Resipi Ayam Grill Simple, Sedap Sehingga Menjilat Jari

Dah lama nak share Resipi Ayam Grill yang mudah, simple dan yang paaaaling penting, sedap sehingga menjilat jari. Ilham resipi ni saya dapat time proses cuba-jaya ketika merasmikan oven baru, hihi.. sejak itu, menu ni lah yang saya selalu buat lebih-lebih lagi suami dan anak-anak bagaikan ketagih dan yang bestnya boleh buat banyak-banyak sekaligus dan difrozenkan.

Ayam yang difrozenkan ni lebih sedap rasanya sebab rempah dah meresap sehingga ke tulang dan cara ni memang menjimatkan masa memasak kerana hanya perlu cairkan, bakar di oven dan siap!

Ayam Grill Resipi mudah dan sedap

Nyummy… ni lauk kegemaran anak-anak dan suami. Makan sampai bohsannn.. hihi

So tanpa membuang masa, hari ni saya nak kongsikan resipi rahsia (pasni dah bukan rahsia lagi, hihi). Nasihat saya, ketika menyediakan menu ni, pastikan mommies happy, mata bersinar-sinar dan hati penuh dengan kasih sayang. Barulah rasa sedap berganda-ganda dan menusuk ke jiwa suami dan anak-anak. Kidding 😀

Resipi Ayam Grill Resipi Bonda

Bahan-Bahan:

4 ketul Ayam bahagian paha – Kelarkan
15 biji Bawang Merah – Dikisar/Tumbuk
10 ulas Bawang Putih – Dikisar/Tumbuk
4 sudu besar Kari Ikan (memang sengaja tidak guna kari ayam, rasanya lagi sedap)
3 sudu besar Serbuk Kunyit
2 sudu besar Kicap Manis
Serbuk Lada Hitam
Serbuk Mixed Herbs
Gula
Garam
Perasa

Cara penyediaan:
1. Bersihkan dan kelar-kelarkan ayam, tambahkan semua bahan ke dalam bekas dan gaul sebati. Adjust perasa sehingga menepati tekak.
2. Masukkan ke dalam tray membakar. Saya guna casserole sebab nak berkuah sikit.
3. Tutupkan menggunakan aluminium foil. Pastikan aluminium foil ditebuk agar terdapat kitaran haba semasa memasak.
4. Masukkan tray membakar ke dalam Oven dan setkan suhu 200 hingga 250 degree, api atas dan bawah selama 30-40 minit. Yang ni bergantung kepada oven masing-masing, jangan takut untuk cuba-jaya okeh.
5. Setelah 40 minit, buka aluminum foil dan panaskan semula selama 20 minit dengan suhu 180 hingga 200 degree. Ini untuk menjadikan ayam juicy di dalam tapi garing di permukaan luar.
6. Anda bole mengurangkan atau menambah tempoh memasak bergantung kepada ayam anda. Jangan makan ayam mentah pula.
7. Hidang dan sedia untuk dimakan.

Untuk bekukan ayam yang telah diperap, masukkan ke dalam bekas dan asingkan mengikut portion satu kali masak. Saya selalu mengasingkan dua paha untuk sekali makan. Untuk memasak ayam yang telah difrozenkan, keluarkan 2 jam lebih awal agar ayam cair sepenuhnya.

Ok jom cuci-cuci mata tengok gambar cara menyediakan Ayam Grill Resipi Bonda ni.

Resipi Ayam Grill Mudah dan Sedap

Saya suka grill menggunakan casserole sebab kuahnya nanti sedap. Kalau nak diet jangan tiru tau. Banyak minyak. Hehehe..

cara masak ayam grill

Jangan lupa untuk tebuk-tebukkan aluminium foil.

resipi ayam berempah yang sedap dan mudah

Setting kat oven: Api atas bawah, 40 minit, 230 Degree. Kalau paha besar kena tambahkan masa dan grill sehingga masak.

Cara masak ayam grill yang mudah

Emmmm.. wangi semerbakkkk…

Resipi mudah, bahan simple tetapi hasilnya sungguh sedap. Jangan lupa kongsikan resipi ini tau. Selamat mencuba. Pasti tak menyesal.

Luv,
Aya Chalo | 013-8633224
Parenting From The Heart
Visit our Page at Facebook AyaChalo.com – Parenting From The Heart

 

2 Idea Simple Bekal Anak Ke Sekolah

Afternoon mommmies!

Esok memasuki minggu kedua persekolahan. Saya tau mostly mommies bangun awal dan berperang di dapur untuk siapkan sarapan dan bekal anak ke Sekolah kan? Ini merupakan “hidup” baru saya, almaklumlah, anak sulung baru tahun 1, hehe… dan semestinya saya mahu berikan yang terbaik buat dia.

Hari pertama sekolah hari tu saya suda buat “lawatan rasmi” ke kantin sekolah dan lihat sendiri makanan yang dijual di sana, hmmmm.. tidak lah menyelerakan sangat dan lebih-lebih lagi kelihatan kurang bernutrisi. Kesian pula tengok Faeq berebut-rebut dengan abang-kakak untuk membeli makanan. (kesian anak aku, hihi..)

Harga makanan di kantin pun boleh tahan, paling murah 50 sen, contohnya sedikit bihun goreng, sebiji kuih, air minuman bergula pula RM1 bagi setiap cup. Kalau anak tidak bawa bekal paling-paling RM2.50 – RM 3 baru cukup untuk memastikan perut anak kenyang sewaktu rehat. Banyak juga budget duit poket yang perlu disediakan untuk anak kalau macam tu. Hmmm…

Sewaktu di pre-school saya tidak risau sangat, sebab makanan di taska lebih terjamin (ya la bilangan kanak-kanak tidak seramai sekolah rendah), dan confirm anak saya mendapat bahagian makanan, tapi bila masuk sekolah rendah ni risau pula Faeq tidak mampu berebut di kantin sebelum loceng waktu rehat dibunyikan. (Sungguh kritikal pemikiran seorang mak *lol*)

So, hari ni saya akan kongsikan apa bekal yang anak saya bawa pada minggu lepas, rabu-khamis dan jumaat dia request Roti John hokey. Jadi 2 resipi ja la yang saya boleh kongsikan kali ni. Harap-harap perkongsian idea bekal yang mudah dan simple disediakan ni dapat membantu mommies di luar sana dan kalau sudi tinggalkan comment di bawah untuk sesi tukar-tukar resipi ok? *wink*wink*

1. Roti John Simple

Roti John ni sangat mudah disediakan, rasa-rasa dalam 10 minit ja. Memandangkan ini pengalaman pertama kali anak bersekolah, dan setelah hampir 2 bulan cuti sekolah maknya hampir tiap pagi sambung tidur dan bangun lewat *haha*, so saya pun memilih idea bekal yang paling simple dan yang penting Faeq suka. <3

RESIPI ROTI JOHN SIMPLE

Inilah bekal Faeq yang paling simple. Selain tu saya juga bekalkan 2 botol air, satu air putih dan satu lagi air performance drink.

Bahan-Bahan:

  1. 1 biji telur saiz L
  2. Bawang besar potong dadu-dadu
  3. Capsicum potong dadu-dadu
  4. Daun sup hiris
  5. Sedikit garam, tak mau letak pun boleh.
  6. Roti hotdog
  7. 3 keping Keju
  8. Mayonis
  9. Sos tomato

Cara Penyediaan:

  • Satukan semua bahan di atas. Buat seperti membuat telur dadar.
  • Panaskan kuali. Dadarkan telur.
  • Belah 2 roti hotdog.
  • Bila telur hampir-hampir masak (atas dia ada cair-cair) sikit tempek roti di atas telur dan biarkan kejap. Tebalikkan sebentar.
  • Angkat kemudian letakkan cheesedale, mayonis dan sos tomato sikit.
  • Potong-potong dan susun comel-comel ke dalam bekal.

 

Bekal extra: Saya tambahkan 1 kotak milo dan 1 kotak kismis sebagai pelengkap bekal. Sehari sebelum ni saya tambahkan limau mandarin kecik-kecik ke dalam bekal, tapi Faeq tidak habiskan. So kali ni saya gantikan dengan kismis dan saya selang selikan juga dengan biskut mini chipsmore, oreo, biskut tiger atau cereal, untuk menambat perut anak saya (takut sangat anak kebulur) Hihi…

2. Sandwich Chicken Meatloaf With Cheese

Idea bekal ini pun best juga, senang, simple dan sangat mudah disediakan. Ini pun antara kegemaran Faeq juga, suyukurlah perut dia ni ala-ala western sikit, kalau offer mee goreng ka hapa memang tidak dilayan melainkan kena paksa. Hehe.. ok saya kongsikan idea resipinya di bawah.

RESIPI SANDWICH CHICKEN MEATLOAF WITH CHEESE

Chicken Meatloaf with Cheese dikahwinkan dengan sosej dan limau mandarin comel.

Chicken Meatloaf with Cheese “dikahwinkan” dengan grilled sosej dan limau mandarin comel.

Bahan-bahan:

  1. 2 keping roti
  2. 1 keping keju
  3. 1 keping chicken meatloaf (saya selalu guna ayamas)
  4. Sedikit butter
  5. Mayonis
  6. Sedikit daun salad

Cara Penyediaan:

  • Basuh sekejap chicken meatloaf dan panaskan di atas kuali. Angkat.
  • Basuh daun salad.
  • Lepakan butter ke roti.
  • Sapukan mayonis pula.
  • Susunkan chicken meatlaof, daun salad dan kepingan keju di atas roti.
  • Potong sandwich ke 4 bahagian untuk memudahkan dimakan.

Bekal extra: Saya tambahkan grilled sosej dan limau mandarin ke dalam “rehat-box” Faeq. Saya juga bekalkan biskut-biskut dan susu kotak ducthlady perisa strawberry. Nampaknya sosej itu tidak dimakan oleh Faeq, next time kena ubah side menu lain agaknya.

*****

Nampaknya hanya 2 idea yang dapat saya kongsikan pada kali ini. Esok saya plan untuk masak nasi goreng. Tadi sudah minta izin dengan Faeq. Dia kata “Ok mama”.. terpaksa bagi nasi sebab belum sempat beli roti.

Idea-idea lain bekal simple yang saya fikirkan boleh disediakan kepada anak-anak adalah seperti nasi goreng, mee goreng, bihun goreng yang dimasukkan siap-siap ke dalam plastik, so nanti anak boleh bocorkan bucu plastik dan makan terus. Tidaklah comot sana sini dan tiada pertumpahan minyak berlaku. Selain tu, cekodok, pancake, sandwich nutella, peanut butter, strawberry jem juga boleh dipertimbangkan.

Lagi tips tambahan, elakkan menggunakan sayur yang cepat berair seperti timun, tomato, takut-takut cepat basi atau berair yang menyebabkan anak kurang selera untuk makan.

performance drink shaklee

Terpaksa cedok gambar performance drink untuk dibawa ke training teakwondo anak-anak. Saja nak tunjuk air yang special ni 😀

Bekalkan anak air minuman yang mencukupi. Faeq bawa 2 botol air setiap hari, air putih dan air performance drink plus ribena dan 1 minuman kotak samada susu ducthlady strawberry atau milo kotak. Ya, itu kegemaran dia. Saya suka bekalkan air performance drink ni sebab selain merupakan minuman isotonik yang sihat (tidak bergas), ia dapat kurangkan haus, bekalkan tenaga dan membuatkan neuro-transmitter bergerak lebih pantas, dalam bahasa mudah, otak anak dapat tangkap dengan cepat info yang diterima.

Ok, sekian sahaja perkongsian untuk kali ni. Nantikan perkongsian saya pada minggu kedua persekolahan.

 

 

 

 

 

Selepas sarapan Faeq akan makan vitamin kegemarannya supaya sihat dan cergas.

Selepas sarapan Faeq akan makan vitamin kegemarannya supaya sihat dan cergas.

Kepada mommies yang “sekasut” dengan saya, sudi-sudikanlah tinggalkan jejak dan berkongsi idea simple bekal anak ke sekolah ya. Saya selalu juga ketandusan idea ni. Hihihi… *hugs*

Oh ya, lupa nak pesan, jangan lupa selain bekal, pastikan anak bersarapan sebelum ke sekolah. Saya kongsikan rahsia kebanyakan Top Student daripada facebook ni, betul-betul menginsafkan saya.

*Inilah Faeq saya, anak mama yang goodboy 😀

Luv,
Aya Chalo | 013-8633224
Parenting From The Heart
Visit our Page at Facebook AyaChalo.com – Parenting From The Heart