Follow:

Skincare Natural Terbaik Untuk Kulit Kering Dan Kusam

Setiap orang memiliki kulit yang berbeza-beza dan salah satunya adalah berkulit kering. Kulit kering adalah satu keadaan bilamana kulit kurang mendapat lembapan.

Apabila kulit kering, bahagian wajahlah yang paling ketara berbanding di kawasan lain. Pemakaian make-up turut menjadi sangat mencabar kerana bahan solekan sukar untuk menyerap di wajah, seakan-akan berkerak sehingga hasilnya tidak cantik untuk dilihat.

Skincare-Natural-Terbaik-Untuk-Kulit-Kering-Dan-Kusam

Bukan semua orang akan tetap mempunyai kulit kering sampai bila-bila. Ianya boleh diatasi dengan mengetahui faktor-faktor penyebab kulit kering dan penggunakan skincare yang mampu mengawal lembapan kulit.

Cara tentukan kulit kering atau tidak

  • Kulit wajah kasar, kusam dan seakan bersisik
  • Pori-pori yang sangat kecil dan tidak terlihat
  • Banyak garis-garis halus dan kedutan di kulit
  • Kulit kerap menggelupas seperti selepas mandi atau setelah mencuci muka
  • Kulit kerap gatal
  • Terdapat radang pada kulit

Faktor penyebab kulit kering

Antara penyebab kulit kering adalah seperti kurang air di dalam badan. Sekiranya kurang minum air, maka kulit akan mengalami kurang lembapan dan akhirnya kering. Selain itu, faktor seperti genetik dan usia juga mempengaruhi tahap kekeringan kulit. Semakin bertambah usia, kelembapan kulit semakin menurun dan menyebabkan ketahanan kulit berkurangan dan secara perlahan-lahan akan mulai kendur.

Selain itu, faktor seperti cuaca turut mempengaruhi kelembapan kulit. Kulit akan mudah mengering dalam cuaca terlalu sejuk ataupun terlalu panas kerana banyak air dari kulit terhidrat. Keadaan kesihatan juga boleh mempengaruhi keadaan kulit. Antara penyakit yang boleh menyebabkan kulit semakin kering adalah seperti Masalah Kelenjar Tiroid dan Psoriasis.

Cara mengatasi masalah kulit kering

  1. Minum 8 gelas air sehari.
  2. Elakkan mandi dengan menggunakan air suam/panas kerana ia akan menyebabkan kelembapan kulit berkurang.
  3. Dapatkan vitamin yang mencukupi daripada buah-buahan, sayuran atau makanan tambahan untuk mendapat vitamin yang mencukupi seperti vitamin c, magnesium, minyak ikan dan beta karotina.
  4. Gunakan sabun dan penjagaan wajah (skincare) yang mampu mengekalkan kelambapan kulit.
  5. Elakkan sabun yang mempunyai terlalu banyak “detergent” atau buih.
  6. Elakksan sabun yang mempunyai pewangi buatan, pengawet dan pewarna yang mampu mengurangkan minyak di kulit dan akan menyebabkan kulit sangat kering.
  7. Penggunaan losyen yang bersesuaian selepas mandi juga digalakkan.
  8. Lindungi wajah daripada terdedah dengan sinaran matahari kerana sinaran matahari boleh menyebabkan kulit bertambah kering dan rosak.

Cadangan kak Aya untuk mengatasi masalah kulit kering

Selain daripada menggunakan bahan-bahan yang ada di dapur seperti Yogurt, Minyak Zaitun yang boleh dijadikan masker, kak Aya mencadangkan pengambilan Vitamin dan Skincare Natural daripada Shaklee.

Antara suplemen Shaklee yang boleh diamalkan untuk perlindungan dalaman adalah:-

  1. Vita-C Shaklee
  2. Vitalea
  3. ESP
  4. Carotomax
  5. Omega Guard
  6. CoQtrol Plus

Skincare natural untuk perlindungan luaran pula adalah rangkaian penjagaan wajah YOUTH. Skincare natural YOUTH adalah skincare plant-based yang telah melalui ujian klinikal dan 100% wanita yang terlibat mengalami perubahan dari segi kedutan kulit, tekstur kulit, saiz pori, tona kulit, hiperpigmentasi, seri kulit, kekenduran dan keanjalan kulit berbanding sebelumnya.

skincare-sesuai-untuk-kulit-kering

Bahan yang terdapat di dalam YOUTH. 100% Plant-Based dan terbukti berkesan melalui ujian klinikal.

Info lanjut tentang Kajian Klinikal YOUTH ada di dalam entry 3 Sebab Mengapa Perlu Tukar Skincare Ke YOUTH ni dan ini pula info tentang bahan yang digunakan di dalam YOUTH kak cerita kat entry ni YOUTH Shaklee Skincare Produk Penjagaan Muka Selamat Berkesan.

Rangkaian YOUTH terdiri daripada:-

  1. Pencuci Muka (Luminous Gel Oil Cleanser). Ia adalah pencuci muka 3 dalam 1 yang tidak mengandungi sabun, pH seimbang dan digabungkan dengan campuran vitamin dan alga untuk membersih dan memperhaluskan kulit dengan lembut.
  2. Toner (Perfecting Skin Toner). Membebaskan kulit dari kulit mati yang menyebabkan kulit kusam dan membersihkan kulit dari pencemaran agar kulit lebih cerah dan berseri. Perfecting Skin Toner ni membersihkan kulit mati, menghidratkan dan membekalkan nutrisi kepada kulit.
  3. Serum (YOUTH Activating Serum). Ia mengandungi 10x ganda kepekatan bahan aktif untuk memperbaharui sel kulit yang telah rosak dan kritikal. Ia menggalakkan penghasilan kolagen dan memperbaharui kulit pada peringkat sel agar kulit baru yang terhasil lebih sihat.
  4. Sunblock (Age Defence Moisturizer SPF50). Krim ni akan memberikan perlindungan kulit daripada sinaran matahari. Vitamin dan nutrien botani di dalamnya akan memberikan kelembapan pada kulit dan menambahbaik penampilan kulit. Makeup senang lekat tau!
  5. Night Cream (Advanced Renewal Night Cream Light/Rich). Krim malam ni terdiri daripada ekstrak Alga Marin, Muscadine Grape dan Lotus Japonicus serta bahan antioksida yang lain untuk menggalakkan proses pembaharuan sel kulit semasa tidur. Campuran botanikal ni juga meransang penghasilan kolagen dan elastin yang akan membaiki tekstur dan tona kulit.
  6. Radiance C+E merupakan satu produk untuk mengembalikan keserian kulit. Ia terdiri daripada dos vitamin c tulen sebanyak 20% berserta vitamin E serta ekstrak sel respberi untuk bantu menegang, mencerah dan mengurangkan garisan halus serta kedutan. Radiance C+E juga bantu mengurangkan kehadiran tompok penuaan, melicinkan tekstur kulit dan memperbaiki tona kulit secara keseluruhan.
pencuci-muka-untuk-kulit-kering

Kulit kering sila pakai produk ni, confirm tidak menyesal.

Fuhhh… panjang lebar kak Aya terangkan ni sebab faham sangat bila kulit kering tu rasa tidak selesa sangat apatah lagi bila pakai makeup kan? Kalau dapat kulit moist-moist pastu flowless memang best! Hihi…

Selain kulit kering, YOUTH juga sesuai dengan masalah kulit wajah berkawah. Boleh baca entry kak tentang cara Atasi Masalah Kulit Berkawah Dengan YOUTH Shaklee, dalam ni juga ada testomonial pengguna YOUTH. Ini pula bukti struktur kulit semakin baik dalam masa 14 hari dengan YOUTH Skincare.

produk-untuk-atasi-kulit-kering

Rangkaian Produk YOUTH Shaklee, natural skincare berdasarkan 8 tahun R&D.

Dapatkan produk-produk ni daripada kak Aya melalui dua cara;-

  1. Klik Youth Intensive Treatment and Repair Set untuk harga Fullset, percuma Radiance C+E.
  2. Klik Youth Starter Set untuk harga Starter Set (kecuali Serum dan Radiance C+E)
  3. Buat pembelian produk yang dipilih secara online di E-Sell Shaklee, (bayaran Debit Card & Credit Card diterima) atau
  4. Whatsapp kak Aya melalui link ini http://ayachalo.wasap.my (0138633224) atau klik ja “waving hand” kat tepi ni untuk consultasi sebelum membuat tempahan.

Disclaimer: Segala konsultasi pemakaian Produk berkesan, terhad kepada customer kak Aya sahaja. 

Jumpa di next entry! Semoga masalah Kulit Kering anda boleh diatasi, insyaAllah!

Luv,
Kak Aya Chalo
0138633224
Your Trusted Shaklee Distributor

Share on
Previous Post Next Post

No Comments

Leave a Reply