Follow:
Keibubapaan, Tips & Petua Buat Anak

Tips Didik Anak Suka Berkongsi Cerita Sejak Kecil

Sebenarnya setiap hari anak mesti ada cerita-cerita best, unik, lucu dan kekadang boring pun ada gak tentang apa yang mereka lalui setiap hari dengan syarat kita ibu bapanya kenalah rajin bertanya. 

Cara-jadikan-anak-mendengar-kata

Luangkan masa bercerita tentang aktiviti harian anak


Macam anak-anak kak Aya. Memang setiap hari selepas diorang balik sekolah kak Aya selalu tanya “apa yang best di sekolah hari ni?” atau “apa abang/khair/awal buat di sekolah hari ni?” atau apa2 soalan jak la supaya bebudak ni share apa kegiatan sekolah hari ni. 

Lepas tu silalah bertabah dengar apa diorang cerita 😂 dan part penting 👉🏻 jangan lupa untuk support cerita diorang tu, contohnya “wahh”, “bestnya”, “hebatnya”, “goodboy baa” dan apa2 la ayat yang sesuai. 😁

Ntah kenapa kak Aya suka tanya itu ini dengan anak-anak dan sebenarnya habit ni kak start “rutinkan” sejak anak masuk pre-skul tahun 2013 dulu. 

Memandangkan ketika itu kak nampak anak kak ni setiap hari balik sekolah muram memanjang terutama awal-awal sesi persekolahan, sejak tu kak Aya start tanya apa dia buat di sekolah, etc. 

Selepas beberapa kali kak Aya tanya secara konsisten, dia pula yang tidak sabar-sabar ceritakan aktiviti hariannya di sekolah. 

Tips-didik-anak-mudah-luahkan-masalah-dengan-ibu-bapa

Komunikasi mak-anak amat penting agar anak tidak memendam rasa dan ada tempat mengadu


Jadi kak mau share sikit macamana untuk galakkan anak kita agar suka becakap, bercerita dengan kita, harap-harap sampai besar la diorang suka bercerita macam tu kan? Antara perkara yang mak bapa boleh jadikan rutin:

  • Selalu ajak anak becerita/berborak bila diorang start faham. Nda kisah la umur brapa sebab setiap budak ni lain-lain progress dia kan. Bila dia semakin besar, dia tau kita sentiasa ada untuk dengar apa dia mau cerita. 
  • Rajin-rajin tanya soalan, jadikan rutin tanya soalan apa dia buat selepas anak balik sekolah. Yang ni sekurang-kurangnya kalau dia ada rasa nda puas hati, masalah or rasa gembira time sekolah dia akan cerita. 
  • Dalam sehari, amik masa bercerita (lagi) dan selalunya time-time ni la terkeluar cerita lawak segala. 😅 
  • Tunjukkan ekspresi muka teruja dengan cerita diorang. Ini menunjukkan kita memberi tumpuan yang penuh terhadap apa yang anak kongsikan. 
  • Jangan lupa beri respon kepada cerita anak-anak.

Sebenarnya anak-anak sangat perlukan perhatian dan masa daripada mak bapa setiap hari. Mereka rindukan kita. 

Kekadang kita leka, seharian sibuk kerja, sibuk pegang handphone, sibuk layan customer online biz, kita lupa anak-anak ada bannnnyak benda mereka mahu kita ketahui. Kekadang anak baru ajak cerita, tanya macam-macam, kita buat-buat tidak dengar, kita bagi alasan sibuk dan sebagainya. 

Kita mahu anak-anak rapat dengan kita. Sentiasa bercerita dengan kita sejak kecil, agar bila besar nanti, diorang tidak segan silu untuk bercerita tentang apa saja. Risau juga bila anak-anak memendam rasa ja kan. Ada masalah ka apa, semuanya simpan sorang-sorang.

Kak tidak mau anak-anak kak macam ni. Kak harap, bila dorang besar nanti, dorang masih suka cerita-cerita sama mamanya dan senang berkongsi masalah. 
Well, memang itu la kan harapan mak bapak. 😄

So kalau anda ada tips cara didik anak bercerita, bole share dengan kak aya 😁

❤️ Kak Aya, mak anak 4

Share on
Previous Post Next Post

Artikel ini pun menarik tau

6 Comments

  • Reply Girllyen Marcie

    waaah.. thank you kongsi.. saya kerja offshore ni jarang dapat masa sama anak.. tapi bila balik saja.. biarlah anak saya tu cakap banyak.. janji dia lebih banyak bercakap.. daripada berdiam..

    July 9, 2017 at 12:10 pm
  • Reply Sarinah bte hashim

    Seronok kn brcerita ngn ank2..
    Secara automtic ank2 minat nk membaca…
    Semaikn mint tu dri awal…bgus utk prkenbngn otak
    Sarinah bte hashim pun ada entry best yang bertajuk TESTIMONY-CYST SEBESAR 6CM TURUN KE 0.5CM DENGAN SUPPLEMENT SEMULAJADIMy Profile

    July 8, 2017 at 11:16 pm
  • Reply Lydia Pius

    penting didik anak bercerita supaya pndai komunikasi dgn org bila bsar nti.
    Lydia Pius pun ada entry best yang bertajuk Petua Mengatasi Masalah Kulit BerjerawatMy Profile

    July 8, 2017 at 7:53 pm
  • Reply Collen

    Memang betul tu.. Kena slalu tanya anak² aktiviti mereka kat sekolah… Mcm makan apa kat sekolah.. Belajar apa… At least kita tau apa yg jadi kat sekolah..

    July 8, 2017 at 3:10 pm
  • Reply Kakda

    Memang seronok bila dengar anak berkongsi cerita. Dan paling penting, sambil dengar kita kena bagi respon yang terbaik. Barulah anak makin suka nak share dan hepi 😘
    Kakda pun ada entry best yang bertajuk Sambutan Dan Kemeriahan Raya Di Kelantan 2017My Profile

    July 8, 2017 at 2:45 pm
  • Reply jida

    syokkan bila ada anak yg dah pandai bercerita..walaupun kadang-kadang kisah yang mereka nak cerita pada kita macam remeh temeh je, mungkin ia adalah kejayaan besar untuk mereka..jadi, ibubapa kenalah jadi pendengar setia mereka.
    jida pun ada entry best yang bertajuk Cara Untuk Mengatasi Berat Badan BerlebihanMy Profile

    July 8, 2017 at 11:12 am
  • Leave a Reply

    CommentLuv badge