Itinerary Percutian Ke Jepun Yang Tidak Mungkin Dilupakan

Pertama kali dapat tahu percutian tajaan percuma 2017 ke Jepun, kak Aya like… krik krik krik… biar betul jepun jak?? haa, macam tu la suara-suara kecik bermain di jiwa kak Aya. Ya lah, kak harapkan percutian free ke Switzerland ka ke New Zealand ka, mana-mana lah negara yang best, but, why Japan??? ha.. sampai cenggitu sekali.

Tapi, selepas kak Aya jejakkan kaki ke Jepun, terus rasa menyesal pula pandang rendah cenggitu. Sebenarnya Jepun sangat besttttt… Walhal trip kali ni cuma ke Nagoya dan Tokyo selama 8 hari 7 malam. Insyaallah lepas ni repeat lagi ni, guna duit sendiri, free trip tempat lain pula.

Itinerary-percutian-ke-nagoya-dan-tokyo-jepun

Sebenarnya kali ke-empat kami menikmati Incentive Trip Shaklee. Alhamdulillah seperti biasa, mana-mana Trip Shaklee pun memang terbaik dan melebihi apa yang dijangkakan, tu sebab setiap tahun pun ternanti-nanti dan mungkin sebab tu pandangan tentang Jepun berubah 360 darjah. hihi…

Sepanjang hampir 5 tahun ber-Shaklee, setiap tahun kak Aya layak ke Free Trip Shaklee ni, kak summarykan seperti di bawah:

2014 US: Los Angeles & San Francisco (2 tiket international & 4 local trip)
2015 Italy: Milan, Florence & Rome (4 tiket international & 1 local trip)
2016 US: Orlando Florida (2 tiket international & 2 local trip)
2017 Japan: Nagoya & Tokyo (3 tiket international & 1 local trip)

Yang bestnya Inventive Trip Shaklee, bukan saja boleh bawa suami malahan boleh bawa anak dan parents sekali. Yang penting kumpul points bebanyak, hihi… mau tau rahsia dapat points banyak kenalah join jadi downline kak, hihihi…

Incentives Trip Jepun kali ni memang betul-betul membuka mata kak Aya tentang Jepun. Sebelum ni kak Aya sudah 2 kali ke Seoul Korea sebab rasa best sangat kat sana.

Tapi bila ke Jepun, kak Aya rasa terlalu banyak benda yang perlu di-explore di Jepun tambahan lagi negaranya memang cantik, terjaga, bersih dan orang-orangnya pun sangat baik hati. Awal (anak kak yang ikut ke trip Jepun kali ni, siap dapat 1000yen dari seorang atok. Pemurah sangat diorang ni.

apa-yang-menarik-di-nagoya-jepun

Kalau landing di Nagoya, boleh pegi tempat-tempat ni: Shirakawa-Go (UNESCO Heritage Site), Takayama (Old Town), Nagoya, Kyoto, Ise, Tateyama Kurobe (Alpine Route & Snow Wall, best gila) dan Mt. Fuji.

Tentative Shaklee pula memang sangat ohsem, gunung dapat, bunga dapat, strawberry dapat, Shaklee Japan dapat, semua dapat! Dari Nayoga ke Tokyo. Berbaloi fight untuk trip Percuma ni.

Secara summary trip ni bermula dari Takayama Morning Market di Old Town Sannomachi, kemudian ke perkampungan tradisi jepun yang sangat cantik di Shirakawa-Go dengan berpakaian tradisi Jepun iaitu Yukata, kemudian ke Apline Rounte di Mt. Tateyama.

Kemudian turun pula ke Ishihara Nojo untuk Strawberry picking (strawberry ditanam KHAS untuk trip ni, serius terharu time makan strawberry tu), lepas kenyang makan strawberry, Shaklee bawa pula ke Fuji Motosu (Pink Moss Festival), subhanalllah memang lawa sangat bunga-bunga di situ, kemudian ke Sumida River Cruise di Tokyo, berShaklee walk di Hibiya Park and last Shaklee belanja pula berjimba-jimba di Disneyland Tokyo.

All for FREE… ko kumpul ja points bebanyak. 8 hari yang sangat memorable untuk kami anak-beranak.

Macam kak Aya cakap tadi sejujurnya sewaktu kak Aya tau Incentive Trip cycle 2016-2017 pergi Jepun, kak rasa sedikit frust. Ya la, ke Jepun jak?? macam tu la lebih kurang. Tapi, selepas merasai sendiri pengalaman ke Jepun bersama Shaklee ni, rasa bertuah sangat sebab tripnya bukan trip cikai2, even Tour Guide tunduk ucap terima kasih kepada Shaklee sebab dia dapat merasa gak stay 3 malam di Imperial Hotel Tokyo, 5 star hotel.

Beliau cerita lagi, bebanyak group Incentive Trip yang dia handle, kebanyakan cuma stay di 3-4 star hotel, tapi Shaklee, dari day 1st, stay di 5 star hotel malahan top 3 Onsen hotel Japan.

Ada satu malam tu dinner kat Restoren Makanan India, beliau siap inform Shaklee bayar RM300 per person untuk dinner malam tu, siap booking restoren tu untuk deligasi Shaklee, walhal banyak lagi seat kosong. Berbaloi fight habis-habisan trip Shaklee ni tau.. rugi nda buat betul2 sebab memang Shaklee benar-benar hargai penat lelah leader Shakleenya. Shaklee suruh enjoy! 😍
Ok jom layan gambar-gambar highlight hari pertama dan kedua trip ni, banyak sangat gambar step by step la kak Aya share ya, huhu…

13 Mei terbang dari Kota Kinabalu ke KLIA. Flight ke Bangkok (transit) pada ja 8.30 malam dengan menaiki Thai Airlines.

13 Mei terbang dari Kota Kinabalu ke KLIA. Flight ke Bangkok (transit) pada ja 8.30 malam dengan menaiki Thai Airlines.

Seperti biasa, sudah sampai KLIA, kita lapor diri dulu dengan Staff Shaklee. Dapat la luggage tag, tentative booklet dan yang paling best, dapat duit elaun makan untuk mana-mana waktu makan yang Shaklee tidak dapat provide seperti di Disneyland dan Toki Premium Outlet. Sorang dapat 12000 Yen, satu family dapat 36000yen. Kaya mak, hihi...

Seperti biasa, sudah sampai KLIA, kita lapor diri dulu dengan Staff Shaklee. Dapat la luggage tag, tentative booklet dan yang paling best, dapat duit elaun makan untuk mana-mana waktu makan yang Shaklee tidak dapat provide seperti di Disneyland dan Toki Premium Outlet. Sorang dapat 12000 Yen, satu family dapat 36000yen. Kaya mak, hihi…

pengalaman menaiki thai airlines

Kali ini kami menaiki Thai Airlines ke Nagoya, transit sekejap di Suvarnabhumi Airport, Bangkok.

tips shopping di toki premium outlet jepun

Landing ja terus Shaklee bawa kami ke Toki Premium Outlet. Haa.. murah ka tidak kat sini? So far Premium Outlet di US offcos jauh lebih murah. Tapi, Kak Aya sempat juga beli G-Shock dan Baby-G yang harganya half daripada Malaysia. Jam Swatch pun gila murah. Serius tidak percaya, tanya seller tu ulang kali, bayangkan 5 utas jam swatch hanya 9800 yen, gila murah, so wajib la kak Aya beli kann…

Yukata sejenis kimono musim panas

Selesai shopping kami di bawa ke Hotel iaitu di Gero Suineikan Hot Spring Resort yang merupakan hotel tradisional jepun. Menurut Tour Guide, hotel ni adalah Top 3 Onsen Hotel (Hotel Kolam Air Panas) di seluruh Japan. Wow sangat! Sebelum naik ke bilik memasing, kami anak-beranak diberikan Yukata Set dan Geta untuk dipakai keesokan hari. Merasalah jadi orang jepun kejap kan, hihi…

Sesampainya di bilik, luggage sudah ready. Lepas tu ada sesuatu di atas meja. Tidak sempat buka lagi sebab rushing ready untuk Kaiseki Dinner.

Kaiseki Dinner. Kaiseki dinner adalah salah satu tradisional multi-course dinner. Tidak silap hampir 14 jenis makanan dihidangkan. Hmm.. sikit-sikit tapi kenyang juga. Satu pengalaman yang best, sudah la makan sambil pakai Yukata, terlondeh uolls. hihihi…

incentive-trip-shaklee-jepun-japan-malaysia

Konichiwa!! Muka-muka kenyang qualifier Shaklee incentive Trip Japan 2017. Seronott…

pengalaman-tidur-atas-tatami-bed-di-hotel-tradisional-jepun

Ok, selepas dinner memasing sudah penat, sesampainya di bilik tatami bed sudah ready, comel ja betul-betul merasai hidup orang jepun ni, hihi… jam 3 lebih pagi dah subuh weh, kagum gila jam 5am dah cerah, haha..

Ok lah, settle hari pertama dan kedua. Day 3 dan berikutnya lagi best sebab day 3 kak Aya akan ke pekan tradisi orang jepun Takayama dan perkampungan tradisi Jepun di Shirakawa-Go dengan menggunakan Yukata & Geta (terompah). Tapi, nanti kak Aya sambung kehh…

Banyak pengalaman manis di Jepun ni, insyaAllah jejak jepun kak Aya tidak akan terhenti disini saja, kena pegi Kyoto, kena pegi Hokkaido, kena pegi semua. haha… dan dan tertukar kampung cenggini, bye Seoul, hihi.. apa-apapun, korea tetap di hati sebab makanan dia sedap.

Ok, jumpa di part 2 nanti.

Luv,
Kak Aya Chalo
Shaklee International Incentive Trip Japan Qualifier
Pengedar Shaklee Sabah

Shaklee Business Leaders National Conference 2017, Built To Last

Agak terlewat kak Aya share aktiviti dua minggu lepas. Ni semua gara-gara terlebih makan pulut mangga di Bangkok (juga 2 minggu lepas), hihi…

17 Februari lepas, kak Aya fly dari Kota Kinabalu ke KL untuk menghadiri Shaklee  Business Leaders Conference 2017. Kak bukan turun seorang, tapi dengan berbelas-belas Leader #PolluxFamily dari Borneo. Aumm gittew.

Shaklee_Leaders_National_Conference_2017

Touchdown KLIA, naik Grab ke hotel dengan my leaders.

Ini merupakan 1st time Shaklee anjurkan BLNC sejak wujud di Malaysia 25 tahun lepas, bertuah la kan terjebak sama. Jadi hanya Leader Shaklee yang layak ja dijemput hadir untuk menghadiri BLNC yang best gila sebab makan free dan banyak free gift juga, kihkih…

Shaklee Leaders National Conference 2017

Tu dia, semua leader-leader hebat Shaklee Malaysia. Aumm!

Banyak perkara yang super-best sepanjang berlangsungnya conference ni antaranya:

  • Bertemu dan mendengar amanat CEO Shaklee Corporation Mr. Roger Barnett, yang terbang jauh dari US semata-mata untuk bertemu dengan Malaysian Shaklee Leaders. Banyak yang beliau kongsikan. Antaranya tentang Forum Ekonomi Dunia dan bertemu dengan Menteri Kesihatan Malaysia yang mempunyai matlamat mencegah lebih baik dari mengubati. Cerah peluang berniaga Shaklee di Malaysia ya. Hihi…
Shaklee_Leaders_National_Conference_2017

CEO Mr. Roger Barnett yang turut hadir bersama-sama BLNC pertama ni.

  • Roundtable forum tentang kepentingan suplemen. Speakernya terdiri daripada Saintis Shaklee, Dr. Bruce Daggy (terbang khas dari US, Doktor selebriti Dato Dr. Rajbans Singh dan Dietition (lupa pula nama). Best forum ni sebab Dr. Rajbans sebagai doktor sendiri mengakui beliau tidaklah pakar dalam bidang Nutrisi berbanding drugs. See? So bukan mau kata jangan percaya kata doktor kalau bercakap tentang suplemen, tapi berjumpalah dengan Nutritionist.
Shaklee_Leaders_National_Conference_2017

Do Suplement Works? Eh offcos. Sekarang suplemen sudah jadi keperluan tau, bukan lagi hobby. Banyak faktor seperti makanan tidak sihat, lifestyle, pencemaran, kekurangan nutrisi pada makanan dan banyak lagi

  • Pengumuman tentang Incentive Trip untuk FY2018. Wohoo… no more melancong dalam negeri, tapi dua-duanya ke Oversea. Bole la kumpul koleksi stamp imiggration. Ahaks.. Kita ada trip to Bangkok dan Mediterranean Cruise ~ singgah 3 negara, Italy, Spain & France, 7 bandar. Aummm… #KakAyaHappy

Presiden Shaklee Malaysia Madam Helen Lam mengumumkan Incentive Trip FY2018. Perghhh… kak Aya mesti tidur dalam cruise tu 7 malam. Hihi…

  • Lagi, Bahagian Marketing present the New Starter Kit untuk keahlian baru mulai April 2017. Gila gojess Starter Kit baru ni. Info pula tip top.. confirm kalau bawa time meeting orang nda lari, hihihi… ya la, bawa briefcase ni kan tipical MLM, orang takut weh 😂
Shaklee_Leaders_National_Conference_2017

The new Starter Kit Shaklee. Bila belek satu-satu memang superb lah. Lepas ni semua yang join ahli bole terus mengorak langkah hanya dengan refer kit ni jak. Terbaiklah Shaklee!

Shaklee_Leaders_National_Conference_2017

Pabila puan Presiden menggayakan Starter Kit Baru. Comel jak. Hihi

  • Selain Starter Kit baru, Shaklee juga mengumumkan beberapa produk dan sales aid baru yang lebih mengujakan dan sangat menarik. Serius, besttt…tapi biarlah rahsia. Yang satu ni ja kak Aya share sebab nda sabar suda iaitu Shaklee Baby 😍😍. Memandangkan kak Aya sudah decide tuk tutup kilang, maka, kak Aya putuskan sabun ni nanti baby besar yang pakai, hahaha…
Shaklee_Leaders_National_Conference_2017

Bak pesanan Ee Ling ~ Suka takkk??? Offcos kak Aya sukaaa 😂😂

  • Haaa… hampir terlupa. Yang lagi best sebenarnya time BLNC ni leader-leader yang layak ke Jepun (Incentive Trip Cycle ni), dijemput untuk fitting Yukata. Yukata ni ala2 kimono tapi simple sket la, kengkonon sebagai kenang-kenangan untuk trip Jepun Mei ni. Kak Aya, Masta Sam dan Awal insyaAllah pegi trip kali ni. Jadi sesiap ukur Yukata dulu la. Hikhik..
Shaklee_Leaders_National_Conference_2017

Yukata Fitting untuk Qualifier Jepun 2017 😍

Overall itu ja la yang menarik dengan #BLNC2017 ni. Berkumpul dengan Leaders saya, bertemu dengan geng-geng sidelines, serap-serap aura, makan-makan, dapat free gift dan dapat tips best dari CEO Shaklee.

Lepas ni, memang sangat jelaslah halatuju Shaklee Malaysia. Support company tu pentingkan untuk pastikan organisasi kita tahan lama? Tu sebab wajib join event Shaklee gittew.

Ok jom layan gambar pula.

Shaklee_Leaders_National_Conference_2017

Barisan #PolluxLeader yang berikan 200% komitmen dengan empayar Shaklee masing-masing. Kami terbang dari Borneo ok?

Shaklee_Leaders_National_Conference_2017

Makan percuma memang best, hihi…

Shaklee_Leaders_National_Conference_2017

Kengkonon mau bagitau yang kami biz Shaklee 90% secara online. Biz di hujung jari gittew…

Shaklee_Leaders_National_Conference_2017

Pengasas Pollux Family ~ Master Aya & Sam. Mau jadi salah seorang leader kami? Cari kak Aya di http://bit.ly/pm_ayachalo (direct wasap). Hihi

Shaklee_Leaders_National_Conference_2017

Wajib We-fie

Shaklee_Leaders_National_Conference_2017

Aktiviti keesokan harinya pula. Roadshow LandMark Study bersama Dr. Bruce Daggy.

Shaklee_Leaders_National_Conference_2017

Hasil ber-Conference. Lumayan!

Bah, bah, bah… cukup lah kan gambar. Sebelum kak say goodbye, kak Aya mau pesan jak, kalau ko mau join Ahli Shaklee dan mau berada dalam group yang betul, pilihlah #PolluxFamily, insyaAllah kak guide sampai jadi.

Sejak 2012, ramai sudah yang dapat income stabil dalam Shaklee, cuma, pastikan join group yang betul dan mentor yang sedia membantu.

Kita mau biz bukan takat 1-2 hari, tapi kita biz untuk diwariskan ke anak cucu.

We build to last!

Salam sayang,
Master Aya Chalo
Cari kak di http://bit.ly/pm_ayachalo
Founder Of Pollux Family
Group Paling Aktif di Sabah