8 Produk Shaklee Jepun Kalau Masuk Pasaran Malaysia Mesti Best Gila

Sebenarnya kak Aya teruja dengan entry hari ni. Sebab kak mau share beberapa produk Shaklee Japan yang sangat best yang kak Aya dapat atau beli bulan lepas sewaktu menghadiri incentive trip ke sana.

Shaklee sebenarnya ada di 8 buah negara termasuklah Jepun. Produk Shaklee pun sebenarnya sangat banyak dan berbeza di setiap negara bergantung kepada permintaan atau kelulusan pihak berkuasa. Produk yang masuk ke Malaysia pula sangat istimewa sebab dibuat di kilang berbeza dengan produk lain yang diluluskan Halal oleh Islamic Service Of Amerika (ISA). Badan ini diiktiraf oleh JAKIM sejak tahun 1983.

So hari ni kak Aya akan kongsikan beberapa produk Shaklee Jepun yang kak dah try.

Kalaulah semua produk ni masuk Malaysia kan besttttt… cuma kenalah dapatkan sijil halal dan kelulusan masuk Malaysia. Oh ya, produk yang kak beli ni kak sudah check (staff Shaklee pun dah checkkan), insyaAllah tiada bahan-bahan yang meragukan, sebab kat Jepun, produknya ada juga menggunakan porcine, hihi… so kalau nak ke Jepun dan beli produk Jepun, kena hati-hati tau.

vivix-ready-stock-sabah-indah-permai

8 Produk Shaklee Jepun Yang Kalau Masuk Malaysia Mesti Best Gila

  1. ESP Pelbagai Perisa

    Semua pun tahunESP merupakan salah satu produk Top 10 di Malaysia. Yang ada di sini cumalah perisa Vanilla. Di Jepun pula ada pelbagai perisa iaitu Choco, Pecan, Coffee, Peach, Regular dan Vanilla. Mana satu yang sedap? Sejujurnya kak Aya suka kesemua perisa yang ada. Semua sedap! Tapi yang kak paling suka sekali adalah Peach sebab wangiiii sangat.

    ejen-shaklee-kk-sabah

    Instant Protein Assorted Pack. Ni best gila kalau ada di Malaysia, senang nak bawa balik kampung, senang bawa travel, boleh tukar-tukar taste. hihi… Doakan masuk Malaysia suatu hari nanti. Tinggi permintaan ni.

    Manfaatnya? sama macam ESP Shaklee yang ada disini. Untuk gebu-gebu, untuk cantikkan kulit, kuku, rambut, untuk sustained energy dan untuk kenyang yang lebih lama. Banyak lagilah manfaat ESP ni.

2. Shaklee Fiber

Shaklee Fiber ni dulu tidak silap memang ada di Malaysia. Tapi kak Aya no idea kenapa dihentikan pada pertengahan 2013. Alhamdulillah merasa juga yang dari Jepun ni.

Shaklee Fiber ni adalah satu serbuk fiber semulajadi tanpa perisa yang boleh di tambah ke dalam minuman seperti ESP, Instant Protein, jus, Vivix atau Performance Drink. Minum macam tu saja pun boleh.

pengedar-shaklee-kota-kinabalu-ready-stock

Shaklee Fiber ni kak Aya dapat sebagai gift semasa Dinner bersama Dr. Kojima (Inventor Nutriferon Shaklee) di Imperial Jepun tempoh hari. Dapatlah 3 kotak, kak 1, Awal 1, papanya 1. Alhamdulillah merasa gak. Sekarang ni setiap kali sahur kami minum ni, anak-anak pun kak Aya bagi sebab ia bantu juga untuk rasa kenyang yang lebih lama.

Antara manfaat Shaklee Fiber termasuklah untuk kesihatan usus, mudah lawas, elak sembelit dan buasir. Kak Aya minum ni memang rasa best jak membuang, puas gittew, hihihihi… jadi kalau Shaklee Fiber ni masuk Malaysia, boleh la kita “geng”kan dengan Herblax untuk pastikan membuang dengan lancar setiap hari. Selain tu terdapat pelbagai manfaat fiber yang lain termasuklah kesihatan jantung dan merendahkan kolestrol.

3. Shaklee Bifidus

Produk yang direka untuk berdasarkan tiga idea untuk persekitaran usus yang baik iaitu probiotik, prebiotik, biogenics. Ia menggabungkan bifidobakteria dan bakteria asid laktik, oligosakarida dan laktoferin yang membantu meningkatkan fungsinya.

Dengan mengamalkan Shaklee Bifidus ni, kita sediakan usus dengan bakteria baik yang sangat bagus untuk kesihatan.

pengedar-shaklee-di-sabah

Shaklee Malaysia tiada produk yang ada probiotics ni. So memang sangat baguslah kan kalau produk ni masuk. Dengar-dengar untuk penghidap eczema, antara satu cara untuk control adalah dengan mengamalkan probiotik ni.

Memandangkan Shaklee Bifidus belum ada di Malaysia, kak suggest untuk dapatkan persekitaran usus yang kaya dengan bakteria baik, amalkanlah minuman kultur. Hehe…

4. Shaklee Kids: All In One Shake

Yang ni sedap sangat, anak-anak kak Aya memang suka. Memang berlainan sikit dengan Mealshakes sebab berperisa Strawberry dan acah-acah yogurt gitu. Add air biasa or dalam susu. Dua-dua pun sedap.

Kandungannya lebih kurang dengan Mealshakes iaitu multivitamin yang lengkap dengan fiber dan beberapa nutrien lain yang penting untuk perkembangan pesat anak-anak.

pengedar-shaklee-sepanggar-sabah

Yang ni kak Aya dapat as welcome gift (suprise kat bilik) sebab kak bawa Awal Syahmi sekali ke trip Jepun. Kawan-kawan yang tiada bawa anak tak dapat ni. Untunglahhhh Awal Syahmi boleh abang adik merasa sekali. hihi…

5. Shaklee Collagen Powder

Haa, yang ni tak hairan kan sebab ada kat Malaysia. Tapi kak Aya mau story ni, Collagen Shaklee Jepun dia add on nutrien untuk meningkatkan moisture dengan lebih effective. Double moist gittew. Patutlah minum beberapa hari rasa kulit muka ni best jak.

ejen-vivix-sabah-kota-kinabalu

Lagi satu, Collagen Shaklee ni dikilangkan di Jepun so, harganya jauh lebih murah, ce teka berapa harga sekotak? hihihi… harganya kurang RM100 dari Collagen Powder Malaysia. Menggoda bak hang! Kak Aya tergoda sampai beli 5 kotak uolls. Hihi… ya lah, umur dah masuk 35 ni, collagen sangat perlu tau. Nak juga ada effect toing-toing sana sini.

Kalau mahu gebu gebas, tegangkan sana sini dan kecikkan liang roma yang semakin membesar tu, boleh la usha harga Collagen Powder Malaysia sini.

6. NutriFeron Shaklee

Yang ni pun tidak hairan sebab ada di Malaysia. Tapi, jangan tak tau, NutriFeron dicipta oleh pakar imunologi terkemuka dunia Dr. Yasuhiko Kojima yang berasal dari Jepun. Jadi NutriFeron yang datangnya dari Jepun sangatlah special. Malaysia punya datang dari US.
ubat-bengkak-tonsil-teruk

Fungsinya sama iaitu sebagai immune booster semulajadi yang meningkatkan sistem pertahanan badan secara semulajadi. Kalau mudah sakit, kerap tonsil, eczema, dan apa-apa yang berkaitan dengan sistem imun, eloklah amalkan Nutriferon ni.

Dr-yasihiko-kojima-pencipta-nutriferon-shaklee

Gambar kenangan bersama Pakar Immunology terkenal Dunia yang menemui interferon, Dr. Yasuhiko Kojima sewaktu trip Shaklee ke Tokyo Mei 2017 lepas. Bangga tau dapat jumpa beliau sendiri sebab kak Aya memang tidak tinggal NF ni sebab dulu-dulu kak kerap kena tonsel. Fuhh.. serik kalau boleh nda mau kena lagi.

7. Premium Mask 3D

Wow! Sebenarnya ini antara kegemaran kak Aya iaitu produk special care Shaklee Jepun Premium Mask 3D.

Pemenang Gold Medal Monde Selection tiga tahun berturutan (2014, 2015, 2016) ni bukti keberkesanan produk ni tiada tandingan. Kak Aya yang baru pakai sekali pun rasa kelainan di kulit muka apatah lagi kalau habis sekotak kan? mesti kalah Rita Rudaini ni, ahaks.

masker-shaklee-kota-kinabalu-sabah

Sebenarnya kak jarang pakai mask-mask ni, selalu buat masker jak. Bukan apa, takut mencuba brand lain, almaklumlah dulu muka teruk sangat. So bila nampak Shaklee Jepun ada produk ni, kak Aya pun teruslah order. Mahal belakang kira yang penting yakin selamat. 😀

Serius best pakai mask ni, nasib jak nda nangis, hahaha… berbaloi beli walaupun harga boleh tahan gak dengan 6 keping sekotak. Mask ni baiki struktur muka, jadikan glowing, melembapkan dan menghilangkan garis halus wajah. Bak kata dalam website Shaklee Japan “We deliver prominent moisture, and it looks beautiful and shiny like after aesthetic. It prepares the texture and makes fine wrinkles less pronounced by drying”

Efficiency assessment tested tau kesan dia. Patutlah menang award kan. Kalau tengok Monde Selection tu bukan benda memain, world class tau. Kak beli ni 2 kotak, kemain kan? hihi… cantik punya pasal.

8. Refuncell UV Cut Bass Lasting BB (spf 30) dan Treatment Powder Foundation

BB Cream ni pun tiada kat Malaysia, please lah masukkan Make Up produk masuk pasaran Malaysia. InsyaAllah sentiasa licin! Haha.. ya la, bukan senang kan nak dapat produk makup natural dan organik ni.

BB Cream ni khas untuk warna kulit wajah yang tidak sekata dan berpori. Dia tutup cela uolls. Memang licin dan nampak glowing pakai cream ni. Kak Aya sebelum ni guna BB Cream MEK (bukan nama sebenar), BB Cream Shaklee ni rasa lebih ringan, murah diserap dan mudah dibersihkan menggunakan makeup remover Nutriwhite.

vitamin-jerawat-jeragat-shaklee-kota-kinabalu-sabah

Treatment Powder Foundation ni pula bedak muka yang dikhaskan untuk menutup cela dan kelihatan natural pada wajah. Ia lengkap dengan bahan yang melembapkan kulit. Yang ni pun kak Aya suka. Serius rasa cerah dan sekata ja kulit wajah tu. Pakai pun jimat-jimat ni takut habis. Kang terpaksa terbang ke Tokyo semata-mana nak beli bedak, hihi…

Fuhh, selesai 8 produk kak kongsikan.

So, mana satu produk yang menggiurkan? Haha… sewaktu di Jepun tempoh hari sempat juga lepak dengan Presiden Shaklee Malaysia, Madam Helen, dan sempat jugalah tanya tentang produk Jepun untuk dimasukkan ke Malaysia ni. Beliau kata memang ada niat nak bawa masuk, cuma ya lah, kena ikut prosedur dan kena dapatkan Halal certification, penting tu.

Jadi, kita tunggu jak lah. Kalau rasa-rasa tak sabar tunggu, boleh la terbang ke Jepun, dan ajak uncle-aunty Jepun jadi ahli kat sana dan belilah dengan diorang, huhu… Bagi yang sudah jadi ahli Shaklee di Malaysia ni, boleh juga beli Ambassador Pack dan cari downline kat sana. Bolelah dia uruskan pembelian nanti. Bijak tak kak Aya, siap bagi tips ni. Hihi…

Ok lah, itu ja perkongsian hari ni. Jangan lupa follow blog kak Aya ni untuk jadi orang pertama dapat new updates tau. Take care! Jangan mimpi pakai masker 3D pula ya, hihi…

Luv,
Kak Aya Chalo
Kak Suka Produk Jepun!

Sebab Mengapa Anda Perlu Amalkan Vivix Setiap Hari

Kalau perasan, zaman sekarang ramai orang muda dapat penyakit yang kalau dulu-dulu hanya orang tua jak dapat penyakit tu. Kenapa ini berlaku? Inilah yang disebabkan oleh proses penuaan semakin cepat disebabkan pelbagai faktor seperti pemakanan kurang berkhasiat, tekanan hidup yang tinggi, kurang bersenam dan macam-macam lah.

Adakah cara melindungi sel-sel badan kita daripada mengalami proses penuaan yang cepat ni. Risau juga kan bila dengar kawan ni stroke, kawan tu kanser, jiran ni darah tinggi etc etc.

Sebab tu lah badan kita perlukan anti-oksiden yang mampu melawan segala radikal bebas yang masuk ke dalam badan pada setiap saat.

Vivix merupakan satu produk yang kandungannya mempunyai kuasa anti-oksidan yang tinggi serta kaya dengan Polifenol dan Resveratrol tumbuhan.

Nutrien inilah yang akan membantu untuk melambatkan proses penuaan sel-sel badan. Ini bukan setakat “tua” tau, tapi, sebenarnya penuaan pra-matang (sel-sel tua sebelum sampai masanya) akan menyebabkan tubuh badan kita mudah terdedah dengan pelbagai jenis penyakit. Scary but ramai tidak sedar benda ni.

Produk-shaklee-paling-laku-di-pasaran

Vivix merupakan Best Seller di Shaklee. Nombor 1 tau.

Bagaimana Sel Boleh Mengalami Penuaan Pra-Matang?

Setiap hari sel di dalam badan mengalami kemusnahan, di bawah adalah faktor-faktor yang menyebabkan penuaan sel.

  1. Kemusnahan DNA

Kemusnahan DNA berlaku setiap hari. Sebenarnya berjuta-juta DNA musnah dan mempercepatkan lagi proses penuaan. Kemusnahan ni berlaku disebabkan oleh Radikal Bebas yang masuk ke dalam badan setiap saat. Ini akan merosakkan DNA seterusnya merosakkan sel tubuh badan.

2. Aktiviti pengawalan genetik semakin berkurang

Ini disebabkan oleh protein yang akan mengaktifkan DNA untuk bekerja dimusnahkan oleh radikal bebas. Jadi untuk dapat “kuasa” pengawalan yang baik, badan perlukan anti-oksidan supaya radikal bebas tidak mengganggu sel-sel badan daripada berfungsi sebaiknya.

3. Penghasilan tenaga di peringkat sel berkurang 

Apabila radikal bebas mengganggu, sel badan akan kurang tenaga. Apabila sel menjadi kurang tenaga, badan pun akan automatik sukar untuk menghasilkan tenaga kerana sel rosak.

4. Pengumpulan AGE Protein

Kesan ke atas mekanisma di atas, akan menyebabkan AGE protein semakin meningkat. Pengumpulan AGE protein akan menyebabkan penyakit seperti Diabetes, penyakit Jantung dan sebagainya.

Apabila perkara di atas berlaku, ia akan mengakibatkan sel badan mati. Apabila terlalu banyak sel-sel badan mati, bermakna lebih cepatlah proses penuaan berlaku.

Apabila proses penuaan berlaku dengan cepat, maka lebih tinggi risiko untuk dapat pelbagai penyakit seperti Kanser, Kencing Manis, Arthritis, Serangan Jantung dan sebagainya.

Kesan-penuaan-vivix-shaklee

Bagaimana Bahan Di Dalam Vivix Boleh Membantu Melambatkan Proses Penuaan?

Vivix kaya dengan bahan yang tinggi dengan Polifenol dan Resveratrol (tinggi kuasa anti-oksidan) yang didapati daripada 4 bahan utama iaitu Polygonum Cuspidatum, Muscadine Grape, Elderberri Eropah dan Lobak Ungu.

penawar-kencing-manis-dan-darah-tinggi

Empat bahan utama di dalam Vivix ini telah diuji secara klinikal dan terbukti mampu untuk:

  1. Memberi perlindungan kepada DNA dan sel badan. Anti-oksidan akan menghalang radikal bebas untuk merosakkan sel-sel badan.
  2. Bila sel-sel dilindungi, ia dapat beri kesan positif terhadap pengawalan genetik dengan lebih bagus.
  3. Bantu dalam meningkatkan penghasilan tenaga pada sel badan. Mengambil resveratrol setiap hari akan meningkatkan bilangan mitokondria dan secara tidak langsung badan lebih bertenaga.
  4. Memperlahankan penghasilan AGE protein sebanyak 90%. Jadi, kebarangkalian mendapat penyakit lebih rendah.

Sebenarnya sel badan kita mengalami proses penuaan setiap hari. Jika sel-sel badan semakin banyak rosak, ini bermaksud sel penuaan badan akan berlaku dengan lebih cepat. Sebab tu lah keadaan kesihatan setiap individu berbeza. Contoh umur sama, tapi A lebih sihat berbanding B.

 

Ini juga bergantung kepada faktor yang kak Aya sebut di atas tadi iaitu gaya hidup, pemakanan, nutrisi yang diamalkan, bersenam, tahap stress dan sebagainya.

So, dengan adanya minuman yang kaya dengan anti-oksida ni, ia memudahkan untuk melindungi sel-sel badan daripada penuaan sel kan?

Apa Manfaat Bahan Utama Yang Terkandung Di Dalam Vivix?

Seperti yang kak Aya mention tadi, terdapat 4 bahan utama yang terkandung di dalam Vivix iaitu Polygonum Cuspidatum, Muscadine Grape, Elderberri Eropah dan Lobak Ungu. Keempat-empat bahan utama kaya dengan resveratrol dan polifenol dan mempunyai fungsi tersendiri.

  1. Polygonum Cuspidatum: Sumber terbaik resveratrol. Ia telah digunakan di China selama lebih 100 tahun untuk merawat rambut beruban. Ia mempunyai kuasa anti-penuaan yang kuat.

Manfaat-vivix-shaklee-kencing-manis

2. Muscadine Grape/Anggur Muskadin: Salah satu ingredient terpenting dalam Vivix. Merupakan anggur yang bersaiz besar yang mana kuasa anti-oksidannya 40 kali lebih bagus berbanding anggur biasa. Ia turut mengandungi 20 kromosom berbanding anggar biasa. Satu kromoson tu ada extra polifenol yang memberi manfaat seperti tinggi anti-oksidan, anti-radang dan anti-bakteria.

Ubat-anti-bakteria-vivix-shaklee

3. Elderberri Eropah: Mengandungi sejenis polifenol iaitu flavonoid yang sangat bagus untuk mata kerana ia memberikan perlindungan kepada sel mata. Ia juga sangat baik dalam fungsi anti-keradangan, melegakan kesakitan, melegakan batuk, selesema dan melawan jangkitan bakteria dan virus serta baik untuk meningkatkan sistem imun badan.

Vivix-dan-testimonial-katarak-bantu-penglihatan

4. Lobak Ungu/Purple Carrot: Tinggi dengan polifenol Anthocyanin yang sangat bagus untuk kesihatan jantung, kerana sifatnya yang anti-bengkak, antioksidan, mengurangkan risiko dalam penghasilan plak dalam darah, elak pembekuan darah dan sangat bagus untuk infection kerana bersifat anti-bakteria.

Vivix-untuk-apa

Bawah ni kak Aya kongsikan antara ujian klinikal yang dibuat untuk membuktikan manfaat Resveratrol dan Polifenol. Kedua-dua nutrien ini ada di dalam Vivix.

Resveratrol-vivix-shaklee-dan-kanser-kolon

Resveratrol membantu dalam mengurangkan risiko penyakit Kanser Kolon yang merupakan pembunuh no 1 di kalangan lelaki buat masa ini. Kajian menunjukkan, apabila sample kanser group control dititiskan dengan resveratrol, kelihatan sel-sel tumor berkurangan.

Rawatan-kanser-payudara-vivix-shaklee

Resveratrol didapati menghalang penghasilan sel-sel kanser di bahagian payudara.

Vivix-shaklee-anti-oksida-dan-anti-inflamasi

Ujian ke atas kesihatan jantung sebagai bahan antioksidan dan anti-inflamasi. Ujian menunjukkan bengkak berkurangan pada sample resveratrol. Keradangan pada sel khasnya pada bahagian arteri akan menyebabkan sel rosak dan menyebabkan plak terbentuk sekaligus meningkatkan risiko penyakit jantung.

Vivix-kekalkan-collagen-kolagen-elak-kedut

Berikutnya antara manfaat kesihatan yang ada dalam resveratrol, ia akan bantu melambatkan kemusnahan collagen. Collagen turut dimusnahkan oleh radikal bebas yang ada di dalam badan. Jadi bila radikal bebas dimusnahkan, collagen dapat dilindungi dan proses kemusnahan collagen dalam dilambatkan.

Ubat-Kanser-serviks-vivix-shaklee

Alzheimer-dan-vivix-shaklee

Selain ujian klinikal di atas, resveratrol juga terbukti memberi manfaat kesihatan yang lain seperti membantu dalam masalah kanser Serviks dan masalah Alzheimers. Ini membuktikan bahawa resveratrol sangat bagus untuk kesihatan.

Jadi, sekarang anda sudah dapat sebab mengapa perlu minum Vivix setiap hari? Antara satu sebab utama adalah kerana perlu untuk melawan Radikal Bebas yang masuk ke dalam badan atau dihasilkan sendiri oleh badan (ketika stress). Ya, badan kita memang boleh melawan radikal bebas tu, tapi bayangkan jika terlalu banyak radikal masuk ke dalam badan, agak-agak badan mampu lawan dengan lifestyle kita sekarang?

Jangan lupa semakin banyak sel badan kita “kalah”, semakin tinggi risiko untuk mendapat penyakit seperti kanser, jantung, diabetes dan banyak lagi penyakit yang disebabkan penuaan sel.

So, why not amalkan Vivix untuk pencegahan sebelum terlambat? Dapatkan Vivix anda hari ini dengan meng-klik poster Buy Now di bawah. Bayar menggunakan Debit Card atau Credit Card pun boleh.

harga-vivix-shaklee-dan-cara-order-vivix

Selepas pembelian, hubungi kak Aya untuk konsultasi tentang dosage dan cara minum Vivix. Kalau mahu buat tempahan terus daripada kak Aya pun boleh. Hubungi nombor di bawah.

Jumpa lagi di-entry akan datang! Jom sayangi diri, minumlah Vivix.

Luv,
Kak Aya Chalo
013.863.3224 (klik nombor untuk direct whatsapp)
Pengedar Bebas Shaklee

Ujian Fungsi Hati dan Cara Rawat Masalah Hati Bengkak

Ujian fungsi hati berfungsi untuk mengukur paras enzim tertentu bersama protein di dalam darah. Perbezaan rendah atau tinggi daripada tahap normal menunjukkan masalah hati.

Secara umumnya, ujian fungsi hati membantu menilai kesihatan keseluruhan berkaitan hati dan kadang-kadang boleh juga menunjukkan penyakit lain.

Dua bulan lepas kak Aya didatangi seorang customer, namanya Encik Amirul. Beliau tunjukkan keputusan ujian darah beliau. Kak Aya baca keputusan ujian darah tersebut dan mendapati beberapa bacaan yang sangat tinggi di bahagian Liver Function Tests.

Bacaan enzim hati ALT (Alanine transaminase) hampir 3 kali ganda nilai normal (normal 0-53 IU/L, bacaan beliau 147!!). Enzim ALT ni ditemui pada sel hati, tapi bila hati rosak, ia akan dilepaskan ke dalam saluran darah. Itulah jawapan mengapa bacaan ALT beliau tinggi. Waduh, kritikal sangatkah hatinya?

ujian-fungsi-hati-dan-cara-rawat-hati-bengkak

Encik Amirul beritahu kak Aya tentang apa yang diterangkan oleh Doktor. Beliau mengalami hati bengkak yang mungkin disebabkan oleh hati berlemak, mata pun agak kekuningan sedikit tanda paras Bilirubin yang agak tinggi. Ini mengakibatkan badan selalu berasa lemas, kurang bertenaga dan berat turun dengan mendadak.

Situasi ni buat beliau berasa amat risau dan mencari alternatif untuk mengubati masalah hati beliau ni, ya lah, siapa yang tidak risau kan? dan apa yang beliau alami tu adalah tanda-tanda penyakit hati yang jika tidak dirawat akan mendedahkan diri kepada sirosis hati dan seterusnya kanser hati, nauzubillah min zalik.

Jadi, berdasarkan ilmu yang seciput di dada (hehe), kak Aya pun suggest kepada beliau untuk mengambil Vivix, DTX dan Nutriferon. Kak Aya juga ingatkan untuk makan suplemen dengan konsisten, minum air mencukupi dan jaga pemakanan.

Doktor turut menasihati beliau untuk menjaga pemakanan, rehat yang cukup dan elakkan pemakanan yang boleh menyebabkan hati berkerja keras untuk elakkan hati semakin parah.

Dua bulan berlalu, beliau hubungi kak Aya balik untuk share keputusan terbaru bacaan darah beliau. Alhamdulillah boleh tengok perubahan bacaan bahagian Liver beliau. Kalau sebelum ni bacaan tinggi (H) ada 5 sekarang sudah tinggal 2. Bacaan SGPT (ALT) yang dulunya 147 kini menghampiri normal, tinggal 60 jak lagi (bacaan normal 0-53). Bayangkan cuma 2 bulan bacaan hatinya hampir normal semula, alhamdulillahhh…

Benda baik takkan kak Aya simpan sorang-sorang kan? jadi kak mahu share testimonial hati bengkak Encik Amirul ni dan semoga dapat membantu anda yang mengalami masalah yang sama sebelum ianya bertambah teruk.

Ubat-rawat-hati-bengkak

Result keputusan darah Encik Amirul bertarikh 20 Mac 2017. Bacaan Liver Function Test menunjukkan 5 bacaan fungsi hati tinggi daripada normal. Ini menunjukkan tanda masalah hati.

Tanda-tanda-penyakit-hati-bengkak-berlemak

Ini pula ujian darah pada 17 Mei 2017 dan boleh lihat kesan selepas mengambil Suplemen Vivix, DTX dan Nutriferon dalam tempoh 2 bulan. Alhamdulillah dengan izin Allah, kini bacaan enzim hati semakin normal.

ubat-rawat-penyakit-hati-bengkak-hati-berlemak

Set inilah yang diambil oleh Encik Amirul. Suplemen semulajadi yang berkesan untuk memelihara kesihatan hati serta membantu menyelesaikan masalah berkaitan hati. 

Bagaimana Vivix, DTX dan Nutriferon membantu dalam memulihkan masalah bengkak hati?

Vivix

Vivix terdiri daripada 4 bahan botani utama iaitu Anggur Muscadine, Elderberri Eropah, Lobak Ungu dan Polygonum Cuspidatum yang terbukti dalam research mampu mencegah kancer. Ia juga adalah satu sirap yang kaya dengan resveratrol, tinggi anti-oksida dan anti-bengkak yang sangat mujarab. Ia membantu melindungi sel-sel hati yang masih sihat, membaiki sel-sel yang telah rosak, menghalang hati untuk lebih rosak lagi dan menggalakkan pertumbuhan sel hati baru yang lebih sihat.

DTX Complex

DTX yang terdiri daripada ekstrak biji milk thistle, cendawan reishi, schizandra, dandelion, kunyit dan articok berfungsi untuk melindungi dan mengekalkan fungsi hati yang sihat. Milk thistle terbukti melalui 100 ujian klinikal mampu membantu dalam masalah kesihatan hati. Ia terkenal sebagai tonik hati. Ia juga adalah anti-oksidan dan anti-bengkak yang memainkan peranan dalam merawat penyakit berkaitan hati. DTX turut membantu dalam menyingkirkan toksin untuk mengembalikan dan mengekalkan kesihatan hati agar terus sihat dan bertenaga.

Nutriferon

Nutriferon adalah satu sebatian proprietari eksklusif yang diekstrak dari empat tumbuhan yang diperolehi daripada biji labu, bunga Safflower, biji plantago dan bunga Japanese Honeysucle. Satu seumpamanya di dunia.

Nutriferon berfungsi untuk meningkatkan sistem pertahanan badan (sistem imun) secara semulajadi untuk memberikan sokongan pertahanan dari peringkat sel. Nutriferon penting untuk mengelakkan sel-sel hati daripada semakin rosak. Ia juga membantu untuk mengelakkan jangkitan ke atas hati dan menyebabkan hati bengkak bertambah teruk.

Nutriferon tidak dijual di mana-mana kedai kerana hak eksklusif telah diberikan kepada Shaklee (formula berpaten). Jadi haruslah dapatkan daripada Pengedar Shaklee yang Sah ya 😀

Dr-yasihiko-kojima-pencipta-nutriferon-shaklee

Gambar kenangan bersama ahli sains yang menemui interferon, pakar imunology terkemuka dunia Dr. Yasuhiko Kojima sewaktu trip Shaklee ke Tokyo bulan lepas. Bertuah kak oiiii.. Beliaulah pencipta Nutriferon, saintik ok? hihih…

Ok lah. Kalau anda atau sesiapa yang dikenali mempunyai masalah yang sama dengan Encik Amirul, boleh lah hubungi kak Aya untuk konsultasi lanjut atau buat pembelian melalui website Shaklee dengan meng-klik gambar di bawah, anda boleh membuat bayaran menggunakan Debit Card atau Kredit Card. Jangan biarkan masalah hati berlarutan kerana makin lama dibiarkan, risiko untuk dapat penyakit yang lebih kronik seperti kanser hati semakin tinggi. Tidak mau sakit kan?

Pengedar-Shaklee-Sabah-Kota Kinabalu

Chuppp.. kalau mahu jimat sehingga 25%?, anda boleh menikmatinya dengan mendaftar sebagai Ahli Shaklee. Klik gambar kak Aya di bawah untuk pra-pendaftaran dan tunggu kak Aya hubungi anda sepantasnya. Mudah jak.

cara-daftar-jadi-ahli-shaklee

Jika perlukan konsultasi sebelum pembelian, hubungi kak Aya (klik no hp di bawah untuk direct whatsapp). InsyaAllah kak Aya akan membantu dan kak doakan, anda masalah hati anda akan sembuh, insyaAllah…

Luv,
Aya Chalo || WA 013-8633224
Pengedar Shaklee Sepanggar – Kota Kinabalu – Sabah
Like page kami di Pengedar Shaklee Sabah