Tips & Trick Mengatasi Masalah Susu Ibu Merundum

Mindset ibu-ibu yang merasakan mereka tidak mempunyai susu yang mencukupi adalah antara punca utama kegagalan penyusuan susu ibu. Ibu perlu ketahui asas penyusuan seperti teori permintaan dan bekalan, tanda bayi mendapat cukup susu ibu dan juga perlu mengetahui sebab-sebab kekurangan susu ibu sebelum ibu memutuskan untuk memberikan susu formula kepada bayi anda.

Ketahuilah bahawa susu ibu adalah yang terbaik untuk anak-anak. Selagi mampu, usahakanlah, don’t gibab mommies. 😀

Tips Atasi Masalah Susu Ibu Merundum dengan Set Ibu Menyusu Shaklee

Jom kita lihat apa tips & trick untuk mengatasi masalah susu ibu yang merundum. Namun, sebelum itu, ibu perlu tahu tanda bayi mendapat cukup susu ibu sebelum mengatakan yang anda mempunyai masalah susu merundum dan saya juga kongsikan tips mengatasi masalah ini buat ibu 😀

Tanda Bayi Mendapat Cukup Susu Ibu

  1. Bayi kelihatan kenyang dan tenang selepas menyusu. Biasanya bayi akan tertidur dan melepaskan sendiri payudara ibu.
  2. Kulit bayi tegang dan lembap.
  3. Berat bayi bertambah mengikut umur iaitu 0-4 bulan purata kenaikan 170 gram, 4-6 bulan 130 gram, dan 6 hingga setahun adalah 60-110 gram.
  4. Kekerapan kencing dan membuang air besar mencukupi seperti rajah di bawah.

    kekerapan bayi kencing dan membuang air besar

    Ibu boleh merujuk gambarajah ini untuk memastikan bayi anda mendapat susu yang cukup dan juga mengenali saiz perut bayi.

  5. Payudara ibu penuh menjadi lembik apabila bayi selesai menyusu.
  6. Ibu berasa haus dan berpeluh selepas sesi penyusuan susu ibu.

Tips Menghasilkan Lebih Banyak Susu

  1. Perhatikan cara penyusuan. Betulkan posisi dan lekapan sekiranya bayi tidak melekap dengan betul. Posisi dan lekapan yang betul akan mengembalikan aliran susu ibu.
  2. Menyusukan bayi dengan lebih kerap. Penyusuan lebih kerap terutamanya pada hari-hari terawal kelahiran akan membantu penghasilan lebih banyak susu ibu.
  3. Pastikan bayi disusukan setiap dua hingga tiga jam dan mengikut yang dikehendaki oleh bayi.
  4. Pada waktu malam pula, pastikan jarak menyusu tidak melebihi empat hingga lima jam.
  5. Semakin kerap bayi disusukan bermakna lebih isyarat yang dihantar kepada badan untuk menghasilkan lebih banyak susu.
  6. Mengosongkan payudara antara sesi penyusuan amat penting agar protein perencat susu ibu tidak terkumpul di dalam payudara dan menyebabkan susu berkurangan.
  7. Mengosongkan payudara selepas sesi penyusuan adalah salah satu cara yang sangat berkesan bagi meningkatkan penghasilan susu ibu.
  8. Memerah selepas sesi penyusuan memang memberikan hasil yang tidak banyak, namun, badan mendapat syarat bahawa lebih banyak susu yang diperlukan.
  9. Untuk mengumpul stok susu yang banyak, perahlah selepas sejam sesi penyusuan.
  10. Mengurut payudara dapat memberikan stimulasi yang hebat kepada payudara untuk menghasilkan susu.
  11. Ransangan pada puting ibu dapat menggalakkan refleks ejeksi susu (let down reflex) dan lebih banyak susu dapat dikeluarkan daripada payudara.

Selain daripada tips & trick di atas, ibu juga perlu makan makanan seimbang, minum air mencukupi iaitu sekurang-kurangnya 8 gelas sehari dan boleh mengambil makanan, suplemen dan ubatan penggalak susu.

Antara makanan penggalak susu yang boleh diamalkan adalah lobak putih, sup betik, kurma, soya, sayur-sayuran hijau, longan kering, herba seperti fenugreek, milk thistle, alfalfa dan macam-macam lagi. Walaupun tidak banyak kajian saintifik yang dijalankan, tetapi ia sudah diamalkan secara turun temurun. Bagi ubat-ubatan pula, antaranya adalah Metoclopromide (Reglan) dan Domperidone (Motilium).

Saya nak kongsi makanan tambahan yang saya dan ramai ibu-ibu bekerjaya di luar sana amalkan. Cara makan yang mudah, berkesan serta selamat untuk bayi menyebabkan ramai ibu-ibu memilih Set Ibu Menyusu Shaklee ni. Jom kita baca apa kata mereka 😀

tips banyakkan susu ibu dengan set ibu menyusu shaklee

#1 – Testimonial Set Ibu Menyusu Shaklee

“Assalam, ni just nak share tentang Set Berpantang & Set Ibu Menyusu Shaklee. Selama ni just baca orang punya, hihihi… saya start makan alfalfa baru 1 week. Pagi tadi pukul 5.30am after susukan baby, saya gi pump balance susu untuk buat stock, then after selesai, saya ambil 1 cawan esp dan alfalfa. After 1 hour, saya dapat rasa miss B start to fulfil. So..so..so.. amazing”

cara mengatasi masalah susu merundum dengan set ibu menyusu shaklee

#2 – Testimonial Set Ibu Menyusu Shaklee

“Salam semua, Hari ni rasa nak senyum-senyum kambing je. Kenapa? sebab tadi suami cakap ‘eh betullah kan, muka baby macam dah nampak vibrant (berseri-seri) dan makin cerah.. kesan baby ambil vitamin shaklee la tu…

Hehehe.. saya baru sebulan guna… ambil Set Ibu Menyusu 3M dan Vitamin E. Sejak ambil Set Ibu Menyusu ni dah boleh simpan stok EBM.. kalau dulu, kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Tak dapat pun simpan stok, dan lagi, bonus la ni kulit makin ada perubahan. Hihi..

Tak sabar nak tunggu 3 bulan. Macamana nanti perubahannya” 

vitamin banyakkan susu ibu set ibu menyusu shaklee

#3 – Testimonial Set Ibu Menyusu Shaklee

“Stok EBM untuk Saffiys sebelum masuk kerja hari ini. Sekadar berkongsi untuk beri semangat kepada ibu-ibu menyusu. Dengan mengamalkan Set Ibu Menyusu 3M, Lecithin, Omega, Zinc dan Vitamin E”

cara hasilkan susu ibu selepas melahirkan bayi dengan bantuan set menyusu shaklee

#4 – Testimonial Set Ibu Menyusu Shaklee

“Assalamualaikum.. saya nak share pengalaman sendiri. Alhamdulillah rezeki untuk anak. Mula-mula biasalah selepas bersalin susu tak keluar, dan pelbagai usahanya antaranya pengambilan Set Ibu Menyusu Shaklee semasa pantang sehingga sekarang yang membantu saya dalam penghasilan susu. Before this pakai pump manual, dari 6oz sekarang 18oz dengan bantuan pam elektrik snow bear juga dapat buatkan breast jadi kosong.

Betul kata orang, makan B-Complex juga boleh tambah kepekatan susu ibu. Saya pernah cuba. Mudah-mudahan saya dapat menyusukan anak sehingga 2 tahun. Wish me luck”

testimonial set ibu menyusu shaklee

#5 – Testimonial Set Ibu Menyusu Shaklee

“Salam, teringin nak share testimonial sendiri. Saya bermula dengan ESP, mula-mula rasa tak yakin, just nak try je. Bila nampak kesan baru la jatuh cinta dengan Shaklee. Mula-mula minum ESP stretch mark kat perut dah nampak pudar, seronok sangat, badan pun rasa ringan, lagi-lagi bila opismate puji “patutlah akak slim, makan shaklee rupanya…”, bangga pun ada. Lepas tu saya try Set Ibu Menyusu dengan tujuan nak bagi susu banyak nutrisi.

Alhamdulillah, sampai sekarang masih lagi breastfeeding (anak dah 7 bulan lebih, compate anak 1st 3 bulan lebih dah campur Formula Milk). Syukur sangat-sangat, suami pun puji “sayang best la sekarang ni”, saya pun senyum je lah. Sekarang tengah try Ostematrix pula. Setakat ni alhamdulillah, rasa sengal-sengal badan dah kurang. InsyaAllahh akan terus setia dengan Shaklee. TQ Shaklee”

Memperkenalkan Set Ibu Menyusu Shaklee

Apa yang istimewanya Set Ibu Menyusu Shaklee ni?

  1. Vitalea merupakan Multivitamin dan Multimineral yang membekalkan nutrisi kepada ibu dan juga bayi.
  2. Vitamin C untuk meningkatkan sistem imun ibu dan bayi, ia juga penting untuk pembentukan tulang dan gigi bayi. Vitamin C memang sangat membantu ketika bayi selesema. Dengan hanya menelan double dosage Vitamin C, selesema bayi saya boleh sembuh tanpa ubat.
  3. B-Complex memberi ketenangan kepada ibu, elakkan stress dan kemurungan. Stress dan kemurungan juga mempengaruhi penghasilan susu ibu. Semakin stress, semakin merundumlah susu ibu.
  4. ESP sebagai Energy Booster agar ibu kekal bertenaga, memudarkan stretch mark, memekatkan susu ibu dan memberi rasa kenyang yang lama kepada ibu sekaligus mengurangkan nafsu makan.
  5. Alfalfa yang merupakan herba turun menurun untuk Milk Booster dan juga penting untuk memelihara “dalaman” ibu, kalau nak mengembalikan hubungan suami isteri selepas bersalin, memang sangat digalakkan untuk mengambil Alfalfa ni 😀
Set Ibu Menyusu Shaklee

Set Ibu Menyusu Shaklee terdapat dalam Set Lengkap dan Set Budget. Kalau nak tahu mana satu yang sesuai boleh hubungi saya ya 😀

Walaupun ibu mengambil Set Ibu Menyusu ni dan apa jua makanan, herba, suplemen atau ubat yang untuk membanyakkan susu ibu, perlu ditekankan bahawa ia bukanlah “ubat ajaib” yang memberi kesan serta merta. Konsep supply & demand perlu dipatuhi. Apa jua yang ibu makan tidak akan memberi kesan sekiranya ibu tidak menyusu dan mengosongkan payudara dengan lebih kerap dan efektif. Diharap tips dan info ini membantu ibu untuk menjayakan penyusuan susu ibu.

Jika ibu berminat nak ikhtiarkan dengan Set Ibu Menyusu Shaklee ni, saya menyediakan Set Lengkap dan Set Budget mengikut keperluan dan budget ibu. Hubungi nombor yang tertera di bawah ya. 😀

Pssttt… kalau ada ibu menyusu yang menunaikan ibadah Puasa 6 boleh baca tips banyakkan susu ibu walaupun berpuasa di sini.

Semoga membantu mommies!

Luv,
Aya Chalo | 013-8633224
Pengedar Shaklee Sepanggar – Kota Kinabalu – Sabah
Like page kami di AyaChalo.com – Parenting From The Heart

3 Cara Pantas Cukupkan Stok Susu Ibu Sebelum Kembali Bekerja

Sedar tidak sedar, cuti bersalin sudah sampai ke penghujungnya dan tarikh ibu kembali bekerja semakin hampir. Persoalan tentang cukup atau tidak stok susu ibu sebelum kembali bekerja semakin menghantui ibu. Bagaimana cara mengumpul stok susu dengan masa yang semakin suntuk ni?

Jangan panic Ibu. Ia tidak akan membantu, malahan akan merencatkan Let Down Reflex atau kata mudahnya Refleks Ejeksi Susu. Perah susu ibu seperti biasa dan cuba tiga cara ini untuk meningkatkan penghasilan susu ibu.

cara mengumpul stok susu ibu sebelum kembali bekerja

Tiga Cara Yang Boleh Dicuba Untuk Mengumpul Stok Susu Ibu

#Cara Pertama – Perah Susu Sambil Menyusukan Anak

Cara ini sangat membantu dalam meningkatkan Let Down Reflex kerana kedua-dua payudara digunakan serentak.

Untuk memulakan cara ini, bayi boleh diletakkan pada posisi mendakap (football hold) dengan badan dan kakinya diampu bantal. Pastikan bayi selesa, disokong sepenuhnya dengan bantal dan melekap sempurna. Kemudian, satu tangan ibu digunakan untuk meletakkan dan mengepam di payudara sebelah.

football hold posisi menyusu bayi

Posisi “football hold” semasa melakukan perahan susu sambil menyusukan anak

Cara ini lebih mudah dilakukan ketika bayi masih kecil dan tidak mudah dipengaruh oleh keadaan sekeliling. Namun, apabila bayi sudah berumur 6 bulan ke atas dan mulai lasak, cara ini boleh menjadi agak mencabar sedikit kerana bayi mula mempunyai keinginan ingin tahu yang tinggi dan memberi gangguan semasa sesi memerah stok susu ibu.

#Cara Kedua – Perah Selepas Menyusu

Cara ini mampu untuk memberi isyarat kepada badan ibu untuk menghasilkan lebih banyak susu ibu. Di awal sesi, ibu akan merasakan tidak banyak susu yang terhasil, namun selepas beberapa hari, badan ibu akan secara semulajadinya menyesuaikan diri dengan rutin ini dan lebih banyak susu boleh dihasilkan dan diperah.

60 minit selepas sesi menyusu adalah masa yang paling sesuai untuk mengamalkan cara ini. Jika terlalu lewat, ia tidak akan memberi manfaat kepada usaha ibu untuk mengumpul stok susu ibu.

#Cara Ketiga – Memerah Pada Tengah Malam Atau Awal Pagi

Memerah pada waktu malam atau awal pagi memberikan ibu jumlah susu perahan yang banyak kerana pada waktu ini hormon prolaktin adalah pada tahap paling tinggi sekali.

Hormon prolaktin adalah hormon yang penting bagi penghasilan susu dan meransang perasaan kasih seorang ibu kepada bayinya. Ia dirembeskan 7 hingga 20 kali sehari dan lebih banyak pada waktu tidur. Semakin kerap bayi disusukan, semakin tinggi paras prolaktin dan semakin banyak susu dihasilkan.

kaedah power pumping untuk mengumpul stok susu ibu

Pam susu yang bersesuaian amat penting untuk memaksimumkan kuantiti perahan susu ibu

Oleh itu, pada waktu ini ibu sangat digalakkan untuk melakukan Kaedah Power Pumping. Power Pumping adalah satu kaedah memerah susu selama 5 hingga 10 minit setiap 45 minit atau satu jam. Selang selikan payudara kanan dan kiri iaitu contohnya 10 minit di payudara kanan dan beralih ke payudara kiri dan pam sehingga 10 minit.

Setelah mencuba ketiga-tiga cara mengumpul stok susu ibu di atas, ibu hendaklah sentiasa berfikiran positif dan cuba amalkan doa banyakkan susu ibu. Saya juga mahu berkongsi kisah bagaimana seorang ibu bekerjaya yang kerap penat sehingga tidak larat untuk mengumpul stok akhirnya berjaya akhirnya. Semoga menjadi inspirasi kepada ibu bekerjaya di luar sana.

doa banyakkan air susu

Amalkan doa ini, insyaAllah susu akan sentiasa ada untuk bayi anda

Susu ibu adalah anugerah dan rezeki Allah untuk bayi. Mintalah daripada Allah agar diberikan rezeki yang melimpah-ruah untuk perkembangan dan kesihatan bayi. Nyatakan secara spesifik keinginan ibu untuk menyusukan bayi sekurang-kurangnya dua tahun. InsyaAllah dipermudahkan buat ibu dan bayi.

Jika anda ada masalah berkenaan penyusuan susu ibu dan ingin berkongsi dengan saya, anda boleh menghubungi saya. Saya tidaklah expert, tapi saya sangat happy jika dapat berkongsi ilmu 😀

Take care Mommies!

Sharing With Love,
Aya Chalo | 0138633224
Parenting From The Heart