Follow:

20 Lokasi Surau Di Shopping Mall Dan Hotel Kota Kinabalu Sabah

Hari ni ada kawan kak Aya yang turun holiday di Kota Kinabalu ni bertanyakan tentang surau di Shopping Mall dan surau di area KK ni. Jadi, dah alang-alang dia tanya, better kak kongsikan terus kat sini kan? Boleh juga beri manfaat buat semua yang berkunjung ke KK atau outstation.

lokasi-surau-shopping-mall-dan-hotel-kota-kinabalu-sabah

Sebenarnya sangat penting ya walaupun sibuk cuci mata, cuci poket, meeting, or seminar, kewajiban kepada Pencipta harus dilaksanakan. Hihi.. so entry kali ni kak akan berikan panduan lokasi surau-surau tersebut.

  1. Surau Wisma MerdekaTerdapat di 2nd Floor di area belakang-tepi kedai Familia. Dari escalator, belok arah kiri Familia dan masuk lorong tepi Familia. Kena jalan sikit sehingga nampak signboard Surau. Surau ni boleh memuatkan dalam 6-8 jemaah wanita pada satu-satu masa.
  2. Surau ImagoTerletak di level Basement berhampiran dengan area tandas Kedai Elektronik SenQ. Surau ni agak selesa walaupun panas sikit, luas tapi selalu kak Aya pegi memang ramai jemaah. Alhamdulillah…
  3. Surau 1BorneoTerletak di level 2nd Floor area Parking. Searas dengan GSC dan lokasinya di sebelah kanan pintu keluar (sebelah kiri tu tempat bayar parking). Surau 1B ni paling selesa la sebab luas dan sejuk. Kalau masuk waktu memang full. Tips: Kalau nak ke toilet, sila pergi di area shopping mall.
  4. Surau City MallTerletak di level 1st Floor, dalam mall. Naik escalator dan belok sebelah kanan, dan terus melalui kedai perabot Boon Sin sehingga ke hujung. Toilet: agak jauh dari Surau.
  5. Surau Centre PointTerletak di 3rd Floor area Parking. Kalau menghadap ke area parking tu, surau ni di area pintu keluar sebelah kiri.
  6. Surau Karamunsing ComplexTerletak di 10th Floor naik dari area shopping mall. Surau berhampiran dengan lift dan luas.
  7. Surau Suria SabahTerletak di 5th Floor area Parking L10.
  8. Surau OceanusTerletak di 3rd Floor area Parking. Kak tidak pernah lagi solat sini, boleh hitung dengan jari berapa kali ja singgah. Jarang yang amat. So tak dapat bagi review, hehe…
  9. Tang Dynasty Park Hotel SadongTingkat 5. Surau yang sangat sempit hanya boleh muatkan 3-4 orang dalam satu-satu masa. Tiada toilet.
  10. Tabung Haji Area TH Hotel Tingkat 1. Surau yang sangat selesa dan sangat luas. Toilet berada di laluan sebelum sampai ke Surau.
  11. Shangri-La Tanjung Aru & Spa (STAR)Surau berada di Ground Floor area Grand Ballroom. Kena turun ke bawah dan masuk dalam kawasan ballroom. Surau kecil tapi agak selesa sebab sejuk, hihihi….
  12. Promenade HotelTerletak di 2nd Floor. Surau adalah bilik hotel so ada toilet dan agak selesa.
  13. Hyatt HotelTerletak di 1st Floor. Surau yang best!
  14. Palace Hotelberada satu aras dengan Pool. Lokasi surau bersebelahan dengan pool.
  15. Sabah Oriental Hotel (Formally known as Berverly Hotel)Terletak di Tingkat 4. Room 408 dan 412 tidak silap, hihi…
  16. Avangio HotelTingkat 2, di luar pintu keluar ke parking.
  17. Grace Point Food CourtArea ikan bakar Buginese.
  18. Semua Petronas ada Surau.
  19. KKIASurau di 2nd Floor.
  20. KFC & Pizza Drive Thru Jalan Tuaransurau di area belakang pizza hut. Minta kunci di kaunter pizza hut.
  21. Shaklee KK BranchTingkat 4 bangunan Neutron Points jalan Lintas (Satu bangunan dengan Restoren Fok Yuen Lintas Kolombong). Khas buat ejen dan ahli Shaklee, anda boleh tumpang solat di KK Branch.

InsyaAllah kak akan update list ini from time to time, manalah tahu jumpa port baru kan, hihi… selama ni tidak terfikir untuk mengambil gambar lokasi surau, tadi baru ingat ambil untuk Surau Wisma Merdeka. Next timelah kak update kat sini ya, mudah sikit untuk locate surau tu nanti.

lokasi-surau-wisma-merdeka-kk-sabah

Rara dihadapan pintu surau Wisma Merdeka KK Sabah

Sebarkan info ni dan semoga bermanfaat buat semua. InsyaAllah. Kalau ada info Surau kat area lain, share dengan kak Aya di ruangan komen ya. Makasi!

Luv,
Kak Aya Chalo
ayachalo.com

Share on
Previous Post Next Post

16 Comments

  • Reply Nur

    Hai! Yang tu surau shaklee dkt dengan fook yuen tu kalau bukan ahlo boleh tumpanb solat ka? Sy kerja area situ tapi my workplace teda surau

    June 29, 2018 at 12:49 pm
    • Reply Aya Chalo

      Hai, sorry sana untuk ahli jak. Tapi depan Shaklee tu ada BERNAS, BERNAS ada surau. Lagi 1 di tepi Sek Menengah Sains Sabah. Sana ada masjid.

      July 16, 2018 at 10:39 pm
  • Reply emma

    wah bagus ni..sy nak share kasi dgn kawan2 yg dtg kk..

    January 24, 2018 at 8:17 pm
  • Reply Ena Suhaina Mat Jaidin

    Ngam master..ada hotel yg belum penah pg lg..senang mencari surau nti

    January 24, 2018 at 7:23 pm
  • Reply Ratna

    Ngam lah ni. Ndak payah susah lagi mncari. Tq

    January 24, 2018 at 2:55 pm
  • Reply Hidayah Ak

    nah ini ngam senang sikit mau bershopping hehe.

    January 24, 2018 at 1:41 pm
  • Reply Diana

    Wah info best ni..

    January 24, 2018 at 7:21 am
  • Reply falinah

    Good info.tq😊

    January 24, 2018 at 6:50 am
  • Reply Alezra Alez

    wahhh terbaik, senang la sikit lepas ni klu singgah solat

    January 23, 2018 at 8:58 pm
    • Reply Aya Chalo

      Kan… senang shopping lepas tu hehe

      January 24, 2018 at 6:45 am
  • Reply Eva

    Good info 😍

    January 23, 2018 at 8:03 pm
    • Reply Aya Chalo

      hihi.. next time ada kawan2 muslim cari, bole bg link blog seja kan, hihi

      January 24, 2018 at 6:46 am
  • Reply Nija

    Sangat bermanfaat Kak 😍

    Selalu memang kami husband and wife mesti cari surau. Dengan adanya list gini membantu sgt

    January 23, 2018 at 3:42 pm
  • Reply FATIMAHWATI HAMZAH

    Alhamdulillah..baguslah dah banyak penambahbaikan berbanding dahulu

    January 23, 2018 at 2:58 pm
    • Reply Aya Chalo

      Betul kak, tapi ada Surau yang asal ada ja, hehe…

      January 24, 2018 at 6:46 am

    Leave a Reply