7 Sebab Anda Mengidam Makan Macam-Macam Walaupun Tidak Mengandung

Mengapa anda mengidam macam-macam walaupun tidak mengandung?

Pernahkah anda teringin sangat nak makan kek coklat? ataupun terbayang-bayang keharuman dan keenakan coffee sehingga hari-hari nak minum, kalau tak minum rasa tidak sempurna hari anda? (macam bunyi iklan dah), dan yang semakin tragis, walaupun anda mengidam macam-macam tapi anda bukanlah termasuk dalam kategori ibu mengandung. Tentu pelikkan?

Tapi realitinya, itu merupakan signal dari tubuh yang “memberitahu” kepada anda bahawa anda sedang mengalami kekurangan mineral tertentu yang menyebabkan badan tidak dapat menjalankan fungsinya secara maksimum.

Aya pun sangatlah tergolong di dalam kategori ni. Yang Aya perasan, selepas hari raya tempoh hari, ada seminggu tu Aya asyik rasa nak  makan benda manis saja. Mungkin kesan daripada makan macam-macam sewaktu beraya tu kan? Banyak makan kuih raya, minum manis-manis sehingga kurang nutrisi dalam badan ni haaa…

cara mengatasi mengidam

So, hari ni Aya hendak share tentang info ni. Sebenarnya Aya pun baru saja dapat info ni tadi bila geng #360 bincang di dalam group whatsapp (geng ni bukan gangstar ke apa, cuma group mak-mak satu bisnes jek, hihi). Info yang sangat lah best tu yang tidak sabar-sabar nak share kat sini.

Jadi, apakah 7 sebab musabab yang menyebabkan anda mengidam sebegitu rupa? Aya kongsikan kat bawah, baca sampai habis tau 😀

7 Sebab Anda Mengidam Makan Macam-Macam Walaupun Tidak Mengandung

#1 – Mengidam Manis-Manis

Pabila anda secara tiba-tiba, asyik teringin nak makan makanan manis-manis seperti kek, gula-gula atau seumpamanya, sebenarnya badan anda benar-benar memerlukan mineral Kromium, Karbon, Fosforus, Sulfur dan Tryptophan.

mengidam makan kek

Sekadar perhiasan, jangan pula gi order lepas ni. Hihi…

Makanan berkhasiat yang anda boleh diambil adalah:-

  • Kromium – Brokoli, anggur, keju dan ayam
  • Karbon – Buah-buahan segar
  • Fosforus – Ayam, daging, asid lemak ikan, telur, produk tenusu, kekacang, sayuran dan bijirin.
  • Sulfur – Cranberries, kubis dan bunga kubis.
  • Tryptophan – Keju, kismis, ibu manis dan bayam.

#2 – Mengidam Makan Roti, Pasta atau apa jua jenis Karbohidrat

Ini merupakan tanda bahawa badan anda kekurangan Nitrogen.

Makanan berkhasiat yang boleh diambil adalah:-

  • Nitrogen – Makanan tinggi protein seperti daging, minyak ikan, kekacang seperti soya, walnuts, pecan, chia seeds, oatmeal, bayam dan cendawan juga boleh.

#3 – Mengidam Makanan Berminyak

Tetiba teringin nak makan fries, tau tak ini merupakan tanda bahawa badan anda kekurangan Kalsium.

Makanan berkhasiat yang boleh diambil adalah:-

  • Kalsium – Susu, almonds, bayam, buah oren, brokoli, sesame seed, keju dan juga sayuran berdaun hijau.

#4 – Mengidam Coffee

Haaa.. minah kopi, tau tak kenapa anda berulang kali craving for coffee? Hehe.. Aya pun ada musim mengidam coffee ni. Kekadang terasa rindu nak minum sebab dah 2 tahun sejak amalkan suplement Aya berjaya kawal diri dari minum dengan kerap sebab takut vitamin-vitamin yang dimakan setiap hari tu, tidak menyerap dengan maksimum, susah pula nak cantik nanti, ahaks.. gurau jek.

mengidam dan ketagih minum kopi

So apa yang menyebabkan anda mengidam kopi? Jawapannya kerana badan anda kekurangan Phosphate, Sulfer dan Zat Besi.

Makanan berkhasiat yang boleh diambil adalah:-

  • Kekacang, bebawang seperti bawang merah, bawang besar, bawang putih, bayam, black cherries dan red peppers.

#5 – Mengidam Minuman Bergas

Ini juga merupakan tanda badan anda kekurangan kalsium sama seperti jika anda mengidam makanan berminyak.

Makanan berkhasiat yang boleh diambil adalah:-

  • Kalsium – Susu, almonds, bayam, buah oren, brokoli, sesame seed, keju dan juga sayuran berdaun hijau.

#6 – Mengidam Makanan Masin

Untuk yang teringin nak makan masin-masin seperti keropok, itu menandakan badan anda sedang mengalami kekurangan mineral Klorida.

Makanan berkhasiat yang boleh diambil adalah:-

  • Klorida – Minyak ikan, susu kambing, kekacang seperti pecan, hazelnut dan gajus.

#7 – Mengidam Coklat

Jika anda asyik teringin nak makan coklat, kek coklat, minuman coklat dan apa saja yang berasaskan coklat, badan anda sedang memerlukan Magnesium.

mengidam chocolate coklat

Makanan berkhasiat yang boleh diambil adalah:-

  • Magnesium – Buah-buahan, sayuran, kekacang seperti hazelnut, pecan serta almond, ubi manis, avocado, koko, telur dan juga brokoli.

Sekarang dah tahu kan, jika tekak tu teringin makan apa yang Aya senaraikan kat atas, cuba-cubalah berfikir secara sedar. Jangan buat-buat tak sedar diri pula. Hihihi.. badan kita yang sangat kompleks ni sebenarnya “bijak” dalam menghantar signal-signal ke otak namun seringkali disalah tafsirkan.

So, mulai hari ini, tanganilah keinginan untuk makan itu secara berhemah. Jangan bila dah naik berat baru nak menyesal. (Peringatan untuk diri sendiri sebenarnya T_T). Semoga info ini bermanfaat buat anda. Terima kasih sudi singgah! 😀

Luv,
Aya Chalo | 013-8633224
Pengedar Shaklee Sepanggar – Kota Kinabalu – Sabah
Like Page kami di AyaChalo Stories – Parenting From The Heart

7 Tanda Bakal Hadapi Masalah Berbahaya Selepas Bersalin

Ketika mengandung, tentu tidak sabar-sabar hendak bersalin kan? Nak berjumpa dengan baby yang dikandungkan selama 9 bulan, pasti comel dan berbau wangi. Ia merupakan saat bahagia suami dan isteri. Namun, selepas bersalin sama ada bersalin normal ataupun melalui pembedahan, ibu terdedah kepada risiko yang tinggi terhadap beberapa masalah yang berbahaya, yang boleh meragut nyawa.

Oleh itu, jika ibu mengalami masalah tersebut, segeralah berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan bantuan dan rawatan. Jangan pandang remeh tau mommies.

Tanda masalah selepas bersalin

7 masalah di bawah meningkatkan risiko berbahaya kepada ibu selepas bersalin dan ibu perlu mendapatkan bantuan segera.

#1 : Sakit di bahagian betis

Sakit di kawasan ini seringkali disebabkan oleh darah beku yang tersumbat di saluran darah. Darah beku ini boleh bergerak ke saluran darah di paru-pru yang boleh menyebabkan sesak nafas dan kematian. Kadangkala ibu boleh nampak tanda merah dan bengkak di sekitar betis.

#2 : Sakit Dada

Kadang kala ibu akan mengalami sakit di bahagian dada. Ini mungkin berpunca daripada ketegangan otot semasa proses meneran. Jika ibu mengalami sesak nafas, kesakitan atau batuk berdarah, itu mungkin penunjuk lain. Silalah ke hospital dengan sedera.

#3 : Tumpah Darah

Tumpah darah disebabkan oleh rahim yang tidak menguncup dengan sempurna atau terdapat cebisan uri tertinggal di dalam rahim ibu. Keadaan ini akan menyebabkan kehilangan darah yang banyak dan memerlukan rawatan segera di hospital.

Ibu yang kerap hamil merupakan ibu yang mempunyai risiko tinggi mengalami masalah ini. Antara tanda ibu mengalami tumpah darah adalah apabila pening kepala, denyutan jantung yang pantas, seram sejuk dan mungkin berpeluh serta pitam.

#4 : Sakit Kepala Yang Teruk

Ini kemungkinan kesan suntikan epidural ataupun bius spinal. Ibu dinasihatkan berjumpa dengan doktor dengan kadar segera.

Masalah yang ni saya sendiri mengalaminya semasa saya bersalin anak kedua melalui caesarian. Saya memang mengalami masalah sakit kepala yang teruk selepas hari ke 6 bersalin. Time tu tidak tahu pun kesan daripada bius spinal, ketika sakit menyerang saya kurangkan kesakitan dengan baring. Nasib baik tiada perkara buruk berlaku. Tapi memang sakit kepala kaw-kaw juga la.

#5 : Jangkitan Kuman Di Perineum (Kemaluan)

Jangkitan kuman di perineum akan menyebabkan luka episiotomy lambat sembuh. Apabila keadaan ini berlaku, kuman boleh merebak ke bahagian pundi kencing dan menyebabkan kesakitan ketika membuang air kencing dan jika lebih teruk, kuman boleh merebak melalui darah.

Sangat penting untuk menjaga kebersihan di bahagian ini dan sentiasa pastikan ianya kering. Ibu juga perlu meningkatkan kesihatan diri agar serangan kuman boleh dielakkan. Ini boleh dicapai melalui pemakanan yang seimbang dengan nutrisi yang lengkap.

#6 : Demam Yang Tinggi Secara Tiba-Tiba

Selepas bersalin, ibu boleh mendapat demam yang teruk dalam jangka masa yang singkat jika tidak dirawat dengan segera disebabkan jangkitan di bahagian luka perineum atau luka pembedahan di perut. Pastikan kedua-dua luka ini mendapat penjagaan sebaiknya.

tanda-tanda meroyan selepas bersalin

Dapatkan bantuan keluarga dan kaunseling jika ibu mengalami kemurungan

#7 : Meroyan

Meroyan dialami oleh sesetengah ibu selepas bersalin kerana perubahan drastik pada keadaan emosi dan mental ibu serta perubahan hormon. Ibu yang mengalami simptom meroyan berisiko untuk mencederakan diri sendiri dan bayi dan ini turut memberi kesan kepada proses penyusuan susu ibu.

Diharap perkongsian ini dapat membantu ibu-ibu untuk  mendapat “alarm” awal tentang masalah yang boleh berlaku selepas bersalin. Maklumkan suami anda tentang petanda ini agar mereka tahu langkah yang boleh dibuat untuk menyelamatkan anda. Take care mommies!

Luv,
Aya Chalo | 013-863 3224
ID 889835
Pengedar Shaklee Sabah – Kota Kinabalu – Sepanggar