Tips Elak Ruam Dan Cara Merawat Ruam Lampin Bayi

Kulit punggung bayi adalah kawasan yang amat sensitif dan sangat mudah dijangkiti ruam walaupun lampinnya kerap ditukar. Ruam lampin terjadi apabila timbul berbintik-bintik merah di bahagian kelamin bayi, kemudiannya kulit menjadi tebal, berkedut dan seterusnya menggelupas. Jika ini berlaku, bayi akan merasa tidak selesa, kerap menangis dan akan menangis lebih teruk ketika punggung terkena air ketika mandi.

Ruam berlaku apabila bahan kimia yang terdapat di dalam air kencing mula dipecahkan oleh kuman. Jika ruam ini dibiarkan, ia boleh mengundang jangkitan yang lebih serius.

Memakai lampin yang sudah penuh dalam jangka masa yang lama dan menukar lampin tanpa membersihkan kawasan alat sulit dan punggung bayi juga merupakan punca berlakunya ruam lampin. Mesti mommies nak tahu cara merawat ruam lampin dan tips untuk mengelak ruam lampin kan? Aya kongsikan kat bawah 😀

cara merawat ruam lampin bayi

Bagaimana Cara Merawat Ruam Lampin?

  1. Segera menukar lampin setiap kali bayi membuang air kecil atau air besar.
  2. Bersihkan menggunakan air suam, bilas sehingga bersih dan lap menggunakan tuala lembut dan pastikan kesemua bahagian kelamin kering. Aya selalu menggunakan bebola kapas untuk membersihkan bayi, dan mengikut pengalaman, lebih bagus menggunakan bebola kapas dan air berbanding menggunakan wipes yang ada di pasaran. Wipes ada bahan kimia walaupun mungkin dalam jumlah sedikit berbanding air suam biasa, ia bebas bahan kimia.
  3. Bersihkan bahagian kelamin dan punggung dengan rapi setiap kali bayi membuang air besar. Pastikan kulit bayi kering sebelum memakaikan lampin.
  4. Sapukan krim yang sesuai dengan kulit bayi bagi melegakan radang atau ruam yang dialami. Krim ini juga boleh digunakan sebagai perisai kepada kuman-kuman yang terhasil daripada air kencing bayi dan sekaligus mengelakkan ruam.
  5. Gunakan krim pada bahagian kelamin secara konsisten untuk mencegah jangkitan kuman yang boleh menyebabkan ruam lampin.
  6. Jika bayi dijangkiti ruam, biarkan bayi tanpa memakai lampin seberapa banyak masa yang boleh untuk mempercepatkan penyembuhan kulit.
  7. Pilih lampin pakai buang yang sesuai dengan kulit bayi anda. Lampin pakai buang yang mempunyai daya serapan yang tinggi dan mengurangkan kelembapan adalah yang terbaik. Ibu boleh juga memilih untuk memakai lampin ataupun cloth diapers yang lebih selamat.
  8. Jika ruam lampin bayi anda berpunca daripada alahan tertentu, masalah itu akan hilang dengan sendirinya jika ibu menghentikan penggunaan produk yang menyebabkan ruam itu.
tips merawat ruam lampin bayi

Ibu tahu tak ruam tu buat saya tak selesa dan sakit? T_T

Bagaimana Untuk Mengelak Ruam Lampin?

  1. Kerap menukar lampin setiap kali bayi membuang air kecil atau air besar. Mengikut pengalaman Aya, bayi baru lahir memang sangat kerap membuang air besar, so, ibu kena rajin-rajin check lampin bayi.
  2. Sapukan sedikit krim ruam setiap kali menukar lampin. Terdapat pelbagai pilihan krim di pasaran. Ibu boleh guna kaedah cuba jaya untuk mencari krim yang sesuai dengan kulit bayi. Sebaiknya jika ibu melihat punggung bayi menggelupas (walaupun tidak sakit), ibu hentikan menggunakan krim tersebut kerana ia tidak sesuai dengan kulit bayi. Krim yang sesuai adalah apabila ia tidak menunjukkan sebarang reaksi kepada kulit dan mampu mengelak atau menyembuhkan ruam.
  3. Elakkan menggunakan bedak talkum kerana ia boleh menyebabkan geseran dan berlaku iritasi.
  4. Pastikan lampin dipakai longgar dan terdapat ruang pengaliran udara di sekeliling punggung bayi.

Jika berlaku ruam lampin ke atas bayi, ia akan pulih dalam masa tiga sehingga empat hari. Namun, jika perkara ini berlanjutan, tidak pulih malahan semakin serius, bawalah bayi berjumpa dengan doktor kerana dikhuatiri ruam lampin ini telah bertukar menjadi jangkitan yang lebih serius.

ruam lampin yang teruk

Segeralah bawa bayi anda bertemu doktor jika ruam semakin serius!

Sewaktu baby Aya berusia 3 bulan (anak pertama, tahun 2009), Aya memang mengalami sendiri pengalaman jangkitan serius di kawasan kelamin baby. Faeq cirit birit, dah pesan kat taska minta tolong tukarkan lampin dengan kerap, tapi apalah daya taska, ramai lagi budak lain kena jaga T_T. Kebetulan itu merupakan minggu pertama saya menghantarnya ke taska kerana kembali bekerja. Tuhan saja yang tahu perasaan Aya ketika mengambil Faeq dari taska, dia kerap menangis seolah-olah kesakitan. Aya check punggung, ya Allah, memang merah seakan-akan terbakar. Rasa nak nangis pun ada. Esoknya Aya bawa ke klinik pakar kanak-kanak, time tu barulah tahu rupa-rupanya anak saya ni ada ekzema. Patutpun ruam dia cepat sangat naik. Time tu doktor bagi ubat steroid tau, memang sekali sapu terus kulit kelihatan pucat (hilang terus merah terbakar tu), beberapa hari dah sembuh. Time tu rasa bersyukur sangat. Tetapi sebenarnya krim tu sangat la tak bagus lagi-lagi kalau digunakan dalam jangka masa panjang. Ia boleh menipiskan kulit dan akhirnya kulit lagi sensitif. Pengalaman anak 1st memang macam-macam, alhamdulillah anak ke2, ke3 dan ke4 ni dipermudahkan sebab banyak dah pengalaman, hehe…

So, kalau ibu menghadapi situasi macam ni; anak ada ruam, anak nangis tak berhenti, nasihat Aya, jangan sesekali bersihkan punggung menggunakan wipes, cuci perlahan-lahan, dan sewaktu letak krim tu jangan sapu/gosok, tapi tempek-tempekkan krim. Kalau kita yang dewasa ni pun dah rasa sakit kalau kena ruam, apatah lagi baby kecik kan. Jadi buat dengan lemah lembut ya mommies. Kalau mommies nak tanya apa-apa, or nak tahu krim apa yang Aya dah pernah cuba dan kesannya ke atas kulit anak, boleh contact Aya ok 😀

Semoga perkongsian yang sedikit ni memberi manfaat buat mommies.

Luv,
Aya Chalo | 013-8633224
Pengedar Shaklee Sepanggar – Kota Kinabalu – Sabah
Like page kami di AyaChalo.com – Parenting From The Heart

3 thoughts on “Tips Elak Ruam Dan Cara Merawat Ruam Lampin Bayi

  1. Dr Muhammad Akbar bin Abdullah says:

    Info yang menarik untuk merawat ruam lampin. Selain itu, kita juga harus berhati-hati dengan susu formula yang diberikan kepada anak kerana ada produk-produk susu formula yang boleh menyebabkan alahan kulit. Alahan kulit boleh meningkatkan risiko mendapat ruam lampin dengan lebih kerap. Sebaik-baiknya, kita memberikan susu badan kepada anak kita.
    Dr Muhammad Akbar bin Abdullah pun ada entry best yang bertajuk 7 Tips Rawatan SenggugutMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge