16 Tips Berguna Ketika Naik Kapal Terbang Bersama Anak Kecil

Menaiki kapal terbang bersama-sama anak kecil sering kali mendatangkan kerisauan kepada ibu bapa. Lebih-lebih lagi jika itu merupakan pertama kali anak kecil dibawa menaiki kapal terbang. Tahu tak, jika ibu mengaplikasikan cara atau tips naik kapal terbang bersama anak kecil ini, ia boleh memberi impak yang besar samada anak meragam atau tidak.

Saya sendiri mempunyai pengalaman tak best ketika terbang dari KLIA2 ke Langkawi tempoh hari. Anak saya, Awal ketika itu berusia 1 tahun setengah tiba-tiba menangis tanpa henti setiap kali melihat tingkap, mungkin dia berasa takut melihat awan ataupun dia dah penat. Keadaan itu membuatkan saya serik kerana bukan sahaja risaukan baby, tapi turut risaukan penumpang lain yang terganggu dengan tangisan anak.

tips menaiki kapal terbang dengan anak kecil

Jadikan penerbangan anda suatu kenangan manis dan bukannya sebaliknya dengan membuat persediaan awal sebelum terbang.

Untuk mengelakkan situasi tidak seronok ketika di dalam penerbangan, ibu boleh membuat persediaan awal agar perjalanan ibu menjadi lancar disamping memberikan anak pengalaman seronok menaiki kapal terbang. Jom kita lihat apa tips yang mungkin boleh membantu ibu;

  1. Beli atau pilih tempat duduk di barisan paling hadapan kerana ia mempunyai ruang kaki yang luas.
  2. Datang ke lapangan terbang lebih awal. Sebaiknya dua jam lebih awal untuk proses daftar diri dengan tenang.
  3. Beli mainan baru ketika di lapangan terbang. Ini akan memberikan anak anda mood yang ceria.
  4. Sediakan buku mewarna dan crayon atau pencil warna dan masukkan ke dalam beg anak yang akan dibawa ke dalam kapal.
  5. Sediakan snek yang sihat. Makanan atau minuman manis akan membuatkan anak anda menjadi hiperaktif, risau tak duduk diam pula nanti. Jadi, pilihlah snek yang sihat dan mengenyangkan.
  6. Bawa air kosong. Penerbangan yang panjang memang menjadikan tekak kering.
  7. Bawa anak ke tandas sebelum berlepas atau tukar lampin pakai buang bayi agar si comel selesa.
  8. Susukan anak atau berikan puting tiruan ketika berlepas dan mendarat. Ini boleh mengelakkan anak menangis kerana sakit telinga yang disebabkan oleh perubahan tekanan yang mendadak.
  9. Bawa baju lebih yang mungkin berguna jika tertumpah air atau makanan, atau jika anak terkencing.
  10. Sediakan buku sticker yang boleh membuatkan anak kecil leka seketika.
  11. Jangan lupa bawa selimut atau pakaikan anak anda dengan baju sejuk dan seluar panjang. Suhu di dalam kapal terbang selalunya sejuk yang amat.
  12. Jika anda benarkan anak anda bermain tablet atau ipad, bawalah ia bersama-sama untuk mengelakkan anak bosan dan mula meragam.
  13. Jika anak anda mempunyai mainan kegemaran, bawalah ia bersama. Ia mungkin boleh membuatkan anak anda tenang disepanjang perjalanan.
  14. Bawa buku cerita atau flash card.
  15. Dengarlah rintihan anak. Berikan sepenuh perhatian kepadanya. Jangan tidur dan biarkan anak bermain sendiri.
  16. Akhir sekali, setkan di dalam minda agar ibu perlu sentiasa tenang. Jika anda tenang, anak pun akan tenang. Percayalah!
tips membawa bayi menaiki kapal terbang

Bila ibu tenang, insyaAllah, anak pun tenang. Pernah dengar The Law Of Attraction? apa yang anda getarkan ia akan datang balik kepada anda. So, ibu kena berikan getaran tenang, dan anak pun menjadi tenang, cubalah 😀

Diharap cara atau tips menaiki kapal terbang bersama anak kecil ini boleh memberi ibu sedikit sebanyak idea untuk memastikan penerbangan anda sekeluarga memberikan pengalaman yang berharga buat anda dan si comel. Raya pun dah dekat kan? Bolehlah apply tips ni ketika balik raya nanti 😀

Luv,
Aya Chalo | 013-8633224
Parenting From The Heart
Visit our Page at Facebook AyaChalo.com – Parenting From The Heart

11 Tips Mengajar Anak Di Rumah Dengan Berkesan

Tentu risaukan bila dapat result anak yang tidak memberansangkan? lagi risau kalau gagal subjek teras. Tahun ni anak sulung saya naik Tahun 1. Memang pengalaman baru bagi saya. Macam-macam bermain di fikiran. Paling saya risaukan part ujian dan peperiksaan ni. Pre-school lain, sekolah rendah lain. Tidak meluangkan masa mengajar anak di rumah menjadi satu risiko sebab akan memberi kesan terhadap pencapaian anak di sekolah. Sebab itu, mahu tidak mahu, kita harus meluangkan masa untuk mengajar anak di rumah.

Tentu ibu pun tertanya-tanya apa tips atau cara mengajar anak di rumah secara berkesan agar result peperiksaan anak-anak cemerlang atau pun sekurang-kurangnya tidak gagal kan? Ibu boleh baca 11 tips yang saya kongsikan di bawah.

tips mengajar anak membaca

Antara tips mengajar anak di rumah, ibu perlu duduk bersebelahan dan satu aras dengan anak.

Tips Mengajar Anak Di Rumah Dengan Berkesan

  1. Cuba mendengar masalah anak, cari jalan untuk mulakan komunikasi dengannya.
  2. Cuba sediakan sesi pembelajaran yang seronok seperti sediakan hidangan ringkas kerana sesi belajar yang panjang boleh menyebabkan anak lapar.
  3. Duduk bersebelahan dengan anak dan bukannya secara berhadapan. Kedudukan juga sebaiknya sama aras untuk wujudkan kemesraan. Jika anak selesa, kuranglah ragamnya semasa sesi belajar.
  4. Jika anak kelihatan kurang berminat, cuba tanya dan dengar apa yang dia mahu katakan. Mungkin ada benda lain yang menganggu fikirannya.
  5. Jangan terus menghukum jika anak kurang memberi kerjasama pada awalnya. Mungkin dia takut tidak mampu mencapai kehendak kita.
  6. Pastikan arahan dan langkah-langkah disampaikan dengan jelas dan mudah difahami, kemudian buat dengan perlahan dan teratur.
  7. Jika anak bercakap, perhatikan wajahnya. Ini akan memudahkan ibu untuk mengenalpasti kekecewaan atau kekeliruan yang berlaku.
  8. Jangan abaikan mana-mana soalan yang diajukan oleh anak. Ini untuk melatih anak agar lebih tekun walaupun susah.
  9. Kurangkan kritikan dan kata-kata negatif sebaliknya berikan sokongan dan dorongan serta kata-kata motivasi.
  10. Jika anak memberikan jawapan yang salah, nyatakan semula soalan dan berikan panduan untuk dia berfikir.
  11. Sekiranya berjaya, berikan pujian.
tips mengajar anak belajar di rumah

Tak best kan kalau anak belajar sorang-sorang. Confirm muka dia jadi macam ni 😀

Selain mengamalkan tips di atas, ibu juga boleh menerapkan budaya belajar seperti menyediakan jadual belajar di rumah. Ibu bapa yang mementingkan kecemerlangan perlu bersedia meluangkan masa untuk memberi tunjuk ajar kepada anak-anak. Sokongan dan dorongan daripada ibu bapa inilah yang memotivasikan anak untuk terus belajar di rumah.

Nantikan perkongsian saya tentang bagaimana ibu bapa boleh mewujudkan budaya belajar di rumah. Oh ya, kalau nak cari makanan tambahan agar anak lebih fokus dan cergas ketika di sekolah saya ada kongsikan kat Artikel Makanan Tambahan Kanak-Kanak ni.

Selamat berhujung minggu!

Luv,
Aya Chalo | 013-8633224
Pengedar Shaklee Sepanggar – Kota Kinabalu – Sabah
Like Page kami di AyaChalo Stories – Parenting From The Heart