Follow:
Tips Sihat

Tips Memilih Minyak Ikan Omega 3 Yang Berkualiti

Akhir-akhir ni ramai pula customer kak Aya bertanyakan tentang kepentingan minyak ikan Omega 3 ni. Ada yang tanya manfaat untuk kurus, untuk lutut, untuk gout, untuk anak bijak pun ada. Ya lah, asid lemak omega 3 ni kan mempunyai pelbagai fungsi yang baik untuk berikan fungsi normal terhadap tisu-tisu dalam badan kita. Mestilah ramai yang minat kan, hihi…

minyak-ikan-omega-3-berkualiti-di-pasaran

Ada banyak jenis suplemen minyak ikan Omega 3 di pasaran. Kalau walk in ke farmasi-farmasi seperti Guardian, Watson, ada pelbagai jenama di situ. Sampai konfius pula nak pilih yang mana satu yang terbaik. So, kak Aya akan kongsikan sedikit info yang kak dapat ni untuk memudahkan korang membuat pilihan minyak ikan mana yang mahu diamalkan.

Menurut dietary suggestion, sepatutnya setiap orang perlu makan sekurang-kurangnya 2-3 serving ikan setiap minggu terutamanya ikan air sejuk untuk pastikan supply EPA dan DHA cukup. Tapi ramai jak yang makan telur, ayam, daging lebih KERAP SELAIN ikan kan? (kak aya lettew, huhu).

minyak-ikan-terbaik-di-pasaran

Sudah makan pil minyak ikan anda hari ni?

Selain itu, isu bahan tercemar (contaminants) yang terdapat di dalam kebanyakan ikan seperti mercury, plumbum dan toksin pun antara faktor mengapa ramai yang memilih suplemen berbanding ikan untuk memenuhi keperluan harian. Ikan laut dalam yang besar-besar tu lebih tinggi toksinnya tau. Lagi satu isunya kalau kak Aya ni, di Kota Kinabalu penjual-penjual ikan start untuk AWET ikan menggunakan Formalin iaitu pengawet mayat agar ikan boleh tahan lama. Tu antara sebab kak Aya fobia juga makan ikan kerap-kerap, huhu… lalat pun tidak hinggap tau kalau sudah letak formalin tu.

Sebab tu, lebih ramai yang memilih untuk mengamalkan suplemen berbanding memakan ikan. Tapi, kak Aya bukanlah maksudkan jangan makan ikan tu langsung, makan lah juga, tapi support juga dengan pengambilan suplemen supaya dapat supply minyak ikan sihat secukupnya. Gittew.

Tips Memilih Minyak Ikan Omega 3 Yang Berkualiti Di Pasaran;-

  1. Siapa pengeluar? Ada banyak jenis ikan di lautan, hehe.. so pastikan memilih company pengeluar yang anda percayai, dengan sejarah yang lama dalam menghasilkan produk berkualiti.
  2. Purity dan Safety. Pastikan company tu menghasilkan minyak ikan melalui Molecular Distillation iaitu satu proses meletakkan minyak ikan dalam vacuum agar membolehkan ianya mendidih pada suhu terkawal agar kualitinya terpelihara. Proses ni membolehkan EPA dan DHA berpisah dengan heavy metal tadi dan membolehkan toksin dibuang. Proses ni juga mengurangkan bau dan rasa ikan. So tidaklah loya sangat bila telan minyak ikan tu kan 😀
  3. Ikan Kecik atau Ikan Besar? Ikan kecil, sikit toksinnya, ikan besar pula, ada banyak toksinnya. Jadi, kalau pilih suplemen omega 3 tu, check dulu minyak ikannya daripada ikan apa. Minyak ikan yang diperolehi daripada ikan kecil mempunyai bioaccumulation toksin yang lebih rendah.
  4. Kemapanan atau Sustainability. Untuk supply minyak ikan yang berpanjangan, kenalah memilih company yang prihatin terhadap populasi ikan dan mempunyai limitasi dalam pengangkapan ikan. Ini bukti company bukan sekadar mahu mengaut keuntungan semata-mata tapi turut prihatin kepada supply yang berpanjangan. So, kalau company tu dapat certificate daripada Friend Of The Sea cun sangat! Friend Of The Sea ni adalah satu badan NGO yang mengawal selia habitat marine.
  5. Lemak Ikan atau Minyak Ikan? Ini salah satu tips penting lagi dalam pemilihan minyak ikan yang ada di pasaran. Sebelum beli, check dulu kandungan EPA dan DHA nya. Ada company yang cuma 30% Omega 3 selebihnya lemak ikan, ada pula yang 60% Omega 3. Pilihlah brand yang mempunyai 85% and above minyak ikan berbanding lemak ikan. Selalunya brand-brand begini adalah bergred Pharmaceutical Grade Fish Oil.
  6. Kapsule Minyak Ikan adalah Halal. Selalunya bila kita sebut suplemen Omega 3 ni, ia berbentuk capsule. Kapsul ni, kekadang ada yang diperbuat daripada Bovine (sapi) dan ada juga daripada Porcine (Bab*), yang porcine tu confirm haram la kan, tapi yang Bovine kena pastikan ianya halal. So sebelum beli, check dulu suplemen tu halal or tidak melalui logo atau Sijil Halal yang dikeluarkan daripada negara pengeluar.
harga-omega-3-shaklee

Tips penting. Jangan pula yang kita beli tu penuh dengan LEMAK IKAN. Cari yang kaya dengan MINYAK IKAN.

Ok. Ada 6 tips kak Aya kongsikan. So lepas ni boleh lah shopping minyak ikan pilihan hati memasing untuk mendapat baaaannnyak manfaatnya. Antaranya untuk kesihatan jantung, fungsi otak, untuk kesihatan sendi dan juga sangat penting untuk ibu mengandung.

Esok kak Aya kongsikan Minyak Ikan Omega 3 yang menjadi pilihan hati kak. Alhamdulillah serasi dengan suplemen yang satu ni dan menepati ciri-ciri Minyak Ikan berkualiti seperti yang kak kongsikan di atas.

Jumpa esok!

Luv,
Kak Aya
Penggemar Minyak Ikan sebab kalau nda makan jadi pelupa, hihi..
Share on
Previous Post

Artikel ini pun menarik tau

No Comments

Leave a Reply

CommentLuv badge