Vita-lea™ Iron Formula

Vita-Lea™ Iron Formula merupakan multivitamin dan multimineral yang pertama dicipta di US oleh Dr. Forrest C Shaklee pada tahun 1915.

Ia berevolusi sejak 101 tahun dahulu daripada bentuk cecair ke bentuk tablet dan disokong oleh kajian klinikal dan ujian kawalan mutu yang tinggi untuk memastikan ianya selamat dan berkesan.

Vita-lea™ merupakan suplemen seimbang dan yang paling lengkap di Shaklee yang mampu dimiliki. Suplemen ini diformulasikan khusus dengan 28 vitamin dan mineral penting yang diperlukan oleh orang dewasa.

Setiap tablet memenuhi nutrisi harian yang diekstrak daripada sayuran dan buah-buahan.

manfaat vitalea shaklee

MENGAPA MESTI PILIH VITA-LEA™ IRON FORMULA SEBAGAI SUPLEMEN HARIAN

  • Vita-Lea™ Iron Formula disokong oleh 7 kajian klinikal.
  • Mempunyai Patented Bioactivated Absorption System™ yang merupakan teknologi salutan mikro yang menyeliputi setiap tablet Vita-Lea™.

Teknologi ini penting untuk pembebasan segera di dalam perut untuk meningkatkan penyerapan asid folik dan vitamin B penting yang membantu menghasilkan dan memelihara sel-sel baru.

Ini menjadikan Vita-lea™ sebagai vitamin yang mudah larut di dalam badan dan tidak membebankan buah pinggang.

  • Vita-lea™ menjalani lebih daripada 340 ujian kawalan mutu untuk memastikan ketulenan dan keberkesanan produk.

KEPENTINGAN VITA-LEA™ IRON FORMULA KEPADA ANDA

  • Meningkatkan kesihatan dan kecergasan menyeluruh.
  • Menambah tenaga dan pelengkap nutrisi harian.
  • Menyokong jangka hayat jantung, hati, usus dan kesihatan mata.
  • Meningkatkan kekuatan tulang dan sistem imunisasi.
  • Memberikan perlindungan terhadap kerosakan sel akibat serangan radikal bebas.

SIAPA YANG BOLEH MENGAMBIL VITA-LEA™ IRON FORMULA

  • Lelaki dewasa
  • Wanita dewasa
  • Warga emas
  • Remaja berumur 13 tahun ke atas
  • Wanita hamil
  • Wanita berpantang
  • Wanita menyusukan bayi

HARGA DAN KUANTITI VITA-LEA™ IRON FORMULA

  • Harga: RM 94.08
  • Kuantiti: 120 tablet
  • Sajian: 60 hari

Klik Link ini untuk TEMPAHAN VITA-LEA.

 

Cara pemakanan Vita-Lea™ Iron Formula dengan berkesan akan diberikan selepas tempahan produk melalui website ini.

Hubungi Aya Chalo 013.863.3224 untuk konsultasi dan info lanjut berkenaan produk.

*Jaminan Shaklee: Sentiasa Selamat, Berkesan dan Semulajadi
**Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, mengubati atau mencegah sebarang penyakit.
***Produk ini mengandungi Alfalfa, pesakit SLE perlu mendapatkan nasihat doktor sebelum mengambil produk ini.

9 Makanan Ransang Otak Genius Bayi Sejak Dalam Rahim Ibu

Makanan Yang Boleh Dimakan Oleh Ibu Mengandung Untuk Ransang Otak Genius Bayi

Setiap ibu semestinya menginginkan anak yang pintar dan geniuskan? Tahu tak mommies, anda boleh meransang perkembangan otak bayi untuk menjadi genius sejak berada di dalam rahim melalui pemakanan? Kajian turut menunjukkan 90% kepintaran anak bermula sejak dalam rahim dan makanan antara sumber yang sangat penting untuk meransang otak bayi.

Nak tahu apa makanan yang best tu? jom khatamkan artikel ni 😀

makanan untuk ransang bayi genius sejak dalam rahim

9 Makanan Yang Boleh Meransang Otak Genius Bayi

#1. Madu

Makanan yang sangat berkhasiat yang juga dikenali sebagai makanan penyembuh penyakit. Ia mengandungi pelbagai vitamin seperti vitamin A, B1, B2, B3, B5, B6, D, K, E, mineral seperti zat besi, zink. Selain itu ia juga mengandungi protein, hormon, antiseptik dan enzim yang mampu meningkatkan daya ingatan dan kecergasan mental.

#2. Kismis

Kismis kaya dengan zat besi yang sangat penting untuk membina darah agar bekalan oksigen cukup untuk disalurkan ke otak. Darah mengangkut kesemua nutrisi yang penting agar sampai ke tempat yang diperlukan. Oleh itu, darah yang mencukupi membantu dalam pembentukan otak anak yang genius.

#3. Telur

Telur berfungsi untuk menambah kecerdasan otak kerana mengandungi protein, mineral, vitamin, kalsium, magnesium, kalium, sulfur, natrium, zat besi, fosforus, air dan bahan-bahan aktif. Telur ayam yang terbaik adalah telur ayam kampung, tetapi telur yang mengandungi omega dan selenium juga tidak kurang baiknya untuk kepintaran anak.

#4. Susu Segar

Susu segar mampu meransang otak, membekalkan tenaga dari segi mental dan fikizal, menajamkan fikiran dan menguatkan ingatan. Susu adalah makanan yang lengkap dan berkhasiat serta memenuhi 6 kumpulan makanan yang diperlukan tubuh badan dan otak seperti karbohidrat, protein, lemak, vitamin, mineral dan air. Susu yang terbaik untuk genius adalah susu kambing, biri-biri dan susu lembu segar.

#5. Buah Delima

Buah ini juga mampu berfungsi sebagai penerang hati. Menurut kajian, mengamalkan jus buah delima ketika kehamilan membantu melindungi otak bayi ketika proses kelahiran. Buah delima juga bermanfaat kepada kulit bayi. Ia juga tinggi dengan asid folik untuk elak kecacatan tiub saraf bayi.

#6. Kurma

Kurma kaya dengan sumber zat galian dan vitamin seperti A, B, B1, B2, B3, vitamin C dan vitamin E. Jus kurma mampu memanaskan badan dan mencerdaskan otak serta membantu dalam tumbesaran bayi sekaligus minda yang sihat.

#7. Labu

Labu kuning kaya dengan Vitamin A, C, K, zat besi dan protein untuk menambah keupayaan fizikal dan otak bayi. Labu bagus dimakan oleh ibu hamil dan juga apabila bayi berusia 6 bulan, ia juga menjadi pilihan makanan yang terbaik buat bayi kerana kaya dengan serat.

#8. Kekacang

Kekacang juga sangat elok dimakan oleh ibu hamil untuk meningkatkan perkembangan genius otak bayi. Kekacang seperti kacang hijau, kacang merah dan soya. Kekacang ini dipercayai memberi kesan kepada kecerdasan otak kerana mengandungi protein, karbohidrat, Vitamin B1, B2, Kalsium, asid folik, omega 3 dan omega 6 yang sangat penting dalam pembentukan otak bayi.

#9. Sayur-sayuran

Sayur-sayuran segar dan buah-buahan kaya dengan vitamin yang terpelihara. Vitamin dan mineral yang ada di dalam sayur dan buah amat penting untuk pembentukan otak bayi.

makanan terbaik buat ibu mengandung

Berilah si manja nutrisi terbaik melalui pemakanan sejak berada di dalam rahim.

Perasan tak mommies kesemua makanan di atas sangat bagus untuk perkembangan otak bayi di dalam kandungan kerana mengandungi vitamin, mineral dan zat galian, protein yang penting untuk otak bayi. Oleh itu, disepanjang tempoh hamil, makanlah makanan yang seimbang dan bernutrisi. Jangan diikutkan sangat selera yang berkurangan tu, kesian baby kat dalam perut kan? Kalau ibu susah sangat telan makanan di atas, Aya cadangkan ambil vitamin semulajadi yang dapat memberikan ibu nutrisi yang lengkap untuk perkembangan bayi seperti multivitamin, protein soya, minyak ikan omega 3 dan kalsium. Mudah dan lengkap mommies. 😀

Semoga info yang ringkas ni dapat membantu mommies melahirkan baby yang comel serta genius. Jumpa lagi di entry akan datang.

Luv,
Aya Chalo | 013-8633224
Like page kami di AyaChalo Stories – Parenting From The Heart