Follow:

resipi-biskut-coklat-rangup

resipi-biskut-coklat-rangup

Resipi Giant Chocolate Chip Cookies ala Famous Amos

Bahan-bahan:-

250g Butter
100g Gula Perang
100g Gula Kastor
2bj Telur Gred B
1 sudu kecil Vanilla Essence
1 sudu kecil Soda Bicarbonat + 1 sudu air
250g Tepung Gandum
150g Cornflakes – kisar halus
150g Chocolate Chip
100g Kekacang (Walnut, Almond) – bakar dan cincang

Peralatan yang diperlukan:-
Penimbang bahan
Tray dan kertas minyak/tikar pembakar
Oven
Mixer
Piping Bag

Cara-Cara:-
1. Pukul sebati butter, gula perang, gula kastor sehingga sebati. Sebaiknya menggunakan mixer.
2. Tambahkan telur dan vanilla essence. Pukul lagi sehingga sebati.
3. Tambahkan soda bicarbonat yang telah dicairkan.
4. Masukkan tepung gandum dan cornflakes.
5. Akhir sekali masukkan chocolate chip dan kekacang dan matikan mixer.
6. Masukkan aduanan cookies ke dalam piping bag yang telah dipotong muncungnya lebih kurang dalam 1 inci.
Pipekan adunan mengikut saiz yang dikehendaki untuk giant cookies, ratakan guna garpu atau pipekan adunan sebesar 20 sen (untuk cookies kecil) dan jarakkan lebih kurag 1cm di atas dulang yang telah dilapik menggunakan kertas minyak.
7. Bakar menggunakan api atas bawah, 160 degree selama 15-20 minit bergantung kepada oven masing-masing.

Tips semasa membuat Cookies
1. Jika selepas bakar, cookies masih lembut terutama di bahagian bawah tengah, bakar semula dalam 5 minit dengan merendahkan suhu ke 140-150 degree. Ini akan mengeringkan cookies.
2. Sebelum start mengadun cookies, bakar kekacang terlebih dahulu. 140 degree selama 20-30 minit.
3. Cookies yang menjadi adalah cookies yang berongga di bahagian bawahnya.
4. Adunan cookies tidak terlalu lembut tetapi mudah dipicit.

Ok, sekian resipi cookies ala Famous Amos dari kak Aya. Kalau dah try, tinggalkan komen tau. Jemput follow Facebook Kak Aya atau Instagram Dapur Kak Aya untuk koleksi makanan, hihi… kalau berkesampatan nanti kak akan share resipi satu persatu, insyaAllah.

Jumpa lagi, take care.

Luv,
Kak Aya Chalo
0138633224

Share on

No Comments

Leave a Reply