Tips Elak Sembelit, Luka Lambat Kering dan Meroyan Ketika Berpantang

Untunglah orang yang berpantang ada mak disisi kan, boleh lah ajak datang ke rumah dan mak uruskan kesemua keperluan semasa berpantang. Tapi, hakikatnya, ramai jak yang berpantang sorang-sorang sebab ada mak yang sudah uzur, ataupun mak ada kekangan untuk menjaga.

So, cemana mahu survive sorang-sorang dengan tubuh badan yang masih belum pulih daripada proses kehamilan dan bersalin. Suami pula bukannya dapat bercuti 40 hari untuk menjaga ibu dan baby. Mahu tidak mahu, ibu berpantang kena “paksa” diri untuk kuat walhal luka bersalin, tenaga serta emosi ibu masih belum stabil lebih-lebih lagi rutin harian pun berubah dengan kehadiran si manja.

Oleh itu, (semangat pula mau cerita ni), hehe.. So macamana mau pastikan berpantang tanpa sembelit, tanpa terpaksa melalui sakit luka yang bernanah dan bengkak, serta bagaimana mau elakkan meroyan apatah lagi berpantang sorang-sorang?

Kak Aya mau bagi tips ni, pertama sekali, kak Aya sangatlah mencadangkan agar ibu menjaga makan minum dengan mencuba 12 makanan berkhasiat yang wajib dimakan semasa berpantang ni dan kedua, untuk pastikan ibu tidak menghadapi masalah yang kak Aya sebutkan di atas, jalan terbaik adalah dengan mengamalkan makanan tambahan yang ada di dalam Set Berpantang Shaklee untuk membantu ibu sihat dengan lebih cepat.

Mengapa Kak Aya cadangkan Set Berpantang ni?

  1. Sebab ia merangkumi semua keperluan tubuh badan untuk pulih selepas melahirkan baby. Mesti mahu cepat sembuh kan? Lebih-lebih lagi badan akan rasa lebih bertenaga sampai orang cakap seperti bukan ibu berpantang, muka naik seri dan yang paling best, susu badan insyaAllah meriah. [Produk Cadangan Vitalea & ESP]
  2. Lepas bersalin samaada Pembedahan atau Normal, mesti ada luka bersalin kan? Untuk memastikan luka bersalin cepat kering dan sembuh, ia mestilah dirawat dari dalam. So, “nutrisi” yang boleh menggalakkan penyembuhan luka agar boleh cepat-cepat kering dan kurangkan bengkak sangat penting. Set ni memang membantu mengelakkan luka bernanah dan bengkak dalam tempoh yang lama. [Produk Cadangan Vitamin C & ESP]
  3. Ketakutan ibu berpantang yang paling utama adalah Sembelit. Mostly ramai sangat yang kena Buasir semasa berpantang. So dengan set ni, insyaAllah sesi pembuangan ibu berpantang akan lebih lancar tanpa rasa sakit di bahagian jahitan. [Produk Cadangan Ostematrix]
  4. Risiko baby blues atau meroyan adalah tinggi semasa berpantang. Apatah lagi kalau berpantang sorang-sorang kan? Ia sangat bahaya buat ibu apatah lagi baby. Sudah tentu ibu tidak mahu perkara kemurungan terjadi kan? So pengambilan set ini dapat berikan nutrisi secukupnya untuk mengelak rasa tertekan dan stress sepanjang berpantang.  [Produk Cadangan B-Complex]
  5. Lagi satu yang paling penting, bila berpantang sorang-sorang ni kengkadang masak pun tidak sempat sebab baby menempek ja kan? Lebih-lebih kalau ada anak dua tiga orang yang perlu dijaga, memang haru sebab sampai menggigil-gigil kelaparan (kak Aya mcm ada pengalaman jak kan? hihi), so memang sangat pentinglah ada “Makanan Segera” yang penuh nutrisi, mengenyangkan serta membekalkan tenaga berpanjangan dan memeriahkan susu ibu. [Produk Cadangan ESP, bancuh-bancuh kenyang gittew]
set-berpantang-murah-dan-berkesan

Set Berpantang Shaklee

Kak Aya bebel bestnya Set Berpantang ni macam syiok sendiri ja kan? Sebenarnya kak Aya berpantang 2 kali dengan Set ni, hihihi.. dan, meh kak Aya share pengalaman ibu-ibu yang berpantang dengan set ni, so cerita atas ni bukan kisah dongeng semata tau.

Testimonial Ibu Yang Berpantang Dengan Set Berpantang Shaklee

Testimonial 1:

berpantang-elak-buasir-cepat-sembuhkan-luka

“Mula saya ambil set berpantang iaitu Zinc, Vitalea, Vita c, B-Complex dan ESP, yang saya perasan saya lebih bertenaga tak letih berbeza dengan bersalin sebelum ni. Pastu anak kuning sikit je dan yang paling gembira cepat kurus. Dulu anak 1st & 2nd saya susah kembali ke berat ideal, tapi dengan amalkan set pantang ni cepat kurus, hehe”

“Lagi satu nak share, selalu lepas bersalin mesti sembelit. Saya mengalami sembelit yang teruk sebab dalam pantang saya amalkan ubat farmasi. Bile berenti makan ubat terus jadi sembelit teruk sampai menangis-nangis dan ambil masa yang lama dalam toilet. Jadi solution saya, saya kembali ambil Zinc dan Ostematrix. Hanya 4 hari saja saya pulih dari sengsara sembelit. Alhamdulillah dengan izin Allah saya tak mengalami mimpi ngeri lagi”

Testimonial 2:

set-berpantang-terbaik-dan-berkesan

“Salam, nak share tantang Set Pantang Shaklee. Mula-mula beli dulu macam tak percaya, ye lah, selalunya pantang mestilah kena makan jamu untuk panaskan badan dan kurus. Vitamin Shaklee ni pendapat saya macam supplement sampingan je, maksudnya untuk kita jadi lebih sihat. Tapi selepas bersalin terus makan set pantang. Alhamdulillah rahim saya kecut dalam masa 3 ke 5 hari. Lepas baby elok kuning makan Alfalfa, berpeluh-peluh sampai lenjun baju. Badan rasa panas dan kepala pun rasa ringan. ESP pula selain pekatkan susu, kulit hitam saya semasa preggy semua menggelupas macam daki, dah putih balik”

Testimonial 3:

testimonial-luka-cepat-sembuh-berpantang

“Alhamdulillah…hari ni hari ke 12 saya berpantang. Kali ke-3 operation, berpantang dengan Set Pantang Shaklee. Sangat-sangat membantu, luka cepat kering, cepat sembuh. Walaupun mula-mula sakit sikit tapi berkat amalkan dengan konsisten sekarang banyak perbezaan. Badan segar, badan tak letih, sentiasa rasa kenyang, pergi klinik pun orang tegur kenapa jalan laju sangat, tak nampak macam orang bersalin operation pun. Syukur sangat-sangat kali ni luka cepat sembuh banding anak no 1 dan no 2 dulu. Susu pun sangat meriah. Thanks Shaklee kerana membuat saya rasa segar bugar, tak letih, bertenaga sepanjang hari. Rasa rugi lambat tahu pasal Shaklee” (kan Kak Aya dah kata memang rugi lambat tahu, sebab kak Aya pon sama, hihi)

Hmm, so amacam, bestkan Set Pantang Shaklee. Kalau dah rasa effect dia nanti pasti tersenyum-senyum sepanjang tempoh berpantang tu, hihi…

Mesti tertanya-tanya berapa Harga Set Berpantang Shaklee ni kan, ok, jangan suspen, harga semua ada kat sini (ce klik) ORDER SET BERPANTANG SHAKLEETapi ini cadangan jak tau, kalau nak sesuaikan dengan Budget, bolehlah kontek kak Aya untuk konsultasi atau boleh pilih vitamins tu ikut budget ibu (klik jak link atas tu).

Macam biasa, kak Aya boleh berikan konsultation berkenaan apa saja tentang Set ini KECUALI Cara pengambilan vitamin yang paling berkesan sebab yang ni istimewa Khas buat Customer kak Aya jak tauuu.. so, pastikan dapatkan Set Berpantang Shaklee yang dijamin Selamat, Berkesan dan 100% Natural ini dari kak Aya.

Luv,
Aya Chalo | 013-8633224
Pengedar Shaklee Sabah – Kota Kinabalu – Sepanggar
Like Page kami di MyLittleMomo By AyaChalo

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge