Follow:

Itinerary 4 Hari 3 Malam Backpacking Ke Bangkok Thailand

Hampir sebulan balik dari bercuti ke Bangkok, baru datang roh kak untuk kongsikan itinerary short holiday kak ke Bangkok. Seperti tahun lepas, kali ni kak Aya pegi bercuti acah-acah backpacking juga. Bawa bagpack maksimum 7kg (malas nak drop lugagge) dan explore sendiri kota Bangkok tanpa ikut mana-mana tour or guide. This time kak Aya turun bersama husband, dan kami pusing-pusing area kotaraya Bangkok sahaja sebab katanya bulan 11 nanti akan turun dengan Free Trips pula. Hihi…

tips-bercuti-ke-bangkok-thailand

Kali ni kak akan kongsikan Itinerary manalah tau korang boleh refer kannn…

Day 1 (3 Feb 2018) – KLIA2 to DMK Bangkok

Flite 9.20 malam dari KLIA2 ke dan tiba di Bangkok Don Mueang pada jam 10.30 malam dengan menaiki AirAsia. Sebenarnya turun KL kali ni untuk menghadiri Breakthrough Shaklee Business Leader Conference 2018 so alang-alang sudah turun dari Kota Kinabalu ni, kak pun teruslah ke Bangkok. Jimat gittew.

itinerary-travel-ke-bangkok-thailand

 

Daripada airport Don Mueang, keluar melalui Gate 6 dan naik Yellow Shuttle Bas bernombor A1/A2 ke BTS Mo Chit Station. Bayaran bas THB30 seorang, bayar kepada konduktor bas. Airport bas ni beroperasi sehingga jam 12 malam.

airport-bas-dari-DMK-ke-Bandar-Bangkok-BTS

Tunggu bas A1/A2 di luar Gate 6. Bayaran THB30. Bagi kat akak baju biru tu, hehe…

Selepas sampai ke BTS Mo Chit Station, kak naik train pula ke BTS Ratchathewi, kemudian berjalan kaki dalam 200m untuk sampai ke hotel. BTS skytrain ni acah-acah LRT Rapid KL la kat sini. Depan BTS Rachathewi ni ada 7 eleven dan tepi hotel pun ada. So memang mudah la kan.

Kali ni kak Aya stay di Samran Place Hotel. Hari tu dah last minit booking hotel, so ini saja pilihan yang ada yang berhampiran dengan Soi 7, Phetchaburi Road. Sini merupakan area Masjid Darul Aman.

Sebenarnya, ada banyak juga pilihan hotel dan hostel di area ni seperti Asia Hotel Bangkok, Bangkok City Hotel, Home Mali Hostel, Monomer Hostel dan banyak lagilah. Boleh google hotel area BTS Ratchathewi.

Soi 7 ni terkenal sebagai kawasan muslim di Bangkok. Di sini terdapat deretan restoran Halal seperti Farida Fatornee, Madena Restaurant, gerai Aminah Muslim Food dan juga food street. Jadi mudah untuk cari makan.

Lepas check in dalam dekat-dekat jam 12 gittew kak Aya sempat cari supper. Yang best area Soi 7 memalam pun happening dengan makanan tau, so malam tu kak Aya pekena Murtabak Pisang yang dirindui bersama Teh Thai yang sodap. Balik tu sempat lagi tapau Manggo Sticky Rice.

Pastu kenyang, balik hotel dan tidur, hihi…

Day 2 (4 Feb 2018) – Chatuchak Market & Siam Paragon

Day 2 kak mulakan dengan food hunting di Soi 7. Lepaskan rindu dulu dengan Nasi Air kat sini. Sedap gila. Fuhhh… pastu beli kuih pulut inti kacang ni. Sedap… ada banyak lagi pilihan makanan kat sini seperti soto, ayam goreng, etc.

halal-food-street-bangkok-thailand

Nasi air di sini memang terbaiklah. Akhirnya dapat lepas rindu, hihi…

food-street-halal-soi-7-bangkok

Try makan kuih ni. Pulut dalamnya ada kekacang manis-manis sket. Sekali dengan kuih ni makcik bagi bawang goreng dan lada beberapa biji. Try makan dengan lada memang sedapppp sangat. Susah mau terangkan, Haha…

Hari kedua kak decide untuk pergi ke Chatuchak Market yang katanya pasar hujung minggu terbesar di dunia yang ada lebih kurang 8000 kedai dan kalau weekend hampir 200,000 orang datang ke sini. Chatuchak Market hanya buka pada hari Jumaat (6.00pm – 12.00am) dan Sabtu-Ahad (9.00am-6.00pm).

cara-ke-chatuchak-market

Salah satu pintu masuk Chatuchak Market.

Setelah pusing-pusing kat market ni, nampaknya yang kak Aya dapat hanyalah makanan, hahahah… tapi ada juga la kak beli iaitu sudu-sudu kayu untuk jadikan props gambar dan juga customised luggage tag. Maybe sebab memang plan hanya nak cuci mata dan jejakkan kaki ke market famous ni, so memang kak cuci mata ja la.

lokasi-salam-islam-chatuchak-bangkok

Salam Islam. Salah satu kedai makan di Chatuchak Market ni. Lokasinya betul-betul dekat dengan Clock Tower. Senang cari dan makanan pun sedap.

Mahu tahu lebih lanjut tentang Chatuchak Market ni boleh baca kat Apa Bestnya Chatuchak Market ni.

Ok, cemana nak ke sini? Naik BTS dari BTS Ratchathewi ke BTS Mo Chit (THB 40 sorang), dan keluar melalui Exit 1 menuju ke arah kanan. Kat tepi Exit tu anda akan nampak Chatuchak Park. Kak Aya sempat singgah jenjalan di taman tu dan kalau jalan ke kiri (menghadap taman), akan ada 1 pintu keluar ke Chatuchak Market. Or else, kalau malas nak singgah taman, boleh juga jalan terus ja, nanti anda akan sampai ke Chatuchak Market tu.

chatuchak-park-bangkok

Kat taman ni ada tasik, ikan dia besar-besarrrr, boleh beli makanan kat penjaja-penjaja kat sini. Ramai juga yang sewa tikar untuk baring-baring lepak di taman ni. Memang happening lah!

Di Chatuchak Market terdapat makanan halal dan juga surau. Kak Aya sempat try makan di Saman Islam berhampiran Soi 7 (lorong 7, Chatuchak Market) berdekatan dengan Clock Tower. Terdapat juga beberapa lagi gerai makanan seperti Ramadon dekat area clock tower juga dan satu lagi di Soi 2 Section 12. Jangan lupa try Coconut Icecream yang sodap. Hihi…

makanan-halal-di-chatuchak

Pegi Thailand maka wajib tau makan coconut icecream. Sedap!

Memandangkan kak dan husband cuma cuci-cuci mata dan sebenarnya agak kepenatan sebab semalam seharian conference, kitorang decide untuk balik awal. So, tidak berpeluang untuk solat jamak di sini, tapi kak ada info surau iaitu di Gate 1, berhampiran TMB Bank, kena lalu lorong kecil dan belok ke kiri area Section 27. Surau tu terdapat di 2nd Floor JJMall. Harap membantu.

benda-menarik-di-chatuchak-market-bangkok

Comel benda-benda ni, tapi memandangkan luggage cuma 7kg, so kak amik gambar jak la, hee…

Tips kak untuk ke Chatuchak Market ni, kalau boleh datang lah awal sikit dalam jam 10 macam tu sebab orang tak ramai lagi, kalau datang tengahari dan petang memang peak hour. Memang sangat ramai foreigner datang sini.

clock-tower-chatuchak-market-bangkok

Wajib bergambar di sini youolls.

Selepas Chatuchak, kami ke Siam Paragon. Kebetulan ada kawan satu kelas kat UM dulu kebetulan turun Bangkok, so kami lepak kat Siam Paragon. Nak ke sini mudah, just naik BTS dari Mo Chit dan turun di BTS Siam. Dari Siam Paragon ni boleh pergi ke Siam Center, Siam Discovery dan MBK Center. Haa.. bersambung-sambung shopping mall. Hihi.. boleh sambung cuci mata pula. Kalau nak balik, dari MBK naik pula BTS National Stadium dan balik ke BTS Ratchathewi.

cara-ke-siam-paragon-bangkok-thailand

Jumpa kawan satu kelas time kat U. Dia di Jakarta, kak di Sabah, bertemu jua di Bangkok. Thank u Angah belanja eskrim!

Day 2 ni kak memang flat gila. Jam 5pm dah balik hotel. Pastu tidurrrr… malam baru keluar makan kat Farida Fatornee. Sekian day 2.

Day 3 (5 Feb 2018) – Grand Palace dan Asiatique The Riverfront

Day 3 kami just sarapan kat hotel. Walaupun hotel kata halal, kami tidak yakin sangat so just makan bread dan coffee. Bolehlah alas perut kan?

Hari ketiga ni kami ke Grand Palace dan ke Asiatique The Riverfront. Untuk ke Grand Palace, naik BTS ke Saphan Taksin, Exit 2 ke Central Pier, Chao Phraya Express Boat Pier.

Central Pier ni antara satu pier yang terdapat di Chao Phraya River ni. Ada 5 jenis boat line yang beroperasi dan setiap boat ada Flag memasing, biru, kuning, oren, hijau-kuning dan ‘local line’.

Dari Exit 2 BTS, turun tangga dan belok kiri. Di situ terdapat kaunter Chao Phraya Tourist Boat. Chao Phraya Tourist Boar ni khas untuk tourist dan iainya menawarkan tiket Hop On Hop Off Boat di 9 pier utama sepanjang sungai ni.

harga-hop-on-hop-off-chao-phraya-river

Naik ni boleh, naik boat biasa pun boleh.

Untuk ke Grand Palace, kak Aya beli tiket Chao Phraya Tourist Boat untuk single-journey bayaran THB50 sorang. Tiket unlimited trip pula berharga THB180 seorang. Kak dan husband amik single-journey sahaja sebab Grand Palace tu pun luas juga untuk round dan ada banyak temple dalam tu. Hihi.. tapi kalau bercadang untuk singgah di Wat Arun, Wat Pho, Phra Arthit dan beberapa tempat lagi di sepanjang sungai, memang sesuailah amik yang unlimited tu.

chao-phraya-tourist-boat

Kalau naik boat ni, cuba untuk duduk di bahagian atas, best gila boleh tengok pemandangan sepanjang sungai Chao Phraya

Selepas turun dari boat di Pier Tha Maharaj, jalan terus sehingga ke jalanraya dan belok kanan. Jalan lagi sehingga ke jalan besar. Grand Palace di sebelah kiri. Follow crowd untuk masuk ke pintu utama Grand Palace. Tiket dijual di dalam. Bayaran masuk Grand Palace adalah THB500 seorang. Masa operasi 8.30am – 3.30pm.

harga-tiket-grand-palace-bangkok-thailand

Tiket boleh dibeli di bahagian dalam Grand Palace. Harga THB500 satu tiket.

Tips untuk ke Grand Palace, pastikan menutup aurat, tidak berbaju nipis dan lelaki perlu berseluar panjang. Kalau terlupa, jangan risau, kat luar banyak dijual seluar batik. Bagi orang Thailand, kawasan ni adalah kawasan suci. So kena la follow ya.

tips-ke-grand-palace-bangkok-thailand

Peraturan masuk ke Grand Palace.

Apa yang bestnya Grand Palace ni? Bagi kak, kak suka tengok bangunan temple yang lawa dan unik. Di sini juga terdapat Buddist Temple paling penting di Thailand iaitu Wat Phra Kaew atau Temple of the Emerald Buddha. 1st time pegi last year kak sempat masuk ke salah satu temple dalam ni. Time tu masih lagi berkabung untuk Raja Bhumibol Adulyadej yang meninggal pada Oktober 2017.

cara-ke-grand-palace-bangkok

cara-ke-grand-palace-bangkok-thailand

Makanan halal area ni? Kak tak jumpa, huhuhu… tapi banyak dijual buah-buahan di luar palace. So boleh juga la makan untuk alas perut. Di Grand Palace ni panas tau, so pastikan bawa air dan terdapat water dispencer disediakan. Kalau takut muka sunburn, boleh try guna SPF50 YOUTH yang tengah promo bulan Mac 2018 ni. Hihi.. stress woo muka berbelang-belang.

So memandangkan kak tidak jumpa makanan halal di Grand Palace, kak dan husband decide untuk makan di MBK Center iaitu Yana Restaurant. 1st time kak rasa Thai Green Curry, masyaallah, sedapnya. Hihi.. makanan kat sini kak bagi 5 bintang sebab memang sedap! Range harga satu lauk dalam THB100-150. Di hadapan Yana Restaurant ni ada food court dan kak nampak satu kedai halal lagi iaitu Sultana Thai Muslim Cuisine. Surau terletak di 6th floor di exit ke Parking 6A & 6B.

restoren-halal-dan-sedap-MBK-bangkok-yana-restaurant

Yana Restaurant tingkat 5. Kalau naik escalator belok kiri hingga ke food court. Restaurant ni berhadapan dengan foodcourt.

review-halal-yana-restaurant-bangkok-thailand

Wajib try Green Curry tu, serius sedap! Somtam dan Daging Salai pun sodap.

Settle lunch dan solat, kak round-round MBK kejap lepas tu decide untuk pegi ke Asiatique The Riverfront. Cemana nak pergi? Dari BTS National Stadium amik BTS ke Saphan Taksin semula, Exit 2 ke Central Pier, Chao Phraya Express Boat Pier. Terus ke Pier khas Asiatique. Boat ride ni free jak.

cara-ke-asiatique-bangkok

Asiatique Pier. Free boat ride. Ada pier khas, di tepi kaunter Chao Phraya Tourist Boat.

cara-pergi-ke-asiatique-riverfront-bangkok

MekHong Bangkok Thailand. Syiok dating dengan husband sini, hihih.. gurau!

Asiatique ni tempat orang lepak sambil tengok sunset berhadapan Chao Phraya River. Kat sini kak sempat naik Asiatique Sky atau MekHong, konon mau tengok sunset dari atas ni, tapi sebab husband melawat toilet lama sangat, so kita tengok lampu ja la. Haha… Tiket MekHong THB400 seorang.

asiatique-bangkok-makanan

Akhirnya jumpa makanan eksotik. Haha.. cengkerik ada, scorpion ada…

Dah puas round-round, kak pun balik hotel. Sebelum tu sempat singgah makan Murtabak Pisang dan Sticky Rice lagi di Soi 7. Hihi…

food-street-halal-di-Phetchaburi-road

Kalau pegi Soi 7, sila try Murtabak Pisang gerai Aminah Muslim Food ni, sedap gila. Sticky rice pun not bad. Aduh memang buat teringat-ingat.

Day 4 (6 Feb 2018) – Bangkok – KLIA2

Last day di Bangkok. Cukuplah weekend kami kat sini, masa untuk balik. Awal pagi sarapan kat hotel, then kak panggil Grab untuk hantar ke airport. Tidak berani amik risiko naik BTS dan Bas sebab flight jam 12pm. Bayaran Grab THB412.

So awal pagi dalam jam 9.30am gerak ke airport dan sempat lunch di foodcourt di Terminal 1. Ada 3 tempat boleh dapatkan makanan halal di sini.

makanan-halal-airport-bangkok-thailand

Satu di Terminal 2, Kedai Bangmad, satu di Magic Garden Food Court Terminal 1 iaitu stall Kaomok Siam Indo, kak makan beef noodle, bolelah layan, dan satu lagi di Depature Hall iaitu Au We White Coffee. Kedai Au We ni ada jual sticky rice uolls, sempat kak tapau bawa balik. hihi…

Tips Tambahan Backpacking ke Bangkok

  1. Booking hotel awal-awal so ada banyak pilihan lebih murah.
  2. Kalau akan naik BTS banyak kali dalam sehari, boleh beli BTS One-Day Pass berharga 140 baht.
  3. Untuk pembelian tiket di BTS, kena gunakan coins, tukar coins di kaunter barulah beli tiket di mesin.
  4. Toilet di Bangkok mostly tiada bidet, sila bawa botol kosong dan wipes.
  5. Untuk 4 hari 3 malam ni cukup bawa maksimum 7kg beg sahaja. Itupun kalau tidak shoppinglah, hihi…
  6. Kalau nak backpacking tanpa check in luggage, pastikan bawa scaler bersama agar beg tidak terlebih berat.
  7. Berhati-hati dengan orang yang tidak dikenali yang menegur anda. Trip 2017 hari tu kak dan kawan-kawan diapproach lelaki asing yang bertanyakan duit dalam dompet. Scary ok. So be carefull.
menarik-di-chatuchak-market

Hasil di Chatuchak Market. Customized Luggage Tag! Ohsem kan? hihi…

Ok cukup ini ja Itinerary kak kali ni. Ni pun dah panjang gilaaaaa… apa-apapun, November nanti trip ke 3 Bangkok pula. Tapi macam kak cakap, this time Free Trips dari Shaklee. Harap-harap pergi tempat yang kak belum pergi pula. Hihi..

Till then, jumpa lagi di entry travel akan datang. Jom travel!

Luv,
Kak Aya Chalo
11 Countries And Counting

Share on
Previous Post Next Post

16 Comments

  • Reply Azlin

    Kakk…blh suggest hotel yg berdekatan dgn tempat2 ni…atau hotel yg dkt dgn BTS

    August 13, 2018 at 3:20 pm
    • Reply Aya Chalo

      Bole buka Google Maps dan check sekeliling. Atau masuk ke Apps Agoda, Etc dan search ikut area kita nak stay. Selalu kak cari hotel mcm tu. Harap membantu

      August 17, 2018 at 5:00 pm
  • Reply lan

    assalam kak..ade limit minimum amount of money ke utk masuk thai?

    August 10, 2018 at 4:25 pm
    • Reply Aya Chalo

      Tak silap cash 20000 thb tp better confirmkan semula dgn Thai Immigration

      August 17, 2018 at 5:02 pm
  • Reply Irwan

    Customized luggage tag tu akak beli kat sections mana ya.

    August 8, 2018 at 10:35 pm
    • Reply Aya Chalo

      Kat chatuchak tu ada banyak tempat buat ni. Sorry kak tak ingat kak buat lorong mana dah 😂

      August 17, 2018 at 5:03 pm
  • Reply Aiman Aisamuddin

    Assalamualaikum, akak kedai yang jual nasi air tu di area mana ya?saya pusing kawasan Soi 7 tak jumpa

    July 22, 2018 at 10:17 am
    • Reply Aya Chalo

      Kat lorong masjid tu, kena masuk dalam lagi sikit, lalu 7E. Yang jual tu makcik free hair.

      July 22, 2018 at 11:46 pm
  • Reply Alyssa

    Hye,
    thanks for the helpful information about Thailand. Saya nak tanya tentang the grand palace, fee yang 500 baht tu includes temple of the emerald Buddha ke?
    Thanks again!!

    July 5, 2018 at 1:33 pm
  • Reply suerrahman

    Sis ada ambil tour guide tak kt sana? Ada contact no?

    July 1, 2018 at 3:12 pm
    • Reply Aya Chalo

      1st time pegi amik tour guide utk masuk Grand Palace jak. 2nd time gi sendiri. Sorry tak ada no phone tapi kitorang amik tour dari kiosk kecik kat station MRT di tepi jettty Chao Phraya tu.

      July 16, 2018 at 10:38 pm
  • Reply jaja

    salam… berapa habis for the whole trip kak aya…

    May 15, 2018 at 1:49 pm
    • Reply Aya Chalo

      Flight KUL-DMK return 2 pax – RM 690
      Samran Place 3 Malam – RM554
      Duit Poket – RM1000 (convert ke Baht)

      May 18, 2018 at 6:37 am
  • Reply Eva

    Whoaaa, best 😍

    March 10, 2018 at 8:44 am
    • Reply Aya Chalo

      Bestkannnn… Nov pegi lagi free trips Shaklee, hehe

      May 18, 2018 at 6:38 am

    Leave a Reply