Follow:

lokasi-surau-shopping-mall-dan-hotel-kota-kinabalu-sabah

lokasi-surau-shopping-mall-dan-hotel-kota-kinabalu-sabah

Panduan lokasi surau-surau Shopping Mall & Hotel area Kota Kinabalu, Sabah.

1. Surau Wisma Merdeka – Terdapat di 2nd Floor di area belakang-tepi kedai Familia. Dari escalator, belok arah kiri Familia dan masuk lorong tepi Familia. Kena jalan sikit sehingga nampak signboard Surau. Surau ni boleh memuatkan dalam 6-8 jemaah wanita pada satu-satu masa.

2. Surau Imago – Terletak di level Basement berhampiran dengan area tandas Kedai Elektronik SenQ. Surau ni agak selesa walaupun panas sikit, luas tapi selalu kak Aya pegi memang ramai jemaah. Alhamdulillah…

3. Surau 1Borneo – Terletak di level 2nd Floor area Parking. Searas dengan GSC dan lokasinya di sebelah kanan pintu keluar (sebelah kiri tu tempat bayar parking). Surau 1B ni paling selesa la sebab luas dan sejuk. Kalau masuk waktu memang full. Tips: Kalau nak ke toilet, sila pergi di area shopping mall.

4. Surau City Mall – Terletak di level 1st Floor, dalam mall. Naik escalator dan belok sebelah kanan, dan terus melalui kedai perabot Boon Sin sehingga ke hujung. Toilet: agak jauh dari Surau.

5. Surau Centre Point – Terletak di 3rd Floor area Parking. Kalau menghadap ke area parking tu, surau ni di area pintu keluar sebelah kiri.

6. Surau Karamunsing Complex – Terletak di 10th Floor naik dari area shopping mall. Surau berhampiran dengan lift dan luas.

7. Surau Suria Sabah – Terletak di 5th Floor area Parking L10.

8. Surau Oceanus – Terletak di 3rd Floor area Parking. Kak tidak pernah lagi solat sini, boleh hitung dengan jari berapa kali ja singgah. Jarang yang amat. So tak dapat bagi review, hehe…

9. Tang Dynasty Park Hotel Sadong – Tingkat 5. Surau yang sangat sempit hanya boleh muatkan 3-4 orang dalam satu-satu masa. Tiada toilet.

10. Tabung Haji – Area TH Hotel Tingkat 1. Surau yang sangat selesa dan sangat luas. Toilet berada di laluan sebelum sampai ke Surau.

11. Shangri-La Tanjung Aru & Spa (STAR) – Surau berada di Ground Floor area Grand Ballroom. Kena turun ke bawah dan masuk dalam kawasan ballroom. Surau kecil tapi agak selesa sebab sejuk, hihihi….

12. Promenade Hotel – Terletak di 2nd Floor. Surau adalah bilik hotel so ada toilet dan agak selesa.

13. Hyatt Hotel – Terletak di 1st Floor. Surau yang best!
Palace Hotel – berada satu aras dengan Pool. Lokasi surau bersebelahan dengan pool.

14. Grace Point Food Court – Area ikan bakar Buginese.
Semua Petronas ada Surau.

15. KKIA – Surau di 2nd Floor.

16. KFC & Pizza Drive Thru Jalan Tuaran – surau di area belakang pizza hut. Minta kunci di kaunter pizza hut.

17. Shaklee KK Branch – Tingkat 4 bangunan Neutron Points jalan Lintas (Satu bangunan dengan Restoren Fok Yuen Lintas Kolombong). Khas buat ejen dan ahli Shaklee, anda boleh tumpang solat di KK Branch.

InsyaAllah kak akan update list ini from time to time, manalah tahu jumpa port baru kan, hihi… selama ni tidak terfikir untuk mengambil gambar lokasi surau, tadi baru ingat ambil untuk Surau Wisma Merdeka. Next timelah kak update kat sini ya, mudah sikit untuk locate surau tu nanti.

Sebarkan info ni dan semoga bermanfaat buat semua. InsyaAllah.

Luv,
Kak Aya Chalo
ayachalo.com

Share on

No Comments

Leave a Reply