Follow:
Keibubapaan, Tips & Petua Buat Ibu Bapa, WAHM

Tips Mengecat Dinding Ruang Tamu Dengan Nippon Momento

Alhamdulillah, siap juga mengecat dinding living room rumah kak Aya yang comot tu. Orang lain sebelum raya sudah siap buat, kak Aya baru sekarang bizi mengecat. Hihi… 

Sejujurnya ini pengalaman pertama kak Aya mengecat. Best juga rupanya 🤣 Enjoy gitu. Belajar pun dari youtube dan blog-blog sahaja. Dan hasilnya, terima ja la seadanya 😅

Sebenarnya dinding rumah kak Aya ni problem sikit. Cat di dinding start comot, macam berbedak-bedak. Kak Aya pun tidak sure sebab apa, mungkin cat yang digunakan, atau undercoat punya sebab ka, wallahualam, yang penting kak Aya rimas tengok terutamanya yang di living room ni. Comot dan hodoh. Boleh tengok gambar bawah ni, huhu… hodoh kan? 😅

cara-mengecat-dinding-dengan-nippon-momento

Hodoh kan dinding ni? Tu sebab mostly dinding kak Aya tampal wallpaper sebab rata-rata berbedak macam ni. Tapi ada beberapa yang belum tampal kita try cat dulu. Hehe


Setelah berbincang dengan suami, kami decide untuk cat semula menggunakan Cat Nippon Momento. Tergoda tengok di tv kan 😁

Untuk kes dinding kak Aya ni, jurujual di kedai cat nasihatkan untuk cat undercoat balik (sebab comot gila kan) dan barulah cat dengan Nippon Momento. So kena beli 3 jenis cat 1 Liter; undercoat, Nippon Paint, Nippon Momento, Momento Tool Kit, roller, alas plastik yang totalnya berjumlah RM200 😅, mahal juga ya. Half harga wallpaper 🤣

Peralatan Untuk Mengecat

  1. Cat Momento Enhancer Series
  2. Cat Undercoat Seamaster
  3. Cat Nippon
  4. Momento Tool Kit (Beli sekali)
  5. Berus lebar, berus melukis untuk bucu2 dan kawasan tepi
  6. Bekas Cat
  7. Roller
  8. Scrapper
  9. Kayu penggaul cat
  10. Pengelap
  11. Kotak sebagai alas (sebab tiada newspaper)
  12. Masking tape/Salotape
  13. Ladder (tangga)

Tips-mengecat-dinding-rumah-sendiri

Antara peralatan yang perlu disediakan untuk proses mengecat


Persediaan Sebelum Mengecat

Sebelum memulakan proses mengecat, pastikan:

  1. Bersihkan permukaan dinding daripada cat-cat yang rosak, tertanggal, benjolan dan sebagainya menggunakan scrapper. 
  2. Baiki permukaan dinding yang tidak sekata dengan compound. 
  3. Bersihkan sekali lagi dinding tersebut dan pastikan permukaan kering daripada kekotoran, minyak dan lain-lain. 

Cara Mengecat Dinding

  1. Memandangkan dinding kak Aya ni bersebelahan dengan wallpaper, jadi, kak tidak boleh lekat masking tape, takut koyak pula, so kak cat guna berus melukis, pinjam berus anak 😅. Untuk bahagian bawah dan atas, kak tampal musking tape supaya dinding dan tiles tidak comot terkena cat. 
  2. Setelah dinding bersih, kering dan tape sudah ditampal, buka penutup cat undercoat, gaul sehingga sebati dan sapukan cat undercoat sebanyak 2 lapisan ke seluruh dinding.
  3. Kalau ada lubang-lubang kecik tu, try cat sampai tertutup. Acah-acah BB cream la juga kan, tutup segala cela tu haa 😅
  4. Selepas kering, sapukan pula base color iaitu cat Nippon. Sapu sebanyak 2 lapisan juga. Cat la dari kiri ke kanan. Atas ke bawah menggunkan roller. 
  5. Last sekali, sapukan Nippon Momento Enhancer Series Cloud Pearl sebanyak 1 lapisan dan cara memangkah 😅. Macam buat tanda X tu. Haa gitu. Barulah effect dia naik kan. Tapi kak Aya hantam ja sebab 1st time, so, macam tidak lawa jadinya. Pasrah ja la 🤣
  6. Selepas settle pangkah-pangkah macam mengundi tu kan, dalam 15-20 minit apabila cat hampir kering, gunakan spatula (ada dalam momento kit) untuk ratakan cat tadi. 
  7. Dannnnn…. tunggulah sehingga cat kering. Fuhh settle. 

peralatan-untuk-mengecat-dinding-rumah

Settle undercoat, kak Aya cat lapisan pertama Nippon Momento

Cara-mengecat-nippon-momento

Untuk texture cat Nippon Momento ni ada pelbagai jenis antaranya, Cloud, Frost, Sparkle dan Elegent. Sebelum cat, decide dulu mahu “rupa” cemana, barulah pilih kaler yang available dalam katalog dan just follow instruction untuk mengecat.

nippon-momento-cloud-sparkle-elegant-frost

Ada banyak corak dan warna cun. Pilih ja mana suka.

Momento-toolkits-nippon

Ini cat Nippon Momento dan Toolkit. Cat dia unik ada glitter bling-bling gittew


tutorial-mengecat-dengan-cat-nippon-momento

Dan hasilnyaaaa… ya ampun, sebenarnya salah pilih warna juga 😂. Apa-apapun tahniah buat diriku sebab berjaya cat rumah ❤️


Ok lah, hmmm… ni kak Aya kongsi pengalaman ja tau. Kalau ada cara kak Aya tidak betul, mohon halalkan. Yang penting hilang sudah cat hodoh sebelum ni kan, hasilnya pun kak Aya dan suami berpuas hati jugalah walaupun warna cat tu macam nda masuk sangat, tapi nampak ceria gittew. 

So, badan pun dah penat, itu saja sharing kak hari ni. Jumpa entry esok pula, jaga diri. 

❤️ Kak Aya, 1st time cat rumah 😅

Share on
Previous Post Next Post

Artikel ini pun menarik tau

6 Comments

  • Reply Sue

    Cantik… Masuk je dgn color furniture

    July 8, 2017 at 8:45 am
  • Reply Ros

    Pengalaman tu penting.
    Cantik je dinding rumah kak Aya.
    Ros pun ada entry best yang bertajuk Pencuci Muka Untuk Kulit Berminyak Dan BerjerawatMy Profile

    July 7, 2017 at 11:35 pm
  • Reply Byte Jannate

    Cantik dan menarik. Nak mengecat perlu kesabaran juga. Tapi puas hati dapat cat sendiri.
    Byte Jannate pun ada entry best yang bertajuk 2 TIPS PUDARKAN PARUT JERAWAT DI WAJAHMy Profile

    July 7, 2017 at 9:49 pm
  • Reply sarinah bte hashim

    wah …best2..
    thnks sharing…
    sarinah bte hashim pun ada entry best yang bertajuk SUPPLEMENT SEMULAJADI UNTUK IBU HAMIL ATASI MASALAH MORNING SICKNESSMy Profile

    July 7, 2017 at 10:18 am
  • Reply Lydia Pius

    waaa.cantik trus teringat time zaman dulu2 cat kelling ruma sendiri2 jak.jimat lg hehehehe
    Lydia Pius pun ada entry best yang bertajuk Tips Elak Kaki BerbauMy Profile

    July 7, 2017 at 10:18 am
  • Reply jida

    wah..makin berseri la rumah raya ni..
    jida pun ada entry best yang bertajuk Review Buku Mudahnya Menjemput Rezeki 2My Profile

    July 7, 2017 at 4:26 am
  • Leave a Reply

    CommentLuv badge