Berkhasiatkah Makanan Frozen Diberikan Kepada Bayi?

Berkhasiatkah Makanan Sejuk Beku Untuk Diberikan Kepada Bayi?

Di barat, makanan bayi yang disediakan di rumah dan disejukbekukan menjadi pilihan buat ibu bapa. Ini adalah kerana, kesibukan ibu pada hari ini menyebabkan ramai di kalangan ibu yang tidak sempat menyediakan sendiri makanan untuk anak. Disebabkan permintaan ini juga, terdapat pelbagai makanan bayi segera yang dijual di pasaraya seperti bijirin bayi atau makanan tersedia di dalam botol. Adakah makanan segera ini berkhasiat kepada bayi?

Menurut Pakar Pemakanan, makanan segera  seperti bubur segera, makanan dalam jar, tidak digalakkan diberikan kepada bayi kerana mempunyai 60% gula atau garam atau kedua-duanya sekali yang lebih tinggi dan tidak selamat buat bayi.

Oleh itu, untuk memastikan anak mendapat makanan berkhasiat walaupun ibu sibuk bekerja, ibu bapa perlu merancang makanan harian si manja dan mendalami ilmu pengetahuan tentang pemakanan bayi daripada proses penyediaan, cara menyimpan sehinggalah cara memasak. So, Aya akan kongsikan info penting yang sangat berguna buat ibu bapa serta soalan yang kerap kali diajukan kepada saya sendiri 😀

makanan frozen bayi

Berapa lama ketahanan makanan sejuk beku ini?

Jangka hayat makanan yang disejukbekukan bergantung kepada jenisnya. Sayur-sayuran perlu disediakan seminggu sekali dalam bentuk puri, protein seperti ayam, ikan dan daging boleh bertahan dalam sebulan, manakala buah-buahan sebaiknya tidak perlu dipurikan terlebih dahulu untuk mengekalkan khasiatnya.

Tips penting yang perlu dititikberatkan semasa penyediaan makanan sejuk beku.

  1. Ibu bapa perlu memastikan tangan dibersihkan sebelum memegang sebarang makanan.
  2. Peralatan juga perlu dibersihkan dan dinyahkuman (rendam air panas dalam beberapa minit)
  3. Gunakan peralatan mengisar puri khas untuk bayi, jangan campur adukkan untuk mengisar bahan masakan lain.
  4. Gunakan bekas menyimpan khas yang bersih serta BPA free. Ada dijual dalam bentuk bekas kecil-kecil, bekas plastik sejuk beku atau seperti bekas kiub ais. Aya sendiri gemar menggunakan bekas kiub ais ni kerana mudah diagihkan kepada kuantiti sekali makan.
  5. Untuk menyejukbekukan sayur-sayuran, celur atau stim sayur sehingga masak. Masukkan ke dalam pengisar dan kisarkan sehingga menjadi puri. Sejukkan dalam suhu bilik kemudian masukkan ke dalam bekas kiub ais atau bekas kecil. Masukkan ke dalam bahagian sejuk beku peti ais.
  6. Untuk menyejukbekukan buah-buahan pula, bersihkan, potong dan simpan di dalam bekas kecil, ia dicairkan pada suhu bilik sebelum dipurikan dan segeralah diberikan kepada anak.
  7. Jika disediakan dan disimpan dengan cara yang betul, makanan sejuk beku boleh disimpan selama satu hingga dua bulan, dan maksimum tiga bulan. Ini banyak dipengaruhi oleh peti ais anda.
  8. Jika makanan diletakkan pada ruang sejuk peti ais, jangka hayatnya kurang daripada 48 jam.
  9. Pastikan peti ais berada dalam keadaan baik iaitu pada suhu beku kurang 0°C.

bekas puri bayi beku

Info harus tahu tentang makanan sejuk beku.

  1. Makanan sejuk beku adalah pilihan kedua terbaik selepas pengambilan makanan segar.
  2. Walaupun makanan disejukbekukan, ia tetap mengekalkan nutrien yang terkandung di dalamnya.
  3. Semua jenis buah dan sayur, jenis ubi, kekacang yang sesuai, ayam, ikan daging boleh dibekukan.
  4. Telur tidak boleh disejukbekukan.
  5. Makanan yang telah dicairkan dan dipanaskan, tidak boleh dipanaskan semula untuk mengelakkan pencemaran.
  6. Makanan yang telah cair, jangan pula disejukbekukan semula.
  7. Sangat digalakkan untuk menghabiskan makanan sejuk beku dalam tempoh sebulan.

Bagaimana cara memanaskan makanan sejuk beku ni?

  1. Makanan yang beku perlu dikeluarkan dalam kuantiti yang diperlukan dan diletakkan di bahagian peti ais ruangan sejuk semalaman.
  2. Ketika mahu dipanaskan, gunakan mangkuk kaca.
  3. Dua cara memanaskan makanan iaitu dengan menggunakan microwave, cara kedua pula adalah kaedah “double boil”
  4. Untuk kaedah Microwave, masukkan makanan ke dalam mangkuk kaca dan panaskan selama 30 saat. Pastikan makanan betul-betul telah sejuk sebelum memberikan kepada anak. Memanas menggunakan ketuhar gelombang micro akan menyebabkan pemanasan yang tidak sekata kepada makanan. Sebab tu ibu perlu mengacau makanan sehingga sebati dan sejuk.
  5. Bagi kaedah kedua iaitu “double boil”, didihkan air dan letakkan mangkuk kaca di atas air yang mendidih tu. Pastikan menggunakan mangkuk yang tahan panas.

Pengalaman Aya memberikan makanan frozen buat Baby Rara.

Aya adalah seorang Work At Home Mom, duduk di rumah tetapi memang sibuk kerana menguruskan bisnes Shaklee dan juga organisasi Pollux Family (group Shaklee dibawah naungan Aya). So, memang Aya putuskan untuk berikan Rara makanan yang bernutrisi yang dimasak di rumah. Cuma sekali baby Rara makan makanan segera Heinz tu konon nak mudah ketika on the go, kali kedua dia dah refuse, siap nangis mengamuk, hoho… So, setiap kali jalan-jalan ke shopping mall Aya memang akan bawa makanan di dalam Thermos, dan alhamdulillah memang licin dia makan.

Mengapa Aya suka frozen solid food? Sebab Aya boleh sediakan sekaligus makanan untuk 3-5 hari, dan walaupun Aya sibuk, Rara tetap mendapat pelbagai nutrisi selain dari susu ibu. Sejak usia 6 bulan Rara memang akan makan 1 lauk (ayam/ikan/ikan bilis) dan 3-4 jenis sayuran. Aya pernah terbaca, untuk mengelakkan anak yang picky eater, maknya haruslah pelbagaikan makanan sejak dari bayi. Setelah Aya gagal untuk anak 1st sehingga 3rd, kali ni memang Aya cuba pelbagai makanan untuk baby Rara.

makanan bayi 8 bulan

Untuk resipi makanan bayi, Aya just follow Resipi Bubur, Puri, Stok Ayam dan Sayuran sebagai asas penyediaan makanan baby Rara dan Idea Menu Makanan Bayi 6 Hingga 12 Bulan.

Alhamdulillah, kini baby Rara berusia 9 bulan, dia tak pernah lagi sembelit, demam tak pernah, batuk dan selesema baru 2 kali. Tu pun kejap dah sembuh, syukur sangat.

Kalau mommies nak tahu lebih lanjut tentang frozen solid food ni, ibu boleh baca kat artikel Tips Memulakan Pemakanan Pertama Bayi ni atau 20 Petua Penyediaan Makanan Bayi Yang Mak Mesti Tahu atau jangan segan silu untuk hubungi Aya. InsyaAllah, Aya akan berkongsi tips dan pendapat berkenaan topik ni.

Semoga info ini berguna buat mommies!

Luv,
Aya Chalo | 013-8633224
Pengedar Shaklee Sepanggar – Kota Kinabalu – Sabah
Like page kami di AyaChalo Stories – Parenting From The Heart

Resipi Bubur, Puri, Stok Ayam Dan Sayuran Untuk Bayi 6 Bulan

Sebelum Aya kongsikan resipi asas membuat Bubur Nasi, Puri Buah-Buahan dan Sayuran serta cara-cara penyediaan stok ayam, ikan bilis serta stok sayuran untuk dijadikan makanan pelengkap kepada bayi berusia 6 hingga 8 bulan, Aya mahu kongsikan beberapa tips penting buat ibu dalam proses penyediaan ni.

resipi bubur bayi, puri buah, puri sayur dan stok ayam serta sayuran

Tips Penyediaan Dan Penyimpanan Makanan Bayi

  1. Bayi tidak mampu menjilat sudu dengan lidah, jadi gunakan sudu plastik yang kecil dan nipis supaya dia boleh mengambil makanan dengan bibir.
  2. Sayur-sayuran yang berserat atau berbiji perlu dilenyek dan ditapis untuk mendapat tekstur yang lembut. Hampas sayuran tidak dapat dihadam pada umur ini.
  3. Makanan yang anda hendak sejuk beku haruslah ditutup dengan baik untuk mengelakkan ia daripada kering. Ia juga membantu mengekalkan kualiti makanan.
  4. Simpan di dalam bahagian sejuk beku yang boleh membekukan makanan daripada -18°C ke 0°C.

Bubur Nasi ( 2 hidangan)

resipi bubur nasi bayi

Bubur Nasi. Ibu juga boleh menggunakan beras perang buat si manja.

Bahan-Bahan:

1⁄4 cawan beras, dikisar halus
1 3⁄4 cawan air

Cara memasak:
  1. Didihkan air. Masukkan beras yang dikisar halus, kacau dari semasa ke semasa.
  2. Reneh selama 10 minit dan teruskan mengacau.
  3. Hidangkan semasa panas.
Tips Penyediaan:
  1. Untuk menambah khasiat, beras putih boleh digantikan dengan beras perang (mengandungi Vitamin B dan serat)
  2. Tambahkan susu ibu ke dalam bubur.

Puri Lobak (2 hidangan)

carrot puree recipe resipi puri lobak

Puri Sayuran. Selain daripada lobak, ibu boleh membuat puri sawi, bayam, brokoli dan labu.

Bahan-Bahan:

1⁄2 cawan lobak merah
Air yang secukupnya untuk mengukus

Cara memasak:
  1. Masukkan lobak merah ke dalam pengukus dan letakkan di atas air mendidih dan kukus selama 15 minit atau sehingga lembut.
  2. Masukkan lobak merah dikukus tadi ke dalam mesin pengisar dan kisar dengan menggunakan air yang secukupnya. Lenyek lobak merah sehingga menjadi puri.
Cadangan:
  1. Hidangkan dengan bubur nasi atau susu ibu sebelum hidang.
  2. Lobak merah juga boleh digantikan dengan bayam, labu atau daun sawi.
  3. Puri sayur-sayuran boleh dimasukkan ke dalam sup sayur-sayuran.

Puri Buah-buahan (2 hidangan)

puri apple epal untuk makanan bayi

Ibu boleh menggantikan epal kepada tembikai susu atau buah pir.

Bahan-bahan:

1 biji epal merah, dibersihkan, dikupas, dibuang kulit, bijinya dan dipotong kepada saiz sederhana.
1 cawan air

Cara memasak:
  1. Tuang air ke dalam kuali dan didihkan.
  2. Masukkan buah epal ke dalam periuk. Tutup dan renehkan selama 10 minit atau sehingga buah epal menjadi lembut.
  3. Lenyek epal dengan menggunakan garpu sehingga menjadi puri.
Cadangan:
  1. Hidang bersama susu ibu.
  2. Buah epal boleh digantikan dengan buah-buahan yang lain seperti tembikai susu ataupun buah pir.

Stok Ayam Dan Ikan Bilis

cara membuat stok ayam untuk makanan bayi

Stok ayam dan ikan bilis ini boleh menambah perisa kepada makanan bayi.

Bahan-bahan:

800 g tulang ayam bahagian dada
1 1⁄2 cawan ikan bilis
4 cawan air

Cara memasak:
  1. Bersihkan tulang ayam dan buangkan lemak, kulit dan darah beku daripada tulang ayam.
    Buang kepala dan isi perut ikan bilis.
  2. Didihkan 1 liter atau 4 cawa air dan masukkan tulang ayam dan ikan bilis. Sebaik sahaja mendidih, reneh ayam selama 45 minit atau sehingga pati tinggal separuh daripada jumlah asal.
  3. Tapis dan biarkan sejuk. Kemudian sejukkan di dalam peti sejuk semalaman. Setelah disejukkan, buang lapisan lemak di bahagian atas.
  4. Stok boleh disimpan di dalam peti sejuk selama seminggu atau boleh disejuk bekukan sehingga sebulan.
Cadangan:
  1. Hidang bersama bubur bayi untuk menambah perisa.

Stok Sayuran

stok sayur-sayuran untuk makanan bayi

Stok sayur-sayuran sebagai perisa semulajadi makanan bayi

Bahan-bahan:

1⁄2 cawan lobak merah, kupas kulitnya
2 biji ubi kentang bersaiz sederhana dan dipotong dadu
1 cawan daun sawi, dipotong kasar
1 1⁄4 cawan air

Cara memasak:
  1. Basuh sayur-sayuran dengan air yang bersih. Didihkan air dan rebuskan ubi kentang dan lobak sehingga lembut. Kemudian masukkan daun sawi dan masak selama 3 minit.
  2. Tapis air rebusan sayur-sayuran. (Tekan sayur-sayuran dengan menggunakan sudu untuk mengeluarkan lebihan air).
  3. Hidangkan pati sayuran tadi ke dalam cawan bayi atau tambahkan ke dalam bubur nasi.

Selamat mencuba mommies! (Oh tak sabarnya nak bagi baby Rara makan) 😀

Luv,
Aya Chalo | 013-8633224
Pengedar Shaklee Sabah – Kota Kinabalu – Sepanggar
Visit our Page at Facebook AyaChalo.com – Parenting From The Heart