Follow:
Travel

Tips Menaiki Airport Limousine Bus Dari Incheon Airport dan T-Money (Seoul Part 3)

Setelah melalui malam yang panjang, tanpa tidur yang proper (siapa suruh tidak booking hotel kan), kak Aya dan husband decide untuk boarding awal dan tunggu di gate yang ditetapkan.

Pintu pelepasan antarabangka KLIA2 di tingkat 3 LCCT KL

Pelepasan Antarabangsa KLIA2. Kena lalui pemeriksaan Imegresen dan scan hand luggage. Kalau mau cepat, boleh skip kaunter pemeriksaan manual Imegresen dan pegi ke auto-gate checking.

Ini kali pertama kak Aya masuk ke International Departure Hall KLIA2 ni. Not bad. Macam shopping mall hihi.. tapi sebab kak Aya pegi ni pepagi buta, banyak lagi kedai yang tutup.

Tips Ibu Menyusu Travel di mana boleh pum susu

Ginilah nursing mommy kalau travel, breast pump jangan tinggal. Di airport KLIA2 ni memang nursing friendly. Cari ja toilet yang ada nursing room dan bolelah lepak situ.

Agak menarik juga sebab 3x scan hand luggage. Ketat betul pemeriksaan di Malaysia ni ya. Tempat last sekali tu, staff di kaunter pemeriksaan tu minta kak Aya buka beg sebab katanya ada cecair.

Ya memang ada cecair tapi kak Aya bgtaulah cecair ni semua 100ml ke bawah. Dia pun angguk-angguk dan lepaskan kak Aya. Kalau incase kak Aya tidak tahu pasal rules ni, rasanya dia dah buang dah perfume, dengan listerin kak Aya tu. Nasib baik lepas. Fuhh… Jadi pengajarannya, jangan bawa apa-apa liquid more than 100ml dalam hand luggage tau. Kalau mau bawa juga, agih-agihkan dalam bottle kecik 100ml each.

Tips travel backpack ke seoul korea

Kak Aya prefer tunggu 30-45 minit awal di departure hall berbanding terkejar-kejar. Hehe…

Settle checking, kami terus ke gate P6. Sesampainya di sana, sempatlah bersihkan diri dan husband menunaikan solat subuh.

Tepat jam 8.00am kami terbang ke Incheon. Penerbangan mengambil masa 6 jam 20 minit kalau tidak silap. Timing di Korea ni 1 jam lebih awal. Dalam flight selain makan, kak Aya tidur jak la. Hihi.. penat weh nda tidak satu malam.

Airasia fly thru dari kota kinabalu ke incheon seoul korea

Langit cerah di Seoul, tapi sejuknya, hanya Kak Aya yang tahu. Hehe

Alhamdulillah, perjalanan smooth tanpa ada turbulence teruk. Tepat jam 3.00pm selamat mendarat di Incheon. Yeay! Sewaktu pramugari annouce waktu tempatan sebelum landing tu, pastikan terus settingkan jam ikut waktu tempatan untuk memudahkan pergurusan masa. Dan.. perjalanan mencari dedaun autumn dan makan pun bermula. Yippie!

pergi-ke-seoul-menaiki-air-asia-lebih-jimat

Alhamdulillah sampai juga ke kampung halaman ?

Di mana boleh beli T-Money di Incheon Airport.

Perkara pertama kena buat selepas keluar dari arrival hall adalah kena cari kedai serbaguna yang jual T-Money. T-Money ni adalah 1 kad pra-bayar yang akan digunakan untuk naik Subway, Teksi, Bas sekitar Seoul sepanjang berada di Seoul ni.

cara-membeli-t-money-seoul-korea-dan-cara-top-up

Hamboi excitednya gambar T-Money ni, macam hati kak Aya yang excited jak. Kihkih…

Kedai Serbaguna ni senang jak cari. Kalau keluar dari Arrival Hall Exit C, belok kiri, jalan sehingga jumpa Starbuck, kedai tu ada disebelah jak iaitu kedai serbaguna CU. Harga T-Money dalam 4000 won sekeping. Kak Aya beli 2 T-Money dan terus top up 24000 won each untuk kegunaan beberapa hari ni. Selain tu, T-Money ni juga dijual di 7 Eleven, Mini Shop, GS 25, With Me dan Buy The Way.

Selain T-Money, kak Aya lebih teruja bila terlihat susunan Susu Pisang di kedai serbaguna tu. Jadi, kak Aya belilah 3 susu pisang untuk bekalan di dalam bas. Sebotol susu pisang berharga 1300 won. Ada 5 perisa, asli, strawberry, light, honeydew dan coffee.

pisang-susu-korea-sedap-pelbagai-perisa-halal-diminum

Awak, awak… awak tau kah kita rindu nak minum awak. Hihi.. minta maaf buat awak tunggu dua tahun, hihi

Selesai beli T-Money, kak Aya keluar melalui pintu di hadapan kedai serbaguna tu untuk mencari bas. Depan arrival hall tu berderet bas dan pastikan tahu apa nombor bas yang lalu di area hotel anda.

airport-bas-ke-myeongdong-daripada-airport-6015

Pastikan study tau apa nombor airport bas yang sampai ke hotel sebelum sampai ke sini. So tidak la kelang kabut bila sampai ke sini. Info bas seperti yang tertera. Bas setiap 10 minit. Mantapkan? On time pula tu. Ini yang suka dengan kampung halaman ai ni. Hihi…

Alhamdulillah, tempat pertama kak Aya pegi tu memang cun-cun tempat Airport Bas Limousine bernombor 6015 ke hotel. Memula macam ragu-ragu juga sebab di signage tulis nama PJ hotel, yang kak Aya catat dalam buku cuma Chungmuro Station. So kak Aya ringankan mulut ja bertanya denga pakcik yang ada di situ, dan memang betul di situlah pickip point bas ke hotel kak Aya.

tips-naik-bas-dari-lapangan-terbang-ke-seoul

Di tepi signage tadi, akan ada benda ni di lantai. So beratur di sini.

Kalau travel sendiri ni, jangan takut bertanya. Kalau tidak pasti, tanya ja terus. Jangan stress-stress, hihi. Pastikan tahu nama panggilan dlm bahasa local seperti Pakcik (Ajussi), Makcik (Ajumma) dan juga beberapa perkataan penting seperti Annyeong (Hai) dan Kamsahamnida (Terima Kasih).

Airport Bas Limousine di Seoul ni sangat efisien. Jadualnya perjalanannya pun sangat kerap iaitu 8-12 minit. So kak Aya tunggu kejap ja bas pun sampai. Jadi Ajussi tadi tu tolong letak beg kami di bahagian bawah bas dan berikan tiket untuk setiap beg. Tambang bas pula dibayar kepada driver bas sebanyak 15000 seorang. T-Money tidak boleh digunakan utk airport bas ni.

tips-menaiki-bas-dari-airport-incheon-ke-seoul

Dalam bas akan ada paparan tv ni. Nanti boleh tengok map perjalanan di sini dan pastikan alert dengan pengumuman bas supaya tidak terlepas station.

Perjalanan mengambil masa 1 jam 30 minit sebab jem yang panjang. Driver bas tu pun surrender, bila dari jauh nampak deretan kereta, dia pun kata “aigoooooo…” (alamak in korean). Kihkihkih.. kak Aya rileks jak, sebab kak Aya ada mobile wifi yang super laju. Boleh la layan anak cucu bisnes sesambil minum susu pisang. Hehe..

tips-menaiki-airport-bas-dari-lapangan-terbang-incheon-ke-bandaraya-seoul

Dalam jem sempat lagi ambil gambar Bridge ni. Lawakan? Terus kak Aya teringat Golden Bridge Gate di San Francisco hari tu. Warnanya lebih kurang macam ni.

Lebih kurang 20 minit lalu bridge ni kak Aya pun sampai ke PJ Hotel/Chungmuro Station. Turun-turun jak dari bas, sejuk gila dan berangin pula tu. Jari jemari kebas sebab kena check email untuk lokasi hotel.

Review RoadHouse Myeongdong Guesthouse dan cerita food hunting di Myeongdong Street kak Aya sambung di entry selepas ni ok? Sebab banyak mau share ni. Hihi…

tips-memilih-hotel-di-seoul-korea

Antara cerita yang kak Aya kongsikan di entry Seoul Part 5, review hotel, food street di Myeongdong, Seafood Galbi di Yoogane dan Rose LED Garden di DDP. Pastikan follow entry kak Aya.

Bagi yang mau follow travelog kak Aya dari part 1 dan part 2, boleh baca sini Terbang ke Seoul Korea Dari Kota Kinabalu Menaiki Air Asia (Seoul Part 1) dan Tempat Lepak Best di KLIA2 Jika Tidak Check-In Hotel (Seoul Part 2).

Bah, jumpa di entry part 4 lepas ni.

Seoul Travelog kak Aya Chalo | Dalam Flight Incheon-Kuala Lumpur | 0930am | 2 Nov 16

Share on
Previous Post Next Post

Artikel ini pun menarik tau

2 Comments

  • Reply endang

    assalamualaikum kak aya
    happy nya saya baca satu2..
    terus saya rasa macam saya pulak tau sedang berjalan di sana bersama kak aya..

    yippyy

    December 29, 2016 at 9:19 pm
  • Reply Tips Ke Nami Island Menaiki ITX dan Lunch di Restoren Nami-Ok (Seoul Part 4) | Parenting From The Heart

    […] Tips Menaiki Airport Limousine Bus Dari Incheon Airport dan T-Money (Seoul Part 3) […]

    November 9, 2016 at 10:18 pm
  • Leave a Reply

    CommentLuv badge