Resipi dan Step By Step Homemade Kimbap

Kimbap (김밥) adalah makanan Korea yang diperbuat daripada nasi putih (bap) dan ditambah dgn macam-macam ingredient dan digulung dalam lapisan seaweed kering (kim/gim). Kira macam nasi gulung la ni. 
Korea ada Kimbap, Jepun pula ada Sushi. Bezanya, nasi Kimbap ditambah dgn minyak bijan, sushi pula ditambah vinegar. Filling pun berbeza. 

Antara bahan wajib yang diletak didalam kimbap adalah danmuji/takuan, telur dadar, crab stick, cheese, sayuran seperti bayam, carrot dan timun. Kemudian bolelah letak bahan pilihan seperti tuna, udang tempura, ayam dan daging untuk menjadikannya Kimbap Tuna, Kimbap Udang dan sebagainya. 

Selalunya kimbap disajikan dgn kimchi atau danmuji. 

Dalam entry ni kak Aya share step by step dan bahan yang diperlukan untuk membuat Homemade Tuna Kimbap. 

Sebenarnya teringin makan Tempura Prawn Kimbap, sebab hari tu makan di Seoul sedap gilak 😂

Secara ringkasnya bahan-bahan yang diperlukan adalah:

  1. Beras sushi 
  2. Kimbap Laver (Seaweed)
  3. Tuna In Water (Ayam Brand)
  4. Mayonise
  5. Timun
  6. Bayam
  7. Lobak Merah
  8. Danmuji (White Raddish Pickle)
  9. Sesame Seed
  10. Sesame Oil
  11. Garam
  12. Gula
  13. Serbuk Lada Putih
  14. Kicap Soya (dipping)

Ok, belek gambar satu persatu untuk cara2 dan resipi Tuna Kimbap. 

resipi_kimbap_cara_buat_kimbap
Penerangan step by step buat Kimbap ada di bawah setiap gambar ok? Follow jak. 

resipi_kimbap_cara_buat_kimbap
Step 1: Masak Nasi Putih 

Bahan-bahan: 

– 2 cup Beras Sushi

– 2.5 cup air untuk masak nasi

– 2 sudu besar Minyak Bijan 

– 1/2 sudu kecil Garam 

Langkah penyediaan:

– Rendam 2 cup Beras Sushi + 2.5 cup air selama 30 minit lepas tu masuk rice cooker dan masak macam biasa. (Kak Aya guna noxxa, LP 7 minit)

– Bila sudah masak, keluarkan ke dalam bekas lain dan masukkan minyak bijan garam. Gaul sehingga sebati.

Tips: garam boleh juga di-add semasa masak nasi. Kalau sudah add semasa memasak, tidak perlu add sudah selepas masak. Nanti darah tinggi uolls 😂


Ini contoh beras sushi yang kak Aya beli. Harga? Maaf sebab kak lupa, huhu… satu paket ni 6 cup beras tak silap. 2 cup beras boleh buat 5-6 roll kimbap. 


Step 2: Buat Filling Tuna Mayo

Bahan-bahan: 

– 1 tin Tuna In Water (yg ni rasa lebih sedap)

– Mayonise secukupnya

– Gula secukup rasa

– Garam secukup rasa

– Serbuk Lada hitam secukupnya

– Serbuk Lada putih secukupnya

Langkah penyediaan:

– Buang semua air tuna, pastikan kering sekering yang mampu. Masukkan semua bahan2 dan gaul sebati. Adjust rasa sampai sedap 😋

Tips:

– Kak Aya suka rasa yang kuat sket (masin + manis) sbb nanti letak sikit ja dalam kimbap, so kalau kurang rasa, nda dapat feel tuna tu. 😂


Step 3: Buat Filling Wajib 😅

Bahan-bahan:

– Bayam

– Timun (sebaiknya timun jepun tu)

– Carrot

– Danmuji/Takuan

Langkah penyediaan:

– Bayam: Ambil daun jak dan rebus bersama beberapa titis minyak bijan. 

– Timun: Hiris memanjang. 

– Carrot: Hiris nipis2 dan masak sebentar. Semasa masak, letak sikit garam dan blackpepper. 

– Danmuji/Takuan: Yang ni kena buat sendiri 😂 sebaiknya time buat tu buat secara jejari memanjang. Kak Aya lupa buat so gunakan ja yang ada. 

Tips:

– Takuan ada dijual di kedai2 yg menjual makanan korea seperti Jaya Grocer, Everise. Di CKS Menggatal pun ada. Tapi nda yakin dengan kehalalannya. Takut ada alcohol. So better buat sendiri. Resipi Danmuji nanti kak Aya update di gambar bawah ya. Simple jak bahan dan sangat mudah dibuat. 


Ini rupa Danmuji yang kak Aya buat. Rangup dan cukup rasa macam danmuji yang kak Aya makan di Seoul 😂

DANMUJI (Yellow Pickled Radish)
– White Raddish (yg gemuk & panjang)

– 1/2 sudu kecik serbuk kunyit

– Sebotol Cuka Beras (sll beli yg 280ml nda silap)

– Air (sama kuantiti dengan rice vinegar, kasi lebih sikit dlm 100ml)

– 1 cup gula

– 1 sudu besar garam (tp kak aya letak 1/2 ja)

– 2 helai bay leaves

– 20 biji Black Pepper

Cara-cara:

– Untuk Banchan: Kopek kulit white raddish dan hiris2. Jangan nipis sgt kasi tebal2 sikit ja baru rasa crunchy. 

– Untuk Kimbap: Kopek kulit dan hiris setebal 1cm dan potong memanjang (mcm timun atas tu)

– Panaskan Rice Vinegar, air, gula, serbuk kunyit, black pepper dan bay leaves sehingga mendidih. Lepas tu matikan api. 

– Masukkan white raddish yang sudah dipotong2 tu dan biarkan menyejuk dalam suhu bilik. 

– Selepas sejuk, pindahkan ke dalam bekas tertutup yang muat di peti ais dan biarkan semalaman di dalam peti ais sebelum makan. 

Siap! Simple ja kan? 

Untuk beberapa hari, bau cuka tu ada kuat sikit, tapi lama2 hilang jg. Bau white raddish pun ada kuat sikit, tp time makan nda jg menggangulah. Cuma anak2 sll cakap “eee bau apa ni” 😅 Yang penting, rasanya yang sedap (manis, masam) dan rangup tu yang nyaman.


Step 4: Buat Telur Dadar

Bahan-bahan:

– 3 biji telur Grad A (kalau guna telur grade B, C, kasi add kuantiti telur)

– Serbuk lada putij

– Garam

Langkah Penyediaan:

– Buat ja macam telur dadar biasa, masak dan hiris2 dalam lebar 1.5cm. 

Step 5: Sediakan Seaweed Laver dan Tikar Bambu

– Seaweed Laver ni kak Aya beli online dengan seller korean food halal. Bila sampai, baru kak Aya perasan, seaweed laver ni sama macam dijual di Everise Imago. So lepas ni boleh la beli sana jak. Hehe jimat duit pos 😋

– Tikar bambu kak Aya beli di Daiso. Kalau boleh jangan beli size kecik (time tu ada 2 size), beli size biasa ni. 


Hiasan: Minyak Bijan dan Sesame Seed untuk hiasan. 

Bahan-bahan:

– Minyak bijan 

– Sesame Seed

Cara Penyediaan:

– Sesame seed tu panaskan dalam 1-2 minit dalam microwave atau bole sangai kejap. 

– Dua bahan ni digunakan untuk sapu dan tabur selepas kimbap siap digulung. 


Gunakan berus comel ni untuk sapu2 atas kimbap nanti. Kalau teda berus, ko sapu2 guna jari pun boleh 😋


Step 6: Jom buat Kimbap

– Selepas semua bahan ready, bolelah kita start gulung2. 

– Sebelum gulung, sediakan seaweed laver dan letakkan di atas tikar bambu. 

– Seaweed laver ni ada dua muka: satu kasar, satu berkilat. Pastikan yang berkilat tu belah bawah, yang kasar tu belah atas. Kita tayang muka yang licin jak 😂

– Ok, pastu letak nasi macam atas tu. Jangan banyak sangat nanti kimbap jadi gemuk gilos, nipis2 cukup dan tinggalkan ruang atas tu dalam 1-2 inci, bawah tu pun tinggalkan sedikit ruang supaya dia bole melekat. 

– Ratakan dulu nasi, barulah penyek2kan supaya padat. 


Step 7: Letak filling

– Ok, kena ikut tips menyusun filling ni supaya senang mau roll. 

1. Memula susun timun dan telur. Jarakkan dalam 1 inci. (Bahan keras ala2 tembok penahan la di tepi2 tu)

2. Kemudian letakkan bayam, lobak dan tuna mayo di antara timun dan telur. 

3. Atas tuna mayo tu letak danmuji.


Ok, ala2 gini la kejadian dalam step 7 tu ya. Tidak perlu letak disepanjang-panjang hamparan nasi tu. Letak di area bawah jak.


Step 8: Roll roll roll Kimbap

– Ok yang ni kena hati2 dan penuh keyakinan. 
– Semasa mula menggulung, kena pegang hujung bambu dan jari jemari lain kena tahan segala timun tu. 

– Kalau nda tahan, nanti dia akan terburai ke bawah. Tapi jangan panic, ikut ja tips kak Aya ni. Confirm cun! 😂


Step 9: Teruskan usaha me-roll kimbap itu

– Bila dah jadi macam ni, silalah genggam tikar tu kuat2 sket supaya nasi dan filling bersatu dan padat. 

– Guna dua2 tangan tau. Kak Aya nda dapat buat dua2 time ni sebab sebelah tangan tekan camera ni haa 😂

– So tekan ja dan buka tikar bhgn atas tu pelan2 (time ni nampak area bawah seaweed yg kita tinggalkan 1 inci tu sudah melekat ke nasi bhgn atas)

– Jadi tarik tikar tu dan roll sampai habis. 

– Amik masa untuk tekan2 lagi kimbap tu sampai rasa dia suda padat dan bolehlah buka balik tikar tu dan tada! Kimbap suda siap! 😍


Lepas tikar tu kita buka, ginilah hasilnya. Nyum-nyum. Area hujung ni paling sedap tau. Sebab apa? Nasi kurang, filling banyak. Hahahaha…


Step 10: Sapu sesame oil atas kimbap dan tabur2 sesame seed. 

Bila sapu minyak ni selain buatkan kimbap berkilat dan menyelerakan, ia juga beri aroma dan tambah sedap gittew.
Tada! Kimbap siap digulung, nyum-nyumm…


Step 11: Potong-potong kimbap macam ni dan susun atas pinggan. 


Step 11: Siap untuk dimakan 😍😍

Sajikan Kimbap dengan kicap soya cair, danmuji dan kimchi. Dan, bolelah la fefeling makan di Korea, layannn…

Kalau dah try, tinggalkan komen tauuu 😄

♥️

Kak Aya 

Resipi Bulgogi (Grilled Marinated Beef) Mudah dan Sedap

Pagi tadi tiba-tiba teringat keenakan Bulgogi kegemaran cik suami. Selalunya kalau makan di Dubuyo dia mesti order Bulgogi. Siapa-siapa yang pernah rasa Bulgogi di Korea atau restoren Korea mesti tahu rasanya yang sedap tu kan?

Resipi-bulgogi-makanan-korea-yang-mudah-dan-sedap

Berliurkah nampak gambar ni? Hihi.. kalau gitu wajib try resipi ni ya 😄

Memandangkan kak Aya ada stok daging di peti ais, so apa lagi, haruslah google resipi. Bila baca resipi, terus senyum simpul sebab semua bahan ada di dapur. Yesss! Nda perlu pening kepala mau masak lunch hari ni, hehe…

Bulgogi ni merupakan salah satu makanan Korea yang terkenal. Ia merupakan daging grill yang dihiris halus, diperap dengan kicap soya, minyak bijan, bawang putih dan beberapa bahan lain dan rasanya agak manis-manis gitu.

Ok, mesti nda sabar-sabar sudah mau tahu apa resipinya kan? Orites, teruskan membaca…

BULGOGI (Grilled Marinated Beef)
Bahan-bahan:
  • 500g daging dihiris halus
  • 1/3 cawan Kicap Soya Cair
  • 1/4 cawan Minyak Bijan
  • 4 ulas Bawang Putih dicincang
  • 1bj Bawang Besar, hiris dan bahagi 2
  • Gula secukup rasa
  • Sedikit garam
  • Sesame seed – grill kejap guna microwave atau atas api pun boleh.
  • 2 batang carrot – hiris nipis.
Cara memasak:
  1. Campurkan semua bahan kecuali carrot dan bawang besar (separuh): daging, kicap soya cair, minyak bijan, garlic, bawang besar hiris (separuh lagi), garam, gula dan sesame seed (tinggalkan sikit untuk hiasan).
  2. Perapkan di peti ais selama 1-2 jam.
  3. Selepas diperap, masak (grill) sehingga masak.
  4. Sebelum angkat, masukkan hirisan carrot dan bawang tadi dan biarkan sehingga layu.
  5. Bila semua suda masak, tutup api dan sedia untuk dihidang.

Senang kan? Rasanya pun insyaAllah sedap banget.. bolehlah dihidang bersama nasi panas dengan kimchi dan seaweed kalau ada.

Ok, kak Aya mau bagi beberap tips memasak dan penyediaan bahan-bahan.

Resipi-bulgogi-makanan-korea-yang-mudah-dan-sedap

Tips memotong daging dengan halus: Pastikan daging dipotong ketika masih beku dan gunakan pisau yang tajam. Jangan lupa untuk elakkan daging liat, daging perlu dihiris bertentangan dengan “ira” daging.


Resipi-bulgogi-makanan-korea-yang-mudah-dan-sedap

Bahan-bahan Bulgogi yang simple: Daging, kicap soya cair, minyak bijan, bawang besar, bawang putih, garam (kak Aya guna garam Himalaya tu yang warna pink), gula (guna gula organik) dan sesame.


Resipi-bulgogi-makanan-korea-yang-mudah-dan-sedap

Ginilah rupa dia bila sudah campurkan semua bahan. Tutup dan letak dalam peti ais selama 1-2 jam supaya bahan-bahan menyerap ke dalam daging.


Resipi-bulgogi-makanan-korea-yang-mudah-dan-sedap

Kak Aya masak guna magic pan ni. So kejap ja la masaknya. Bila daging dah empuk dan masak, masukkan hirisan carrot dan bawang besar. Kacau sehingga layu kemudian bolehlah matikan api. Sebelum hidang bolehlah letak lebihan sesame seed tadi sebagai hiasan.


Resipi-bulgogi-makanan-korea-yang-mudah-dan-sedap

Tada! Siap! Nom nom nom… ready untuk dimakan. Jangan lupa baca Doa Makan tau.

Ok, selesai sudah perkongsian resipi Bulgogi. Simple jak kan? So kepada peminat makanan Korea, kalau makan di restoren nda puas kan? Lepas ni bolehlah masak sendiri. Hihi…

Selamat mencuba. Jumpa di entry resipi akan datang.

Luv, kak Aya Chalo yang kekadang jak rajin masak 😅