Follow:

13 Perkara Menjadikan Shaklee Bisnes Terbaik Sepanjang 2017

Ni salah satu entry dalam target list 2018 kak Aya. Wajib buat sebelum Januari 2018 berakhir sebab ni umpama summary dalam 1001 benda yang kak buat sepanjang 2017. Tahun ni memasuki tahun ke 6 kak menjalankan bisnes Shaklee, 90% secara online.

Alhamdulillah, masih aktif dan masih teguh berdiri di sini untuk bantu biz partner untuk capai target memasing dalam bisnes ni dan kembangkan lagi Shaklee career kak Aya. So, entry kali ni kak akan kongsikan perkara-perkara best sepanjang 2017 bersama team kak Aya 😀

17 Jan 2017 – Personal Touch Oleh Mentor Master Lyna Noh dan Master Zainul

Belum start apa-apa lagi mentor sudah turun padang untuk buat personal touch buat Kak Aya, hehe. Alhamdulillah, kedua-dua mentor kak ni memang caring dengan kak, and it helps me a lot untuk terus bangkit di 2017 tu.

Pollux Biz (empayar Shaklee kak Aya) merupakan salah satu organisasi under iReach Family dan mentor kak ni adalah Founder iReach tu lah. Walaupun kak ni kira 3rd level dalam organisasi iReach, tapi mentor kak tetap setia coach kak Aya. Mana mau dapat mentor macam ni kan?

shaklee-leader-sabah-master-aya-chalo

Dating di airport pun jadilah. Thanks my mentor sebab sanggup ber-daytrip untuk buat personal touch dengan kak 😀

18 Feb 2017 – Business Leaders National Conference, SPCC

Aktiviti kedua yang best di tahun 2017 adalah BLNC ni. 1st time Shaklee Malaysia anjurkan tahun 2017 ni dan alhamdulillah kak bersama leader-leader #PolluxBiz yang komited dengan organisasi memasing terbang dari Kota Kinabalu Sabah dan Kuching Sarawak untuk menghadiri conference ni. Bestkan bila sekali sekala berkumpul macam ni, terus dapat Aura Booster! hihi…

shaklee-mentor-sabah.jpg

Sebahagian Pollux Leader yang hadir.

 19 Februari 2017 – Pollux Vaccay Bangkok

Ni antara satu aktiviti kak Aya bersama leader-leader Shaklee kak iaitu acah-acah #friendshipgoals ni. Tahun 2016 kami ke Jakarta-Bandung, tahun 2017 kami ke Bangkok pula. Well, hubungan kami bukan setakat biz partner jak, tapi lebih dari tu, sweet kan? hihi… Penghujung Mac 2018 ni pula kami akan ber-Shaklee closing di Seoul, Korea! Annyeong!

shaklee-pollux-ke-bangkok

Kenangan di Grand Palace, Bangkok dengan biz leader kak Aya.

10 Mac 2017 – Group Coaching Bellatrix by Sr Supervisor Falinah Di Kuching Sarawak

Kali ni kak Aya turun ke Kuching Sarawak untuk berjumpa dengan biz partner under Sr Suppervisor Falinah Fazlina. Seronok rasanya dapat berjumpa face to face dengan biz partner kak Aya di Kuching ni. Sesambil tu kak enjoy juga makan makanan Sarawak seperti pansoh manuk, kek lapis, laksa sarawak yang mana bagi kak semua sedap-sedap.

Kalau anda berada di Kuching, dan mahu join berbisnes dengan team kak Aya, boleh pertimbangkan untuk join empayar Bellatrix under naungan Puan Puan Falinah ni.

shaklee-kuching-sarawak-leader

Syiok bertemu dengan biz partner di Kuching Sarawak. Contact Puan Falinah kalau mahu join sekali. hihi…

12 April 2017 – Family Trip Hong Kong

Mengapa kak Aya masukkan family vacation dalam list Shaklee ni? Sebab ni kali pertama kak Aya bawa suami, anak-anak termasuk mak dan adik bercuti menggunakan 100% Shaklee Bonus.

Inilah impian kak sejak dulu. Zaman-zaman kerja makan gaji dulu memang tidak mampu buat gini. So now, masa untuk tunaikan impian tu. Dan yes, ianya sangat menggembirakan hati kak lebih-lebih lagi tengok mak, adik dan anak-anak enjoy. Merasa juga mak stay di Hollywood Hotel HK Disneyland, main Disneyland puas-puas selama 2 hari, naik ferry, naik tram, makan itik panggang, naik cable car dan banyak lagilah. Kak Aya terharu juga sebab kak anak pertama yang bawa mak dan adik ke oversea, hihi..

Alhamdulillah, ni semua rezeki Allah yang bagi melalui kak. Doakan kak Aya boleh bawa mak jalan-jalan oversea every year ok?

hollywood-disneyland-hotel-hong-kong

Aksi bebas hihi… anak-anak siap guling-guling lagi kat rumput tu.

victoria-peak-hong-kong

SkyTerrace Victoria Peak Hong Kong

30 April 2017 – Shaklee National Conference 2017

Balik dari Hong Kong turun KL sekali lagi untuk attend National Conference Shaklee. Kali ni angkut anak-anak sekali sebab mak kebetulan kat KL, di KK tiada siapa boleh tengokkan, hihi…

Alhamdulillah kali ni kak layak juga sebagai Star Award Achiever setelah qualification diperketatkan, orang yang layak naik pentas pun berkurangan, kak pun struggle juga untuk qualify tau, memang bukan kerja mudah, tapi bila naik pentas tu terasa nikmatnya. Debaran pun lain macam, memang seram sejuk, walhal setiap tahun naik pentas, huhu… Apa-apapun, award yang kak dapat tu adalah hadiah buat organisasi kak. Ini bukti Pollux Biz still on track gittew. Tahniah kesayangan semua!

shaklee-leader-national-conference

NC 2017 kak terima award Personal Group Growth dan Business Growth. Alhamdulillah!

2 Mei 2017 – Shaklee Detox Program by Pollux Detox Club

Awal bulan Mei ni kak menganjurkan Full Detox Program buat biz partner dan customer yang membuat pembelian Set Detox. Program ni dijalankan selama seminggu dan hasilnya memang mengujakan. Rata-rata mengalami penurunan berat badan dan mendapat kesan positif. Yang tidak pernah detox seumur hidup tu, apa kata kita berdetoks lagi tahun ni?

shaklee-detox-testimoni

Rata-rata peserta dapat menurunkan berat badan dan rasa badan lebih cergas dan ringan.

14 Mei 2017 – Japan International Trip Shaklee

Alhamdulillah tahun 2017 kak layak 3 tiket untuk International Trip, means kak boleh bawa suami dan anak sekali. Trip kali ni tersangatlah best, kak tidak jangkakan yang Shaklee akan sediakan such an amazing trip buat leader-leadernya. Percutian 8 Hari ni bermula di Nagoya dan berakhir di Tokyo. Pengalaman yang tidak mungkin kak lupakan sampai bila-bila. Memang terbaik Shaklee!

22 Julai 2017 – Pollux Appreciation Gala Raya 2017 Kali Ke 4

Ini pula acara tahunan yang kak anjurkan buat biz partner Pollux Family. Kali ni dinner diadakan di Sabah Oriental Hotel Kota Kinabalu bertemakan Hari Raya. Seronok dapat beramah mesra dengan biz partner. Weeee…

shaklee-group-terbesar-di-sabah-pollux-family

Amboi amboi amboii.. posing dah kenyang lettew haha…

join-pollux-shaklee-master-aya

Orang-orang belakang tabir yang menjayakan majlis ni, thanks u olls! Muahh…

9 September 2017 – Motivation & Recognition Rally 2017 Kota Kinabalu Sabah

Ini pun acara tahunan yang dianjurkan oleh Shaklee Malaysia untuk meraikan Shaklee Independent Distributor yang berjaya naik rank. Tahniah semua Pollux Leaders, sebab jadi yang teramai naik pentas kali ni. Aumm!

shaklee-sabah-team-pollux-family

Tahniah semua yang naik pentas, kak tolong tepuk dari bawah hihih

30 Oktober 2017 – Shaklee Baby Roadshow at Home Office Shaklee Malaysia

Launching Shaklee Baby memang mengujakan. Skincare bayi yang organik dan paediatrician tested ni akhirnya masuk pasaran Malaysia. Haruslah kak jadi orang pertama yang merasai pengalaman sendiri Shaklee Baby ni kan. Kebetulan kulit Rara pun kering kat pelepat, so kak decide bagi dia sabun terbaik, gittew…

shaklee-baby-sabun-organik

Muka happy dapat borong sabun, hihi

22 November 2017 – Regional Trip Super Star Libra Cruise

Alhamdulillah kak layak 1 tiket untuk Ragional Trip kali ni. Pengalaman yang sangat best sebab pertama kali ber-Cruise. Bolelah simpan pengalaman ni untuk Mediterranean Cruise tahun ni pula. Cruise kali ni dari Pelabuhan Klang ke Langkawi kemudian ke Phuket, singgah ke Penang dan kembali semula ke Pelabuhan Klang. Paling syiok kat cruise memang makan-makan-makan. Cerita lanjut kak kongsikan dalam Vlog bawah ni.

24 Disember 2017 – Group Coaching Tawau dengan Team ShakleeOn Supervisor Ratna Tna

Penutup tahun 2017 yang ohsem adalah sesi coaching untuk biz partner di Tawau. Kebetulan mak mertua kurang sihat so kak Aya balik kejap dan curi-curi masa untuk buat coaching. Rasa tidak puas lepak dengan diorang ni, memang biz partner yang best! Semoga semuanya sukses di 2018 ni, insyaAllah.

shaklee-tawau-bisnes-leader

Diorang bz buat sumthing hihi.. sifu depan mata trus semua pura-pura kusyuk, haha…

Finally berjaya compile aktiviti sepanjang 2017 kak. InsyaAllah 2018 will be a great year buat kami di PolluxBiz, doakan ya…

Berbaloikah berhenti kerja untuk fokus berniaga Shaklee?

Kalau rasa-rasa mahu join family besar Shaklee kami, hubungi kak Aya anytime, insyaAllah kak akan guide anda untuk sama-sama sukses dalam bisnes Shaklee, macam biz partner kak Aya yang lain.

Jumpa lagi di entry akan datang.

Luv,
Master Aya Chalo
PolluxBiz & Pollux Family Founder
0138633224

Share on
Previous Post Next Post

10 Comments

  • Reply Mengapa Pengguna Shaklee Kena Daftar Sebagai Ahli Shaklee? | Aya Chalo Stories

    […] 13 Perkara Menjadikan Shaklee Bisnes Terbaik Sepanjang 2017 […]

    January 30, 2018 at 12:21 am
  • Reply Hidayah Ak

    banyaknyaaa aktiviti. padat betul hehe yang penting pollux memang best. nda sabar korea 2018 hihi

    January 27, 2018 at 8:15 am
  • Reply Alezra Alez

    memori indah 2017, moga tahun ni lebih2 lagi hebat

    January 26, 2018 at 9:30 pm
  • Reply EMMA FRANCISCA LUIS

    saya sentiasa dapat terbaik daripada bisnes shaklee!

    January 26, 2018 at 7:52 pm
  • Reply Ena Suhaina Mat Jaidin

    Bestnya master..semoga kita semua lebih sukses lagi tahun ni

    January 26, 2018 at 7:52 am
  • Reply Ratna

    Nampak aktif mama sy ni bah. Bgini la bisnes idaman ramai spanjag tahun aktiviti best

    January 25, 2018 at 10:39 pm
  • Reply Diana

    Bestnyaaa…

    January 25, 2018 at 8:49 pm
  • Reply Eva

    Best PAG #PolluxFamily, Motivation Rally lagi

    January 25, 2018 at 8:09 pm
  • Reply Eva

    Bestnya. Hopefully Eva and Family boleh pigi trip this year 😍

    January 25, 2018 at 3:34 pm
  • Reply Nija

    Saya aim 2018 akan banyak aktiviti saya join untuk kembangkan biz jugak 💪🏻

    January 25, 2018 at 11:04 am
  • Leave a Reply