Follow:

3 Cara Atasi Masalah Mata Rabun Dan Silau Tanpa Operation

Lately makin ramai orang rabun dan silau kan? Almaklumlah zaman ni lebih banyak masa digunakan untuk perati skrin yang lebih kecil seperti handphone, tab, komputer dan televisyen. Situasi ni membawa kepada keletihan mata dan peningkatan masalah mata yang berkaitan dengan dengan usia.

cara-atasi-masalah-mata-rabun-silau-semulajadi-tanpa-ubat

Sangat annoying bila masalah mata mengganggu aktiviti seharian kan? So hari ni kak Aya ingin kongsikan 3 petua sebagai cara untuk bantu masalah mata seperti rabun dan silau secara natural tanpa perlukan ubat atau pembedahan.

Petua 1: Makan Makanan Untuk Kesihatan Mata

Mata memerlukan banyak nutrien untuk berfungsi secara optimum. Mulakan diet mata-terang-benderang dengan:-

  1. Memastikan pengambilan vitamin seperti Vitamin A, C dan E serta mineral seperti Copper (tembaga) dan Zink.
  2. Mengambil antikoksida termasuklah beta-karoten, lutien dan zeaxanthin yang melindungi makula mata daripada kerosakan akibat pancaran sinaran matahari. Dapatkan antioksidan daripada sayur-sayuran berwarna gelap, kuning telur, capsicum kuning, labu, ubi manis dan lobak. Kajian semasa mendapati dengan memakan sayur-sayuran berwarna kuning dan hijau akan mengurangkan risiko buta akibat penuaan sel di dalam makula.
  3. Makanan yang kaya dengan sulfur, cysteine dan lecithin membantu melindungi kanta mata dari pembentukan katarak. Antara makanan yang kaya dengan tiga bahan ni adalah bawang putih, bawang merah dan bawang besar.
  4. Amalkan blueberry dan anggur yang kaya dengan Anthocyanin yang merupakan antioksida dan antiradang yang boleh meningkatkan penglihatan dengan baik.
  5. DHA yang mana merupakan asid lemak yang terdapat di dalam ikan air sejuk seperti ikan salmon liar, ikan kod, sardin dan makarel. DHA menyediakan sokongan struktur untuk membran sel mata sekaligus meningkatkan kesihatan mata.
vitamin-buah-dan-sayuran-untuk-kesihatan-mata-rabun

Amalkan memakan buah dan sayur hijau dan oren.

Cara Mengurangkan Rabun Dan Silau Dengan “Makanan Mata”

Petua 2: Buat Senaman Mata

Senaman ringkas ni boleh membantu untuk mengekalkan prestasi mata pada peringkat tip-top. Senaman ni juga boleh menghilangkan eye bag tau.

Lakukan senaman ini setiap pagi, sebelum tidur atau pada bila-bila masa apabila mata berasa penat. Pastikan jari jemari bersih dan dalam keadaan rileks. Amalkan konsisten selama sebulan, ianya akan menunjukkan hasil.

Antara senaman yang boleh dibuat adalah:-

  1. Senaman Fokus. Pegang pencil dengan menegakkan tangan dan selari dengan hidung. Mata fokus ke arah pencil. Perlahan-lahan bawa pencil ke hadapan sehingga hampir 6 inci dari hidung. Kemudian, gerakkan ke belakang perlahan-lahan sambil mata fokus ke arah pencil. Ulang sebanyak 10 kali sehari.
  2. Roll Your Eyes. Mulakan dengan memandangkan ke atas kemudian mula gerakkan mata secara berputar mengikut arah jam dan bertentangan arah jam. Ulang dalam 4-5 kali.
  3. Hangatkan Mata. Caranya, gosok kedua belah tapak tangan sehingga panas. Tutup mata dan tekapkan tapak tangan ke mata selama 5 saat. Ulang 3 kali.
  4. Urutan Mata. Dengan menggunakan ibu jari, buat urutan kecil di sekitar mata bermula di tengah dahi antara 2 hidung. Lakukan 20 kali secara putaran jam dan 20 kali bertentangan arah jam.
  5. Tidur Sebentar. Baring dan tutup mata selama 3 minit.
tips-baiki-mata-rabun-silau

Senaman Fokus Pencil untuk tingkatkan kesihatan mata.

petua-atasi-masalah-rabun-dan-silau-tanpa-pembedahan

Senaman Roll Your Eyes.

Petua 3: Berikan Mata Rehat Yang Cukup

  1. Tidur yang cukup sangat penting untuk kesihatan mata. Ia membolehkan mata untuk berehat, membaiki dan memulihkan sel-sel mata. Tidurlah dengan lena 8 jam sehari.
  2. Rehatkan mata dalam 10 minit dalam setiap jam bekerja terutamanya jika bekerja menggunakan komputer atau membaca. Jika mata terlalu letih, cuba senaman mata di atas atau boleh rehatkan dengan meletakkan timun sejuk di kelopak mata.

Mudahkan petua ni? Cuma perlu 3 benda iaitu masukkan diet untuk mata ke dalam makanan harian, buat senaman mata dan berikan rehat yang secukupnya untuk mata.

Semoga bermanfaat buat anda dan juga diri kak sendiri. Rindu pula zaman no glasses dulu kann… bebas gittu. Hihi..

Jumpa lagi di entry akan datang!

Luv,
Kak Aya Chalo
0138633224

Share on
Previous Post Next Post

1 Comment

  • Reply Cara Mengurangkan Rabun Dan Silau Dengan "Makanan Mata" | Aya Chalo Stories

    […] ni kak sudah kongsikan 3 cara mengatasi masalah mata rabun dan silau tanpa pembedahan. Antara salah satu cara untuk atasi masalah Rabun dan Silau adalah dengan mengambil “makanan […]

    March 22, 2018 at 2:45 am
  • Leave a Reply