Follow:
Keibubapaan, Tips & Petua Buat Anak, Tips & Petua Buat Ibu Bapa, Tips Sihat

Tips Atasi Masalah Anak Liat Bangun Pagi

Sudah 3 hari anak-anak memulakan sesi persekolahan setelah seminggu bercuti. Kak Aya yakin, ada saja perangai anak-anak yang liat bangun pagi ke sekolah. Mesti ada jak drama pepagi kan?

Sebenarnya kanak-kanak memerlukan waktu tidur yang mencukupi agar lebih cergas di keesokan harinya. Jika tidur tidak cukup, mereka akan merasa ngantuk dan keletihan untuk melakukan aktiviti pada siang hari.

So, kali ni kak Aya akan kongsikan beberapa tips bagaimana cara untuk atasi masalah anak sukar bangun pagi ni sesambil mengupas sedikit tentang kepentingan waktu tidur buat kanak-kanak.

petua-untuk-anak-liat-bangun-pagi

Berapa jam tempoh yang cukup untuk tidur bagi kanak-kanak?

Waktu tidur yang mencukupi bagi kanak-kanak adalah mengikut umur mereka:

3 – 5 tahun selama 11 hingga 13 jam sehari;
5 – 12 tahun selama 10 hingga 11 jam sehari

Apa kepentingan tidur yang mencukupi buat anak?

  • Untuk merehatkan tubuh badan.
  • Meningkatkan sistem imun untuk melawan penyakit.
  • Semasa tidur, tulang, otot, dan kulit kanak-kanak akan membesar.
  • Tidur juga penting untuk memulihkan kecederaan pada tubuh kanak-kanak.
  • Memberikan mood yang baik.
  • Memudahkan anak menyesuaikan diri dengan sekeliling.
  • Penting untuk kesihatan mental. Ia membuatkan kanak-kanak mudah untuk mengingati apa yang diperlajari.
  • Dapat meningkatkan fokus terhadap sesi pembelajaran.
  • Meningkatkan fungsi IQ, berfikir secara kreatif dan bijak menyelesaikan masalah.

Apa kesan bila anak kurang tidur?

  • Mudah lupa tentang apa dipelajari.
  • Mempunyai masalah untuk membuat pilihan.
  • Sentiasa moody dan merusuh.
  • Sentiasa menimbulkan masalah semasa bermain atau bersukan.
  • Mudah marah.
  • Wujud masalah untuk mendergar dan menumpukan perhatian kepada ibu bapa dan guru.
kesan-anak-tidak-cukup-tidur

Anak yang tidak mendapat tidur mencukupi akan lebih mudah moody dan merusuh. So, ibubapa kena mainkan peranan penting untuk pastikan tidur anak mencukupi.

Tips bagaimana untuk mengatasi  masalah anak liat bangun pagi.

  • Tetapkan rutin waktu tidur anak setiap hari. Macam anak-anak kak Aya memang tepat jam 9 malam kena masuk tidur.
  • Ajak anak beriadah ringan di waktu petang. Aktiviti sebegini dapat membantu anak tidur lena di waktu malam.
  • Elakkan makan berat sebelum tidur, perut yang terlalu kenyang akan menyukarkan untuk tidur.
  • Makan sebelum jam 8 malam.
  • Elakkan minum minuman tinggi gula, bergas, berkafien pada waktu petang dan malam. Ini akan menyebabkan anak aktif dan sukar tidur.
  • Elakkan jadual pack dalam aktiviti seharian anak. Aktiviti yang padat menyebabkan anak tidur lewat.
  • Kawal penggunaan gadjet, tv, komputer dan apa-apa yang berkaitan untuk elakkan anak menolak untuk tidur awal. Mak bapa kenalah tegas ya.
  • Sediakan suasana yang tenang untuk memudahkan anak tidur. Sebaiknya jangan amalkan tidur di hadapan tv. Minta anak-anak masuk ke bilik masing-masing untuk tidur.
  • Tempatkan bilik anak jauh dari jalanraya yang bising. Bunyi kenderaan boleh mengganggu waktu tidur anak.
  • Sediakan lampu yang bersesuaian di bilik anak. Ada anak yang tidak boleh tidur dalam bilik gelap, oleh itu sediakanlah lampu tidur yang malap.

tips-atasi-masalah-anak-sukar-bangun-pagi

Betapa pentingnya waktu tidur yang mencukupi bagi kanak-kanak ni kan? Tidur yang tidak mencukupi atau terganggu akan menyebabkan banyak kesan termasuklah masalah sukar untuk bangun pagi. So, kita sebagai ibu bapa memainkan peranan penting untuk memastikan anak mendapat tidur yang mencukupi.

Kak Aya harap sedikit tips ini boleh membantu untuk mengatasi masalah anak liat bangun pagi ya. Take care.

Luv,
Kak Aya
Mak Anak 4
Share on
Previous Post Next Post

Artikel ini pun menarik tau

7 Comments

  • Reply Asyrafiah

    Terujanya baca! Suka sangat tips yang Kak Aya share.

    Tak sabar-sabar nak apply bila dah ada anak nanti.
    Asyrafiah pun ada entry best yang bertajuk 7 Sebab Kenapa Perlu Ambil SupplemenMy Profile

    July 6, 2017 at 10:20 pm
  • Reply Nija

    Kena baca siap2 tips ni
    In shaa Allah terpakai nnt anak dah mula sekolah
    Nija pun ada entry best yang bertajuk 5 Tips Pantas Kawal Berat Badan di Hari RayaMy Profile

    July 6, 2017 at 8:59 pm
  • Reply Lydia Pius

    cemana mau mengatasi masalah lmbat bangun org dewasa ni ya?hahahah
    Lydia Pius pun ada entry best yang bertajuk Kerja Hakiki Versus Part Time JobMy Profile

    July 6, 2017 at 8:14 pm
  • Reply sarinah bte hashim

    Tq for tips…bagus ni untuk ibu2 muda yang masih ada anak kecil…baik manafatkannya
    sarinah bte hashim pun ada entry best yang bertajuk SUPPLEMENT SEMULAJADI UNTUK IBU HAMIL ATASI MASALAH MORNING SICKNESSMy Profile

    July 6, 2017 at 8:21 am
  • Reply bytejannate

    bagusnya tips kak aya ni. boleh la apply untuk anak murid. anak murid cegumanes minggu ni selalu datang lewat, alasannya lambat bangun pagi. ada juga yang tertidur di sekolah. terima kasih tips ini kak aya.

    July 6, 2017 at 5:37 am
  • Reply jida

    sejak anak masuk darjah 1 ni, memang Jida tetapkan pukul 10 malam semua kena tidur. Kalau tak, susahnya nak bangun pagi. Sampai kena usung, angkat pergi bilik air.
    jida pun ada entry best yang bertajuk Cara Untuk Mengatasi Berat Badan BerlebihanMy Profile

    July 6, 2017 at 1:52 am
  • Reply Dayangkulehainie Ag Ag salleh

    terima kasih kak aya akan tipsnya
    Dayangkulehainie Ag Ag salleh pun ada entry best yang bertajuk MEREKA YANG TIADA DI SISIMy Profile

    July 6, 2017 at 1:17 am
  • Leave a Reply

    CommentLuv badge