8 Produk Shaklee Jepun Kalau Masuk Pasaran Malaysia Mesti Best Gila

Sebenarnya kak Aya teruja dengan entry hari ni. Sebab kak mau share beberapa produk Shaklee Japan yang sangat best yang kak Aya dapat atau beli bulan lepas sewaktu menghadiri incentive trip ke sana.

Shaklee sebenarnya ada di 8 buah negara termasuklah Jepun. Produk Shaklee pun sebenarnya sangat banyak dan berbeza di setiap negara bergantung kepada permintaan atau kelulusan pihak berkuasa. Produk yang masuk ke Malaysia pula sangat istimewa sebab dibuat di kilang berbeza dengan produk lain yang diluluskan Halal oleh Islamic Service Of Amerika (ISA). Badan ini diiktiraf oleh JAKIM sejak tahun 1983.

So hari ni kak Aya akan kongsikan beberapa produk Shaklee Jepun yang kak dah try.

Kalaulah semua produk ni masuk Malaysia kan besttttt… cuma kenalah dapatkan sijil halal dan kelulusan masuk Malaysia. Oh ya, produk yang kak beli ni kak sudah check (staff Shaklee pun dah checkkan), insyaAllah tiada bahan-bahan yang meragukan, sebab kat Jepun, produknya ada juga menggunakan porcine, hihi… so kalau nak ke Jepun dan beli produk Jepun, kena hati-hati tau.

vivix-ready-stock-sabah-indah-permai

8 Produk Shaklee Jepun Yang Kalau Masuk Malaysia Mesti Best Gila

  1. ESP Pelbagai Perisa

    Semua pun tahunESP merupakan salah satu produk Top 10 di Malaysia. Yang ada di sini cumalah perisa Vanilla. Di Jepun pula ada pelbagai perisa iaitu Choco, Pecan, Coffee, Peach, Regular dan Vanilla. Mana satu yang sedap? Sejujurnya kak Aya suka kesemua perisa yang ada. Semua sedap! Tapi yang kak paling suka sekali adalah Peach sebab wangiiii sangat.

    ejen-shaklee-kk-sabah

    Instant Protein Assorted Pack. Ni best gila kalau ada di Malaysia, senang nak bawa balik kampung, senang bawa travel, boleh tukar-tukar taste. hihi… Doakan masuk Malaysia suatu hari nanti. Tinggi permintaan ni.

    Manfaatnya? sama macam ESP Shaklee yang ada disini. Untuk gebu-gebu, untuk cantikkan kulit, kuku, rambut, untuk sustained energy dan untuk kenyang yang lebih lama. Banyak lagilah manfaat ESP ni.

2. Shaklee Fiber

Shaklee Fiber ni dulu tidak silap memang ada di Malaysia. Tapi kak Aya no idea kenapa dihentikan pada pertengahan 2013. Alhamdulillah merasa juga yang dari Jepun ni.

Shaklee Fiber ni adalah satu serbuk fiber semulajadi tanpa perisa yang boleh di tambah ke dalam minuman seperti ESP, Instant Protein, jus, Vivix atau Performance Drink. Minum macam tu saja pun boleh.

pengedar-shaklee-kota-kinabalu-ready-stock

Shaklee Fiber ni kak Aya dapat sebagai gift semasa Dinner bersama Dr. Kojima (Inventor Nutriferon Shaklee) di Imperial Jepun tempoh hari. Dapatlah 3 kotak, kak 1, Awal 1, papanya 1. Alhamdulillah merasa gak. Sekarang ni setiap kali sahur kami minum ni, anak-anak pun kak Aya bagi sebab ia bantu juga untuk rasa kenyang yang lebih lama.

Antara manfaat Shaklee Fiber termasuklah untuk kesihatan usus, mudah lawas, elak sembelit dan buasir. Kak Aya minum ni memang rasa best jak membuang, puas gittew, hihihihi… jadi kalau Shaklee Fiber ni masuk Malaysia, boleh la kita “geng”kan dengan Herblax untuk pastikan membuang dengan lancar setiap hari. Selain tu terdapat pelbagai manfaat fiber yang lain termasuklah kesihatan jantung dan merendahkan kolestrol.

3. Shaklee Bifidus

Produk yang direka untuk berdasarkan tiga idea untuk persekitaran usus yang baik iaitu probiotik, prebiotik, biogenics. Ia menggabungkan bifidobakteria dan bakteria asid laktik, oligosakarida dan laktoferin yang membantu meningkatkan fungsinya.

Dengan mengamalkan Shaklee Bifidus ni, kita sediakan usus dengan bakteria baik yang sangat bagus untuk kesihatan.

pengedar-shaklee-di-sabah

Shaklee Malaysia tiada produk yang ada probiotics ni. So memang sangat baguslah kan kalau produk ni masuk. Dengar-dengar untuk penghidap eczema, antara satu cara untuk control adalah dengan mengamalkan probiotik ni.

Memandangkan Shaklee Bifidus belum ada di Malaysia, kak suggest untuk dapatkan persekitaran usus yang kaya dengan bakteria baik, amalkanlah minuman kultur. Hehe…

4. Shaklee Kids: All In One Shake

Yang ni sedap sangat, anak-anak kak Aya memang suka. Memang berlainan sikit dengan Mealshakes sebab berperisa Strawberry dan acah-acah yogurt gitu. Add air biasa or dalam susu. Dua-dua pun sedap.

Kandungannya lebih kurang dengan Mealshakes iaitu multivitamin yang lengkap dengan fiber dan beberapa nutrien lain yang penting untuk perkembangan pesat anak-anak.

pengedar-shaklee-sepanggar-sabah

Yang ni kak Aya dapat as welcome gift (suprise kat bilik) sebab kak bawa Awal Syahmi sekali ke trip Jepun. Kawan-kawan yang tiada bawa anak tak dapat ni. Untunglahhhh Awal Syahmi boleh abang adik merasa sekali. hihi…

5. Shaklee Collagen Powder

Haa, yang ni tak hairan kan sebab ada kat Malaysia. Tapi kak Aya mau story ni, Collagen Shaklee Jepun dia add on nutrien untuk meningkatkan moisture dengan lebih effective. Double moist gittew. Patutlah minum beberapa hari rasa kulit muka ni best jak.

ejen-vivix-sabah-kota-kinabalu

Lagi satu, Collagen Shaklee ni dikilangkan di Jepun so, harganya jauh lebih murah, ce teka berapa harga sekotak? hihihi… harganya kurang RM100 dari Collagen Powder Malaysia. Menggoda bak hang! Kak Aya tergoda sampai beli 5 kotak uolls. Hihi… ya lah, umur dah masuk 35 ni, collagen sangat perlu tau. Nak juga ada effect toing-toing sana sini.

Kalau mahu gebu gebas, tegangkan sana sini dan kecikkan liang roma yang semakin membesar tu, boleh la usha harga Collagen Powder Malaysia sini.

6. NutriFeron Shaklee

Yang ni pun tidak hairan sebab ada di Malaysia. Tapi, jangan tak tau, NutriFeron dicipta oleh pakar imunologi terkemuka dunia Dr. Yasuhiko Kojima yang berasal dari Jepun. Jadi NutriFeron yang datangnya dari Jepun sangatlah special. Malaysia punya datang dari US.
ubat-bengkak-tonsil-teruk

Fungsinya sama iaitu sebagai immune booster semulajadi yang meningkatkan sistem pertahanan badan secara semulajadi. Kalau mudah sakit, kerap tonsil, eczema, dan apa-apa yang berkaitan dengan sistem imun, eloklah amalkan Nutriferon ni.

Dr-yasihiko-kojima-pencipta-nutriferon-shaklee

Gambar kenangan bersama Pakar Immunology terkenal Dunia yang menemui interferon, Dr. Yasuhiko Kojima sewaktu trip Shaklee ke Tokyo Mei 2017 lepas. Bangga tau dapat jumpa beliau sendiri sebab kak Aya memang tidak tinggal NF ni sebab dulu-dulu kak kerap kena tonsel. Fuhh.. serik kalau boleh nda mau kena lagi.

7. Premium Mask 3D

Wow! Sebenarnya ini antara kegemaran kak Aya iaitu produk special care Shaklee Jepun Premium Mask 3D.

Pemenang Gold Medal Monde Selection tiga tahun berturutan (2014, 2015, 2016) ni bukti keberkesanan produk ni tiada tandingan. Kak Aya yang baru pakai sekali pun rasa kelainan di kulit muka apatah lagi kalau habis sekotak kan? mesti kalah Rita Rudaini ni, ahaks.

masker-shaklee-kota-kinabalu-sabah

Sebenarnya kak jarang pakai mask-mask ni, selalu buat masker jak. Bukan apa, takut mencuba brand lain, almaklumlah dulu muka teruk sangat. So bila nampak Shaklee Jepun ada produk ni, kak Aya pun teruslah order. Mahal belakang kira yang penting yakin selamat. 😀

Serius best pakai mask ni, nasib jak nda nangis, hahaha… berbaloi beli walaupun harga boleh tahan gak dengan 6 keping sekotak. Mask ni baiki struktur muka, jadikan glowing, melembapkan dan menghilangkan garis halus wajah. Bak kata dalam website Shaklee Japan “We deliver prominent moisture, and it looks beautiful and shiny like after aesthetic. It prepares the texture and makes fine wrinkles less pronounced by drying”

Efficiency assessment tested tau kesan dia. Patutlah menang award kan. Kalau tengok Monde Selection tu bukan benda memain, world class tau. Kak beli ni 2 kotak, kemain kan? hihi… cantik punya pasal.

8. Refuncell UV Cut Bass Lasting BB (spf 30) dan Treatment Powder Foundation

BB Cream ni pun tiada kat Malaysia, please lah masukkan Make Up produk masuk pasaran Malaysia. InsyaAllah sentiasa licin! Haha.. ya la, bukan senang kan nak dapat produk makup natural dan organik ni.

BB Cream ni khas untuk warna kulit wajah yang tidak sekata dan berpori. Dia tutup cela uolls. Memang licin dan nampak glowing pakai cream ni. Kak Aya sebelum ni guna BB Cream MEK (bukan nama sebenar), BB Cream Shaklee ni rasa lebih ringan, murah diserap dan mudah dibersihkan menggunakan makeup remover Nutriwhite.

vitamin-jerawat-jeragat-shaklee-kota-kinabalu-sabah

Treatment Powder Foundation ni pula bedak muka yang dikhaskan untuk menutup cela dan kelihatan natural pada wajah. Ia lengkap dengan bahan yang melembapkan kulit. Yang ni pun kak Aya suka. Serius rasa cerah dan sekata ja kulit wajah tu. Pakai pun jimat-jimat ni takut habis. Kang terpaksa terbang ke Tokyo semata-mana nak beli bedak, hihi…

Fuhh, selesai 8 produk kak kongsikan.

So, mana satu produk yang menggiurkan? Haha… sewaktu di Jepun tempoh hari sempat juga lepak dengan Presiden Shaklee Malaysia, Madam Helen, dan sempat jugalah tanya tentang produk Jepun untuk dimasukkan ke Malaysia ni. Beliau kata memang ada niat nak bawa masuk, cuma ya lah, kena ikut prosedur dan kena dapatkan Halal certification, penting tu.

Jadi, kita tunggu jak lah. Kalau rasa-rasa tak sabar tunggu, boleh la terbang ke Jepun, dan ajak uncle-aunty Jepun jadi ahli kat sana dan belilah dengan diorang, huhu… Bagi yang sudah jadi ahli Shaklee di Malaysia ni, boleh juga beli Ambassador Pack dan cari downline kat sana. Bolelah dia uruskan pembelian nanti. Bijak tak kak Aya, siap bagi tips ni. Hihi…

Ok lah, itu ja perkongsian hari ni. Jangan lupa follow blog kak Aya ni untuk jadi orang pertama dapat new updates tau. Take care! Jangan mimpi pakai masker 3D pula ya, hihi…

Luv,
Kak Aya Chalo
Kak Suka Produk Jepun!

Lelaki Bocor Rahsia Cara Hilangkan Parut & Lubang Chicken Pox

Terkejut kak Aya baca status seorang lelaki bernama Donny Reyn di Facebook yang berkongsi cerita beliau memicit nanah chicken pox sehingga meninggalkan lubang dalam dan parut teruk di wajahnya. Siap picit tu, confirm lah lubang akan kekal selama-lamanya cik abang oiiii..

Donny cerita lagi bahawa doktor sendiri katakan lubang dan parut cacar air tu sukar untuk sembuh dan kalau sembuh pun ia akan mengambil masa yang lama dan bukannya sembuh 100% seperti sediakala.

Ya lah, maklum sajalah kalau sudah dewasa ni segala parut dan lubang-lubang ni degil sangat mau pulih kan, bukan macam budak-budak.

Jadi siapa tidak panik bila doktor katakan sedemikian. Hilanglah wajah hensem dan halus selama ni. Lubang chicken pox dan parut tu confirm lah akan kekal. Sedihnya!cara-merawat-chicken-pox-cacar-air

Tapi, Donny katanya beliau berjaya pulihkan lubang dan parut tu dan kulit wajahnya kembali seperti asal. Bagaimana Donny lakukannya?

Suspen pula. Betul ka tidak cerita beliau ni? Jom kita baca dulu status asal beliau. Siap ditujukan kepada Pengedar Shaklee tu, huhu… berdebar kak.

Kpd Syarikat & Agen2 SHAKLEE… ini utk kamu…

Tujuan sy buat pkongsian ni bukan mahu mjatuhkan @ mgaibkan Syarikat…..
Sy hnya bkongsi kpd kwn2 fb mnatau bmanfaat… tahun lepas lbh kurang 29.11.16 sy mula kena cikon pox. Mulanya sy fikir jerawat jd sy x peduli. Sy makan ja kerang. Sekali trus jd byak & gatal sampai sy x blh tahan. Sy tampar2 muka sy. Sy garu. Barulah sy perasan rupanya cikon pox…mgkn sbb sy mkn kerang trus bernanah. Jd krna gatal sy pn picit tu nanah spy kluar. Apa lg muka sy pn trus blubang.. dlm lg tu..doktor cakap susah mau sembuh tu lubang klu sembuh pn mgkn ambil masa yg lama tp bukan 100% sbb kulit sy bukan lg kulit budak2. Perasaan sy masa tu takut.. Camna sy bdepan dgn org dgn muka yg hancur😂😂😂..sampai sy jln2 pn guna penutup muka….bila sy post pic sy d fb ramai kwn2 yg bg cadangan guna produk dr A ke Z & herba kg. Klu herba kg camna sy mo cari d tengah2 bandar ni😂😂😂….Terima kasih kpd smua kwn2 yg bg cadangan.. yg pertama mdahului cadangan adalah produk shaklee. SHAKLEE ni sdh sy dgar btahun2 tp sy x pernah ambil peduli. Sy ni jenis negatif dgn produk2 apalagi yg bkaitan dgn MLM. Tp krna tpaksa, sy pn cuba…sy gunakan ESP & VITAMIN C…apa yg tjadi mmang luar biasa… dlm seminggu ja sy guna sy sdh merasa ada perubahan pd muka sy. Proses pyembuhan yg cepat. Cikon pox jd kering & mgecut.. ptengahan bln 12 cikon pox sy mula pudar. Hanya sebulan lbh shja cikon pox sy sembuh 100%.. langsung x kesan d muka sy. Lubang2 yg besar serta dalam hilang.. bln januari 2017 ada kwn tnya…aiks bukan ko kena cikon pox ka dia blang hairan… sy jwb…iya tp sdh sembuh 100%😂😂.. Hebat kan😀😀..gambar tu x d edit & bukan guna camera 360… camera sy biasa ja…tu pic original.. blh jumpa & cek sndiri muka sy mmang sdh x bekas cikon pox…mcm x pernah kena…yg tggal lubang hidung & tai lalat sy lg😂😂…. Sorry sy bukan agen @ member Shaklee… sy hnya ingin bkongsi & btrima kasih kpd produk Shaklee….jd pgajarannya jika ada kwn2 fb tag kta apa2 produk smada Shaklee, La soul, Stg, trutama produk2 kesihatan yg sah & bdaftar KKM, jgn marah & negatif…manatau 1 hari nant kta perlukan…x paya kta cari2 d luar.. hubungi ja agen dia…sekian pkongsian sy….manatau bmanfaat…

Ini post asal beliau. Fuhh… baca sampai keluar peluh. Ingatkan dia mau kutuk Shaklee, hihi…

Memandangkan dua produk yang beliau guna ni berkesan, jom kak Aya ceritakan lebih lanjut tentang dua produk yang membantu dalam mengembalikan kehemseman beliau iaitu ESP dan Vita C Shaklee. Dua-dua masuk dalam Produk Top 10 Shaklee ni.ubat-hilangkan-parut-bekas-chicken-pox-cacar-air

Bagaimana ESP dan Vita C Shaklee boleh membantu kulit beliau pulih.

ESP

ESP merupakan satu sumber protein berkualiti tinggi berasaskan tumbuhan. Sel Kulit kita terhasil daripada blok-blok protein. Protein ni bahan asas untuk sel. Cukup bekalan protein berkualiti tinggi, cun lah kejadian sel tu.

Jadi, bila sel kulit kita rosak, protein untuk bantu repair dan hasilkan sel-sel sihat sekaligus kulit tu nampak lebih sihat, gebu sekaligus membaiki struktur kulit seperti parut dan lubang. Protein juga membantu menghasilkan collagen di dalam badan, collagen bagi kesan tegang pada kulit. Nah, jadi tau sudah kan cemana Donny boleh “dapat balik” kehensemannya, hihi… Orang bilang, sihat di dalam, terpancar di luar gittew.

Vita C

Istimewanya Vita C Shaklee sebab ada sistem pelepasan berperingkat (lepas slow-slow) yang membolehkan vitamin c diserap secara maksimum ke dalam badan. Vitamin C ni adalah vitamin larut air. Kalau tiada sistem pelepasan ni, itu yang kata jadi urin mahal sebab semua vitamin c keluar melalui air kencing sejam selepas diambil.

So, vitamin c yang menyerap sepenuhnya ke dalam darah membolehkan badan mendapat vitamin c yang cukup untuk bantu pembaikan sel kulit setiap hari. Vitamin C juga sangat bagus dalam mempercepatkan penyembuhan luka. Tu yang Donny cakap cepat jak sembuh chicken pox dia tu.

Selain itu, vitamin c juga terbukti memutihkan dan mencerahkan kulit. Jadi, parut-parut hitam tu secara perlahan-lahan menjadi cerah.

Itulah sebenarnya yang berlaku kepada Donny. Untunglah beliau mahu berikhtiar dengan Shaklee kan?

Badan kita kalau mahu sembuh lebih cepat kena amalkan makanan seimbang, minum air yang cukup, tapi, faham-faham la kan, kalau sudah sakit, gatal sana sini, makan pun kena hati-hati, salah makan gatal pula. Tu sebab mengambil makanan tambahan (suplemen) sangat penting untuk mempercepatkan penyembuhan luka tanpa meninggalkan parut.

So, kak Aya mahu bagitau ni, dua produk ni bukan terhad kepada masalah Cacar Air atau Chicken Pox sahaja, tapi juga boleh diambil untuk kekalkan wajah yang flowless, cerah, gebu atau jika ada masalah jerawat teruk pun boleh juga. Kita repair dari dalam.

Kalau berminat untuk try dua produk ni, boleh klik poster BUY NOW di bawah atau hubungi kak Aya untuk info lanjut. Klik link ni untuk direct whatsapp http://ayachalo.wasap.my.harga-ESP-shaklee-dan-cara-order-ESP-shaklee

Luv,
Kak Aya Chalo
Pengedar Shaklee Kota Kinabalu
Like Fanpage Rak Vitamin AyaChalo
Follow Instagram ayachalo_vits