Follow:
Kehamilan, Keibubapaan, Tips & Petua Buat Ibu Bapa, Tips Sihat

Tips Posisi Tidur Lena Ibu Hamil

Semasa tempoh kehamilan pelbagai perubahan yang akan dialami oleh ibu termasuklah kesukaran untuk mendapat tidur yang lena kerana perubahan fizikal bahagian tubuh terutamanya di bahagian perut. 


Jadi bagaimana posisi tidur yang sesuai untuk ibu hamil agar boleh tidur lena? Mesti mau tau kan? Jap kak Aya listkan satu persatu. ?

Tips Tidur Lena Untuk Ibu Hamil

  1. Kurangkan minum air. Minumlah air secukupnya di siang hari dan stop minum dua jam sebelum tidur. Ini untuk mengurangkan kekerapa berulang-alik ke tandas di waktu malam. 
  2. Tidur mengiring. Sepanjang tempoh kehamilan, sebaiknya tidur mengiring ke sebelah kiri terutamanya apabila masuk ke 3rd trimester. Ini bagus untuk menggalakkan peredaran darah yang baik ke dalam kandungan dan rahim. Elakkan tidur menelentang kerana ia akan membebankan tulang belakang, dan menyebabkan pinggang sakit. 
  3. Senaman Siang. Bersenam secara konsisten semasa hamil dapat memastikan tahap kesihatan berada pada tahap tip-top. Ia juga bagus untuk peredaran darah dan elakkkan cramp pada waktu malam. 
  4. Ikuti rutin harian. Biasakan diri dengan rutin harian sebelum tidur yang teratur. Contohnya, memberus gigi, membasuh muka, pakai losyen pelembap muka dan minum susu atau pil kalsium. Jika sudah terbiasa dengan rutin ni, minda separa sedar sudah tahu masa tidur suda tiba. Ini akan membantu anda untuk tidur lebih lena. 
  5. Hindari kafien! Dalam diet seharian, elakkan kafien yang boleh menyebabkan insomnia. Kafien ada di dalam coke, coklat dan kopi dan ini boleh menggangu tidur. 
  6. Jaga Diet. Makan makanan seimbang. Ia penting untuk kesihatan anda dan bayi. Jangan biarkan diri berlapar terutamanya ketika malam. Lapar boleh mengganggu waktu tidur. Makanlah makanan ringan sebelum tidur seperti segelas susu, biskut atau segelas minuman protein yang mengenyangkan. 
  7. Tidur siang. Jika tidak mendapat tidur yang cukup ketika malam, pastikan ambil sedikit masa untuk tidur ketika siang. Ini bantu anda mengurangkan keletihan. 
  8. Bantal tambahan. Investlah sedikit bantal khas untuk ibu hamil. Ia dapat menyokong tubuh ketika tidur dan memberikan tidur yang lebih selesa. Untuk tidur yang lena, tidurlah mengiring, letakkan bantal di bawah lutut dan sebiji lagi di tepi perut. 

Posisi-tidur-yang-betul-bagi-ibu-hamil

Kalau ada budget lebih boleh beli maternity pillow ni. Kak Aya rasa ni salah satu faktor mengapa kak langsung tiada cramp sewaktu pregnant Rara hari tu. Guna bantal ni, tidur mengiring ke sebelah kiri, insyaAllah peredaran darah lancar.


Bagi ibu pregnant, tidur yang kena tu amat penting kerana sepanjang hamil badan cepat penat dan lenguh. Pengaliran darah yang lancar juga sangat penting untuk mengelakkan kebas-kebas dan kekejangan kan? 

Kak Aya tau sangat la ni, 4 kali hamil, macam-macam bantal kak Aya beli. Hihi… last sekali kak Aya beli bantal khas tu, sampai sekarang kak Aya guna. 

So, kak Aya harap info ni berguna buat ibu hamil. Jumpa lagi di entry akan datang. Follow kak Aya di Facebook tau ?

Luv, kak Aya ❤️

Share on
Previous Post Next Post

Artikel ini pun menarik tau

4 Comments

  • Reply Sueanna

    Terima kasih tipsnya..sya sngt perlukn tips ni..

    July 3, 2017 at 4:23 pm
  • Reply Odah

    Baru tau juga ni.. Nanti pregnant lagi (?) boleh amalkan
    Odah pun ada entry best yang bertajuk Saya ada eczema ke?My Profile

    July 3, 2017 at 1:27 pm
  • Reply Odah

    Saya pun perasan pregnant hari tu kurang cramp. Rupanya sebab tidur mengiring ke kiri ya.. Tambahan pula dah ambil oste..

    July 3, 2017 at 1:24 pm
  • Reply Fardinawati

    Good tips..selalu kena insomnia bila hamill
    Fardinawati pun ada entry best yang bertajuk Resepi Lodeh Versi DynasMy Profile

    July 3, 2017 at 12:34 pm
  • Leave a Reply

    CommentLuv badge