusu yang menunaikan ibadah Puasa 6 boleh baca tips banyakkan susu ibu walaupun berpuasa di sini.

Semoga membantu mommies!

Luv,
Aya Chalo | 013-8633224
Pengedar Shaklee Sepanggar – Kota Kinabalu – Sabah
Like page kami di AyaChalo.com – Parenting From The Heart

Petua Mempercepatkan Kehamilan Secara Moden & Tradisional

Petua Penting Dalam Meningkatkan Kehamilan Secara Moden & Tradisional Yang Mungkin Membantu Anda Mendapatkan Zuriat.

Masih “kosong” selepas beberapa bulan berkahwin sering kali mengundang keresahan buat ramai pasangan. Tekanan semakin terasa apabila bulan bertukar tahun, namun cahayamata yang dinanti-nantikan masih belum menjadi. Apatah lagi ditambah “garam” dengan pertanyaan ahli keluarga, saudara mara dan rakan-rakan. Terasa sungguh #sakitnyatudisini kan? Bagaimana perkara ini boleh terjadi? Adakah terdapat cara untuk meningkatkan kesuburan suami mahupun isteri sekaligus mempercepatkan kehamilan? dan adakah masih ada peluang untuk bergelar ibu dan ayah?

tips cepat hamil

 

Secara umumnya, cepat atau lambat kehamilan bergantung kepada tahap kesuburan suami dan isteri.

Kesuburan isteri berkait rapat dengan kemampuannya mengeluarkan telur. Telur ini hanya akan keluar sekali dalam satu kitaran haid dan disebut sebagai waktu subur. Bagi isteri yang mempunyai kitaran haid teratur, selalunya telur akan keluar pada hari ke-13 atau ke-14. Selain itu, isteri boleh menggunakan teknik mengukur suhu badan menggunakan ovulation thermometer.

Bagi suami, masalah kesuburan lelaki selalunya berkaitan dengan sperma yang tidak normal, jangka hayat sperma terlalu singkat atau terdapat masalah dengan ejakulasi. Ketidaknormalan ini berlaku disebabkan beberapa faktor. Antaranya berlaku keradangan pada testis, masalah pembengkakan saluran darah testis, saluran testis tersumbat akibat jangkitan kuman, pengambilan alkohol dan merokok, hormon yang tidak normal, terdedah kepada bahan kimia beracun dan pemakaian seluar yang terlalu ketat.

Walaupun wujud pelbagai masalah kesuburan, ini bukanlah pengakhiran buat pasangan yang belum dikurniakan zuriat. Ada pelbagai cara untuk meningkatkan kesuburan sekaligus meningkatkan peluang untuk cepat hamil.

 Tips Meningkatkan Kesuburan Suami

#1 – Amalkan memakan buah Betik

Buah betik kaya dengan Vitamin C dan merupakan antioksida yang baik untuk tubuh badan. Buah ini juga dikatakan mampu meningkatkan jumlah dan kesuburan sperma. Kekurangan Vitamin C di dalam badan boleh mengurangkan tahap kesuburan sperma. Mengambil sebanyak 500mg Vitamin C setiap hari amatlah digalakkan.

#2 – Banyakkan pengambilan Zink

Mineral Zink dikatakan mampu mengaktifkan serta meningkatkan kualiti sperma. Ini adalah kerana, mineral ini dijumpai paling banyak di dalam sperma. Makanan sumber zink adalah daging merah, bijirin dan kekacang, makanan laut, prosuk tenusu dan boleh diambil dalam bentuk suplemen.

#3 – Berhenti Merokok

Merokok didapati mampu merosakkan membran sperma dan mempengaruhi kelajuan sperma untuk sampai ke telur. Merokok juga boleh membunuh Vitamin C di dalam badan sekaligus mengurangkan kualiti sperma yang terhasil. Kalau suami kaki rokok, pastikan suami mengambil Vitamin C lebih tinggi berbanding lelaki biasa.

#4 – Pastikan kebersihan makanan yang diambil

Pengambilan buah-buahan dan sayur-sayuran segar sangat digalakkan. Akan tetapi, racun serangga yang digunakan untuk mengawal serangan makhluk perosak pada buah dan sayuran mampu menjejaskan tahap kesuburan. Pastikan buah dan sayuran dibasuh sempurna sebelum dimakan.

#5 – Minum banyak air kosong

Pengambilan air kosong sebanyak dua hingga tiga liter sehari dikatakan mampu meningkatkan kesuburan dan kesihatan sperma.

Tips Meningkatkan Kesuburan Isteri

#1 – Kawal berat badan

Usahakan untuk mendapat berat badan yang ideal. Obesiti boleh menganggu pengeluaran telur.

#2 – Jaga pemakanan

Elakkan mengambil makanan dan minuman yang tidak menyihatkan seperti makanan ringan, jeruk, makanan segera, minuman berkarbonat dan minuman beralkohol. Banyakkan mengambil makanan bernutrisi terutama yang tinggi yang kaya dengan asid folic, Vitamin C dan B-Complex.

#3 – Berhati-hati dalam mengambil ubat-ubatan

Kebanyakan ubat seperti anti-kemurungan, pil tahan sakit dan antibiotik akan memberi kesan kepada tahap kesuburan. Oleh itu, cuba elakkan mengambil ubat-ubatan jika merancang untuk hamil dan berbincanglah dengan doktor.

#4 – Periksa rahim anda

Masalah rahim seperti endometriosis, fibroid atau cyst boleh menjejaskan peluang untuk hamil. Sekiranya ada tanda-tanda seperti haid yang tidak teratur, sengugut teruk, haid yang banyak, sakit perut yang melampau, segeralah berjumpa doktor.

#5 – Amalkan senaman berkala

Bersenam secara tetap dan teratur. Ia bukan sahaja menyihatkan namun membantu mengekalkan berat badan ideal.

Bagaimana Set Kesuburan Shaklee Boleh Meningkatkan Peluang Anda Untuk Hamil?

Testimonial-set-Kesuburan-Shaklee
Nasihat Pakar Sakit Puan Dr. Hamid Arshat buat pasangan yang mahu mendapat zuriat. Antara nasihat beliau adalah ikhtiar dengan pengambilan suplemen Multivitamin, Vitamin E, Vitamin C dan Asid Folic.
cara meningkatkan kesuburan suami isteri agar segera hamil
Set Kesuburan Shaklee terdiri daripada Vitalea (multivitamin), B-Complex lengkap dengan Asid Folic, Vitamin C, GLA, Zink dan Vitamin E.

Anda boleh ikhtiar dengan cuba amalkan pemakanan suplemen yang penting untuk meningkatkan kesuburan serta meningkatkan peluang untuk hamil seperti yang terdapat di dalam Set Kesuburan Shaklee di atas. Set ini boleh membantu anda, suami dan isteri untuk meningkatkan kesuburan serta mempercepatkan kehamilan dengan;-

1. Menstabilkan hormon isteri dengan GLA terutama jika isteri mempunyai masalah haid yang tidak teratur atau cyst. GLA juga mampu menghasilkan satu cecair yang boleh memanjangkan jangka hayat sperma di dalam rahim isteri sekaligus meningkatkan peluang untuk disenyewakan.

2. Menambah kualiti dan kuantiti sperma suami serta meningkatkan fungsi organ seks lelaki. Terdapat 10 kali ganda zink di dalam prostat lelaki berbanding organ lain. Ini membuktikan zink sangat penting untuk kesuburan lelaki.

3. Kajian mendapati pengambilan Vitamin E yang lengkap dengan selenium akan meningkatkan kualiti air mani dan mobiliti sperma.

4. Vitamin Asas: Multivitamin, Asid Folic dan Vitamin C turut membantu dalam membekal vitamin penting kepada tubuh badan untuk mengoptimumkan fungsi badan, sebagai persediaan untuk kehamilan dan mengelakkan kecacatan bayi serta meningkatkan kesuburan sperma.

Set ini mampu bertahan dua hingga empat bulan mengikut jenis vitamin. Harganya pula insyaAllah pasti berbaloi untuk anda berdua. Jom kita baca, apa kata pengguna yang berjaya hamil dengan set ini.

Testimonial Pasangan Yang Berjaya Hamil

testimonial set cepat hamil shaklee

Testimonial Set Kesuburan Shaklee 1 
 

Testimonial 1

“Actually lama dah nak share testi sendiri since hampir 2 bulan consume. Pada Awalnya beli GLA dan B-Complex untuk nak hamil sekaligus nak kurangkan rasa sakit masa period datang. Selepas seminggu makan saya ke klinik untuk membuat pemeriksaan lain, tetapi doktor mendapati saya mempunyai rahim yang terbalik. Masa itu doktor kata orang yang ada rahim terbalik susah untuk hamil, tapi dengan izin Allah kita tidak tahu.

So selepas sebulan suami pula try makan vitamin E, Zink dan ESP. Orang lelaki susah sikit nak makan vitamin tapi selepas dipujuk dan bagitau akan dapat kesan kesihatan yang superb dia pun makan.

Alhamdulillah selepas hampir sebulan setengah makan GLA, saya rasa badan saya tak selesa, tiba-tiba sakit bontot ingatkan sebab jatuh, tapi pagi tu selepas membuat test upt syukur ada tanda blur positif dan setiap hari saya buat upt test sebab teruja nak tengok line yang betul-betul positif.

So inilah masa yang dinanti hamil setelah berusaha untuk hamil. Suami masih lagi makan vitamin tu sebab kesan pada kulit dan tenaga yang sangat luar biasa. Saya pula terus makan set kehamilan, wow, sangat sangat best”

testimonial set kesuburan shaklee

Testimonial Set Kesuburan Shaklee 2

 Testimonial 2

“Asslm. Just nak share experience. Saya start consume GLA complex on January 2013 sebab ada masalah period paid dan cycle period panjang. saya dah kawin lebih kurang 4 tahun 6 bulan. Baru-baru ni saya check upt positif. Doktor cakap sudah 6 weeks. Doakan saya selamat bersalin”

testimonial-gla-tingkatkan-kesuburan-isteri
Testimonial Set Kesuburan Shaklee 3

Testimonial 3

“As salam, ingin berkongsi kegembiraan member opis ni, dia dah 6 tahun berkahwin, 2 kali keguguran puncanya adalah cyst. Cyst ni dapat dikesan dengan saiz 9.7cm. Alhamdulillah selepas 6 bulan, cyst mengecil dan terus mengecil dan kini cyst tu dah tiada. Ajaibkan berkat pengambilan 2 botol GLA secara konsisten dan juga mengamalkan diet karbohidrat. Sekarang member dah pregnant 5 minggu. Happy sangat-sangat.”

cara cepat hamil untuk haid tidak teratur

Testimonial Set Kesuburan Shaklee 4

Testimonial 4

“Salam Syawal warga GBS. Nak share sikit dengan anda semua. Alhamdulillah syukur pada Allah, 8/8/13 genap usia kandungan saya 5 bulan. Masih berbaki 4 bulan sebelum si precious ni keluar. Terima kasih Allah sebab ditemukan dengan Shaklee dan diberi rezeki setelah 2 tahun tunggu. 

Awal bulan 2 2013 saya dan suami start makan Set Kesuburan + ESP, lepas disahkan hamil pada 2 2013, saya sambung dengan pengambilan Set Hamil Trimester 1 (Vitalea, B-Complex, Vita C, Ostematrix dan ESP) dan sambung dengan Set Hamil Trimester 2/3 dengan hanya menambah Omega Guard. Saya langsung tak ambil ubat dari doktor. 100% Shaklee. Bulan 12 ni insyaAllah saya bersalin.Bolehlah ambil Set Berpantang Shaklee pula.”

Harga Set Kesuburan Shaklee Premium adalah seperti berikut:

1. Vitalea: RM88.75 / 120 biji (Percuma jika join ahli)
2. B-Complex: RM53.75 / 120 biji
3. Vitamin C: RM92.50 / 180 biji
4. GLA: RM91.25 / 60 biji
5. Zinc: RM33.75 / 120 biji
Jumlah: RM360.00

Highly recommended add-on:
6. Vitamin E: RM126.14 / 120 biji
Jumlah: RM486.14

Set lengkap ni berjumlah RM360.00 (excluding add-on) tidak termasuk kos penghantaran. Penggunaannya 2-4 bulan, jimat kan? Tak perlu beli setiap bulan. Kalau nak dapat harga murah, anda boleh pertimbangkan untuk join ahli Shaklee.

Jangan risau, ahli tak semestinya kena menjual, join untuk makan sendiri pun dah cukup berbaloi, dapat nikmati harga ahli yang jauh lebih murah dan dapat konsultation seumur hidup daripada saya. Kalau join bulan ni sehingga Oktober 2015 pula, anda boleh dapatkan VITALEA SECARA PERCUMA. Jimat RM88.75 dan dapat harga ahli pula tu. Berganda-ganda jimat!

Alhamdulillah. Dengan izin Allah ramai yang berjaya hamil dengan Set Kesuburan Shaklee. Customer Aya sendiri dah lebih 5 orang yang berjaya hamil. Usaha, yakin dan makan dengan konsisten insyaAllah akan berhasil. Harga set ni pun tidaklah mahal sangat berbanding prosedur hospital yang menelan ribuan ringgit. Berbalik lah kepada asas yang diperlukan oleh badan.

Jika anda mengalami masalah ketidaksuburan, sukar hamil, period tidak teratur, sudah tiba masanya anda menghubungi Aya di 0138633224. Aya akan bantu anda tentang konsultasi produk dan masalah yang dihadapi. Aya juga akan kongsikan Cara Pemakanan Vitamin Yang Berkesan seperti customer-customer Aya yang dah hamil tu. Rahsia pemakanan ni KHAS untuk pelanggan Aya sahaja.

Jangan tunggu lagi. Umur semakin meningkat, risiko makin tinggi.

Luv,
Aya Chalo | 013-8633224
Pengedar Shaklee Sabah – Kota Kinabalu – Sepanggar
Like Page kami di MyLittleMomo By AyaChalo

[Julai Promo] Kawal Diabetes Dengan Vivix, Ikhtiar Masalah Anemia Dan Vitamin Kanak-Kanak Terbaik

Whoaaa.. bulan ni promo yang ditunggu-tunggu iaitu Promosi Vivix. Ramai yang teringin merasa Vivix ni, almaklumlah harga boleh tahan juga, sebab tu masa promosi ni lah masa yang paling sesuai untuk mencubanya kan? Dua item promo lain adalah B-Complex dan Vitalea For Children.

#1: Vivix

Vivix merupakan campuran ekstrak anggur Muscadine (anggur sebesar bola golf), Polygonum Cuspidatum, Purple Carrot & European Elderberry yang berupaya melambatkan penuaan.

Walau bagaimanapun, memandangkan ianya satu sirap antioksidan yang tinggi, ia dapat membantu dalam memelihara kesihatan jantung, kesihatan imun, sendi dan sangat membantu kepada pesakit kencing manis, darah tinggi, cancer, strok dan pelbagai penyakit kritikal yang lain.

ubat kencing manis diabetes

Bacaan gula pesakit diabetes, dari 23.8 ke 7.3. 😀

ubat sembuhkan kencing manis diabetes darah tinggi

Shaklee Effect Story. 😀

Mostly customer Aya yang diabetes, kanser paru-paru, strok mengambil vivix dan alhamdulillah saya menerima feedback positif. Lagi best bila ada kawan inform perut suami yang boroi semakin berkurang boroinya dan ada juga yang ikhtiarkan untuk berhenti merokok akhirnya berjaya dengan vivix. Haa.. boleh dengar sendiri kisah Vivix di bawah ni. Kalau nak tahu testimonial lain boleh baca kat Koleksi Testimonial Hebat Vivix Shaklee ni.

#2: B-Complex Shaklee

B-Complex Shaklee mengandungi kesemua 8 komponen vitamin B. Kira dah lengkap, cukup, complete dah untuk memenuhi keperluan seharian kita. Istimewanya B-Complex Shaklee berbanding produk seumpamanya di pasaran kerana saintis Shaklee telah mencipta Asid Folik secara semulajadi yang pertama di dunia yang mempunyai kadar serapan tinggi dan berkualiti.

Asid Folic semulajadi sebenarnya tidak mudah diserap oleh badan dan hampir 99% Asid Folic yang berada di pasaran adalah vitamin sintetik (buatan manusia melalui proses kimia). Sekarang dah ada vitamin semulajadi kan, so better makan yang semulajadi berbanding yang sintetik.

Asid Folic juga sangat penting buat ibu yang merancang untuk hamil dan yang sedang hamil untuk mengelakkan kecacatan bayi dan membantu dalam pembentukan sel darah merah sekaligus mengelakkan anemia.

ubat sukar hamil dan cara mengatasi anemia kurang darah ketika hamilubat sukar hamil dan cara mengatasi anemia kurang darah ketika hamil

Ni sama kes dengan customer Anemia saya. Pregnant pertama makan Shaklee, alhamdulillah anak lahir sihat dan sepanjang pregnant tiada masalah low hb dan GDM, cuma anak lahir berat hampir 4kg. Mengandung anak kedua, beliau tidak mengambil Shaklee langsung, namun malangnya beliau mengalami anemia teruk, GDM dan berat bayi kurang. Nasib baik beliau menghubungi saya pada minggu ke 31 pregnancy untuk mengambil Set Mengandung Shaklee dan alhamdulillah beliau berjaya naikkan Hb sebelum bersalin dan melahirkan bayi yang sihat. So ibu-ibu, jangan take for granted ya.

B-Complex juga dapat membantu Pesakit Diabetes dalam proses menukarkan gula kepada tenaga sekaligus mengurangkan tahap gula di dalam darah. B-Complex juga penting dalam memastikan kesihatan saraf, thats why ia sangat membantu dalam mengurangkan stress, sakit kepala, insomnia dan tekanan.

ubat kencing manis vivix shaklee

Testimonial penggamal Shaklee: Bacaan gula ibu turun selepas menggamalkan B-Complex, ESP dan Zink Shaklee. Alhamdulillah. Diabetes berbahaya kerana ia merupakan pencetus kepada penyakit kritikal lain seperti serangan jantung, penyakit buah pinggang, darah tinggi dan strok. Mencegah lebih awal lebih baik.

Aya sendiri kekadang diserang migrain, kalau dahulu memang telan penadol la jawabnya, tapi selepas menggunakan Shaklee, Aya just telan 2biji B-Complex dan tidur. InsyaAllah bila bangun kepala dah ringan. Tidak perlu makan drugs 😀

#3: Vitalea For Children

Selepas Vitalea For Children ni kembali ke pasaran setelah hampir setahun tiada di Malaysia, Shaklee telah memberikan promosi setiap bulan termasuk bulan ini. Namun, jangan terlambat beli, mana tahu ini bulan terakhir promo dan bulan depan ia kembali kepada harga asal, banyak beza tau.

Vitalea For Children ini merupakan multivitamin dan multimineral berbentuk tablet yang memenuhi 100% keperluan vitamin harian kanak-kanak dengan 18 vitamin dan mineral lengkap, berperisa anggur dan yang paling penting selamat untuk gigi anak anda. Vitamin ni dicipta untuk anak yang memilih makan, kurang makan sayur dan buah serta kurang mengambil makanan yang bernutrisi lengkap.

vitamin terbaik untuk kanak-kanak

Manfaat yang terdapat pada setiap tablet Vitalea For Children

Vitamin Kanak-Kanak ni boleh diambil oleh kanak-kanak berusia setahun ke atas yang penting dah pandai menghisap or mengunyah tablet. Sebagai ibu bapa kalau mahu anak sentiasa sihat, jika sakit pun biarlah cepat sembuh, kita kena invest untuk makanan tambahan seboleh-bolehnya yang semulajadi. Bila dah sakit nanti lagi mahal kosnya berbanding beli sebotol vitamin setiap bulan. Betul kan? Jom kita lihat apa kata mommies yang memberikan VFC ni kepada anak mereka.

vitamin kanak-kanak shaklee

Saya sendiri mempunyai anak yang “lemah sistem pernafasan”. Kerap sangat batuk, berkahak, selesema. Pernah pada tahun 2012 saya ke 3 klinik dengan kos hampir RM600 pada bulan tu sahaja untuk mencari ubat budak-budak ni. Sejak tu saya start berikan anak saya vitamin shaklee. Biar badan diorang sendiri hasilkan imun sistem. Alhamdulillah, sekarang dah bulan Julai, sekali pun tak pernah bawa ke klinik. Bukan sebab tak sakit langsung, tapi bila sakit batuk, selesema dan berkahak sekejap ja sembuh, tak perlu pam 😀

cara tambah selera makan anak

Anak sihat, ibu gembira. Memang investment yang berbaloi.

Ok, kalau rasa-rasa nak tahu lebih lanjut sila cari Aya ok. Saya boleh consult anda apa vitamin yang paaling sesuai untuk anda sekeluarga. Nak vitamin lain pun boleh. InsyaAllah saya bantu. Take care!

Luv,
Aya Chalo | 013-8633224
Parenting From The Heart
Visit our Page at Facebook AyaChalo.com – Parenting From The Heart

Promosi B-Complex dan Vitalea For Children Beli 3 Percuma 1. Beli 1 Pun Boleh

Promosi Vivix Shaklee Beli 6 Percuma 1. Beli 1 Pun Boleh

Nak try? roger-roger tau 😀

Luv,
Aya Chalo | 013-8633224
Parenting From The Heart
Visit our Facebook Page – AyaChalo.com – Parenting From The Heart​