Lama gila kak Aya tidak share resipi kan? Semakin semangat kak mahu share resipi selepas kak dapat banyak feedback dari pembaca tentang resipi Resipi Pajeri Nenas Sedap Menjilat Jari yang sudah mencecah hampir 17,000 views sejak Julai 2017 di ayachalo[dot]com ni.
Thank you semua! tanpa anda yang mempercayai resipi kak Aya, tiadalah view jadi banyak gila macam tu kan, muahh…
So, kali ni kak akan kongsikan resipi Giant Chocolate Chip Cookies ala Famous Amos ni. Kak tau ramai yang mahu resipi kan selepas kak post di facebook kak Aya.
Buat cookies jenis ini sangat mudah berbanding dengan buat roti, Matcha Cream Puff etc. Teringat pesanan mentor baking kak Aya, beliau kata, kalau mahu jadi bakers, tidak boleh takut tepung! memang menusuk ke kalbu sebab kak memang takut main tepung ni sebab takut tak jadik. Hahaha… Jadi, rahsia untuk pastikan apa yang kita buat tu menjadi adalah, jangan murtad resipi, kena follow dengan tepatnya segala ukuran. Got it?
Resipi yang akan kak kongsikan ni versi cookies kurang manis dan sangat sesuai untuk kudapan anak-anak.
So, shall we start?
Resipi Giant Chocolate Chip Cookies ala Famous Amos
Bahan-bahan:-
250g Butter (Anchor, SCS antara yang sedap)
100g Gula Perang
100g Gula Kastor
2bj Telur Gred B
1 sudu kecil Vanilla Essence
1 sudu kecil Soda Bicarbonat + 1 sudu air
250g Tepung Gandum
150g Cornflakes – kisar halus
150g Chocolate Chip
100g Kekacang (Walnut, Almond) – bakar dan cincang
Peralatan yang diperlukan:-
- Penimbang bahan
- Tray dan kertas minyak/tikar pembakar
- Oven
- Mixer
- Piping Bag
Cara-Cara:-
- Pukul sebati butter, gula perang, gula kastor sehingga sebati. Sebaiknya menggunakan mixer.
- Tambahkan telur dan vanilla essence. Pukul lagi sehingga sebati.
- Tambahkan soda bicarbonat yang telah dicairkan.
- Masukkan tepung gandum dan cornflakes.
- Akhir sekali masukkan chocolate chip dan kekacang dan matikan mixer.
- Masukkan aduanan cookies ke dalam piping bag yang telah dipotong muncungnya lebih kurang dalam 1 inci.
- Pipekan adunan mengikut saiz yang dikehendaki untuk giant cookies, ratakan guna garpu atau pipekan adunan sebesar 20 sen (untuk cookies kecil) dan jarakkan lebih kurag 1cm di atas dulang yang telah dilapik menggunakan kertas minyak.
- Bakar menggunakan api atas bawah, 160 degree selama 15-20 minit bergantung kepada oven masing-masing.

Cookies yang sedang dibakar. Bila dekat-dekat masak tu bau dia, hmmm.. wangi semerbak. Time ni la anak-anak semua tunggu depan oven, LOL.
Tips semasa membuat Cookies
- Jika selepas bakar, cookies masih lembut terutama di bahagian bawah tengah, bakar semula dalam 5 minit dengan merendahkan suhu ke 140-150 degree. Ini akan mengeringkan cookies.
- Sebelum start mengadun cookies, bakar kekacang terlebih dahulu. 140 degree selama 20-30 minit.
- Cookies yang menjadi adalah cookies yang berongga di bahagian bawahnya.
- Adunan cookies tidak terlalu lembut tetapi mudah dipicit.
Ok, sekian resipi cookies ala Famous Amos dari kak Aya. Kalau dah try, tinggalkan komen tau. Jemput follow Facebook Kak Aya atau Instagram Dapur Kak Aya untuk koleksi makanan, hihi… kalau berkesampatan nanti kak akan share resipi satu persatu, insyaAllah.
Jumpa lagi, take care.
Luv,
Kak Aya Chalo
#DapurKakAya
12 Comments
Tq master..mau buat ni nti
January 23, 2018 at 8:31 amdapnya ni, boleh request order ka ni hehe. malasnya mau buat hiihi
January 23, 2018 at 7:03 amWow, siap tips lagi. Tq
January 22, 2018 at 10:17 pmOoo sedapnya mama,bila nk merasa ni
January 20, 2018 at 11:43 pmNampak sedap😊.tq resepinya
January 20, 2018 at 10:26 pmsedapnya mau tryla nnt..
January 20, 2018 at 10:06 pmOKEYYY!! OKEYYY!!! Esok masih weekend.. mau cuba recipe kak Aya ni! sbb sy hantu famous amos! haahaha
January 20, 2018 at 10:04 pmwahhh nmpk sedap.. nnti mau try buat.. tq share resepi ni
January 20, 2018 at 9:29 pmDapat percuma hari tu time shaklee punya event.. Mmg sedap
January 20, 2018 at 9:25 pmMau cuba ni resepi. Nway beli oven dulu la ko 😂
January 20, 2018 at 4:34 pmAmazing master..sia mau cuba ni lain hari.thank u tips nya
January 20, 2018 at 8:34 amSedapnya terus mau mencari kukis fames Amos Hehe
January 20, 2018 at 2:39 am