Follow:

YOUTH Shaklee Skincare Produk Penjagaan Muka Selamat Berkesan

Bila dengar saja YOUTH iaitu produk penjagaan wajah terbaru dilancarkan oleh Shaklee Corporation bulan Ogos 2017 lepas, kak Aya bukan main teruja.

Apa tidaknya, Nutriwhite yang dah bertahun-tahun di pasaran tu pun sangat berkesan dan menjadi kegilaan pencinta produk skincare organik, inikan pula produk yang baru dan terbukti keberkesanannya seawal 7 hari melalui Kajian Klinikal, siapa yang tidak teruja kan? Hihi…

youth-shaklee-skincare-reviews

Dan alhamdulillah hari ni kak hadir Health & Wellness Talk di KK Shaklee Branch untuk sesi introduction produk YOUTH ni. Finally, lagi dua minggu YOUTH akan dilancarkan di Malaysia pula. Yeayyyy!!

Jadi, kak Aya semestinya akan jadi antara orang pertama di Malaysia untuk memiliki set YOUTH ni, sebab bila try test tadi memang tersangatlah best, moist, mudah serap dan yang paling best sebab hasilnya Terbukti Secara Klinikal tau, bukan self-claim semata-mata.

Ok, jom kak ceritakan apa yang bestnya YOUTH Skincare ni dan kenapa kena tukar ke rangkaian Skincare YOUTH ni.

Apa Beza YOUTH dan Skincare lain di pasaran?

Keberkesanan YOUTH dibuktikan melalui Kajian Klinikal. Ujian klinikal ni direka oleh World-Class Skin Expert dengan menggunakan Skin Age Index yang mana ia mengkaji kehadiran tanda-tanda penuaan melalui data klinikal.

Salah satu kajian dibuat adalah ke atas kedutan wajah (wrinkles). Skin Age Index ni mengukur sehingga kedalaman dan kepanjangan kedut tu, fuhhh.. sampai detail macam tu hokey.

Tanda-tanda penuaan yang dikaji adalah seperti:-

  • Kedutan dan garis-garis halus
  • Saiz pori-pori
  • Tona kulit
  • Kelembutan kulit
  • Tekstur kulit
  • Pigmentasi
  • Seri kulit
  • Kekenduran kulit

Result menunjukkan 100% daripada wanita yang mengikuti kajian ni terbukti kulitnya menjadi lebih muda berbanding sebelumnya, hanya dalam tempoh 7 hari sahaja dan 2/3 wanita berjaya menjadikan kulit lebih muda 10 tahun dari usia sebenar.

Wow sangat kan!!

skincare-untuk-kulit-sensitif-youth-shaklee

Hasil daripada Kajian Klinikal yang dijalankan.

Apa Istimewanya rangkaian penjagaan wajah YOUTH?

  1. Produk YOUTH 100% vegan (boleh kira dengan jari hanya beberapa produk skincare Vegan saja di Malaysia ni kan)
  2. Cruelty Free (Tiada ujian ke atas haiwan dijalankan)
  3. Bebas daripada 2500 bahan kimia dan bahan penjagaan kulit yang berbahaya
  4. Terbukti mempercepatkan pembaharuan sel kulit 10x ganda lebih cepat berbanding biasa
youth-shaklee-price-harga-malaysia

As always, Shaklee memang hmmm.. cerewet. Semua pun mesti yang terbaik, hehe…

Apa Bahan dalam Skincare YOUTH sehingga ia menjadi sangat Berkesan?

Antara bahan yang ada di dalam produk YOUTH ni adalah;-

  1. Apple Cell Extract & Gentle Vitamin A – apple cell merupakan sel yang hampir sama dengan sel kulit manusia thats why ia sangat berkesan untuk mempercepatkan kadar pembaharuan sel kulit dan kedua-dua bahan ini berfungsi untuk menyegar dan melembut.
  2. Schisandra Chinensis Fruit Extract – berfungsi untuk menyokong struktur kulit muda dan memberi khasiat kepada kulit.
  3. Vital Repair+ (Vitamins, Botanicals) – untuk melawan radikal bebas dan memberi perlindungan kepada kulit.
  4. Lotus Japonicus Extract – untuk menyokong penghasilan kolagen dan elastin dan memberikan ketegangan tanpa kedutan kepada kulit.
  5. Muscadine Grape Polyphenols – untuk melindungi kolagen dan elastin serta perlindungan berkesan ke atas kulit.

Apa Produk yang ada dalam Set Skincare YOUTH ni?

Terdapat 6 produk utama di dalam set penjagaan kulit YOUTH ni iaitu:-

  1. Luminous Gel Oil Cleanser sebagai pencuci muka
  2. Perfecting Skin Toner sebagai toner
  3. Youth Activating Serum sebagai serum
  4. Age Defense Moisturiser SPF50 sebagai pelembap & sunblock
  5. Advanced Renewal Night Cream sebagai krim malam
  6. Radiance C + E sebagai pencerah dan pemudar garisan penuaan
harga-youth-shaklee-malaysia

Rangkaian YOUTH Skincare Set Shaklee yang lengkap.

pencuci-muka-youth-shaklee

Luminous Gel Oil Cleanser adalah pencuci muka + makeup remover YOUTH. Ia berfungsi untuk polish, purify dan prepare kulit agar lebih glowing. Kak Aya suka pencuci muka ni sebab ia tidak berbuih berbanding pencuci muka Nutriwhite.

toner-organik-youth-shaklee

Perfecting Skin Toner YOUTH yang berfungsi untuk menanggalkan kulit mati, menghidratkan kulit serta menyihatkan kulit agar lebih glowing.

serum-muka-youth-shaklee

YOUTH Activating Serum bertindak aktif 10x ganda untuk memperbaharui dan meremajakan agar kulit sentiasa kelihatan muda.

krim-malam-terbaik-youth-shaklee

Advanced Renewal Night Cream berfungsi untuk menyokong pembaharuan sel kulit agar kulit sentiasa kelihatan muda, halus, dan bercahaya.

radiance-c-e-youth-shaklee

Radiance C + E berfungsi untuk mencerahkan dan mengurangkan garisan-garisan halus serta tanda-tanda penuaan seperti jeragat dan membaiki tekstur kulit dan tona kulit secara keseluruhan.

review-youth-shaklee

So inilah 1 set YOUTH yang kak try di KK Branch. Kena try dan rasai sendiri betapa powernya skincare terbaru Shaklee ni.

Apa Review Kak Aya Untuk Set Skincare YOUTH Ni?

Secara jujurnya kak Aya merupakan pengguna setia produk Skincare Nutriwhite sebelum ni, so ada beberapa perbezaan kak Aya lihat pada produk YOUTH ni.

  • Packaging YOUTH: Berbeza dengan Nutriwhite, botol-botol YOUTH nampak lebih sophisticated dengan teknologi “bebas penutup” untuk Pencuci Muka dan Serum. Yang mana hanya perlu putar dan picit. Tidaklah penutup hilang or terjatuh, sangat annoying ok, hihi… untuk moisturiser, YOUTH berbentuk tube manakala Nutriwhite dulu dalam bentuk pump. Yang lain sama ja seperti Nutriwhite.
  • Bau-bauan: Jika Nutriwhite bagaikan tiada bau/pewangi, YOUTH pula berbeza. YOUTH kaya dengan bau-bauan natural kerana menggunakan ala-ala Essential Oil seperti Clove Leaf Oil, Citrus Limon Peel Oil, Coriander Fruit Oil, Cananga Odorata Flower Oil dan banyak lagi. So kalau biasa menggunakan produk natural tu memang familiar la dengan bau-bauan ni. Baunya sangat refreshing!
  • Kuantiti produk: Untuk kuantiti pula, toner YOUTH dan Night Cream lebih banyak berbanding Nutriwhite. Manakala pencuci muka YOUTH pula kurang 25ml daripada Nutriwhite. Untuk serum dan uv protection, kuantiti adalah sama.
  • SPF Sunblock / UV Protection: Ini satu perbezaan yang amat ketara untuk Subblock YOUTH dan Nutriwhite iaitu YOUTH mempunyai SPF50 manakala Nutriwhite hanya SPF15.
  • Kesesuaian Kulit: Jika Nutriwhite direka khas buat kulit normal, YOUTH pula direka khas buat semua jenis kulit dan fokusnya untuk look younger longer.

Secara overall YOUTH nampak jauh mendahului Nutriwhite dari segi kualiti, kuantiti dan keberkesanan. Penambahan produk seperti Radiance C+E, dan Activating BB Cream (akan masuk kemudian) menjadikan YOUTH satu pelaburan yang berbaloi untuk semua peringkat umur.

Testimonial YOUTH Skincare

Kak kongsikan beberapa Testimonial daripada US. Ya lah, diorang dah guna dulukan? hihhi… lepas kat Malaysia launch, barulah ada testimonial kita sendiri. So, layan dulu keh…

testomonial-jeragat-youth-shaklee

Boleh lihat JERAGAT semakin pudar berbanding sebelumnya.

review-YOUTH-testimonial-set-cantik-shaklee

Boleh lihat GARISAN HALUS di dahi semakin hilang.

produk-youth-shaklee-testimonial

Garisan penuaan semakin pudar dan tona kulit semakin sekata.

Hubungi kak Aya untuk info lanjut dan tempahan bermula bulan Mac 2018. So, kalau rasa muka dah naik kedut banyak, jeragat banyak, meh la kita try produk skincare terbaru ni ya. InsyaAllah berkesan dan boleh nampak lebih muda lepas ni, hihi…

Jumpa lagi di entry akan datang. Cari kak tau kalau nak try YOUTH ni. Take care!

Pengedar-shaklee-sabah-aya-chalo

Hubungi kak Aya di 0138633224 atau klik link ni http://ayachalo.wasap.my

Luv,
Kak Aya Chalo
Pengedar Sah dan Leader Shaklee
013.863.3224

Share on
Previous Post Next Post

16 Comments

  • Reply Breakthrough Shaklee Business Leader Conference 2018 | Aya Chalo Stories

    […] ramai dah merasa Youth Effect. Kalau mahu tahu lanjut apa yang bestnya YOUTH ni boleh baca entry YOUTH Shaklee Skincare Produk Penjagaan Muka Selamat Berkesan ni. Youth ni skincare untuk kulit sensitif juga […]

    February 19, 2018 at 6:04 pm
  • Reply Joe Labu

    saya pun mahu beli jugak

    February 1, 2018 at 7:19 am
  • Reply Punca dan Cara Hilangkan Jeragat Degil | Aya Chalo Stories

    […] YOUTH Age Defence Moisturiser SPF50 […]

    January 18, 2018 at 1:25 am
  • Reply Ena Suhaina Mat Jaidin

    Dlm wishlist ni mau beli 😍

    January 14, 2018 at 9:41 am
  • Reply Nija

    Best sudah try kemarin masa hw Talk. Nda Sabar Ada satu set hehe

    January 14, 2018 at 12:37 am
  • Reply Hidayah Ak

    eii suda rasa kemarin macam nda sabar2 suda mau mencuba full set

    January 13, 2018 at 10:48 pm
  • Reply Ratna

    Mau beli juga la

    January 13, 2018 at 10:11 pm
  • Reply Norkarlina

    wau bestnya nnt mau try ni..

    January 13, 2018 at 9:56 pm
  • Reply Falunah

    Youth product skincare shaklee terbaik.

    January 13, 2018 at 9:17 pm
  • Reply Alezra Alez

    Bestt, x sabar mau try ni skincare baru shaklee

    January 13, 2018 at 1:07 pm
  • Reply Sharren Kaur

    Best nio.tq mster

    January 13, 2018 at 12:03 pm
  • Reply EMMA FRANCISCA LUIS

    sy tau sy terlepas BLNC dan terlepas jadi org terawal beli set YOUTH. huhuhu…sedih!!! lama muka ni tercemar dengan skincare bukan shaklee..

    January 13, 2018 at 11:00 am
  • Reply Kakda

    Wow. Baca jak pun sudah teruja. Hihi

    January 13, 2018 at 10:33 am
  • Reply Diana

    Mesti mau beli ni..

    January 13, 2018 at 7:18 am
    • Reply Aya Chalo

      Wajib beli dan rasa sendiri perbezaannya. Hihi

      January 13, 2018 at 11:51 am
  • Reply Eva

    Wah, ini memang bikin teruja. Tidak sabar look younger dengan YOUTH.

    January 13, 2018 at 5:38 am
  • Leave a Reply