Follow:

Punca dan Cara Hilangkan Jeragat Degil

Kak Aya tahu, semakin bertambah umur, semakin bertambah “luas” juga jeragat di wajah tu kan? Jeragat ataupun pigmentasi adalah satu masalah kulit yang menyebabkan kulit semakin menggelap dalam bentuk tompok-tompok kecil dan jika dibiarkan akan ia membesar. Ia boleh terjadi di mana-mana bahagian badan dan muka bergantung kepada puncanya.

Punca-dan-cara-hilangkan-jeragat-degil

Masalah jeragat ni bukan saja mencacatkan kulit yang sihat malahan agak sukar ditutup melainkan menggunakan makeup yang tebal. Ia mungkin tidak berbahaya, namun, ia boleh menjadi tanda kepada sesuatu penyakit.

Jenis-jenis Jeragat

Terdapat 3 jenis jeragat iaitu:-

  1. Melasma – Ia dipercayai berpunca disebabkan oleh perubahan hormon ketika kehamilan. Pigmentasi jenis ini akan muncul di mana-mana bahagian badan terutamanya di kawasan abdomen dan juga wajah.
  2. Sunsport – Ini berpunca akibat terdedah lama kepada sinaran matahari. Selalunya pigmentasi akan berlaku di kawasan yang banyak terdedah seperti wajah atau kawasan tangan.
  3. Post-Inflamation Hyper-pigmentation – terjadi akibat kesan kecederaan terhadap kulit.

Apa Punca Menyebabkan Jeragat?

  1. Punca utama masalah jeragat adalah penghasilan berlebihan Melanin di dalam badan. Melaninlah yang bertanggungjawab untuk memberi warna kepada kulit.
  2. Pengambilan ubat-ubatan juga boleh menyebabkan jeragat. Contohnya seperti ubat perancang yang memberi kesan perubahan hormon akan memberi kesan kepada kulit.
  3. Hormon yang tidak stabil ketika hamil turut mempengaruhi penghasilan melanin pada sesetangah orang. Itu yang naik jeragat banyak ketika hamil, dan ada pula sebaliknya.
  4. Penyakit yang melibatkan Endoktrin yang mana ia mengganggu paras hormon turut menyebabkan peningkatan melanin.
  5. Terdedah kepada sinar matahari dalam jangka masa yang panjang juga akan meningkatkan paras melanin.

Bagaimana Cara Kurangkan Jeragat

  1. Mengambil ubat-ubatan untuk memudarkan jeragat. Selalunya ubat yang disarankan mengandungi hydroquinone seakan-akan peluntur kulit. Penggunaannya hanya untuk beberapa bulan dan tidak boleh diambil dalam jangka masa panjang.
  2. Rawatan laser. Namun, ini tidak menjamin jeragat akan selamanya hilang.
  3. Mengunakan Produk Pelindung Matahari seperti sunscreen, sunblock, uv protection cream dan sebagainya. Sebaiknya ia adalah produk semulajadi atau organik untuk elak bahan kimia berbahaya yang tinggi.
  4. Mengambil makanan tambahan yang berfungsi secara semulajadi untuk menghalang atau mengurangkan kesan penyebab berlakunya jeragat seperti menstabilkan hormon, melindungi kulit daripada sinaran UV dan membaiki sel rosak.

Apa Saranan Kak Aya?

Disebabkan jeragat berpunca daripada penghasilan melanin yang tidak terkawal di dalam badan dan dipengaruhi oleh beberapa faktor, petua terbaik untuk mengatasi masalah jeragat atau pigmentasi ini pun haruslah bermula dari dalam, dan disokong dari luar.

Jadi, kak Aya cadangkan beberapa makanan tambahan/suplemen sebagai petua untuk membantu mengatasi masalah jeragat ni.

Antara suplemen yang boleh membantu mengatasi masalah jeragat adalah:-

  1. GLA Complex
  2. CoQTrol Plus
  3. Carotomax
  4. Vitamin C
  5. ESP
  6. YOUTH Age Defence Moisturiser SPF50

Walaupun kak mencadangkan 6 suplemen ni, tapi ini bukan bermakna anda perlu membeli kesemuanya. Hubungi kak Aya untuk membincangkan tentang kesesuaian produk ya.

Bagaimana Suplemen Shaklee Membantu Masalah Jeragat?

GLA Complex

Ia berfungsi untuk menstabilkan hormon untuk mengalakkan melanin dihasilkan dengan terkawal. Melanin yang berlebihan akan menyebabkan muncul tompok-tompok hitam pada kulit kan? Jadi bila kita lihat punca jeragat, ia banyak dipengaruhi oleh hormon. Amalkan GLA agar kadar hormon seimbang.

petua-atasi-masalah-jeragat-kerana-hormon

CoQTrol-Plus

CoQTrol-Plus mengandungi CoQ10 sebagai bahan utama yang berfungsi sebagai pelindung kulit semulajadi daripada sinaran uv. Secara semulajadi CoQ10 memang ada di permukaan luar kulit. Ia diperlukan untuk membekalkan tenaga kepada sel-sel rosak agar dapat memperbaiki diri mereka sendiri.

Jadi, jika CoQ10 mencukupi (sebab ia akan berkurangan mengikut pertambahan usia), ia mampu untuk melindungi kulit daripada kerosakan akibat sinaran UV dan dapat membaiki dirinya sendiri agar kulit bebas jeragat dan kulit sentiasa sihat.

ubat-jeragat-berkesan-dan-terbaik

Carotomax

Carotomax adalah satu suplemen yang kaya dengan Vitamin A berasaskan tumbuhan. Vitamin A kaya dengan Beta-Karotena dan Karotenoid yang merupakan anti-oksidan yang sangat baik.

Ia bukan saja memelihara sel daripada serangan radikal bebas yang boleh memusnahkan ikatan collagen dan menyebabkan garis-garis halus muncul dan muka yang kendur, Vitamin A juga membolehkan kulit kurang sensitiviti kepada matahari, dengan memberikan perlindungan semulajadi daripada sinaran UV yang boleh menyebabkan pigmentasi.

petua-hilangkan-jeragat-yang-teruk

Vitamin C – Sustained Release Vita C Plus

Vitamin C secara semulajadi terdapat banyak di dalam lapisan dermis dan epidermis kulit. Ia turut memberikan perlindungan anti-oksidan seperti Vitamin A. Terdapat kajian yang mengatakan Vitamin C mampu mengelak dan merawat kerosakan yang disebabkan oleh Sinaran UV. Pengambilan Vitamin C secara oral, mampu meningkatkan vitamin c di dalam kulit.

ubat-jeragat-berkesan

ESP – Energizing Soy Protein

Merupakan suplemen protein berasaskan soya non-gmo. Ia bekalkan kesemua asid amino perlu yang tidak dihasilkan oleh badan. Apabila kita mengambil protein, ia akan masuk ke dalam tubuh dan dipecahkan kepada asid amino untuk dihantar ke seluruh tubuh.

Protein mempunyai sangat banyak manfaat kepada tubuh badan termasuklah kulit. Asid amino daripada protein merupakan bahan asas untuk sel membina tisu, hormon, antibodi, enzim dan sel darah. Protein sangat diperlukan untuk membaiki tisu dan membina tisu baru. Protein juga merupakan bahan utama untuk menggantikan sel mati.

Jadi, atas dasar protein sebagai bahan utama yang mampu menghasilkan sel baru yang lebih sihat, lebih anjal, lebih cerah seperti kulit asal, kak Aya sangat mencadangkan ESP untuk mengatasi masalah jeragat.

cara-hilangkan-jeragat-teruk

YOUTH Skincare Age Defence Moisturiser SPF50

Ini merupakan produk penjagaan kulit terbaru daripada Shaklee. Produk ini hanya akan available di pasaran pada March 2018. Walaupun pada ketika ini (semasa kak tulis entry ni), produk ni belum masuk ke Malaysia, namun kak Aya suka perkenalkan lebih awal kerana ia sangat membantu dalam mengatasi dan mengelak masalah jeragat.

Age Defence Moisturiser SPF50 merupakan zink oksida berasaskan bahan semulajadi yang bebas bahan kimia berbahaya. Ia berfungsi untuk memberi perlindungan kulit SPF50 secara berkesan daripada sinaran UV sambil melembapkan kulit.

krim-jeragat-berkesan-dan-terbaik

Selesai perkongsian Kak berkenaan makanan tambahan yang boleh diambil untuk mengatasi jeragat dari dalam dan luaran. Percayalah, suplemen sangat membantu dalam mengatasi masalah jeragat ni malahan dapat menyihatkan kulit dari dalam.

Hubungi kak Aya untuk menentukan keperluan masalah jeragat anda. Seperti yang kak inform di atas, bukan semua suplemen perlu dibeli, ia bergantung kepada masalah jeragat yang dihadapi.

Dapatkan produk-produk ni daripada kak Aya melalui dua cara;-

  1. Buat pembelian produk yang dipilih secara online di E-Sell Shaklee, (bayaran Debit Card & Credit Card diterima) atau
  2. Whatsapp kak Aya melalui link ini http://ayachalo.wasap.my (0138633224) atau klik ja “waving hand” kat tepi ni.

Disclaimer: Segala konsultasi pemakanan dan rahsia pengambilan produk berkesan, terhad kepada customer kak Aya sahaja. 

Luv,
Kak Aya Chalo
0138633224
Your Trusted Shaklee Distributor

Share on
Previous Post Next Post

11 Comments

  • Reply Ena Suhaina Mat Jaidin

    Tq tips nya 😍 nda sabar mau beli youth skincare 😁

    January 19, 2018 at 6:56 pm
  • Reply EMMA FRANCISCA LUIS

    carotomax mama sy amalkan utk mata.. tapi kulit ikut sekali jadi moist gitu~

    January 19, 2018 at 8:57 am
  • Reply Hidayah Ak

    makin tinggi usia macam makin minat jeragat ni dengan muka kan. nda sabar mau tggu Youth keluar

    January 19, 2018 at 7:00 am
  • Reply Nija

    Tidak Sabar try youth 😍

    January 18, 2018 at 10:28 pm
  • Reply Norkarlina

    Wau tq tipsnya…banyak juga dapat dari sini..

    January 18, 2018 at 10:19 pm
  • Reply falinah

    Sharing yg bermanfaat.tq ya😀

    January 18, 2018 at 9:55 pm
  • Reply Diana

    Thanks infonya..

    January 18, 2018 at 7:49 pm
  • Reply Eva

    Huhu sebelum kena jeragat, kita konsisten dgn vitamin ini

    January 18, 2018 at 6:24 pm
  • Reply Ratna

    Mau beli Youth juga nnti ni.

    January 18, 2018 at 6:17 pm
  • Reply FATIMAHWATI HAMZAH

    Memang tengah preggy ni, jeragat naik teruk. Harap2 lepas kembali normal

    January 18, 2018 at 10:57 am
  • Reply Alezra Alez

    saranan pling best klu mau atasi masalah jeragat.. tq mohon share ya

    January 18, 2018 at 6:49 am
  • Leave a Reply