Pengedar Shaklee Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya

Senarai Pengedar Shaklee Pollux yang berada di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya. Anda boleh menghubungi terus Shaklee Independent Distributor (SID) di bawah untuk pertanyaan tentang Produk Shaklee, Peluang Perniagaan atau Tempahan Produk Shaklee.

pengedar-shaklee-selangor-pengedar-shaklee-kuala-lumpur-pengedar-shaklee-putrajaya

Pengedar Shaklee Selangor/Kuala Lumpur/Putrajaya

(Klik nama pengedar untuk direct ke Facebook Timeline SID tersebut)

  1. Ujie Ibrahim 6019-2665284 (Putrajaya)
  2. Azmira Hana 6017-5133520 (Jalan Tun Razak, Puchong)
  3. Fatimahwati Hamzah 6017-5438337 (Meru, Klang)
  4. Neena Azimin 6019-8519739 (Serdang)
  5. Mezra Rausip 6013-8994478 (Bandar Baru Bangi)
  6. Atie Aidilfitri 6019-6647904 (Bangi Avenue)
  7. Bonda Iman 6011-11974567 (Bangsar & Petaling Jaya)
  8. Salfarina Kutam 6016-8246277 (Bandar Sunway)

——-
Jika anda tidak dapat menghubungi Agen Shaklee Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya yang dinyatakan di atas, sila hubungi 013-863 3224 (Puan Aya) untuk mendapat bantuan segera.

Berminat menjadi sebahagian daripada Keluarga Shaklee #Pollux Family? Ketahui Cara Paling Mudah Join Ahli Shaklee dan daftar ahli Shaklee secara online.

Luv,
Aya Chalo | 013-8633224
ID 889835
Master Coordinator Shaklee Malaysia (Sept 2013)
The Founder of Pollux Family
Pengedar Shaklee Sabah – Kota Kinabalu – Sepanggar

Pengedar Shaklee Perak, Kedah & Pulau Pinang

Senarai Pengedar Shaklee Pollux yang berada di Perak, Kedah dan Pulau Pinang.

Anda boleh menghubungi terus Shaklee Independent Distributor (SID) di bawah untuk pertanyaan tentang Produk Shaklee, Peluang Perniagaan atau Tempahan Produk Shaklee.

pengedar-shaklee-perak-kedah-dan-pulau-pinang

Pengedar Shaklee Perak

  1. Adznizah Mizuan 6014-3570461 (Tanjung Malim)
  2. Azmirah Hana Ayub 6017-5133520 (Teluk Intan)
  3. Nur Amalina Abdul Ghani 6013-5943847 (Ipoh)

Pengedar Shaklee Kedah

  1. Nur Amalina Abdul Ghani 6013-5943847 (Alor Setar)

—————–

Jika anda tidak dapat menghubungi Agen Shaklee Perak, Kedah dan Pulau Pinang yang dinyatakan di atas, sila hubungi 013-863 3224 (Puan Aya) untuk mendapat bantuan.

Berminat menjadi sebahagian daripada Keluarga Shaklee #Pollux Family? Ketahui Cara Paling Mudah Join Ahli Shaklee dan daftar ahli Shaklee secara online.

Luv,
Aya Chalo | 013-8633224
ID 889835
Master Coordinator Shaklee Malaysia (Sept 2013)
The Founder of Pollux Family
Pengedar Shaklee Sabah – Kota Kinabalu – Sepanggar

National Conference Shaklee 2016 dan Air Mata

Alhamdulillah, saya selamat kembali ke Kota Kinabalu semalam selepas menghadiri National Conference 2016 di Sunway Convention Centre, Sunway Pyramid 28 Mei tu.

Aura National Conference Shaklee kali ini memang lain macam sedikit. Ini kali ketiga saya menghadiri Shaklee NC, tapi kali ni, banyak sangat moment-moment penting yang meresap ke dalam jiwa saya yang menjadikan saya lebih jelas tentang apa sebenarnya yang saya mahukan melalui bisnes ini.

Suasana National Conference 2016

Suasana National Conference 2016 di Sunway Pyramid Convention Centre

Pengakuan ikhlas Adibah Noor yang merupakan Emcee kali ini pun membuat saya sedar dan bertambah yakin bisnes ni lain daripada MLM lain. Ini antara apa yang diucapkan oleh beliau dan saya tahu, beliau ikhlas mengatakan ini kerana kata-katanya menusuk terus ke dalam kalbu, sebak bah…

“… What i saw there, is ketaksuban terhadap wang ringgit. Wang ringgit itu seolah-oleh Tuhan. Mereka bersorak, mereka macam taksub sangat dengan kejayaan dari segi wang ringgit. Tapi, although i was skeptical when i was here, in Shaklee, but i’m not a member yet, what i see today, that u people sharing experiences from your soul. Which is soo Ohsem!

Kebebasan kewangan itu hanyalah BONUS sahaja, dan bukan merupakan matlamat utama, matlamat sebenar yg saya nampaklah, dari my observation the whole day from morning is, YOU PUNYA KEINGINAN UNTUK MENGECAPI KEBAHAGIAAN DEMI INSAN-INSAN YANG TELAH BERKORBAN UNTUK ANDA. Wow! That really touched me ”
– Adibah Noor.

Saksikan Pengakuan ikhlas Adibah Noor terhadap Shaklee di sini.

Adibah Noor di National Conference Shaklee 2016

Emcee of the day – Adibah Noor, ohsem man… terbaik dan menghiburkan.

O ya, excited mau kongsikan cerita sehingga lupa cerita apa benda Shaklee NC (National Conference) ni? NC ni merupakan acara tahunan yang dianjurkan oleh Shaklee Malaysia untuk memberi penghargaan kepada ejen-ejen Shaklee yang memenuhi kriteria Star Achiever.

Time ni la segala usaha keras tahun sebelumnya diiktiraf dan dihargai. Best sangat sebab dapat naik pentas amik award. Dan bezanya Shaklee, disebabkan ianya bisnes keluarga, anda boleh lihat ramai yang naik pentas bersama anak-anak. Last year saya naik pentas bertiga dengan baby Rara, tapi tahun ni saya pergi berdua dengan suami, insyaAllah next year saya mahu naik pentas bersama 4 orang anak dan suami. Doakan saya ya.

Alhamdulillah, thank u Shaklee

Alhamdulillah, thank u Shaklee!

Terdapat pelbagai aktiviti sepanjang NC ni berlangsung. Ada pameran, ada demo produk, ada penjualan item premium Shaklee, dan yang bestnya ada Promosi Istimewa sempena NC (ramai yang berbaris 2-3 jam, huhu), nasib baik saya beli awal, hehe..

Lagi best sebab Shaklee turut menyediakan Child Care yang lengkap dengan free flow minuman kesukaan kanak-kanak Mealshakes serta popcorn buat anak-anak. Bapa-bapa pun ramai lepak sambil tengok movie di layar besar yang disediakan. Seronok kan? Alhamdulillah, Shaklee memang sangat memahami keperluan ejen-ejennya.

Mak bapa bz conference, anak pula bz main :D

Mak bapa bz conference, anak pula bz main 😀

Seronokkann?? :D

Child Care di Shaklee NC 2016. Seronokkann?? 😀

NC kali ni juga banyak perkongsian tentang #ShakleeEffect. Antaranya kisah pengorbanan Ibu kerana anak yang menghidap penyakit yang sukar diubati, namun setelah berikhtiar dengan Shaklee dan anak sembuh, si anak pula membalas jasa baik ibunya. Sayu sangat dengar sharing Master Alice Koh dan Master Daniel Loo. Saya hurai kisah mereka di post ini #ShakleeEffect Pesakit SLE Lupus.

Perkongsian daripada SLE Survivor

Perkongsian daripada SLE Survivor. Alhamdulillah kini beliau bebas daripada penyakit Lupus. Semoga kekal sihat agar dapat membantu lebih ramai pesakit SLE ya Master.

Sesi Forum juga penuh dengan linangan air mata. Bagaimana seorang surirumah, yang hanya mempunyai taraf pendidikan SPM, berjaya menghadiahkan suami sebuah kereta Toyota dan tiket percuma ke Umrah (Video perkongsian beliau di sini Kisah Surirumah Jana 5 Angka).

Barisan Forumer yang menyebabkan ramai menitiskan air mata mendengar kisah mereka

Barisan Forumer yang menyebabkan ramai menitiskan air mata mendengar kisah mereka

Juga satu lagi perkongsian bagaimana seorang Nose Cancer Survivor, yang dikatakan hanya mampu hidup dalam tempoh 3 bulan, namun akhirnya sembuh dari cancer (Nanti saya update link, dari pagi upload video tapi line slow).

Banyak lagi perkongsian lain seperti kisah mentor saya, Master Lyna Noh, yang dulunya seorang Jurutera Oil & Gas namun akhirnya resign dan berikan tumpuan 100% menjadi Shaklee Independent Distributor. Rakaman video beliau ada di sini Ada apa dengan Shaklee?

Tidak kurang juga kisah Master Farihah, yang suaminya tiba-tiba mengambil keputusan untuk resign 24 jam dari agensi kerajaan dan mengajaknya berpindah ke kampung untuk berbakti kepada ayah yang sakit.

Perkongsian yang best daripada Master Farihah

Perkongsian yang best daripada Master Farihah

Jika, mereka ini tidak bersungguh-sungguh berniaga Shaklee, agak-agak dapatkah mereka memilih untuk meninggalkan pekerjaan mereka? Kerana berniaga Shakleelah, mereka ini punyai pilihan. Kita pun boleh memilih jika kita sanggup komited terhadap perniagaan sendiri.

Sungguh menginspirasikan kisah Shaklee Effect ni kan?

Itu antara pengisian event, dan kali ni saya juga mendapat Award. Tapi, award tu tidaklah penting sangat berbanding apa yang telah saya dapat melalui bisnes ni. Dan yang paling best adalah, aura yang ditiupkan ke dalam diri dan dapat bertemu upline, sidelines yang dirindui, hihihi..

Keluarga besar iReach Family

Keluarga besar iReach Family

Interprem jap

Interprem jap

Sideline, Downline and Uplines. Kami satu family dan kami adalah Fighters.

Sideline, Downline and Uplines. Kami satu family dan kami adalah Fighters.

Rombongan Pollux Family yang terbang jauh dari Sabah.

Rombongan Pollux Family yang terbang jauh dari Sabah. Tahniah my leader Alexandra Brigett dan Hidayah Kassim.

Soooo.. jika anda (yg sedang baca ni) adalah seorang SID (ejen Shaklee), pastikan NC2017 anda hadir untuk merasai dan mendengar sendiri kisah-kisah Shaklee Effect yang dikongsikan.

Kedua, kalau anda (yang sedang membaca ni) belum lagi menjadi Ejen Shaklee or Ahli Shaklee, silalah hubungi akak untuk join dan sama-sama mengubah hidup menjadi lebih sihat dan lebih baik dari sebelum ini.

Let’s be part of Shaklee Effect!

Luv,
Aya Chalo | 013-8633224
Pengedar Shaklee Sepanggar – Kota Kinabalu – Sabah
Like page kami di AyaChalo Stories – Parenting From The Heart

8 Panduan Kenali Tanda Bersalin Yang Ibu Hamil Perlu Tahu

8 Panduan Kenali Tanda Bersalin Yang Anda Perlu Tahu

Setiap ibu yang bakal bersalin akan mengalami tanda-tanda bersalin. Ada yang sama, dan ada juga yang berbeza bagi setiap anak. Buat pasangan yang bakal menimang cahayamata pertama, adalah sedikit sukar untuk mengenalpasti bagaimanakah tanda bersalin yang sebenar. Aya sendiri mengalami tanda yang berbeza walaupun sudah beranak 4. Anak pertama dan keempat Aya mengalami bloody show, anak kedua leaking dan anak ketika pula kontraksi rahim. Jom kita ketahui bagaimana cara untuk mengenali tanda bersalin.

Oh ya, Aya kena pesan ni, walaupun mungkin ada di antara tanda-tanda ini cumalah tanda awal kelahiran, tetapi ibu mesti segera ke hospital terutamanya jika anda merasakan pergerakan bayi kurang. Sebagai info, dalam tempoh 12 jam, bayi perlu bergerak sekurang-kurangnya 10 kali. Jika didapati bayi kurang bergerak, segeralah ke hospital.

tanda-tanda mahu bersalin

Apakah tanda-tanda bersalin yang perlu ibu ketahui?

Tanda Bersalin 1: Sakit Belakang

Sakit belakang merupakan sakit yang paling kerap dialami oleh ibu hamil. Ia juga merupakan salah satu tanda awal kelahiran yang akan ibu alami. Sakit belakang ini akan semakin lama semakin kerap dan kuat dirasai di bahagian bawah belakang. Keadaan ini berlaku kerana bayi bergerak menurun dan menolak tulang belakang.

Untuk mengurangkan sakit belakang, ibu boleh meminta suami untuk mengurut bahagian bawah belakang secara lembut.

Tanda Bersalin 2: Kontraksi Rahim

Ia merupakan tanda terpenting yang menunjukkan isyarat sudah tiba masa untuk bersalin. Kontraksi adalah rasa tegang pada bahagian tengah perut sehingga ke ari-ari. Sekiranya tanda ini muncul, ibu perlu mencatat jarak masa dan memerhati kekerapan sakit yang dialami. Kontraksi sebenar berlaku secara teratur pada jarak yang konsisten. Jika semakin lama semakin panjang tempoh kontraksi (tempoh sakit perut mengeras) iaitu dalam masa 20 hingga 45 saat dan semakin kerap dirasai, segeralah ke hospital. Terdapat juga kontraksi palsu (Braxton Hicks). Cara mengenalpastinya adalah ianya kurang menyakitkan, tidak teratur dan lama kelamaan hilang.

Aya teringat sewaktu menunggu hari nak bersalinkan baby Rara. 3 hari sebelum bersalin Aya dah turun tanda Bloody Show iaitu lendir coklat-coklat. Kebetulan hari tu hari check-up dengan Gynea. So, doktor pun ada buat VE (cek bukaan). Dua hari sebelum bersalin  Aya memang mengalami Braxton Hicks yang agak sakit. Sepanjang malam Aya monitor kekerapan, dan sakit pun dah hampir 20-30 saat. Tapi kata hati Aya masanya belum tiba lagi, memang benar, lepas beberapa jam tu sakit tu stop pula.

Keesokan harinya, Aya mengalami kontraksi lagi, asal malam ja datang sakit tu, hihi… tapi kali ni memang rasa agak kuat berbanding sebelumnya, dan kali ni memang kuat instict kata dah nak bersalin. Apa lagi, tepat jam 1 pagi Aya dan Husband gerak ke hospital. Kali ni Aya memilih untuk bersalin di KPJ Sabah. Sepanjang perjalanan memang terasa kuat kontraksi, sehingga kalau kereta terhenjut-henjut pun terasa sakitnya. Selepas check in hospital jam 2 pagi, akhirnya Aya selamat bersalin jam 7.34 pagi. Alhamdulillah untuk kelahiran ke-empat ni sangat dipermudahkan. Sakit  kontraksi tak kaw-kaw berbanding anak ketiga (siap nangis waktu tu), sekali push baby dah keluar. Jam 6 pagi tu masih aktif ber-whatsapp dengan family Shaklee yang turut excited tunggu baby girl keluar, doktor sampai jam 7 pagi, dan jam 7.34 pagi dah dapat kiss pipi baby Rara. Memang pengalaman bersalin paling mudah seperti abang sulungnya. Alhamdulillah… ok sambung ke tanda berikutnya 😀

Tanda Bersalin 3

Terdapat segelintir ibu hamil yang mengalami tanda ni (Aya 2 kali tanda gini, hihi). Ia merupakan tanda berupa lendir pekat bercampur darah yang keluar melalui faraj. Lendir ini merupakan “gam” yang keluar daripada laluan pintu rahim apabila serviks mula menipis. Tanda ini menunjukkan bayi sudah bersedia untuk bergerak ke saluran peranakan. Jika ibu mengalami tanda sebegini, ibu tidak perlu tergesa-gesa ke hospital kerana tanda seperti ini mengambil masa beberapa hari untuk bersalin. Kalau pengalaman Aya, dalam 3-4 hari akan bersalin. So enjoy dulu, hihi…

Tanda Bersalin 4: Pecah Ketuban

Pecah air ketuban berlaku apabila ada lelehan air yang banyak yang mengalir keluar dari faraj tanpa mengalami rasa ingin membuang air kencing. Air ketuban selalunya berwarna jernih dan tidak berwarna. Sekiranya air ketuban didapati berwarna hijau, itu menandakan bayi telah pun membuang air besar di dalam kandungan. Jika ibu mengalami tanda ni, sebaik-baiknya berangkatlah segera ke hospital untuk pemeriksaan.

Terdapat satu situasi lagi iaitu “leaking”. Perbezaan leaking dgn pecah air ketuban adalah kuantiti air yang lebih sedikit. Kedua-dua situasi ini tidak boleh dibiarkan lama. Ibu perlu segera ke hospital kerana ia boleh menyebabkan jangkitan kuman. Menurut kajian kebanyakan ibu tidak tidak mengalami pecah air ketuban sehingga saat-saat akhir bersalin dan yang kerap berlaku adalah doktor yang akan memecahkan ketuban untuk mempercepatkan proses bersalin.

Tanda Bersalin 5: Serviks Terbuka

Apabila kontraksi bermula, pangkal rahim akan menjadi lembut dan menipis. Pemeriksaan bukaan pangkal rahim dijalankan dengan melakukan prosedur VE (vagina examination) iaitu doktor akan memasukkan jari dan mengukur bukaan pangkal rahim dalam skala 1cm sehingga ke 10cm.

Pengalaman Aya, jika 4 cm tu tandanya dah nak kena sorong ke Labour Room, 10cm pula dah boleh meneran. Prosedur VE ni paling Aya tak suka. Lebih-lebih lagi kalau bersalin kat hospital kerajaan, bukan doktor saja yang nak cek, bidan pun sama. Bukan sekali, tapi berkali-kali. Ibu kena banyak-banyak bersabar dan turutkan sajalah prosedur yang ditetapkan untuk kelancaran proses bersalin.

Tanda Bersalin 6: Perut Memulas

Oleh kerana bayi sudah mula turun ke bawah, ia akan memberi tekanan kepada saluran membuang air besar. Sesetengah ibu akan mengalami rasa hendak membuang air besar. Ibu dinasihatkan agar berhati-hati untuk mengelakkan ter-bersalin di dalam tandas.

Tanda Bersalin 7: Kerap Membuang Air Kecil

Apabila bayi mula bergerak turun, susah pasti ia akan menekan pundi kencing. Atas sebab ni ibu akan kerap merasa ingin kencing.

Tanda Bersalin 8: Perut “Turun”

Apabila memasuki minggu ke-38 pada tempoh kehamilan, perut yang membuncit akan perlahan-lahan turun. Ini menjadikan ruangan abdomen sebelah atas seakan-akan kosong. Keadaan ini menunjukkan yang bayi sudah mula turun ke bawah dan memasuki saluran peranakan.

So Aya dah kongsikan 8 tanda bersalin. Aya nak ingatkan juga, ketika menunggu hari (38 minggu dan ke atas), ibu perlulah sentiasa monitor pergerakan bayi untuk mengelakkan bayi lemas di dalam kandungan. Ibu kena pastikan bayi bergerak sekurang-kurangnya 10 kali dalam tempoh 24 jam. Cara mengira pula seperti apa yang pihak klinik maklumkan iaitu satu sesi pergerakan dikira sebagai sekali gerakan. Ertinya, bila bayi bergerak ke kiri, siku sana, siku sini kemudian berhenti, itu dikira 1 kali. Jika ibu mendapati bayi kurang bergerak, jangan teragak-agak untuk terus ke hospital.

Aya doakan semua ibu-ibu hamil yang membaca entry ni dipermudahkan bersalin nanti. Aya ada kongsikan teknik semulajadi untuk kurangkan sakit bersalin kat sini dan kalau ada diantara ibu yang ada masalah anemia yang tak naik-naik walaupun dah hampir nak bersalin, Aya ada berkongsi rahsia mengatasi masalah anemia sebulan sebelum bersalin yang Aya sendiri alami sewaktu hamil anak ketiga. Ibu baca ok?

Moga bermanfaat mommies!

Luv,
Aya Chalo | 013-8633224
Pengedar Shaklee Sepanggar – Kota Kinabalu – Sabah
Like page kami di AyaChalo Stories – Parenting From The Heart

Berkhasiatkah Makanan Frozen Diberikan Kepada Bayi?

Berkhasiatkah Makanan Sejuk Beku Untuk Diberikan Kepada Bayi?

Di barat, makanan bayi yang disediakan di rumah dan disejukbekukan menjadi pilihan buat ibu bapa. Ini adalah kerana, kesibukan ibu pada hari ini menyebabkan ramai di kalangan ibu yang tidak sempat menyediakan sendiri makanan untuk anak. Disebabkan permintaan ini juga, terdapat pelbagai makanan bayi segera yang dijual di pasaraya seperti bijirin bayi atau makanan tersedia di dalam botol. Adakah makanan segera ini berkhasiat kepada bayi?

Menurut Pakar Pemakanan, makanan segera  seperti bubur segera, makanan dalam jar, tidak digalakkan diberikan kepada bayi kerana mempunyai 60% gula atau garam atau kedua-duanya sekali yang lebih tinggi dan tidak selamat buat bayi.

Oleh itu, untuk memastikan anak mendapat makanan berkhasiat walaupun ibu sibuk bekerja, ibu bapa perlu merancang makanan harian si manja dan mendalami ilmu pengetahuan tentang pemakanan bayi daripada proses penyediaan, cara menyimpan sehinggalah cara memasak. So, Aya akan kongsikan info penting yang sangat berguna buat ibu bapa serta soalan yang kerap kali diajukan kepada saya sendiri 😀

makanan frozen bayi

Berapa lama ketahanan makanan sejuk beku ini?

Jangka hayat makanan yang disejukbekukan bergantung kepada jenisnya. Sayur-sayuran perlu disediakan seminggu sekali dalam bentuk puri, protein seperti ayam, ikan dan daging boleh bertahan dalam sebulan, manakala buah-buahan sebaiknya tidak perlu dipurikan terlebih dahulu untuk mengekalkan khasiatnya.

Tips penting yang perlu dititikberatkan semasa penyediaan makanan sejuk beku.

  1. Ibu bapa perlu memastikan tangan dibersihkan sebelum memegang sebarang makanan.
  2. Peralatan juga perlu dibersihkan dan dinyahkuman (rendam air panas dalam beberapa minit)
  3. Gunakan peralatan mengisar puri khas untuk bayi, jangan campur adukkan untuk mengisar bahan masakan lain.
  4. Gunakan bekas menyimpan khas yang bersih serta BPA free. Ada dijual dalam bentuk bekas kecil-kecil, bekas plastik sejuk beku atau seperti bekas kiub ais. Aya sendiri gemar menggunakan bekas kiub ais ni kerana mudah diagihkan kepada kuantiti sekali makan.
  5. Untuk menyejukbekukan sayur-sayuran, celur atau stim sayur sehingga masak. Masukkan ke dalam pengisar dan kisarkan sehingga menjadi puri. Sejukkan dalam suhu bilik kemudian masukkan ke dalam bekas kiub ais atau bekas kecil. Masukkan ke dalam bahagian sejuk beku peti ais.
  6. Untuk menyejukbekukan buah-buahan pula, bersihkan, potong dan simpan di dalam bekas kecil, ia dicairkan pada suhu bilik sebelum dipurikan dan segeralah diberikan kepada anak.
  7. Jika disediakan dan disimpan dengan cara yang betul, makanan sejuk beku boleh disimpan selama satu hingga dua bulan, dan maksimum tiga bulan. Ini banyak dipengaruhi oleh peti ais anda.
  8. Jika makanan diletakkan pada ruang sejuk peti ais, jangka hayatnya kurang daripada 48 jam.
  9. Pastikan peti ais berada dalam keadaan baik iaitu pada suhu beku kurang 0°C.

bekas puri bayi beku

Info harus tahu tentang makanan sejuk beku.

  1. Makanan sejuk beku adalah pilihan kedua terbaik selepas pengambilan makanan segar.
  2. Walaupun makanan disejukbekukan, ia tetap mengekalkan nutrien yang terkandung di dalamnya.
  3. Semua jenis buah dan sayur, jenis ubi, kekacang yang sesuai, ayam, ikan daging boleh dibekukan.
  4. Telur tidak boleh disejukbekukan.
  5. Makanan yang telah dicairkan dan dipanaskan, tidak boleh dipanaskan semula untuk mengelakkan pencemaran.
  6. Makanan yang telah cair, jangan pula disejukbekukan semula.
  7. Sangat digalakkan untuk menghabiskan makanan sejuk beku dalam tempoh sebulan.

Bagaimana cara memanaskan makanan sejuk beku ni?

  1. Makanan yang beku perlu dikeluarkan dalam kuantiti yang diperlukan dan diletakkan di bahagian peti ais ruangan sejuk semalaman.
  2. Ketika mahu dipanaskan, gunakan mangkuk kaca.
  3. Dua cara memanaskan makanan iaitu dengan menggunakan microwave, cara kedua pula adalah kaedah “double boil”
  4. Untuk kaedah Microwave, masukkan makanan ke dalam mangkuk kaca dan panaskan selama 30 saat. Pastikan makanan betul-betul telah sejuk sebelum memberikan kepada anak. Memanas menggunakan ketuhar gelombang micro akan menyebabkan pemanasan yang tidak sekata kepada makanan. Sebab tu ibu perlu mengacau makanan sehingga sebati dan sejuk.
  5. Bagi kaedah kedua iaitu “double boil”, didihkan air dan letakkan mangkuk kaca di atas air yang mendidih tu. Pastikan menggunakan mangkuk yang tahan panas.

Pengalaman Aya memberikan makanan frozen buat Baby Rara.

Aya adalah seorang Work At Home Mom, duduk di rumah tetapi memang sibuk kerana menguruskan bisnes Shaklee dan juga organisasi Pollux Family (group Shaklee dibawah naungan Aya). So, memang Aya putuskan untuk berikan Rara makanan yang bernutrisi yang dimasak di rumah. Cuma sekali baby Rara makan makanan segera Heinz tu konon nak mudah ketika on the go, kali kedua dia dah refuse, siap nangis mengamuk, hoho… So, setiap kali jalan-jalan ke shopping mall Aya memang akan bawa makanan di dalam Thermos, dan alhamdulillah memang licin dia makan.

Mengapa Aya suka frozen solid food? Sebab Aya boleh sediakan sekaligus makanan untuk 3-5 hari, dan walaupun Aya sibuk, Rara tetap mendapat pelbagai nutrisi selain dari susu ibu. Sejak usia 6 bulan Rara memang akan makan 1 lauk (ayam/ikan/ikan bilis) dan 3-4 jenis sayuran. Aya pernah terbaca, untuk mengelakkan anak yang picky eater, maknya haruslah pelbagaikan makanan sejak dari bayi. Setelah Aya gagal untuk anak 1st sehingga 3rd, kali ni memang Aya cuba pelbagai makanan untuk baby Rara.

makanan bayi 8 bulan

Untuk resipi makanan bayi, Aya just follow Resipi Bubur, Puri, Stok Ayam dan Sayuran sebagai asas penyediaan makanan baby Rara dan Idea Menu Makanan Bayi 6 Hingga 12 Bulan.

Alhamdulillah, kini baby Rara berusia 9 bulan, dia tak pernah lagi sembelit, demam tak pernah, batuk dan selesema baru 2 kali. Tu pun kejap dah sembuh, syukur sangat.

Kalau mommies nak tahu lebih lanjut tentang frozen solid food ni, ibu boleh baca kat artikel Tips Memulakan Pemakanan Pertama Bayi ni atau 20 Petua Penyediaan Makanan Bayi Yang Mak Mesti Tahu atau jangan segan silu untuk hubungi Aya. InsyaAllah, Aya akan berkongsi tips dan pendapat berkenaan topik ni.

Semoga info ini berguna buat mommies!

Luv,
Aya Chalo | 013-8633224
Pengedar Shaklee Sepanggar – Kota Kinabalu – Sabah
Like page kami di AyaChalo Stories – Parenting From The Heart

Peluang Percutian Percuma Ke Bangkok Takkan Nak Tolak?

Bila peluang percutian antarabangsa PERCUMA ke Bangkok ditawarkan, takkan nak tolak kan?

Sejak kecil Aya memang selalu berangan-angan nak melancong ke seluruh dunia. Selalu terbayang dapat cabutan bertuah dapat melancong percuma ke luar negara. Tapi realitinya, tak pernah bertuah sebegitu dan nak melancong kena lah kumpul duit kan? Dengan gaji yang cukup-cukup makan (sebelum resign hari tu), memang hanya mampu bercuti-cuti dalam negara saja lah. Kalau nak pergi ke luar negara pun kena tunggu tiket AirAsia RM0 dan percutian budget sajalah. Setuju tak?

Tapi Shaklee menawarkan Percutian Percuma ke Bangkok dan ianya terbuka kepada anda semua. Apa? tak percaya? Baca sampai habis, manalah tau andalah calon yang layak untuk percutian PERCUMA tersebut.

Mengapa Aya kata terbuka kepada anda semua? Aya terangkan kat bawah hokey?

cara layak ke percutian bangkok shaklee

Apakah Shaklee Bangkok Star Asia Trip ni?

Shaklee Malaysia buat pertama kalinya memperkenalkan lawatan antarabangsa khusus untuk Supervisor dan Senior Supervisor. Lawatan selama 4 hari 3 malam ke Bangkok yang terkenal dengan tempat bersejarah, makanan yang enak serta merupakan surga membeli-belah ini diberikan secara PERCUMA. Selain lawatan, majlis Gala Dinner yang hebat di Bangkok turut diadakan. Bestkan?

Yang seronoknya lagi, pangkat Supervisor tu merupakan pangkat pertama daripada tujuh pangkat yang ada di dalam sistem perniagaan Shaklee. Tersangat mudah, kalau tak rebut peluang sekali seumur hidup ni memang anda pasti menyesal.

Bila bermulanya tempoh kelayakan Bangkok Star Asia Trip ni?

Tempoh kelayakan bagi program ini bermula pada 1 September 2015 sehingga 30 April 2016. Peluang hanya beberapa bulan ni sahaja.

Apa Kriteria Kelayakan untuk join program ni?

Dalam tempoh September 2015 sehingga Januari 2016, anda wajib naik rank (pangkat) paling minimum ke rank Supervisor atau lebih tinggi dan efektif (maintain) dalam mana-mana 4 bulan sepanjang tempoh kelayakan (Sept 15 – April 2016).

Disebabkan antara kriteria kelayakan adalah anda perlu maintain selama 4 bulan, maka tarikh terakhir untuk join ahli adalah pada 31 Januari 2016. Naik rank Supervisor di bulan Januari 2016 dan dengan hanya efektif (maintain rank) pada bulan Febuari-Mac-April 2016 anda layak ke Bangkok!

Kalau nak lebih faham lagi boleh Whatsapp Aya sekarang juga ditalian 013-863 3224. Nak tanya-tanya saja dulu pun boleh. Aya ok jek.

Jom kita layan dulu video yang pihak Shaklee sediakan ni untuk ambil feel 😀

Apa macam, nak rebut peluang tak? Aya bagitau sesiap, kalau percutian yang ditaja sepenuhnya oleh Shaklee ni memang bukan alang-alang orang kata. Hotel pun insyaAllah yang terrrbest sekali kat Bangkok tu. Ogos last year Aya ke US, hotel yang Shaklee sediakan untuk kitorang adalah Hilton dan Marriot. Tak best gitu? 😀

DCIM285GOPRO

Delegasi Malaysia Ke US Shaklee Global Conference Ogos 2014, stay kat Hilton Long Beach California.

DCIM286GOPRO

Yang ni dah masuk bab cuti-cuti selepas conference. Ni dah kat San Francisco 😀

Apa langkah seterusnya untuk melayakkan diri merebut peluang keemasan ni?

Langkah pertama yang perlu anda lakukan adalah dengan Mendaftar Sebagai Ahli atau Pengedar Shaklee barulah anda layak untuk menyertai Bangkok: Star Asia Trip ni.

Untuk menjadi Ahli, anda cuma perlu untuk Whatsapp Aya di 013-863-3224. Secara ringkasnya hanya ada 3 langkah mudah untuk menjadi Ahli Shaklee iaitu;

  1. Hubungi Akak di 013-8633224 [prefer Whatsapp atau Telegram] 😀
  2. Berikan info pendaftaran dan buat bayaran keahlian RM69 dan kos postage jika perlu. Daftar sehingga 31 Oktober 2015 anda layak dapat sebotol Vitalea Percuma.
  3. Tunggu Kit Beg ahli baru sampai kepada anda.

shaklee free bangkok trip

Mudahkan? Semudah ABC… Selebihnya tentang pelan pemasaran, tips pemasaran, produk dan segala-galanya akan Aya kongsikan di dalam group coaching and mentoring #ProjectBangkok nanti dan Aya juga akan bantu anda untuk mengatur strategi sehingga layak tiket ke Bangkok.

Peluang dah terbentang di depan mata, takkan nak tolak kan? Manalah tahu dengan hanya invest yuran keahlian RM69 anda ke Bangkok dengan PERCUMA pula tu. Jangan tunggu lagi, masa itu emas.

Luv,
Aya Chalo | 013-8633224
Pengedar Shaklee Sepanggar – Kota Kinabalu – Sabah
Like Page kami di AyaChalo Stories – Parenting From The Heart

20 Tips Elak Kematian Bayi Secara Mengejut Ketika Tidur

20 Tips Yang Boleh Ibu Lakukan Untuk Elak Kematian Bayi Secara Mengejut Ketika Tidur

Pernah tak ibu mendengar tentang Sudden Infant Death Syndrome (SIDS) ni? Tahu tak ibu bahawa SIDS kerap berlaku kepada bayi berusia di bawah setahun? Mengikut statistik di negara Barat, lebih 9O% kes SIDS berlaku kepada bayi berusia di bawah 7 bulan. Sangat menakutkan, nauzubillah…

Kebanyakkan kes, SIDS berlaku kepada bayi yang sebelumnya sihat namun tanpa sebarang tanda, bayi ditemui mati di tempat tidur. Antara punca yang dikenalpasti menyumbang kepada kematian mengejut ini disebabkan oleh masalah kesihatan dan juga kelalaian ibu bapa itu sendiri.

tips elak bahaya ketika bayi tidur SIDS

So hari ni Aya nak share bagaimana ibu boleh mengelakkan bahaya ketika bayi tidur. Ibu harus ingat, malang tak berbau, jadi seeloknya kita mengambil langkah berjaga-jaga dan tanamkan di minda, bahawa semua yang berada di sekeliling kita termasuk diri sendiri boleh menjadi ancaman termasuk ibu yang menyusukan yang tidur bersama-sama bayi.

20 Langkah Yang Boleh Diambil Untuk Elak Bahaya Ketika Bayi Tidur

  1. Pastikan tempat tidur bayi anda selamat.
  2. Elakkan terlalu banyak aksesori berada di sekitarnya. Patung-patung memang comel, tapi ia juga boleh menjadi ancaman kepada bayi.
  3. Pastikan muka bayi tidak ditutupi sesuatu seperti bantal, selimut mahupun mainan lembut.
  4. Jangan tidurkan bayi secara meniarap atau mengiring. Sebaiknya adalah secara menelentang.
  5. Ubah posisi bayi setiap kali ibu melihatnya meniarap atau mengiring.
  6. Jika bayi ditidurkan di katil bayi, pastikan kedudukan kakinya berada di hujung katil untuk mengelakkannya bergerak ke bawah.
  7. Jika bayi memakai selimut sewaktu di katil bayi, selitkan selimut di bawah tilam – kiri, kanan dan hujung.
  8. Pilih katil yang mempunyai aras tilam yang dalam untuk mengelakkan bayi memanjat keluar.
  9. Letakkan katil bayi di tempat yang jauh dari tingkap, pintu dan apa-apa bukaan serta terlindung dari sinaran matahari.
  10. Jika bayi sudah pandai berdiri, alihkan semua mainan bergantung pada katil bayi.
  11. Pastikan hiasan katil bayi tidak berlebihan dan jika terdapat tali, ikat tali dengan kemas dan tidak berjuntaian.
  12. Elakkan meletakkan mainan kecil di katil bayi. Bayi anda mungkin akan memasukkannya ke dalam mulut.
  13. Sentiasa perhatikan sekeliling katil bayi bebas dari mainan kecil terutamanya sekiranya bayi sudah mempunyai abang atau kakak yang suka memberikannya mainan.
  14. Pilih tilam yang mempunyai permukaan rata, mendatar dan mantap.
  15. Elakkan meletakkan bayi pada tilam yang lembut kerana boleh menyebabkan bayi lemas terustamanya ketika bertiarap.
  16. Sebaiknya bayi tidak perlu baring beralaskan bantal. Tidur di atas tilam sahaja lebih selamat.
  17. Pastikan bayi tidak dibiarkan menghisap botol sendirian. Ini boleh menyebabkan bayi tersedak dan sukar bernafas.
  18. Pastikan ibu sentiasa peka terhadap bayi ketika memberi susu ibu. Sebaiknya berikan dalam posisi duduk berbanding dalam posisi baring.
  19. Gunakan baju yang sesuai ketika malam agar bayi tidak perlu diselimutkan.
  20. Gunakan selimut bayi yang ringan agar bayi tidak mudah lemas.

Walaupun tips di atas kelihatan simple, tapi ibu dan bapa perlu ambil berat kerana si kecil masih belum mampu untuk mengawal situasi tidur mereka sendiri. Tambahan pula, si manja sudah semestinya belum memahami erti bahaya dan tidak berupaya untuk mengelak situasi bahaya. Jadi, langkah berjaga-jaga itu sudah semestinya perlu diambil sebelum perkara buruk terjadi.

Semoga ibu mendapat manfaat dari perkongsian ringkas ni. Jom kita buat spot check katil dan tempat tidur si manja selepas ni 😀

Luv,
Kak Aya
Like Page kami di AyaChalo Stories – Parenting From The Heart

Risiko Kehamilan Ibu Berbadan Besar Dan Tips Kekal Sihat

Risiko kehamilan bagi ibu berbadan besar dan cara memantaunya agar kekal sihat sepanjang kehamilan

risiko berat badan berlebihan bagi ibu hamil

Pemakanan yang sihat semasa hamil sangat penting untuk mengelakkan risiko menghidapi beberapa jenis komplikasi kehamilan yang membahayakan ibu dan bayi. Berat badan ketika hamil perlu dipantau terutamanya anda yang bertubuh gempal. Namun, ibu perlu menjaga pemakanan dan bukannya mengehadkan pemakanan sehingga melampaui batasan kerana ia mungkin membahayakan bayi.

Ibu dikategorikan sebagai memiliki berat badan berlebihan jika BMI pada minggu-minggu awal kehamilan diantara 25 sehingga 29.9. Bagi BMI 30 atau lebih, ibu memasuki ketegori obes. Namun usah risau, ibu hanya perlu menjaga pemakanan seharian untuk mengelak risiko komplikasi kehamilan.

Sebagai langkah pertama, ibu perlu mengetahui berat badan yang seharusnya bertambah disepanjang kehamilan. Bagi ibu yang mempunyai BMI 25-29.9, ibu perlu memastikan berat badan ibu bertambah sekitar 7 – 11kg ataupun 0.9 – 1.3kg sebulan. Manakala ibu obes pula 5 – 9kg disepanjang kehamilan.

Apakah risiko kehamilan ibu bertubuh gempal?

1. Diabetes

Masalah ini disebabkan peningkatan gula dalam darah sepanjang kehamilan dan badan tidak dapat mengawal kandungan glukos dalam darah. Ibu perlu menjalani ujian darah (MGTT) untuk menentukannya.

Diabetes boleh menyebabkan keguguran, jangkitan kuman di bahagian sulit yang kerap, air ketuban berlebihan, pre eklampsia, kegagalan buah pinggang, berat badan bayi melebihi 4kg, kecacatan saraf tunjang dan jantung bayi, hypoglycaemia (kurang glukos dalam darah) dan lemas semasa lahir.

Walaupun ibu menghidap diabetes, ibu masih boleh menjalani kehamilan yang sihat asalkan mengikuti saranan doktor dan mematuhi temujanji pemeriksaan antenatal dan rawatan yang ditetapkan. Ibu juga perlu menjaga pemakanan seharian.

2. Tekanan Darah Tinggi

Jika ibu mengalami tekanan darah tinggi selepas minggu ke-20 tetapi di dalam ujian air kencing tiada protein, ibu didiagnos sebagai gestational hypertension ataupun hipertensi. Tekanan darah tinggi jika tidak dikawal boleh menyebabkan sawan kepada ibu, pra eklampsia, uri terpisah dari rahim ataupun placenta abruption, strok, sesak nafas, fungsi buah pinggang dan hati terjejas, serta darah gagal membeku.

ubat tekanan darah tinggi ketika hamil

Bacaan tekanan darah biasa bagi ibu sihat adalah antara 110/70 dan 120/80. Jika tekanan darah meningkat ke 140/90 ibu perlu berhati-hati dan doktor seharusnya menjalankan pemeriksaan lanjutan.

Kesan kepada bayi pula antaranya tumbesaran terbantut di dalam kandungan, kelahiran pramatang, kelahiran kurang berat badan dan juga boleh menyebabkan kematian di dalam kandungan.

3. Pra Eklampsia

Masalah ini adalah masalah kompleks yang didiagnosis jika anda menghidap tekanan darah tinggi dan juga terdapat kandungan protein di dalam urin selepas minggu ke-20. Pra Eklampsia boleh menyebabkan saluran darah menyempit, lalu meningkatkan tekanan darah dan mengurangkan pengaliran darah ke seluruh tubuh ibu.

Dalam kes-kes tertentu, ia boleh menyebabkan ibu mengalami kerosakan organ, perkembangan bayi terbantut kerana kesukaran menerima zat pemakanan, air ketuban kurang dan juga uri terpisah dari rahim yang boleh menyebabkan bayi meninggal di dalam kandungan.

4. Neural Tube Defect (NTD)

NTD merupakan masalah berkaitan dengan perkembangan otak dan saraf tunjang bayi. Walaupun risikonya cuma 0.1% namun jika berbadan besar, risiko keatas bayi tetap ada.

Bagi mengelakkan masalah ini terjadi, ibu perlu mengamalkan suplemen asid folic sebaiknya 3 bulan sebelum dan sepanjang kehamilan. Ibu boleh meminta doktor menjalankan ujian darah triple-screen pada minggu ke-15, ujian imbasan dan amniosentesis untuk mengenalpasti NTD.

Agak fobia part ni sebab bayi rakan baik sendiri mengalami anencephaly. Baby hanya bertahan selama 2 jam kemudian meninggal. So please jangan skip pengambilan asid folic ya mommies.

5. Bayi Besar

Bayi berisiko besar jika ibu menghidap diabetes atau melepasi tarikh jangkaan bersalin. Ibu boleh membuat ujian imbasan untuk memantau berat bayi dan mengetahui jangkaan berat bayi.

Apa yang ibu boleh lakukan adalah pastikan ibu melakukan ujian tahap gula dalam darah mengikut apa yang diarahkan oleh doktor dan juga berbincang dengan doktor tentang pilihan bersalin yang ada.

Tips kekal sihat sepanjang hamil walaupun berat berlebihan

  1. Jangan skip sarapan

    Mulakan hari dengan sarapan yang sihat. Sarapan perlulah seimbang dan mengandungi protein, lemak dan karbohidrat. Mengambil sarapan akan membuatkan ibu bertenaga dan selesa sepanjang hari.

  2. Makan sedikit

    Makanlah dalam jumlah yang sikit tetapi kerap. Sebaiknya makan 6 kali sehari berbanding 3 kali makan utama. Ini akan membantu mengawal gula di dalam darah.

  3. Protein

    Pastikan setiap hidangan mengandungi protein dan elakkan makanan yang dihasilkan daripada gula halus dan tepung putih. Ia berupaya membantu menstabilkan paras gula di dalam darah dan mengurangkan rasa lapar.

  4. Buah dan sayur

    Ibu boleh berkreativiti dalam menyediakan hidangan buah dan sayur. Ibu boleh membuat salad dengan mencampurkan sayur, telur dan buah serta sos yang enak. Aya dah try satu sos salad ni memang sedaplah, hingga anak yang tak suka sayur boleh minta maknya ni buatkan salad. Cuba tau 😀

  5. Lemak baik

    Gunakan minyak seperti minyak kanola, minyak kacang tanah atau minyak zaitun menggantikan minyak kelapa sawit dalam masakan. Ia akan membantu mengawal jumlah kalori harian dan mengelakkan lemak jahat meningkat di dalam badan.

  6. Asid Folik

    Utamakan folat dalam pemakanan seharian. Berdasarkan kajian, ibu berbadan besar memerlukan lebih asid folik. Oleh itu, amatlah penting agar ibu mengambil sama ada suplemen atau makanan mengandungi asid folik yang tinggi seperti brokoli.

  7. Diari makanan

    Amalkan mencatat apa jua yang ibu makan di dalam buku khas atau di dalam telefon pintar anda. Ini dapat membantu ibu mengenalpasti jumlah kalori yang diambil setiap hari dan mengetahui mood serta mudah jika ditanya oleh doktor kelak.

makanan sihat ibu hamil dan ibu mengandung

Walaupun berbadan gebu, tidak semestinya ibu akan mendapat penyakit yang disenaraikan di atas. Aya turut tergolong di dalam kategori ibu hamil berbadan gempal ni, namun, alhamdulillah Aya tidak pernah mengalami masalah di atas melainkan masalah Anemia. Hihihi… kat sini Aya kongsikan rahsia mengatasi masalah anemia dalam sebulan sebelum bersalin sewaktu mengandung anak ketiga tempohari.

Sebenarnya tidak kira ibu hamil berbadan besar atau tidak, risiko penyakit di atas tetap ada. Cuma, bagi yang ibu bertubuh gempal, perlu sentiasa berhati-hati dan mengawal pemakanan agar kekal sihat sepanjang tempoh hamil. Anda sihat, baby pun sihat, insyaAllah.

Take care mommies, jumpa di next entry 😀

Luv,
Aya Chalo | 013-8633224
Pengedar Shaklee Sepanggar – Kota Kinabalu – Sabah
Like Page kami di AyaChalo Stories – Parenting From The Heart

10 Perkara Perlu Tahu Oleh Ibu Hamil Apabila Kontraksi Bermula

10 Perkara Yang Perlu Diketahui Oleh Bakal Ibu Apabila Kontraksi Bermula

Detik kelahiran merupakan satu saat indah buat seorang ibu walaupun melalui detik-detik mencemaskan, mendebarkan serta tempoh panjang yang meletihkan. Namun, selepas memandang wajah comel bayi yang dilahirkan, segala kesakitan dan keletihan hilang sekelip mata. Bagi ibu yang pernah melaluinya tentu tahu kan?

beza kontraksi palsu dan kontraksi sebenar 1

Apabila tiba saat kelahiran iaitu bermula dengan kontraksi, ibu akan mengalami beberapa tanda yang memberi penunjuk bahawa masanya hampir tiba. Selepas bermulanya kontraksi, ibu akan melalui fasa kelahiran yang mungkin ada disenaraikan di bawah. Aya kongsikan 10 perkara ini untuk rujukan ibu hamil terutamanya anda yang bakal melaluinya untuk pertama kali.

Perkara Yang Bakal Ibu Perlu Tahu & Lakukan Apabila Kontraksi Bermula

1. Memeriksa semula keperluan ketika mendaftar di Hospital

Sebelum bergerak ke hospital, ibu harus memeriksa dan membawa bersama dokumen penting untuk kemasukan ke hospital bersalin. Dokumen tersebut adalah Buku Rekod Semasa Hamil, Kad Pengenalan Suami dan Kad Pengenalan anda, serta wang untuk deposit hospital dan sebagainya.

Barang keperluan selepas bersalin nanti juga jangan lupa tau.

2. Kenalpasti Kontraksi Palsu atau Kontraksi Sebenar

Kontraksi Palsu mempunyai jarak kontraksi yang tidak teratur dan tidak tetap. Contohnya kontraksi pertama 10 minit, kemudian diikuti 3 minit dan 7 minit.

Kontraksi sebenar pula apabila jarak masa kontraksi yang tetap dan semakin kerap. Contohnya 10 minit, 7 minit, 5 minit, 3 minit dan sebagainya.

Kesakitan ketika kontraksi berpunca daripada pengecutan rahim. Kesakitan ini akan berterusan dan bertambah sakit apabila bukaan pangkal rahim semakin aktif. Kesakitan juga akan ibu rasai apabila bayi mulai turun dan sampai dalam vagina dan bersedia untuk keluar.

Bakal ibu dinasihatkan untuk segera ke hospital jika mengalami tanda-tanda awal seperti keluarnya darah bercampur lendir ataupun pecah air ketuban.

Pengalaman Aya bersalinkan 4 orang anak, 3 kali keluar tanda “bloody show” iaitu darah bercampur lendir. Satu kali pula disebabkan “leaking”. Leaking terjadi apabila keluar lelehan air dari faraj, tetapi kuantiti air yang keluar tu tidak lah sebanyak apabila pecah air ketuban. Jika berlaku leaking, ibu harus pergi ke hospital untuk pemeriksaan bagi mengelakkan risiko bayi lemas dan jika perlu, ibu akan diberikan antibiotik.

Apabila ibu mengalami tanda-tanda ni, tak payah tunggu lama, pergi saja ke hospital. Jika bukaan masih sikit atau servikc masih tebal, ibu akan diarahkan untuk pulang. Bagi Aya, biarlah banyak kali ke hospital untuk pemeriksaan, asalkan bayi selamat. Tidak berani tanggung risiko 😀

3. Pergerakan bayi

Walaupun masa bersalin hampir tiba, namun ibu jangan sesekali lalai untuk mengira pergerakan atau tendangan bayi. Jika ibu mengesyaki bayi kurang bergerak, segeralah ke hospital kerana bimbang bayi lemas di dalam kandungan. Pastikan bayi bergerak 10 kali dalam tempoh 12 jam. Ibu harus memahami cara pengiraan pergerakan bayi agar dapat mengira pergerakan dengan tepat.

4. Overdue atau terlebih dari tarikh jangkaan bersalin

Overdue adalah situasi dimana tarikh bersalin lewat daripada tarikh jangkaan bersalin. Sekiranya bayi lewat 7 hari daripada tarikh jangkaan, ibu akan diberikan ubat cetusan atau “induce” kerana bayi perlu dikeluarkan segera untuk dapat mengelakkan sebarang komplikasi.

Aya sendiri pernah overdue 5 hari sewaktu hamil anak yang ketiga, namun berjaya melahirkan baby tanpa diberikan ubat pencetus. Tetapi sewaktu baby selamat dilahirkan, wajahnya kering seakan-akan terbakar terutama di kawasan “T” muka. Rakan Aya maklumkan situasi ini adalah normal kerana beliau sendiri mengalaminya. Ada tak mommies berpengalaman macam ni? Tapi alhamdulillah, sekarang kulit anak dah normal dan jarang pula naik ruam atau apa-apa penyakit kulit 😀

Antara penyebab overdue berlaku antaranya apabila saiz kepala bayi besar berbanding saiz pelvik, baby tersekat, tiada kontraksi atau boleh juga disebabkan mempunyai genetik kehamilan yang panjang.

5. Ubat membuang najis

Sebaik ibu tiba di bilik bersalin, ibu biasanya akan diberikan ubat ini. Jika ibu mengalami cirit-birit atau telah membuang air besar sebelum itu, ibu perlu memaklumkannya kepada jururawat. Ubat ini diberikan atas tujuan untuk mengelakkan najis terkeluar bersama ketika proses meneran kelak.

6. Induce atau Ubat Cetusan

Induce selalu diberikan untuk ibu yang mempunyai kandungan “overdue” iaitu tarikh bersalin lewat daripada jangkaan sebenar. Means dah melebihi tarik EDD lah. Selalunya doktor akan memberikan ubat ini jika terdapat risiko kematian bayi yang tidak dijangkakan di dalam kandungan. Suntikan ubat induce ini mampu mempercepatkan proses bersalin, sekaligus menyelamatkan nyawa bayi.

7. Entonoks (gas dan udara)

Entonoks adalah campuran gas nitrus oksida dan oksigen untuk menahan rasa sakit tetapi tidak sepenuhnya seperti epidural. Prosedur ini memerlukan ibu memakai topeng untuk menghidu gas terutamanya ketika sakit kontraksi datang. Kesan hidu gas ni, ibu akan merasa ngantuk.

Aya berpengalaman menggunakan Entonoks sewaktu melahirkan anak ketiga. Bagi Aya tiada beza pun, hihihi.. sakit tu memang sakit juga, malahan time push tu badan menjadi lemas kesan menggunakan entonoks.

Antara keempat-empat anak Aya, kelahiran ketiga ni memang mencabar. Push-push tak juga keluar, sakit kontraksi pula sangat kuat sehinggakan request epidural pun dilayan (selalunya hospital kerajaan tak layan sangat melainkan jika perlu). Tetapi apabila pakar bius datang dan brief tentang risiko (sempat lagi), Aya terpaksa tolak sebab takut dengan risikonya iaitu antaranya risiko menjadi lumpuh (nauzubillah). Waktu tu, pakar vakum pun dah bersiap sedia. Namun Aya memang tekad untuk melahirkan secara normal (kelahiran kedua emergency caesar sebab baby dah berak).

Akhirnya bila midwife lain datang tengok, rupa-rupanya kepala baby senget, lepas dia putarkan sikit kepala baby memang sekali push baby meluncur keluar. Ya Allah penatnya.. hihih.. tapi best juga pengalaman ni. Boleh kongsi dengan ibu kan? 😀

8. Epidural

Epidural adalah sejenis ubat bius yang melegakan rasa sakit dengan menjadikan bahagian bawah badan berasa kebas seketika. Ia berkesan untuk mengurangkan kesakitan ketika kontraksi dan juga kesakitan terutamanya pada bahagian pinggang belakang. Yang ni Aya tak pernah ambil, so tak dapat kongsi pengalaman.

9. Kelahiran bantuan: Pembedahan Ceasarean, Forsep dan Vakum

Selain bersalin normal, terdapat juga kelahiran bantuan yang boleh membantu memudahkan kelahiran bayi anda. Antaranya adalah pembedahan ceasarean, forsep dan vakum.

Pembedahan ceasarean dilakukan dengan melahirkan bayi dari dinding abdomen. Forsep pula ialah alat yang digunakan untuk menarik kepala bayi keluar jika ibu sudah keletihan untuk terus meneran. Vakum pula adalah proses menyedut kepala bayi menggunakan cawan logam yang bersambung pada vakum.

Aya turut mempunyai pengalaman bersalin melalui pembedahan Ceasarean sewaktu melahirkan anak kedua. Bukaan dah 6cm, tetapi tetiba denyutan jantung baby mulai perlahan, apabila doktor membuat pemeriksaan bukaan vagina, cecair sudah bertukar menjadi kekuningan. Ini menandakan bayi sudah berak di dalam perut. Apa lagi, serta merta lah Aya disorong ke bilik pembedahan. Merasa juga laaa kena belah perut. Hihi…

10. Episiotomi

Episiotomi merupakan guntingan kecil antara faraj dan anus yang akan dilakukan jika terdapat komplikasi seperti saiz kepala bayi besar. Bahagian tersebut akan dibius sebelum digunting. Kesan luka bahagian itu akan memberikan rasa tidak selesa dalam tempoh beberapa minggu selepas bersalin sehinggalah jahitan sembuh. Luka ini juga boleh menyebabkan kesakitan terutamanya apabila mengalami sembelit.

Oleh itu, ibu perlu mengambil makanan yang boleh mempercepatkan luka bersalin sembuh dan makanan tinggi serat agar tidak sembelit, serta mengambil air yang secukupnya. Ibu perlu pastikan luka kering dan tidak bengkak. Jika ibu merasa sakit di bahagian luka, segeralah berjumpa dengan doktor.

Aya kongsikan bagaimana ibu ini, berjaya mengatasi masalah sembelit ketika berpantang.

Fuhhh selesai. Banyak sangat perkara yang bakal dilalui oleh bakal ibu ketika proses kelahiran.

Nasihat Aya, ibu perlu positifkan minda, jangan panik, rileks, jangan lupa makan sebelum ke hospital dan bawalah makanan yang boleh memberikan tenaga untuk meneran nanti.

Bagi ibu muslim, jangan lupa amalkan Doa Nabi Yunus, “La ilaha illa anta subhanaka inni kuntum minaz zolimin” yang bermaksud “Bahawa tidak ada Tuhan selain Engkau, Maha Suci Engkau. Sesungguhnya aku adalah termasuk dalam orang-orang yang zalim.” InsyaAllah proses kelahiran bayi dipermudahkan.

Untuk risiko dan penjagaan diri selepas bersalin, ibu boleh baca entry 7 Tanda Bakal Hadapi Masalah Berbahaya Selepas Bersalin ni, agar dapat mengambil tindakan sewajarnya jika mengalami tanda-tanda seperti yang saya kongsikan di dalam artikel tersebut.

Semoga ibu mendapat manfaat dari perkongsian ini.

Luv,
Aya Chalo | 013-8633224
Pengedar Shaklee Sepanggar – Kota Kinabalu – Sabah
Like Page kami di AyaChalo Stories – Parenting From The Heart