Follow:

Penyebab Resdung dan Cara Mengatasinya Tanpa Rawatan Asap

Achuuuu! Bersin merupakan perkara biasa dan kerap dialami oleh penghidap Resdung atau Sinusitis. Kalau nak tahu, resdung adalah masalah yang biasa dan hampir separuh daripada rakyat Malaysia mengalaminya.

Gejala resdung dan selesema hampir sama iaitu kerap bersin dan kerap bersin, namun, resdung hadir dengan lebih kerap terutama apabila terdedah kepada punca yang menyebabkan resdung.

Selesema pula akan hilang selepas mengambil ubat-ubatan dan cuma akan datang semula dalam jangka masa yang lama. Ramai yang mengalami resdung namun tidak mendapatkan rawatan kerana beranggapan ia cumalah selesema biasa.

Namun, tahukah anda apabila resdung ini dibiarkan ia akan mendatangkan kesan kepada gaya hidup dan aktiviti seharian. Bayangkan libas tuala pun boleh membuatkan bersin 10 kali diikuti dengan running nose, gatal yang maha dasyat di dalam hidung atau hidung tersumbat sehingga sukar membuat aktiviti harian termasuk tidur.

Penghidap resdung akan menjadi lebih sensitif kepada persekitaran terutamanya habuk, kotoran, bulu binatang, perubahan cuaca, udara yang tidak bersih dan jangkitan virus dan bakteria.

Jika tidak dirawat, resdung boleh merebak ke dalam mata dan menyebabkan jangkitan bakteria dan mata bernanah. Jika bertambah kronik, resdung boleh menyebabkan buta.

Selain itu, resdung kronik boleh menyebabkan nanah bertakung dalam ruang sinus hadapan. Jika nanah tidak dikeluarkan, ia menjadi tempat pembiakan bakteria dan jika bakteria memasuki otak, ia boleh menyebabkan meningitis yang jika dibiarkan boleh membawa maut.

Apa itu Resdung?

Resdung adalah radang pada lapisan membran yang meliputi bahagian dinding ruang sinus seseorang. Radang ni maksudnya terjadi pembengkakkan di area sinus.

Apa Penyebab Resdung?

Masalah resdung selalunya berpunya daripada salah satu atau gabungan daripada penyebab di bawah;-

  1. Jangkitan bakteria
  2. Jangkitan virus
  3. Kulat
  4. Alahan
  5. Kelemahan sistem imun
  6. Ketumbuhan di dalam hidung (polyp)

Gejala dan Tanda Resdung

Berikut pula adalah gejala dan simptom resdung yang akan dialami oleh pesakit. Jika anda pun mengalami tanda ni, confirm anda pun merupakan salah seorang yang mengalami gejala ini dengan kerap kan?

  1. Bersin melampau dan kerap
  2. Hidung kerap tersumbat
  3. Lelehan air atau mucus mengalir dari hidung
  4. Sakit pada sekitar pipi, mata dan kepala
  5. Jerawat pada muka
  6. Gatal mata apabila digaru dan mata menjadi merah
  7. Telinga gatal dan sering tersumbat
  8. Hilang deria rasa dan bau
  9. Batuk ketika malam

Tips Kurangkan Serangan Resdung

Antara tips yang boleh dicuba untuk mengurangkan serangan Resdung adalah;-

  • Pakai penutup hidung ketika melakukan kerja-kerja yang terdedah kepada habuk.
  • Elak memelihara binatang berbulu
  • Bersihkan kawasan berhabuk menggunakan vacuum dan elakkan menggunakan penyapu
  • Elakkan makanan yang tinggi histamine yang boleh menyebabkan keradangan seperti gula, makanan berproses, belacan, minuman kotak dan sebagainya
  • Elak makanan laut yang boleh menyebabkan gatal-gatal seperti sotong, kerang dan udang
  • Minum air suam 8 gelas sehari

Apa Antara Rawatan Yang Boleh Dibuat Untuk Mengatasi Masalah Resdung?

Seringkali kita mendengar bahawa Rawatan Asap adalah salah satu rawatan bagi resdung. Tapi tahukah anda ada banyak lagi jenis rawatan yang boleh dipertimbangkan.

Sebenarnya kak Aya ada pengalaman pahit tentang Rawatan Asap ni. Kisah ni berlaku 7 tahun lepas. Iaitu pakcik kak sendiri telah menjalani rawatan ni, dan malangnya nasib tidak menyebelahinya bila rawatan gagal dan telinga kanan menjadi pekak.

Jadi, kak nasihatkan pilihlah rawatan yang selamat dan dijalankan oleh golongan pakar. So, kak kongsikan antara pilihan rawatan yang boleh dipilih bagi pesakit bergantung kepada tahap seriusnya masalah resdung tu. Jangan tunggu kronik baru dapatkan rawatan ya.

Antara rawatan yang boleh dipertimbangkan;-

  1. Menggunakan ubat-ubatan seperti antibiotik, anti-histamin atau analgesic bagi mengurangkan keradangan.
  2. Berjumpa Doktor Pakar ENT (Telinga, Hidung, Tekak) untuk prosedur endoskop.
  3. Pembedahan untuk kes kronik
  4. Naikkan sistem imun dan elak keradangan dengan suplemen.

Di artikel akan datang kak Aya akan kongsikan bagaimana menyelesaikan masalah resdung dengan menggunakan suplemen. Cara ni paling mudah dan kos pun tak tinggi. Lagipun dengan suplemen selain dapat mengawal gejala, ia dapat juga meningkatkan sistem pertahanan badan yang menjadi punca resdung ni kan.

Kak faham dah semakin ramai terbuka untuk ikhtiar menggunakan suplemen yang lebih menyihatkan berbanding ubat-ubatan. Tapi dalam kes resdung kronik, kak mohon berjumpa dengan doktor dengan segera kerana amat berbahaya jika virus/bakteria merebak ke otak dan mata.

Suplemen anti-histamin, anti-radang dan anti-kulat semulajadi yang boleh diamalkan ada di dalam artikel Cara Hilangkan Resdung Dengan Mudah Dan Selamat ni.

Jumpa di artikel berikutnya.

Luv,
Kak Aya Chalo

Share on
Previous Post Next Post

No Comments

Leave a Reply