Berbaloikah Berhenti Kerja Untuk Fokus Berniaga Shaklee?

Wah, kerlas tajuk entry kak Aya hari ni. Hari ni kita sempoi-sempoi jak la ya memandangkan sebenarnya kak Aya tengah packing baju ni, esok mau balik raya, hihi… tapi boleh lah menyelit update blog ni kan.

Cerita pasal packing-packing ni, rindu pula dengan trip melancong Shaklee yang super-duper-best-gilak tu. Sejak terjebak dengan bisnes ni sejak Oktober 2012, memang tersangatlah banyak perubahan dalam hidup kak Aya.

Dari sekadar ikhtiar untuk mengatasi masalah anemia sebulan sebelum bersalin,  sehinggalah naik ke rank tertinggi Shaklee dalam masa 11 bulan dan mengambil keputusan untuk berhenti kerja sebagai pensyarah di institusi pengajian awam, sekarang, alhamdulillah satu persatu impian kak Aya tercapai dan banyak pengalaman hidup yang tidak mungkin kak Aya lupakan termasuklah berpeluang berjumpa dengan Angkasawan Twins NASA yang glemer ittew Mark & Scott Kelly. Serius rasa bagaikan mimpi!

So, kak sajikan gambar-gambar kenangan (sikit jak ni), sebagai “cerita” perjalanan Shaklee kak Aya yang baru setahun jagung ni.

perniagaan-untuk-surirumah-shaklee

BIG WHY kak Aya. Anak-anak 😀

Rutin, beli stock di Kota Kinabalu Shaklee Branch, COD, pos, coaching, mentoring, bebeling my team #PolluxBiz #PolluxFamily, haha… Itu semua kerja seorang pengedar shaklee dan leader shaklee.

stokis-shaklee-kota-kinabalu-sabah

Walaupun bisnes kali hampir 85% secara online (class, webinar,  mentoring, coaching etc) tapi kelas offline pun best juga. Dapat laga-laga pipi dengan anak cucu Shaklee <3

ejen-shaklee-sabah-ready-stock-vivix

Ini pun sesi laga-laga pipi dengan my team #PolluxFamily. Dinner tahunan yang kami buat since tahun 2013. Even ni kami namakan PAG – Pollux Appreciation Gala. Tahun ni kitorang buat PAG RAYA, weee….

ejen-shaklee-sabah-kota-kinabalu

Kenangan Master Celebration pada tahun 2014. Acah-acah sanding kali kedua katanya. All sponsored by Shaklee. Dulu kawin pun buat di Kampung jak, haha…

sabah-kota-kinabalu-shaklee-leader

Wakil Shaklee Malaysia ke Global Conference Shaklee Orlando USA 2016. Bangga kak nama bergema satu convention hall, lagi bangga sebab pegang jalur gemilang, hihi…

shaklee-mark-scott-kelly-nasa

Abaikan muka terlebih excited kak tu. Haha… Yeay dapat bergambar dengan Astronaut Celebrity NASA, Mark & Scott Kelly, diorang ni kembar. Best gila dengar sendiri pengalaman beliau sejak kecik sehinggalah menjadi angkasawan, sungguh menginspirasikan.

saintis-shaklee-dr-bruce-daggy

Ini pula Saintis Shaklee iaitu Dr. Bruce Daggy. Beliau ni umpama ketua saintis lah. Bestkan dapat we-fie 😀

pengedar-shaklee-tawau-roger-barnett

Ini pula CEO Shaklee Mr. Roger Barnett, Billionaire ni. Gambar ni kat Orlando sewaktu menghadiri Global Conference tahun 2016.

Ini pula gambar kenangan dengan Presiden Shaklee Malaysia yang baru iaitu Madam Helen Lam. Kak Aya pernah “dating” dengan beliau di Cafe berdekatan dengan Shaklee KK Branch, best sangat bercerita dengan dia, aura positive kuat, rasa debar ja dada, meresappp.. haha.. next time try borak-borak dengan beliau, memang best!

master-shaklee-aya-chalo

Walaupun kak Aya bekas pensyarah, tapi kak Aya segan tau bercakap di pentas di hadapan ribuan orang. Tapi, di Shaklee, beberapa kali kak Aya dijemput sebagai Speaker jemputan dan yang paling mendebarkan sekali pada tahun 2015 ketika dijemput sebagai Speaker National Conference Shaklee, fuhhhhhhhhhhhh… debar weh. Tapi memang satu pengalaman yang tidak mungkin kak Aya lupakan sampai bila-bila. Ingat senang mau dijemput sebagai Speaker, hehe…

ejen-shaklee-aktif-di-sabah

Gambar kenangan bersama Leader-leader Pollux Family kak Aya sewantu Business Leader National Conference awal tahun 2017 ni. Blue wave gittew…

ejen-shaklee-indah-permai

Rindunya trip percuma Shaklee ni. Ini trip terkini iaitu bulan Mei 2017. Yang bestnya bisnes Shaklee, kita bukan saja boleh bawa suami, tapi kita boleh bawa anak dan ibu bapa sekali. Kejayaan dikongsikan dengan orang tersayang lebih seronokkan?

pelan-perniagaan-shaklee-melancong-percuma

Ini Disneyland ketiga kak Aya yang disponsor oleh Shaklee. Berbaloi usaha bila kena rewards boleh bergembira main macam kanak-kanak, hihi…

ejen-shaklee-vivix-kota-kinabalu-sabah

Posing di dalam Colosseum Rome. Ini trip percuma Shaklee tahun 2015 ke Italy. Rinduuuuuuuu….

Ok lah, cukup la kan, kalau ikut hati kak Aya mau ja tempek gambar bebanyak, tapi next time pula la kak Aya share, hihi… kena sambung packing semula ni. Besok mau balik raya, weee…

Oh ya, menjawab persoalan berbaloi ka tidak kak Aya resign kerja dan fokus berniaga Shaklee di atas tu, semestinya kak kata sangat berbaloi. Cuma, kita kena pastikan untuk sentiasa fokus, kerja keras, jangan lalai, bantu downline untuk sama-sama berjaya dan kita kena yakin, rezeki Allah itu luas, kita boleh jana pendapatan melalui pelbagai cara, dan kak Aya pilih Shaklee.

So, kalau cik kak berminat mahu tahu dengan lebih lanjut tentang perniagaan Shaklee, jangan segan untuk kontek kak Aya tau. Klik ja ini untuk direct wasap 013.863.3224. Jumpa lagi!

Luv,
Kak Aya Chalo
Syioknya kerja dari rumah

Shaklee Business Leaders National Conference 2017, Built To Last

Agak terlewat kak Aya share aktiviti dua minggu lepas. Ni semua gara-gara terlebih makan pulut mangga di Bangkok (juga 2 minggu lepas), hihi…

17 Februari lepas, kak Aya fly dari Kota Kinabalu ke KL untuk menghadiri Shaklee  Business Leaders Conference 2017. Kak bukan turun seorang, tapi dengan berbelas-belas Leader #PolluxFamily dari Borneo. Aumm gittew.

Shaklee_Leaders_National_Conference_2017

Touchdown KLIA, naik Grab ke hotel dengan my leaders.

Ini merupakan 1st time Shaklee anjurkan BLNC sejak wujud di Malaysia 25 tahun lepas, bertuah la kan terjebak sama. Jadi hanya Leader Shaklee yang layak ja dijemput hadir untuk menghadiri BLNC yang best gila sebab makan free dan banyak free gift juga, kihkih…

Shaklee Leaders National Conference 2017

Tu dia, semua leader-leader hebat Shaklee Malaysia. Aumm!

Banyak perkara yang super-best sepanjang berlangsungnya conference ni antaranya:

  • Bertemu dan mendengar amanat CEO Shaklee Corporation Mr. Roger Barnett, yang terbang jauh dari US semata-mata untuk bertemu dengan Malaysian Shaklee Leaders. Banyak yang beliau kongsikan. Antaranya tentang Forum Ekonomi Dunia dan bertemu dengan Menteri Kesihatan Malaysia yang mempunyai matlamat mencegah lebih baik dari mengubati. Cerah peluang berniaga Shaklee di Malaysia ya. Hihi…
Shaklee_Leaders_National_Conference_2017

CEO Mr. Roger Barnett yang turut hadir bersama-sama BLNC pertama ni.

  • Roundtable forum tentang kepentingan suplemen. Speakernya terdiri daripada Saintis Shaklee, Dr. Bruce Daggy (terbang khas dari US, Doktor selebriti Dato Dr. Rajbans Singh dan Dietition (lupa pula nama). Best forum ni sebab Dr. Rajbans sebagai doktor sendiri mengakui beliau tidaklah pakar dalam bidang Nutrisi berbanding drugs. See? So bukan mau kata jangan percaya kata doktor kalau bercakap tentang suplemen, tapi berjumpalah dengan Nutritionist.
Shaklee_Leaders_National_Conference_2017

Do Suplement Works? Eh offcos. Sekarang suplemen sudah jadi keperluan tau, bukan lagi hobby. Banyak faktor seperti makanan tidak sihat, lifestyle, pencemaran, kekurangan nutrisi pada makanan dan banyak lagi

  • Pengumuman tentang Incentive Trip untuk FY2018. Wohoo… no more melancong dalam negeri, tapi dua-duanya ke Oversea. Bole la kumpul koleksi stamp imiggration. Ahaks.. Kita ada trip to Bangkok dan Mediterranean Cruise ~ singgah 3 negara, Italy, Spain & France, 7 bandar. Aummm… #KakAyaHappy

Presiden Shaklee Malaysia Madam Helen Lam mengumumkan Incentive Trip FY2018. Perghhh… kak Aya mesti tidur dalam cruise tu 7 malam. Hihi…

  • Lagi, Bahagian Marketing present the New Starter Kit untuk keahlian baru mulai April 2017. Gila gojess Starter Kit baru ni. Info pula tip top.. confirm kalau bawa time meeting orang nda lari, hihihi… ya la, bawa briefcase ni kan tipical MLM, orang takut weh 😂
Shaklee_Leaders_National_Conference_2017

The new Starter Kit Shaklee. Bila belek satu-satu memang superb lah. Lepas ni semua yang join ahli bole terus mengorak langkah hanya dengan refer kit ni jak. Terbaiklah Shaklee!

Shaklee_Leaders_National_Conference_2017

Pabila puan Presiden menggayakan Starter Kit Baru. Comel jak. Hihi

  • Selain Starter Kit baru, Shaklee juga mengumumkan beberapa produk dan sales aid baru yang lebih mengujakan dan sangat menarik. Serius, besttt…tapi biarlah rahsia. Yang satu ni ja kak Aya share sebab nda sabar suda iaitu Shaklee Baby 😍😍. Memandangkan kak Aya sudah decide tuk tutup kilang, maka, kak Aya putuskan sabun ni nanti baby besar yang pakai, hahaha…
Shaklee_Leaders_National_Conference_2017

Bak pesanan Ee Ling ~ Suka takkk??? Offcos kak Aya sukaaa 😂😂

  • Haaa… hampir terlupa. Yang lagi best sebenarnya time BLNC ni leader-leader yang layak ke Jepun (Incentive Trip Cycle ni), dijemput untuk fitting Yukata. Yukata ni ala2 kimono tapi simple sket la, kengkonon sebagai kenang-kenangan untuk trip Jepun Mei ni. Kak Aya, Masta Sam dan Awal insyaAllah pegi trip kali ni. Jadi sesiap ukur Yukata dulu la. Hikhik..
Shaklee_Leaders_National_Conference_2017

Yukata Fitting untuk Qualifier Jepun 2017 😍

Overall itu ja la yang menarik dengan #BLNC2017 ni. Berkumpul dengan Leaders saya, bertemu dengan geng-geng sidelines, serap-serap aura, makan-makan, dapat free gift dan dapat tips best dari CEO Shaklee.

Lepas ni, memang sangat jelaslah halatuju Shaklee Malaysia. Support company tu pentingkan untuk pastikan organisasi kita tahan lama? Tu sebab wajib join event Shaklee gittew.

Ok jom layan gambar pula.

Shaklee_Leaders_National_Conference_2017

Barisan #PolluxLeader yang berikan 200% komitmen dengan empayar Shaklee masing-masing. Kami terbang dari Borneo ok?

Shaklee_Leaders_National_Conference_2017

Makan percuma memang best, hihi…

Shaklee_Leaders_National_Conference_2017

Kengkonon mau bagitau yang kami biz Shaklee 90% secara online. Biz di hujung jari gittew…

Shaklee_Leaders_National_Conference_2017

Pengasas Pollux Family ~ Master Aya & Sam. Mau jadi salah seorang leader kami? Cari kak Aya di http://bit.ly/pm_ayachalo (direct wasap). Hihi

Shaklee_Leaders_National_Conference_2017

Wajib We-fie

Shaklee_Leaders_National_Conference_2017

Aktiviti keesokan harinya pula. Roadshow LandMark Study bersama Dr. Bruce Daggy.

Shaklee_Leaders_National_Conference_2017

Hasil ber-Conference. Lumayan!

Bah, bah, bah… cukup lah kan gambar. Sebelum kak say goodbye, kak Aya mau pesan jak, kalau ko mau join Ahli Shaklee dan mau berada dalam group yang betul, pilihlah #PolluxFamily, insyaAllah kak guide sampai jadi.

Sejak 2012, ramai sudah yang dapat income stabil dalam Shaklee, cuma, pastikan join group yang betul dan mentor yang sedia membantu.

Kita mau biz bukan takat 1-2 hari, tapi kita biz untuk diwariskan ke anak cucu.

We build to last!

Salam sayang,
Master Aya Chalo
Cari kak di http://bit.ly/pm_ayachalo
Founder Of Pollux Family
Group Paling Aktif di Sabah

Perbezaan Produk Shaklee Yang Tidak Ada di Syarikat Lain

Shaklee adalah jenama dipercayai di dalam industri suplemen tambahan. Selama lebih 100 tahun Shaklee telah menerajui masa, inovasi melalui sains dan telah mencipta suplemen mampu dimiliki yang paling tulen dari sumber semulajadi dan paling maju dari segi teknologi dan terbukti secara klinikal.

Tidak ada syarikat seumpamanya yang dapat menandingi pencapaian Shaklee dari segi inovasi saintifik dan terbitan kajian klinikal keatas produk yang dicipta dan dipasarkan.

Lebih 125 kertas kerja saintifik telah diterbitkan. Malahan lebih 100 artikel-artikel ini telah diterbitkan dalam peer-review scientific journal termasuk Journal of the American Medical Association, The New England Journal of Medicine dan beberapa jurnal lagi.

vitalea-vitalized-minerals-multivitamin-shaklee

Pengasas Shaklee. Dr. Forrest C. Shaklee.

Setiap produk yang dihasilkan oleh Shaklee harus melalui 4 proses ini:

  1. Kajian santifik dan rasionalisasi (Scientific review and rationale)
  2. Penilaian daripada penyelidikan pihak ketiga terbaik dunia (Assessment of world-best third-party research)
  3. Kajian klinikal bebas di university-universiti terkemuka (Independent clinical studies at leading universities)
  4. Perbincangan dengan Lembaga Penasihat Saintifik yang terkenal (Consultation with our renowned Scientific Advisory Board)

Sebelum produk Shaklee memasuki pasaran, ia mesti lulus 5 ujian ini:

  1. Mengandungi bahan-bahan mentah daripada sumber yang sangat tulen dan semulajadi.
  2. Menyediakan dos yang tepat bagi setiap kandungan utama.
  3. Dicipta agar dos yang dijanjikan dapat diperolehi secara konsisten.
  4. Mempunyai prestasi melebihi piawaian farmaseutikal yang ditetapkan oleh industri.
  5. Melalui ujian sebelum dan selepas pembuatan melangkaui apa yang ditetapkan oleh industri.

Perbezaan Shaklee

  1. Lebih 350 ujian saringan bahan berbahaya dijalankan bagi setiap bahan botanikal baru.
  2. Lebih 100,000 ujian kualiti dijalankan setiap tahun.
  3. Lebih 250 ujian racun perosak dijalankan menjangkaui piawaian farmaseutikal yang digariskan oleh United States Pharmacopeia (USP).
  4. Lebih 125 terbitan saintifik bertulis dan dibentangkan.
  5. Pengguna Shaklee selama 20 tahun dikaji dalam Landmark Study dan didapati menunjukkan kesihatan yang lebih baik berbanding mereka yang tidak mengamalkan suplemen.
  6. Dikilangkan pada gred farmaseutikal.
  7. Tidak sesekali menjalankan ujian terhadap haiwan.
perbezaan-shaklee-dengan-vitamin-lain

Perbezaan Shaklee yang tidak ada di syarikat lain.

Kajian Klinikal

Sejak 30 tahun lalu, penyelidikan saintifik telah menjadi telah menjadi sebahagian daripada strategi korporat Shaklee. Komitmen dalam menjalankan penyelidikan saintifik dan klinikal inilah yang telah membezakan Shaklee dengan pesaing dan telah melahirkan lebih daripada 125 laporan saintifik dan diterbitkan untuk jurnal saintifik bagi rujukan para saintis yang mengiktiraf produk Shaklee selamat digunakan dan berkesan.

Rata-rata syarikat mendakwa bahawa produk mereka berkesan, tetapi di Shaklee, ianya dibuktikan. Ianya semulajadi, berkesan dan proven.

perbezaan-shaklee-keistimewaan-shaklee

Sejarah Kejayaan Shaklee

  1. Forrest C Shaklee membangunkan Vitalized Minerals, multivitamin pertama di dunia.
  2. Shaklee memperkenalkan Basic-H Concentrated Organic Cleaner, salah satu pencuci boleh dibiodegrasi dan tidak bertoksik yang pertama.
  3. Forrest C Shaklee mencipta Protein Segera iaitu salah satu rumusan pengasingan protein soya pertama di dunia.
  4. Shaklee memperkenalkan Vitamin C berasaskan tumbuhan yang pertama di dunia yang mempunyai sistem pembebasan terkawal yang mampu kekal selama 5 jam di dalam darah.
  5. 121 medal yang membuktikan meningkatkan prestasi atlet dan explorer.
  6. Dipilih oleh NASA pada tahun 1993 untuk membangunkan dan membekalkan minuman penghidratan semula AstroAde mengikut keperluan angkasawan yang digunakan sehingga ke hari ini.
  7. Pada tahun 2000, Shaklee menjadi syarikat pertama dunia yang memperolehi pensijilan Climate Neutral kerana mengimbangi sepenuhnya pembebasan CO2 di mana ia menghasilkan impak sifar bersih pada alam sekitar.
  8. Shaklee memperkenalkan satu daripada formula keimunan penggalak interferon pertama di dunia yang dinamakan NutriFeron.
  9. Kajian terbesar Landmark Study terhadap pengguna suplemen yang dijalankan dengan gabungan pengkaji daripada UC Berkeley School of Public Health menunjukkan bahawa mereka yang mengambil suplemen Shaklee memiliki kesihatan yang lebih baik berbanding mereka yang tidak mengambil suplemen ataupun mengambil suplemen jenama lain.
innovasi-produk-shaklee-terbaik-di-dunia

Inovasi Shaklee selama 100 tahun yang terhasil melalui komitmen Saintis Shaklee.

Fakta di atas membuktikan Shaklee bukan sekadar menjual produk kesihatan malahan memastikan setiap produk yang dipasarkan memberi manfaat kesihatan kepada penggunanya.

Kini anda tidak perlu ragu-ragu untuk menjadikan Produk Shaklee regimen kesihatan seharian anda. Shaklee dijamin SELAMAT, BERKESAN dan SEMULAJADI.

Hubungi saya, Pengedar Shaklee anda untuk konsultasi kesihatan dan info lanjut berkenaan Produk Shaklee dan Peluang Perniagaan.

Aya Chalo
013.863.3224
rohayachalo@gmail.com
Pengedar Bebas Shaklee