Follow:

Resipi Matcha Cream Puff Gebu

Kali ni, kak muncul kembali dengan berkongsi resipi pemanis mulut pula. Maaf posting resipi ni mungkin agak panjang sedikit sebab banyak tips kak mau share, tapi kalau ikut step by step dan tidak durhaka, insyaAllah akan menjadi, hehe…

Selalu orang buat versi Cream Puff Custard, tapi kak gunakan lebihan fresh cream donut semalam dan add sedikit serbuk matcha untuk jadikan Matcha Cream Puff.

resipi-cream-puff-mudah

Kak sediakan step by step sebiji macam kak buat. Harap-harap yang 1st time buat pun terus menjadik lah ya. Memang mudah sangat resipi ni, memang worth it la untuk dicuba.

RESIPI MATCHA CREAM PUFF GEBU

Bahan-bahan Puff:
(Anggaran 40 biji +-)

125g tepung gandum
2 tsp baking powder
100g butter
250ml air
1 tsp gula castor
1 tsp esen vanila
3 biji telur saiz L
Sedikit Snow Powder untuk hiasan

*tsp = tea spoon/sudu teh

Peralatan yang perlu disediakan:

1. Oven
2. Tray membakar, lapik guna kertas minyak
3. Nozzle untuk piping
4. Piping bag x 2 keping
5. Gunting untuk menggunting lubang puff
6. Spray air
7. Penimbang bahan

nozzle-cream-puff-dan-piping-beg

Ini Nozzle yang kak Aya gunakan untuk cream puff ni.

Cara-cara penyediaan:

1. Buat Matcha Fresh Cream dahulu (resipi di bawah). Sejukkan dalam chiller.
2. Timbang tepung dan masukkan baking powder. Kacau sebentar sehingga sebati.
3. Di bekas lain, pecahkan telur dan kacau (macam buat telur dadar tu). Ketepikan.
4. Panaskan air, masukkan gula castor, butter dan vanilla. Biarkan sehingga mendidih.
5. Sejurus mendidih, slowkan api, masukkan tepung dan kacau sehingga tepi-tepi periuk bersih dan terbit umpama minyak berkilat pada bancuhan tepung. Tutup api. Anggaran 2-4 minit sahaja.
6. Angkat periuk, letak atas meja (jangan lupa lapis bawah periuk sebab panas), dan masukkan telur sedikit demi sedikit sehingga semua bahan sebati.
7. Sementara tu, panaskan oven dalam 200 degree selama 15 minit atau sehingga panas sekata.
8. Sediakan piping bag yang sudah dipasang nozzlenya. Cara masukkan nozzle, gunting dlm 1/2 inci piping bag dan masukkan nozzle ke dalam plastik. Pastikan nozzle tu muat dan jangan sampai tercabut ya. Kalau masih tidak muat, gunting lagi sikit2 sampai muat.
9. Masukkan adunan puff ke dalam piping bag dan putar (2.5 pusingan) di atas tray pembakar.
10. Sebelum masukkan dalam oven, spraykan air di atas permukaan puff.
11. Bakar selama 20-25 minit, 180-200 degree. Degree ni bergantung oven juga. So perhatikan puff kalau masa masi panjang tapi macam mahu tebakar dah, bolehlah rendahkan suhu kepada 170-180 degree.
12. Puff yang masak akan mengembang dan berwarna keperangan.
13. Jangan keluarkan puff sebelum masa tamat, takut puff kempis balik 😂. Kalau panas sangat dan takut hangit, rendahkan sedikit suhu. Biarkan puff betul-betul kering.
14. Puff yang menjadi tidak akan kempis dan dalamnya berongga.
15. Setelah puff sejuk, gunting di bahagian tepi tengah, dan pipekan Matcha Fresh Cream ke dalamnya.
16. Dustingkan menggunakan Snow Powder (letak dalam penapis). Snow powder ni acah-acah gula ising, tapi dia kurang manis dan effect dust tu lebih tahan lama.

cara-buat-cream-puff-sedap

Macam ni rupa adunan tepung yang dimasak tadi dan setelah ditambah dengan telur. Bila dah sebati bolehlah simpan dalam piping bag. Ya, adunan tu memang agak panas.

nozzle-buat-cream-puff

Pipekan adunan tepung macam ni dan diletakkan di atas kertas minyak.

cara-buat-cream-puff-sendiri

Adunan yang diadun dengan betul akan menghasilkan puff yang gebuuuu… suhu oven kena pastikan betul-betul panas agar puff boleh kembang dengan gebunya.

cara-buat-cream-puff-confirm-jadi

Cream puff yang menjadi kena dalamnya macam gambar ni, hehe… rongga-rongga ni penting supaya puff tidak kempis selepas dikaluarkan dari oven.

Bahan-bahan Matcha Fresh Cream:

200ml Fresh Cream
200ml Whipping Cream
2 tsp serbuk Matcha Green Tea
30g gula castor
1 tsp vanilla

Cara penyediaan:

1. Putar fresh cream dan whipping cream sehingga separa kembang. Memula bentuk cecair, so boleh tau jika ia kembang.
2. Masukkan serbuk green tea, gula castor dan vanilla, kemudian sambung putar sehingga kembang dan berpuncak “tinggi dan tegak”.
3. Untuk cream ni kena hati-hati. Jangan overbeat sebab nanti dia akan kembali cair. Lepas tu tidak bole kembang suda. So once cream macam berat dan bila diangkat ia membentuk puncak tegak, itu maksudnya sampai masa untuk stop.
4. Kaut dan masukkan ke dalam piping bag (tidak perlu nozzle) dan sejukkan dalam chiller.
5. Selepas puff sejuk, gunting lebih kurang 1/2 inci piping bag tu dan bolehlah pipekan Matcha Fresh Cream ke dalam puff.

cara-buat-fresh-cream

Boleh beli dua jenama ni. Value Pride tu sudah manis so tidak perlu add sugar lagi, tapi kalau mahu manis sikit bolehlah adjust ikut citarasa memasing.

tips-buat-fresh-cream

Fresh cream yang sudah “siap”. Boleh putar cream sehingga puncak tegak dan kalau terbalikkan acunan tu ia masih tetap camtu juga, tiada cecair yang mengalir. If ada cecair cream maksudnya belum cukup putar lettew.

resipi-simple-dan-mudah-cream-puff

Tada! Matcha Cream Puff suda siap 😀

Bila sudah siap, bolelah makan sesambil hirup Matcha Green Tea panas-panas 😅. Kak suka juga sejukkan dahulu baru makan, rasanya macam icecream matcha kat Jepun!

Ok, itu saja dari kak. Selamat mencuba! 😘


Kak Aya
#DapurKakAya

  • Jangan salah FOKUS Mahu berjaya kena fokus kepada apa yang
  • Mana hilang captionnya? Hahaha  Ni kak Aya hadir talk
  • Berlari ke KK Branch tengahari tadi untuk beli VivixPromo dan
  • Happy Weekend    ayachalostories shakleesabah shakleebrunei shakleelimbang pengedarshakleebrunei

Share on
Previous Post Next Post

1 Comment

  • Reply Resipi Giant Chocolate Chip Cookies ala Famous Amos | Aya Chalo Stories

    […] cookies jenis ini sangat mudah berbanding dengan buat roti, Matcha Cream Puff etc. Teringat pesanan mentor baking kak Aya, beliau kata, kalau mahu jadi bakers, tidak boleh […]

    January 19, 2018 at 11:32 pm
  • Leave a Reply