Follow:
Penyusuan Susu Ibu, Tips & Petua Buat Ibu Bapa

Tips Memilih Pam Susu Terbaik Buat Ibu Bekerjaya

Perjalanan bergelar ibu menyusu yang bekerja sepenuh masa ternyata bukanlah mudah. Namun, kejayaan penyusuan susu ibu sebenarnya banyak dipengaruhi oleh diri sendiri. Niat menyusukan sejak mengandung amatlah penting dan 90% kejayaan penyusuan susu ibu adalah bergantung kepada niat ini selain daripada sokongan orang sekeliling. Sokongan dari suami, ibu mertua, adik-beradik, rakan sekerja juga sangat penting untuk kekuatan mental mommies.

Antara satu tips untuk menjayakan penyusuan susu ibu ini adalah dengan pemilihan pam susu yang sesuai dan tidak semestinya mahal. Kini, terdapat pelbagai jenama di pasaran dengan harga yang murah sehingga mencecah ribuan ringgit.

Tips penyusuan susu ibu di pejabat

Bagi ibu bekerjaya, gajet penyusuan seperti ini adalah antara satu keperluan yang sangat penting dalam menjayakan penyusuan susu ibu.Kebanyakan ibu bekerjaya menggunakan pam susu bermula sewaktu pantang (untuk mengumpul stok susu ibu) sehingga seusia dengan anak yang menyusu iaitu selama lebih kurang 6 bulan (penyusuan ekslusif) dan diteruskan sehingga 2 tahun.

Mengapa ibu bekerjaya memerlukan pam susu?

  • Mengumpul stok ketika berpantang sebagai persediaan bekerja kelak.
  • Memudahkan ketika outstation. Untuk memastikan supply susu sentiasa ada, pam susu amat diperlukan untuk mengepam susu menggantikan hisapan bayi. Susu yang dipam boleh dijadikan stok. Ini juga untuk mengelakkan bengkak susu atau pengurangan supply susu.
  • Untuk sesi mengepam di tempat kerja. 

Pam Susu mempunyai ciri-ciri berikut;-

1. Jenis Pam

Terdapat beberapa jenis pam susu iaitu Manual, Elektik serta Elektrik & Bateri.

  • PAM MANUAL –  adalah pam yang memerlukan tangan untuk menekan pam sepanjang sesi mengepam. Kekurangannya, ia mengambil banyak masa, tenaga ibu dan agak melenguhkan.
  • PAM ELEKTRIK – ialah pam yang memerlukan tenaga elektrik. Juga terdapat dalam bentuk elektrik dan bateri. Pam jenis ini amat mudah dan lebih menjimatkan masa dan tenaga ibu bekerja.

2. Pam Elektrik Double Pumping atau Single Pumping

  • Pam Elektrik terdapat dalam 2 jenis iaitu Double Pumping atau Single Pumping. Untuk ibu bekerja, memiliki pam yang boleh digunakan secara serentak amat digalakkan untuk menjimatkan masa. 
  • Ibu juga perlu memilih pam yang dapat meniru seperti hisapan bayi.

Terdapat juga pam susu yang boleh ditukarkan daripada elektik pam ke pam manual seperti Unimom Allegro atau daripada single pumping ke double pumping seperti Spectra 3. Ibu hanya perlu membeli switch kit atau aksesori tambahan.

Tips Memilih Pam Susu Yang Berkualiti

  • Kekuatan sedutan: ada ibu yang menggemari hisapan kuat, ada yang perlahan. Memilih pam yang mempunyai panel laras jenis hisapan adalah yang terbaik untu hasil yang meriah.
  • Cara pam berfungsi yang dapat menyerupai cara hisapan bayi agar mampu meransang hormon prolaktin dan oksitosin.
  • Tidak menyakitkan
  • Tempoh jangka hayat penggunaan yang lama
  • Tahan lasak
  • Mudah dibawa, ringan
  • Boleh menggunakan bateri
  • Aksesori sedikit dan mudah dibasuh
  • Bunyi mesin yang tidak mengganggu ketika mengepam
  • Review pengguna (penting tau, survey dulu sebelum beli)
  • Harga mengikut kemampuan

Ciri-ciri di atas amat penting dan bergantung kepada komitmen kerja ibu menyusu. Memilih pam yang memenuhi ciri-ciri di atas sangat penting untuk memudahkan proses pengepaman di pejabat.

Terdapat pelbagai pilihan Pam Susu di Pasaran, antara pilihan HOT Ibu Bekerjaya adalah:-

Medela Harmony

Manual Pump: Medela Harmony

Avent Manual Pump

Avent Manual Pump

Autumnz bliss3D-single-pump

Autumnz Bliss 3D Single Pump

Unimom Allegro

Unimom Allegro: Boleh convert ke manual, single atau double pump.

Spectra S2

Rumble Tuff Duo Breast Pump

Rumble Tuff Duo Breast Pump

pam susu terbaik medela freestyle

Pam impian saya: Medela Freestyle, memang kelasss..

Kini terdapat pelbagai pilihan buat anda. Pilih secara teliti dan pastikan memenuhi keperluan dan mengikut budget anda. Jika anda mahu sentiasa cergas dan bertenaga sebagai ibu menyusu, anda boleh dapatkan info penyusuan di entry penyusuan ini, atau, dengarkan sendiri bagaimana ibu muda dengan kerja yang tidak menentu ini berjaya menyusukan bayinya sehingga 2 tahun.

Selamat menyusukan bayi anda dengan susu ibu eksklusif selama 6 bulan sehingga 2 tahun mommies <3

Luv,

Aya Chalo | 013-8633224

Parenting From The Heart

Share on
Previous Post Next Post

Artikel ini pun menarik tau

2 Comments

  • Reply Ibu Zarith

    Memang penting pilih pam yang bersesuaian dengan kita, takde lah pelaburan hanya sia-sia kan
    Ibu Zarith pun ada entry best yang bertajuk Bagaimana Nak Tahu Braxton Hicks Adalah Tanda Palsu Nak Bersalin?My Profile

    June 16, 2015 at 4:25 pm
  • Leave a Reply

    CommentLuv badge