Follow:

Punca-dan-cara-hilangkan-jeragat-degil

Punca-dan-cara-hilangkan-jeragat-degil

Kak Aya tahu, semakin bertambah umur, semakin bertambah “luas” juga jeragat di wajah tu kan?

Jeragat ataupun pigmentasi adalah satu masalah kulit yang menyebabkan kulit semakin menggelap dalam bentuk tompok-tompok kecil dan jika dibiarkan akan ia membesar. Ia boleh terjadi di mana-mana bahagian badan dan muka bergantung kepada puncanya.

Masalah jeragat ni bukan saja mencacatkan kulit yang sihat malahan agak sukar ditutup melainkan menggunakan makeup yang tebal. Ia mungkin tidak berbahaya, namun, ia boleh menjadi tanda kepada sesuatu penyakit.

Jenis-jenis Jeragat
Terdapat 3 jenis jeragat iaitu:-

1. Melasma – Ia dipercayai berpunca disebabkan oleh perubahan hormon ketika kehamilan. Pigmentasi jenis ini akan muncul di mana-mana bahagian badan terutamanya di kawasan abdomen dan juga wajah.

2. Sunsport – Ini berpunca akibat terdedah lama kepada sinaran matahari. Selalunya pigmentasi akan berlaku di kawasan yang banyak terdedah seperti wajah atau kawasan tangan.

3. Post-Inflamation hyperpigmentation – terjadi akibat kesan kecederaan terhadap kulit.

Apa Punca Menyebabkan Jeragat?

1. Punca utama masalah jeragat adalah penghasilan berlebihan Melanin di dalam badan. Melaninlah yang bertanggungjawab untuk memberi warna kepada kulit.

2. Pengambilan ubat-ubatan juga boleh menyebabkan jeragat. Contohnya seperti ubat perancang yang memberi kesan perubahan hormon akan memberi kesan kepada kulit.

3. Hormon yang tidak stabil ketika hamil turut mempengaruhi penghasilan melanin pada sesetangah orang. Itu yang naik jeragat banyak ketika hamil, dan ada pula sebaliknya.

4. Penyakit yang melibatkan Endoktrin yang mana ia mengganggu paras hormon turut menyebabkan peningkatan melanin.
Terdedah kepada sinar matahari dalam jangka masa yang panjang juga akan meningkatkan paras melanin.

Bagaimana Cara Kurangkan Jeragat?

1. Mengambil ubat-ubatan untuk memudarkan jeragat. Selalunya ubat yang disarankan mengandungi hydroquinone seakan-akan peluntur kulit. Penggunaannya hanya untuk beberapa bulan dan tidak boleh diambil dalam jangka masa panjang.

2. Rawatan laser. Namun, ini tidak menjamin jeragat akan selamanya hilang.

3. Mengunakan Produk Pelindung Matahari seperti sunscreen, sunblock, uv protection cream dan sebagainya.

4. Mengambil makanan tambahan yang berfungsi secara semulajadi untuk menghalang atau mengurangkan kesan penyebab berlakunya jeragat seperti menstabilkan hormon, melindungi kulit daripada sinaran UV dan membaiki sel rosak.

Apa Saranan Kak Aya?

Disebabkan jeragat berpunca daripada penghasilan melanin yang tidak terkawal di dalam badan dan dipengaruhi oleh beberapa faktor, cara terbaik untuk mengatasi masalah jeragat atau pigmentasi ini pun haruslah bermula dari dalam, dan disokong dari luar.

Jadi, kak Aya cadangkan beberapa makanan tambahan/suplemen yang boleh membantu mengatasi masalah jeragat ni.

Antara suplemen yang boleh membantu mengatasi masalah jeragat adalah:-

1. GLA Complex
2. CoQTrol Plus
3. Carotomax
4. Vitamin C
5. ESP
6. YOUTH Age Defence Moisturiser SPF50

6 produk ini boleh membantu mengatasi masalah jeragat anda, namun, kak Aya tidaklah paksa untuk beli semua. Nanti kita tengok priority dan level masalah jeragat dan kak akan cadangkan mana yang sesuai.

Anda boleh hubungi kak Aya untuk info lanjut berkenaan KEPERLUAN SUPLEMEN di 013.863.3224

Share on

1 Comment

  • Reply Ros

    kena tahu punca naik jeragat, baru senang nak atasi jeragat. contohnya, kalau sebab hormon, kenalah stabilkan hormon. kalau sebab selalu kena matahari, kenalah pakai sunblock sebelum keluar rumah.

    August 10, 2018 at 11:48 am
  • Leave a Reply